Total Pageviews

Mimpi pelik pemimpin Malaysia



Salam. Dah lama tak update blog. Maafkan saya kerana kekangan kerja dan tiada masa serta tiada 'modal' untuk update blog menyebabkan dah banyak bulan nusanaga ini terbengkalai.

Minggu ni datanglah suatu ilham dan suatu keberanian untuk saya menceritakan sesuatu yang mungkin akan menjadi kesalahan pada saya atau mungkin suatu inspirasi pada semua.

Apa yang say nak ceritakan ini adalah mengenai mimpi-mimpi yang telah saya mimpi tika dahulu. Ada banyak mimpi tapi biarlah saya cerita yang mana termampi sahaja. Yelah, mimpi mainan tidur. Tapi kalau selepas beberapa lama kita bermimpi kemudian tersentak dan berkata sendirian.. Wah, benarlah mimpi tu. Nah, itulah yang terjadi pada saya

Apa motif saya cerita mimpi ini? Anggaplah ia sekadar cerita sahaja dan mungkin ada tafsiran serta makna yang saya tidak ketahui dan mahu anda beritahu jika ada maksud yang tiada saya tahu.

Mimpi pertama:
Seingat saya berlaku pada tahun 2012. Saya berada di suatu padang yang luas dan ia seakan dataran merdeka. Sungguh ramai orang. Terlalu ramai. Di hujung sana, ada suatu pentas besar. Di atasnya terdapat beberapa individu yang banyaknya pemimpin negara kita termasuklah perdana menteri d.s najib dan d.s rosmah. Dari atas, ada orang melaung-laungkan apakah hukuman nak di berikan pada mereka. Rupa-rupanya, ia adalah suatu mahkamah yang dibuat secara publik. Kerana tidak mahu campur tangan, saya turun dari stage itu dan menuju ke satu rumah. Tetapi ada seorang mamat berpakaian seperti militan mengugut saya jangan masuk.

Tapi saya kata, rumah ini telah di amanahkan pada saya untuk jaga. Kenapa mamat ini nak masuk dan bikin onat walaupun saya tahu, mamat militan tu anak kepada tuan rumah tapi dia tidak dapat amanah untuk jaga rumah tersebut kerana mungkin tuan rumah tahu anaknya akan membawa kerosakan pada rumah berkenaan. Maka, terjadilah sedikit pergelutan. Akhirnya saya dapat kalahkannya dengan mengambil pisau belati dari tangan dan cucuk di kakinya. Maka, larilah dia.

Kemudian, datanglah seorang gadis cina yang baru saja masuk islam. Mengadu tentang hal mamat tadi. Maka, saya kata mamat tu dah tak berani nak kacau. Kemudian, kami dan ada beberapa anak muda menaiki kereta takkala senja dan mereka bertanya... Selepas kejadian semua tadi, apa pula yang nak berlaku? Saya secara spontan jawab. Sambil jari tunjuk ke langit tunjuk waktu senja, dan menjawab. "Ini je belum terjadi". Kemudian saya terjaga dari tidur.

Tafsiran mimpi pertama:
Disebabkan ia berlaku pada tahun 2012 maka masa itu otak saya banyak berlegar pasal end of time dan kalender mayan. Saya seorang yang tak amik port tentang politik. Tapi selepas 3 tahun berlalu, baru saya faham secara sedikit perihal mimpi tadi.

1- mimpi d.s najib dan d.s rosmah di mahkamah rakyat adalah mengenai situasi yang berlaku sekarang yakni 'rakyat hakim negara'. Di dalam mimpi itu tak diketahui apakah benar d.s najib bersalah atau tidak. Dan apa hukumannya. Tapi di lihat pemimpin negara secara sukarela naik ke stage untuk meminta maaf.

2- Perihal amanah rumah dan mamat militan. Saya tak tahu maksud sebenar tentang ni tapi bila berlaku pencerobohan sulu baru-baru ini, saya tersentak. Ia seakan telly dengan mimpi itu. Malaysia telah mendapat amanah untuk jaga sabah. Dan sulu mahu claim tetapi mereka lebih banyak bawa kerosakan. Tentang cucuk di kakinya itu saya tak faham. Mungkin ia berkaitan dengan tektikal militari.

3. Mengenai mualaf cina dan tunjuk langit senja itu saya benar-benar tak mengerti penafsirannya dan masih menunggu apa-apa event yang berkaitan. Rasa saya mungkin ia ada kaitan dengan enekman hudud baru ini. Wallahualam


Mimpi kedua
Di kampung saya, Anwar Ibrahim telah tumpang tidur di rumah saya. Kami benarkan. Kelihatan dia bersama anak lelakinya tetapi anak lelakinya itu hanya duduk di bawah saja. Mungkin sebagai driver saja kot.

Selepas subuh, Anwar berpakaian suiy dan mula tinggalkan rumah kami. Saya bertanya. Nak kemana? Dia jawab ke penjara. Saya anggukkan saja. Selepas tu dia berlalu pergi dengan van putih. Tapi anak lelaki anwar masih ada di bawah, bersama sepanduk sekeping kertas mahjung.

Saya pun lihatlah, apa yang dia tulia. Terkejut saya, dia telah lukis gambaran wang 1 dollar bersama rajah diagram. Di bawah angka 1 dollar, terdapat 3 lam alif. Dan di bawah lam alif, ada 1 huruf mim. Kemudian saya tersedar dan terus melukis rajah tersebut yang semampu saya ingat.



Tafsiran mimpi kedua:
Peristiwa mimpi ni berlaku pada tahun ni juga dan ketika itu masih hangat kisah anwar ibrahim. Tapi ia berlaku sebelum keputusan mahkamah. Saya tak amik port sangat tentang hal itu. Tapi yang saya ingat sangat ialah tentang anak lelaki anwar yang tunjukkan rajah 1 dollar dengan 3 lam alif dan 1 mim.

Tak lama lepas mimpi ini, kita dikejutkan dengan kematian tok guru nik aziz. Dan minggu ni kematian pemimpin singapore itu. Saya tak tahu adakah ia berkaitan dengan 3 lam alif dan 1 mim itu. Terpulang pada pendapat anda semua pula. Selain tentang huruf lam alif dan mim, mengenai rajah dollar amerika yang ada all seeing eyes itu sedikit mengusarkan saya. Apa maksudnya. Atau, sekali lagi.. Ia hanyalah mainan tidur?

Apapun, setakat ini dahulu cerita saya tentang mimpi pemimpin negara yang MUNGKIN berkaitan dengan isu semasa. Apapun, terpulang pada anda. Saya tak paksa untuk anda percaya. Artikel ini cuma untuk saya kongsi apa yang telah saya dapat sahaja. Sekian wassalam.
Share this post :

+ comments + 9 comments

Anonymous
March 24, 2015 at 6:36 AM

kamu sangat istimewa sampai dia pun memerhati kamu. Mimpi jika ditafsir baik, baiklah jadinya.

Anonymous
May 7, 2015 at 10:27 AM

cuba anggap rumah itu adalah dirimu dan buat cerita versi baru..maaf krn mengganggu

Anonymous
May 7, 2015 at 10:33 AM

ramai yg jatuh hati pada alam bumi lalu terlupa pada alam yg tinggi

Anonymous
May 7, 2015 at 10:40 AM

ketahui rahsia lam alif dan gina lah ia utk rumah tuanhamba dgn izin NYA, besrta salam penghormatan kpd baginda rasulullah s.a.w

Anonymous
May 7, 2015 at 10:48 AM

mereka tdk akan mampu menguasai bangsa kita selagi kita masih bersatu taat kpd NYA, Rasul & raja-raja

Anonymous
May 7, 2015 at 10:56 AM

hamba percaya pd pemimpin yg mrngajak kpd penyatuan dan tidak kpd perpecahan, walau pd zahirnya dia kelihatan jahil.dan selalu.dikeji...maafkan hamba pacal yg hina.

Anonymous
May 7, 2015 at 11:00 AM

dalam setiap permulaan zikr tuanhamba

orgjohor
May 8, 2015 at 5:05 PM

berkenaan senja tu, saya rasa membawa maksud kematian/peperangan/pertumpahan darah @ 'bencana alam' menyebabkan rakyat malaysia hidup dalam ketakutan dan kesusahan panjang.

August 19, 2015 at 12:29 PM

Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger