Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

MENCARI ILMU UNTUK MEGAH ITU MEMBINASAKAN AGAMAMU

hasellusiby · May 14, 2014 · 1 minit bacaan

nusanagablogspotcom
Mencari ilmu itu tuntutan tetapi jika niatnya tiada elok, berbahaya


Ketahuilah~ 
wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu yang tinggi dan rasa yang sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan dunia atau akhirat. Dengarkanlah ini....

Seandainya dirimu berminat dengan mencari ilmu untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dalam kalangan masyarakat serta menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasa kerugian. 

Ketika itu guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperta sabda Rasulullah saw:

“..sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut..”


Comments

zabidi zsm912 said…
TAHU dan SEDAR ....di manakah aku
banyak yang aku tahu tetap tak sedar
Ibarat MATI.ramai yang Tahu tapi sayang Ramai juga Yang Tak Sedar
ya allah ampunkan kan aku
. said…
'LIDAH'...
kecil bentuknya...tetapi besar "akibat"nya...
yang terbaiknya adalah???
DIAM.............