Total Pageviews

ORIGIN OF MALAY - a review

salam...

maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Mungkin ada yang ternanti-nanti apa yang akan saya bawa dan ada juga yang sudah bosan dengan kerenah serta mainan fantasi ini. Apapun, perjuangan tetap perjuangan.

Apa yang saya perjuangkan?!
Jawapannya ialah, for the real truth. Apa itu the real truth? Ia adalah kebenaran yang hakiki mengenai kemanusian, ketuhanan dan ketamaduanan dunia. Itulah yang saya cari dan kini ianya datang pada saya, baik sedar atau tidak.

Baiklah, saya terus pada tajuk saja. Untuk penghujung tahun ini, saya harus mengkaji mengenai sejarah Melayu. Ianya adalah untuk kerja khusus subjek pengajian saya yang berlangsung selama setahun.

Sejak dari itu, saya membeli, meminjam serta membaca pelbagai jenis buku, website serta artikel berkaitan dengan Melayu serta Nusantara. Meskipun belum tamat (belum tentu tamat), kajian ini merupakan suatu perjalanan atau suatu 'adventure' yang sungguh mengagumkan. Pada akhirnya, saya mengungkap kata "AKU BANGGA AKU MELAYU".

Jadi, apakah itu Melayu?

Saya akan memberitahunya pada artikel akan datang. Tapi untuk itu, saya tinggalkan satu Diagram Origin Of Malay untuk memudahkan penerangan saya nanti. Tapi, Diagram itu bukanlah satu yang shahih dan ianya memerlukan lebih banyak 'refinement'. Kerana itulah saya update blog saya kali ini agar anda dapat membantu saya untuk mengukuhkan lagi pencarian dan kajian saya ini.

Ini adalah Diagram Origin Of Malay:-




Insyallah, pada tahun hadapan, saya akan mencari Organisasi atau mana-mana pihak yang sayangkan "melayu" untuk berganding bahu bersama saya serta rakan demi memertabatkan kembali MELAYU YANG SEBENARnya. Ianya bukan politik dan polemik semata-mata, tapi ia adalah AWAKEN... Sang Naga kian bangun dan siapa yang dapat menahan ia bangun untuk membakar sang musuh yang pernah menidurkannya?!

Jadi, semoga kita di cucuri rahmat dan panjang umur agar dapat kita saksikan kegemilangan Nusantara di masa depan. Insyallah.

p/s: Diagram ini adalah mengenai 'asal' sesuatu bangsa yang hanya di kenali sebagai MIM (dari sundaland-pentas sunda) yang kemudiannya berpecah akibat banjir besar. Atas dasar 'kembali kepada tanah asal (motherland)' maka, banyak keturunan kenabian mengarah kaumnya menuju ke sini yakni nusantara. Sejak dari itu, bercambahlah rumpun melayu. Tapi, akibat dari permainan sesuatu golongan yang di gelar hidden hand, Divide & rule menyebabkan rumpun melayu berpecah dan tidak bersatu di bawah 1 kekuasaan. Seandainya kebangkitan dan penyatuan rumpun melayu terjadi, kebangkitan dari sebelah timur tak dapat di halang lagi. Maka, keturunan bani israel yang pernah engkar pada rasulnya akan menerima 'penghapusan' total' sebagaimana pernah di janjikan di dalam quran
Share this post :

+ comments + 15 comments

Anonymous
October 5, 2009 at 8:03 PM

Aiz,
Diagram tak load dalam PC saya. Camner ek. Saya sentiasa mengikuti artikel2 dari blog Aiz. Teruskan usaha dan bangkitkan Naga2 yang tidur nyenyak ni.

Sekian, terima kasih.

Anonymous
October 5, 2009 at 11:54 PM

ada darah Yahudi ke dalam bangsa Melayu???Biar betul....

Atau ada darah Nabi Yusof as?

Biar betul....macam nak karang sejarah sendiri jer.

Ikhlas,
Mala.

Anonymous
October 6, 2009 at 10:51 PM

Salam..

Saya pun bangga saya Melayu..

dan untuk praktik kita perlu menerapkan adab2 melayu ke dalah kehidupan sehari2.. ada banyak tata susila dan petua2 yang kita sendiri sebelum ni mungkin tak ambil berat dan sekarang mari sama2 praktik..

antaranya.. bersalam bila bertemu kenalan.. beri salam bila memasuki rumah.. amalkan senaman2 tertentu selepas bangun tidur.. bangun tidur mendahului matahari terbit.. dan lain2 yang elok kita korek dan bincangkan sama2..

antara kerja kita orang Melayu adalah meneruskan adab2 ini (asalkan tidak bercanggah dgn syarak)kepada anak cucu kita..

T shirt tu menarik jugak..

satu lagi saya nak tanya.. di mana saya bleh dapatkan DVD the arrivals yg lengkap?

Anonymous
October 6, 2009 at 11:23 PM

hehehe!!!

ye lah kan...sampai orang China ngan India yang dah masuk Islam pun terus mengaku jadi melayu...bagus la tu ye..

melayu tu bangsa ke atau sebuah agama...apa beza adat dengan agama..atau apa beza adat dengan ibadah?

kalau nak keluar pun kena bagi salam.Salam pulak kena lah betul...hehehhh!!!

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu....

TQ
Rafiq

Anonymous
October 6, 2009 at 11:58 PM

Salam...

Baru2 ni aku tonton cerita Spice Route 2,di TV1,
Selain cerita tukang masak makanan berempah ada story sejarah perdagangan rempah,menarik!.
Rupanya rempah memang kebanyakkannya dari Nusantara.

Sekitar 300 BC (Before Christ),orang Mala dah berdagang sampai ke Petra,sekitar Adom.Malah dah ada cerita sejak ribuan tahun
(1000 BC - 3500 BC) sebelum tu orang Nusantara dah berdagang rempah sampai ke Palestin(Syam).

Dari Petra rempah di bawa masuk ke kawasan Maditeranean melalui jalan sempit di sekitar Petra sejauh ratusan kilometer naik unta merentasi gurun padang pasir.Bermula dari situ lah orang Eropah mengenali rempah.

Sebelum sampai ke Petra,para perdagang Mala singgah dulu ke Sri Lanka,Tanzania,Utopia,Egypt dan Somali juga di sekitar Yaman, seterusnya merentasi Laut Merah ke perlabuhan Illi'at(Perlabuhan purba ini sangat penting satu masa dulu,tapi Yahudi dah sapu dan bina perlabuhan canggih untuk era akhir zaman,orang Islam tak tau sejarah kehebatan perlabuhan ini).

Ternyata di Tanzania masih ada Pokok Durian Saka yang ditanam ribuan tahun dahulu juga pokok2 rempah seperti bunga cengkih dan kayu manis.Mereka juga memanggil pokok durian itu seperti sebutan orang Mala iaitu Durian.

Perdagangan itu bukan saja tertumpu pada rempah termasuk batu permata,emas,kayu gaharu,kapur varus,tembikar,peralatan besi dan sebagainya.Bayangkan beribu kilometer mereka sampai kesitu ketika orang Eropah baru belajar nak pakai seluar/baju dan belajar nak buat peta dan baca kompas bintang untuk menuju ke Nusantara.

Adakah orang Mala memang berasal dari situ,sebab bila kita lihat mereka mengetahui peta perjalan laut ke situ.Bermakna juga orang Mala mempunyai teknologi perkapalan yang hebat, ternyata orang Mala di Nusantara begitu lasak ketika di lautan tak kesahlah tak bersenam pagi ke atau bangun awal ke tidak...zaman itu diorang bukan beragama Islam,tu sebab di panggil mala bukan Melayu aatchummmm!!!alhamdulillah.

sekadar renungan.
GM

October 7, 2009 at 1:39 AM

salam...

mungkin ramai yg tidak faham diagram saya tu di sebabkan terlampau kompleks...(berwarna)

jadi, mungkin saya akan refine dia dan kerana tulah saya ingin teguran dari anda semua...

apa yang saya ingin tekankan kali ini ialah:-

-melayu kini adalah proses pencampuran dari susur galur kenabian yang bermula dari nabi Nuh yang di katakan dari pentas sunda yang tenggelam

-Yahudi ialah salah satu cabang dari bani israel dan bani israel dan yahudi amat berbeza...jadi, janganlah gelabah bila saya kata, kita ada sedikit 'genetik' bani israel (lebih2 lagi dari maneseh dan elahim dari galur NABI YUSUF).

Anonymous
October 7, 2009 at 2:08 AM

Aahhh!!aku pun ada terbaca dalam buku "Sejarah Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara" di tulis olih Tuan Syed Alwi (kalau tak silap,yang bekas Mufti johor tu)

Di kata orang Eropah masih lagi duduk zaman kegelapan tetapi Orang Nusantara dah berniaga sampai ke negara Firaun....sampaikan gudang simpanan Firaun penuh dengan kayu gaharu,cendana,kapur barus dan rempah ratus...

Ada juga tulisannya kata orang barat memutar belitkan sejarah orang Melayu atau orang Islam Nusantara....tapi ada juga sarjana barat yang membela Sejarah asli kedatangan Islam ke Nusantara ni dan mencatatkan yang benar...

Dalam buku tu juga menceritakan bagaimana kepulauan Melayu ini di kuasai/manopoli olih perdagang dan pendakwah Arab lebih dahulu dari bangsa-bangsa Anglo Saxon dari barat sinun....sampaikan orang Arab Islam dah memasuki Istana dan memiliki tanah ladang di kepulauan Melayu ini.

Kalau ada yang cerita kedatangan beberapa bahtera dari Yaman atau dari arah Arab dan berhenti di sebuah pulau, kemudian berpecah dengan kesedihan ,membawa haluan memasing hampir seribu tahun lebih dahulu....maka sesungguhnya ia adalah benar berlaka.Anak cucu mereka telah menjadi orang kebanyakkan dan bercampur baur dengan orang-orang tempatan....

Mereka memasuki Mindanau,Sulu,
Pontianak,Tanah Melayu,Sunda Kelapa,Fak-Fak,Sulawesi,Irian,Indo China,Petani,Singgora dan malah merata keseluruh Asia Tenggara...

Apabila Bangsa Anglo Saxon sampai untuk menjajah Nusantara,cucu cicit yang telah bermastautin ini berselerakkan seperti orang kebanyakkan.Hari ini orang Melayu yang menjadi tukang sapu,driver teksi dan buruh kasar yang lain,jangan di pandang hina,sesungguhnya kebanyakkan mereka bukan datang dari keturunan orang biasa....sesungguhnya ada sebab Allah swt menjadikan mereka begitu.

Bagi aku tak kesahlah orang Melayu itu datang dari jurai siapa tetapi kalau sudah tentu Agama, Hujung Pangkal adat-resam peganggannya maka mereka akan berguna di hari muka.

Salam.

AZIM

Anonymous
October 7, 2009 at 2:44 AM

Assalamualaikum,

Bagus juga info dari Azim,Aiz,GM dan lain-lain,

Tapi info yang aku dapat pula lain sikit,bagi aku orang di Nusantara ini adalah warisan orang yang sudah hidup sejak 30 000 000 (Juta) tahun dahulu.Bayangkan Nabi Adam as kita hanya baru berusia sekitar 8000 (Ribu) tahun sampai kini.Ini bermakna generasi 30 juta tahun itu datang dari "Nabi Adam" generasi yang lain.Ada Adam yang lain selain Adam di generasi kita.Ini di kuatkan olih sebuah hadis dari Ibnu Abbas/Imam Jaafar ra yang di petik olih Syeikh Ibnu Arabi.Lebih kurang bunyinya:"Ada 100 ribu orang Adam sebelum Adam dalam generasi kita ini".Bermakna ada manusia lain sebelum manusia generasi kita.Orang asli masih wujud dalam berbagai ras dan tengkorak purba pula banyak di jumpai terutama di kepulauan indo nesia yang berusia puluhan dan ratusan ribu tahun.Datang dari manakah mereka itu semua?

Para akeologi yang menjumpai "Perak Man" di lenggong mencatatkan mereka berusia sekitar 40 000 (Ribu) tahun...termasuk juga barang tembikar dan peralatan batu yang lain.Dalam penemuan dalam sebuah Gua (tak silap,Gua Senyum) terdapat serbuk Gunung berapi yang pernah meletus sekitar 30 ribu tahun yang lalu.Bermakna,tamadun manusia ketika itu musnah atau berpindah-randah akibat dari letusan gunung berapi.

Jadi di Nusantara atau Asia Jauh ini sudah ada manusia yang tinggal sejak jutaan tahun dahulu.Harap Info tak seberapa ini berguna buat Saudara Aiz,kerana orang asli suku Semang,jakun,orang darat,asli laut,temiang,batak,senoi dan lain-lain sudah zaman-berzaman berasimilasi dengan bangsa kita....malah kita sudah satu agama dan bersaudara pula satu-sama lain.

Jadi sebenarnya bangsa Melayu Nusantara ini mempunya DNA sejak jutaan tahun dulu lagi,bukan hanya sekitar zaman Nabi Nuh,Ibrahim atau Adam dan Hawa generasi kita,yang di percayai hidup bermula sekitar 8000 tahun lalu.Atau saudara Aiz ada bukti yang mengatakan orang asli itu adalah anak cucu Nabi Nuh atau lain-lain Nabi....!

Terima Kasih
Jeff Sai'din.

October 7, 2009 at 3:25 AM

"Atau saudara Aiz ada bukti yang mengatakan orang asli itu adalah anak cucu Nabi Nuh atau lain-lain Nabi....!"

erm...saya tiadalah bukti arkeologi atau genetik yang leh di paparkan kat sini...tapi saya cuba menjawabnya melalui pembuktian quran.

insyallah, saya akan terangkan dlm artikel keluaran akan dtg mengenai ini...

kalau tak salah, ayat mengenai "setiap kaum ada rasulnya yang dtg..." di ulang2 dlm quran.

jadi, bangsa Melayu yang di katakan bersusur galur dari kenabian ini, memang harus ada 'rasul'nya.
begitu juga dgn orang asli. mereka 'lebih lama' di sini. dan mereka tak pernah 'melintas atau mencabar' kita, kerana genetiknya, mereka adalah sebagai pembantu 'melayu' di mana2 saja 'melayu' itu berada.

kerana itulah istilah 'melayu' itu amat luas. kerana itulah terbinanya frasa 'dunia melayu', kerana pembinaan blok ketamadunan dunia ini berpunca dari leluhur 'melayu origin' dan semuanya kembali kepada 'motherland' yakni nusantara jua (bagi yang memahami)...

Anonymous
October 8, 2009 at 1:51 AM

Ass'kum,

Apa yang saudara aizvirus nak buktikan?
atau adakah nak buat bisness lepas dah terkumpul semua maklumat tu nanti?

tak paham.

October 8, 2009 at 2:22 AM

erm...apa yg saya nak buktikan?!

saya nak buktikan bahawa rumpun melayu bukanlah lemah dan miskin...

saya nak buktikan bahawa kita sedang di laga2kan oleh sesuatu supaya kebangkitan masa depan tidak terjadi dari timur

saya nak buktikan bahawa 'kuasa' yang terpendam dalam susur galur yang membawa kepada rumpun melayu ini bakal mengoncang dunia

dan
saya nak buktikan bahawa, apa yang saya lakukan selama ini tidak sia2...

insyallah

FarhaN
October 11, 2009 at 2:02 AM

Alaaa....onyang pompuan aku kata nama Melayu tu pun datang kemudian...kalau tak salah selepas Islam datang dan menyatukan semua puak-puak dalam rumpun Melayu tu.

Sebelum tu puak-puak ni berbunuhan sesama sendiri...berebut kampung,berebut betina dan siapa yang nak jadi Tok Batin atau Penghulu...lepas tu setiap suku ni diorang ada undang-undangnya sendiri...kalau dikaji undang-undang puak ni tak sama pun dengan Millah Nabi Ibrahim as.Setiap puak berbeza pula undang-undangnya.

Diorang bangsa asal Melayu kuno ni lebih kepada Agama Pagan...sembah Roh dan Anemism....buktinya mudah kalau saudara Aiz pegi ke N.Sembilan,pegi cari banyak-banyak tapak batu Megalithic....duduk lah situ kejap menung-menung ke atau cuba bercakap ngan batu tu....kalau nasib baik ada Dejavu.Bolih lihat "skrip tenaga" yang tertanam dalam batu tu...

Aku biasa jer buat tu dulu onyang aku suruh...pasal asyik tanya jer asal usul,naik fe dup pulak dia...memang aku dapat "menceroboh " masa dulu dari Zero Mind Setting.Dapat juga beberapa harta karun tapi untuk masa depan, belum bolih bawa keluar lagi.Onyang aku kata bila tiba masanya nanti dapatlah ke kamu tu,memang hak kamu katanya...

Lagi satu ada beza ketara antara Nabi dan Rasul...bagi aku Rasul tu sentiasa silih berganti sampai kini tetapi Nabi tu dah tutup dah...

saja berkongsi...

Anonymous
October 12, 2009 at 12:47 PM

salam future phenomenon.

saya di sini ingin bertanya tentang sesuatu yang sering bermain di minda saya. terutamanya sekali saya ini orang Malaysia dan seperti yg tuan/puan sudah tahu, orang Malaysia ini mempunyai banyak kaum iaitu Melayu, Cina dan India. dan anda juga tahu bahawa Melayu ini menggabungkan banyak jenis kaum terutamanya melanau, indonesia, dan juga jawa. ya, saya tertanya2 kerana saya orang Jawa yang menetap di Malaysia dan IC saya dicop sebagai orang Malaysia tetapi bukan orang Melayu.

adakah orang-orang Jawa ini juga kiranya terbabi dalam proses2 sebegini?

adakah orang-rang Jawa ini terlibat dalam kelompok nusantara?

p/s: sila jaangan jawab "ya" hanya untuk menyelesakan hati saya sahaja.saya kurang berminat denga jawapan sebegitu.sila sertakan dalil2 dan hujah2 yang berbukti. terima kasih.

Salam...
Fkr

Anonymous
October 12, 2009 at 12:49 PM

minta maaf. *terbabit bukannya terbabi

October 14, 2009 at 3:26 AM

salam saudara FKR

inilah masalah utama yang berlaku kini terutama pada rumpun MELAYU.

pertama sekali, proses negarabangsa kini sedang rancak di jalankan dan indonesia adalah produk pertama di nusantara yang mengalami NEGARABANGSA tegar.

kini, telah wujud pun BANGSA INDONESIA dan dari situ mereka cuba memilki kebudayaan milik rumpun melayu supaya ianya menjadi hak milik BANGSA INDONESIA...
apakah ini sesuatu yang pelik?

itu masalah di Indonesia.
tapi di Malaysia pula, biarpun semangat Negarabangsa itu kurang biarpun pelbagai usaha di terapkan, Mind set orang di negara Malaysia mengatakan Melayu itu adalah Bangsa...

itulah adalah tidak benar.
MElayu itu ialah BAHASA.
terma bangsa melayu di guna pakai oleh orang inggeris supaya mempermudahkan mereka untuk mengenali rumpun melayu yang luas ini.

Hal ini di teruskan selepas kemerdekaan negara2 nusantara agar DIVIDE and RULE ini terus berjalan.

INDONESIA dengan BANGSA INDONESIA (?), MALAYSIA dengan Bangsa MELAYU (?), FILIPINA dengan kristinati tegar (kemelayuan telah hilang), THAILAND dan negara indo-china dengan masalah agama budhaa dan pemberontakan suku kaum...

Masalah ini akan berlarutan dan besar kemungkinan akan bercambah besar melainkan akan wujudnya seseorang yang boleh menyatukan kembali NUSANTARA ini.

Sekali lagi saya nak beritahu bahawa...
MELAYU itu bahasa
di Nusantara dan 'malay-world', semua mempunyai adat masing2 tapi bahasa yang menyatukan mereka ialah bahasa MELAYU...
kalau benarlah indonesia itu jawa yang punya, kenapa pula bahasa pertuturan mereka ialah bahasa indonesia (?) yang sama saja bunyi dialeknya dengan bahasa malaysia (?)

p/s: cantik kan work flow DIVIDE and RULE ini. Sampai saya pun dah tak tau apa nak buat jika saya seorang yang berkuasa.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger