suatu cerita 2




Pada bahagian lepas, A dan B sedang berbual mengenai ilmu kenal diri. A yang merupakan seorang yang berpengetahuan dalam bidang ketuhanan manakala B yang Liberal, saling berdiskusi mengenai ISLAM yang di cintai. Islam bukan hanya agama, tapi ianya lebih dari itu. Islam adalah pakaian diri dan islam itulah kehidupan mereka. Tapi, apa yang di maksudkan dengan pakaian diri dan kehidupan?!

Sama-sama kita saksikan penyudahan perbualan mereka yang terhenti seketika kerana di datangi penjual DVD 'Avatar' haram.

.................................................

 B:
Ko nak beli ke DVD tu?

A: 
Uih, wat pa beli DVD Avatar haram...Ko nak support dia ka?

B: 
Tak la, saja tanya. Okey, jom sambung balik cite tadi.

A: 
Hang nak cerita apa?

B:
Ni aku ada satu soalan kat hang. Aku nak tanya. Ni soalan direct. Tapi, hang jangan marah aku pulak. Aku ni kan seorang yang mahu mengenali tuhanNYA.

A: 
Buat apa aku nak marah. Ke hang nak aku marah. Aku boleh ja marah hang. Betui hang nak aku marah?

B: 
Hahaha...(gelak tak ikhlas)
tak de, aku nak tanya. ALLAH tu di mana? Sebab aku dok tengok, semua orang solat, tapi kebanyakkan solatnya entah ke mana-mana.

A: 
Uih, ko tanya soalan yang boleh membunuh ni. Kalau ko tanya kat ustaz-ustaz yang salah, ko konfem kena tembak 'head-shot' punya.

meh aku bagi hang ayat-ayat Quran. Aku tak amik benda lain, aku amik dari sumber Quran dan hadis ja. Antara ayat-ayat yang selalu di dengar ialah:-

"Dan sesungguhnya Kami  telah  menciptakan  manusia  dan  mengetahui  apa yang dibisikkan oleh  hatinya,  dan  Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
Surah Qaf, ayat 16

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah . Sesungguhnya Allah Maha Luas  lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Baqarah, ayat 115

"Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri  pasangan-pasangan  dan  dari  jenis  binatang  ternak pasangan-pasangan , dijadikan-Nya kamu berkembang  biak  dengan  jalan  itu. Tidak  ada  sesuatupun  yang  serupa  dengan  Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat."
Surah Asy-syuruaa, ayat 11

"Allah, tidak ada Tuhan  melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi  Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Surah Al-Baqarah, ayat 255 (ayat kursi)

Ibnul Qoyyim dalam kitab Al Fawaid hal 29, mengatakan
Allah mengajak hamba-Nya untuk mengenal diri-Nya di dalam Al Qur’an dengan dua cara iaitu pertama, melihat segala perbuatan Allah dan yang kedua, melihat dan merenungi serta menggali tanda-tanda kebesaran Allah seperti dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.”
Surah Ali Imran, ayat 190


A: (dengan ketawa kecil)
Banyak plak aku bagi ayat kat hang. Jadinya, dari ayat tu hang dah leh tau kat mana ALLAH itu berada. Dalam ayat tu, terang dan jelas di nyatakan bahawa ALLAH itu lebih dekat dari urat leher, di pandang ke mana-mana pun tetap ALLAH. Jadi, persoalannya, kat mana ALLAH tu.

Sebelum hang nak tau kat mana DIA, hang kena kenal ALLAH dulu. Ada satu hadis, tapi orang kata ni hadis Daif laa, "awal agama adalah mengenal ALLAH". Jadi, kalau hang tak kenal ALLAH, masakan hang ini ISLAM.

Jadi, mari kita kenal pencipta kita ni dengan akal yang open-mind, sebab terang lagi bersuluh telah di nyatakan bahawa, kita kena jadi orang yang 'berakal' dalam melihat tanda-tandaNYA.

B:
Cam susah je.

A:
Hang yang buat susah sebenarnya. ISLAM tu mudah lagi menyenangkan tapi orang kita ja yang suka menyulitkan ISLAM. Okey, meh aku sambung balik. Ni aku bagi tau cara simple dan cara awam ni, Kalau hang tak dapat tangkap juga, tak tau la.

Dalam istilah sufi, ALLAH itu adalah nama zat. Zat inilah yang menjadikan kita. Jadi, duduk letaknya zat bernama ALLAH ini adalah di mana-mana, tidak bertempat dan kekal ia di situ. Situ tu kat mana? Situ tu adalah di ARASYNYA. Jadi di mana ArasyNYA, maka rujuk balik surah QAF ayat 16 tadi, ArasyNYA ada lebih dekat dari urat leher kita.

Persoalannya, lebih dekat dari urat leher kita tu macammana. Hah, situ dah pening. Jadi, mari kita belajaq balik ilmu sains biologi.

Urat leher kita selain mengandungi darah, situlah letaknya nadi kita yang berpunca dari jantung.
Maka, kita dapat katakan bahawa, dekatnya DIA itu melebih jantung dan nafas kita. DI pendekkan cerita, ALLAH itu ada bersama kita.

B:
Owh, makanya kita ni ALLAH ke?

A:
Ya, betul. 10 markah untuk anda, tapi di tolak lagi dengan 30 markah.
Cuba hang gi jerit kat orang ramai, hang tu ALLAH, aku nak tengok hang hidup lagi ke tak lepas ni. Hahaha.
Memang benar pada hakikatnya tapi tidak pada kenyataanya. Kita adalah hambaNYA. Cuba hang rujuk balik sirah nabi la. Ada depa tu gi nyatakan 'AKU ALLAH"? Tak da kan?! Hanya firaun saja yang nyatakan sedemikian. Jadi, hang nak jadi firaun ka?


B:
Uih, ko ni. Mana kita nak jadi firaun kan? Apa definisi Hamba tu plak?


A:
Hamba tu adalah 'yang mengikut perintah'.
Maknanya, hang kena ikut perintah dan undang-undang DIA. Di dunia nan fana ni, undang-undang atau peraturan ALLAH kita sebut sebagai SYARIAT. Makanya, kenalah ikut syariat tadi.Kalau hang tak ikut, wat pa hang jadi umat nabi muhammad dan hamba kepada ALLAH. Kalau hang tak mau ikut, hang pi buat la dunia sendiri. Hang jadi tuhan, hang jadi raja dan hang sendiri jadi rakyat.

B:
Owh. faham-faham. Sebab tulah para nabi dan wali walaupun dah setinggi langit martabatnya, tetap mereka ikut pada syariat.

A:
Ya. itulah sebenar-benarnya. Tu yang aku kata sebelum ni. Ilmu ketuhanan ramai yang pandai naik tapi tak pandai turun. Apabila pandai naik tak reti turun, tu yang banyak jadi tuhan tu. Tapi, jadi tuhan, last-last kecing berak jugak. Sedangkan DIA itu 'laisakamislihi syaiun'...bermaksud 'tak ada yang sama dengannya"...baik kenyataan, pemikiran dan khayalan...DIA tetap DIA.

B:
Maka, bila di katakan 'laisa-tidak sama denganNYA', maka di katakan bahawa ALLAH itu tak akan sama dengan apa-apa jua bahkan kosong pun.

A:
Ya... Jika kita kata kosong pun, tetap bukan sebab kosong kita boleh lagi definisikan sebagai tiada..Bagaimana DIA tiada sedangkan DIA ada malah lebih dekat pada kita. Maka, DIA tetap DIA yang berada di tempatNYA.

B:
Senang nak faham tapi susah nak di tafsirkan...

A:
Hahaha...
itulah masalah manusia. Perkara ni senang saja, tapi manusia tetap nak fikirkan keadaan DIA dengan akal fikiran. Sebab tu la ramai yang gila isim. Jadi, untuk belajar ilmu ketuhanan sebegini, janganlah fikir pasal zatnya dengan AKAL.

Bagaimana hang nak FIZIKALkan benda spiritual. Bagaimana hang nak imejkan perkara ghaib. Inikan lagi keadaan DIA yang sudah tentu 'laisa kamislihi syaiun'...

Jadi, cara untuk 'melihat' keadaan DIA itu adalah gunakanlah HATI.

B:
Kenapa hati pulak?

A:
Surah pertama turun apa dia?

B:
Surah al-alaq...
Bacalah dengan  nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

A:
Okey, stop sakat ayat dua tu. Perhatikan ayat kedua tu. Dari segumpal darah. Pada asasnya orang akan ingat ini adalah peringkat kejadian manusia, tapi sebenarnya ia menceritakan perihal HATI.

DI nyatakan dalam surah itu, BACALAH dengan segumpal darah. Dalam hadis nabi, di nyatakan bahawa, di dalam jasad manusia ada seketul darah/daging yang mana kalau baik, baik lah ia, kalau jahat, jahat lah body kita. Benda itu adalah hati.

Ada orang kata hati hempedu ni, ada yang akat jantung. Macam-macam...tapi yang nyata ia dok dalam jasad kita.

Dengan hati atau qalbu inilah kita dapat 'explore' dunia ketuhanan dengan lebih jauh. Sebab tu tariqat wujud. Tariqat wujud sebagai jalan dan latihan untuk membersihkan hati.

Kat sekolah pun dah di ajar dalam pendidikan islam yang AKAL ini limited dan terhad. Tapi, manusia suka membandingkan perkara ghaib dengan akal. Sebab itulah mereka tak dapat nak menerima jika ada sesuatu perkara ajaib berlaku. Bila berlaku, terus mereka labelkan sebagai karut dan lain-lain. Tapi, pernahkah kita berlapang dada dan mind-setkan 'semua perkara itu berlaku kerana izinNYA...DIA maha hebat"...jarangkan?!

B:
Jap, nak tanya. Ko pandai semua ni ko belajar kat mana?

A:
Aku belajar dengan guru mursyid AKU.

B:
Camne nak cari guru mursyid ni erk?

A:
erm...
meh aku copy paste satu post reply dari satu forum:-

ramai yang bertanya camne nak cari guru mursyid ni

bila sebut guru mursyid, ini bermaksud sebenar2 guru yang dapat control korang, dalam dan luar..
guru ni la yang akan memikul beban korang..kalau krog silap, dengan dia2 sendiri masuk neraka..bukan senang jadi guru mursyid ni..guru bullshit..ramai

ciri yang kena tengok untuk cari guru mursyid ni:-
-susur galur hingga ke rasullulah (kalau korg gi jumpa guru, pastikan korg tanya ni dulu.. ni adalah syarat utama sebab ilmu rahsia ketuhanan hanya anak cucu baginda yang dapat...bukan syed syarifah yang togok arak tu tau..)

-jangan tengok pada pakaian dia..tak semestinya guru mursyid ni adalah seorang tok2 lebai, pakai jubah atau janggut... aku pernah jumpa seorang tua yang biasa2 saja, kerja kampung dan pakaian cam orang biasa... ada jugak yang pakaian kemas dan VIP...

-Kalau korang pergi jumpa, jangan laa korang nak mengetest diaorang dia..nanti korang akan kecewa..silap2 korang yang kena test..maksud test ni cam korang tanya tahap2 tinggi, tapi otak korang blum dapat gather maklumat sebanyak tu..ni adalah untuk mengelak dari otak korg jemmed.. ilmu ketuhanan ni bukan guna otak saja, tapi guna hati...it about heart baby...ha3

-tak semstinya sekali korg jumpa, tulah guru mursyid korang...guru mursyid adalah rahsia yang ALLAH dah tetapkan pada korang...

jadi, guru mursyid ni adlaah guru yang telah di tetapkan untuk setiap manusia di muka bumi, tapi sebelum jumpa guru ni, korang akan berguru dengan guru yang lain2nya..

cam kes nabi musa laa, even dia dah berilmu dan pandai, tapi ALLAH suh jumpa nabi khaidir kerana nabi khaidir itulah guru mursyidnya...orang kata 'setara dengan diri orang tu'...

cara2 korang nak dapat guru-

-sentiasalah berdoa untuk dapat guru mursyid
-sentiasa keep in touch dengan guru (biarpun bukan mursyid korang)..sms ke, call ke
-kadang2, rakan kita pun leh jadi guru kita.. so, terimalah pandangan even dari pengemis sekali pun dan filterlah dengan akal dan hati korang tu...
-sntiasalah try berzikir even sekadar ALLAH ALLAH sebanyak mungkin sebab bila korang dah masuk sesuatu tariqat, guru2 akan bagi latihan kat korang..cam aku dulu kena zikir ALLAH ALLAH 24K setiap hati, non-stop..jenuh oiii

Apapun, aku masih belum menerima guru mursyid ku tapiku yakin guru mursyid ku tidak lain tidak bukan dalam diriku sendiri...insyallah

B:
Owh gitu ke? Lagi nak tanya, camne nak kenal mana satu yang betul punya pengajian? Sebab sekarang ni aku tengok, ramai je claim dia yang paling betul. Aku tengok ko pun sama gak. Hahaha. Jangan marah aaa.

A:
Hahaha, tengah marah la ni.
Huhuhu, lawak ja.
Memang pun. Semua claim mereka lah yang paling betul. Mereka claim, merekalah pejuang islam sebenar dan penjaga hak islam sebenar. Tapi, aku nak tanya...
"Andai mereka semua betul, kenal umat islam kini masih tak berdiri dengan betul"...
Kalau di lihat, umat islam di labelkan sebagai ranking umat paling bawah. Penjenayah la macam-macam. So, aku namakan penyakit ni sebagai 'sindrom aku betul'.
Penyakit ni tergolong dalam sifat keegoan juga laa. Kalu di tegur, lagi melatah. Sama la cam aku, tapi aku akan buka hati aku untuk merima krtitikan orang sebab aku tau, yang suh menegur tu bukanlah jasad yang berkata-kata...tapi DIA yang ingin memperbetulkan iktikad aku.

B:
Erm, betul jugak.
Orang sekarang hanya mendengar kata-kata agama dari ustaz-ustaz yang mempunyai sijil dari pengajian tertentu. Ada juga yang hanya mahu mendengar kata-kata dari ustaz yang dah famous atau yang di takrifkan sebagai sudah khatam ribuan hadis. Tapi aku tengok, bila orang yang sedang mencari diri atau yang nak 'kembali' datang dan bertanya soalan power-power cam contoh "ALLAH tu sapa?", "ALLAH di mana?" dan macam-macam lagi, terus di tembaknya orang tu. Tapi tak semua laa


So, bila di kaji balik latar belakang ustaz-ustaz tu, rupa-rupanya dia hanya setakat mengaji feqah, ilmu hadis, syariat semata-mata. Bagaimana mereka nak jawab soalan ghaib-ghaib ni, sedangkan ilmu mereka terhad pada alam pemikiran semata-mata?! Betul tak aku cakap ni?!


A: 
Erm...benar juga.
Tapi, ada juga ustaz-ustaz yang belajar ilmu hakikat makrifat tapi tak boleh nak ajar kat orang lain sebab nak jaga periuk nasi depa.
Ada juga yang di larang dari bercakap pasal benda ni. Aku pun tak faham, kenapa ada pihak yang tak bagi ajar ilmu ni sedangkan ilmu ni tergolong dalam perihal IHSAN.


B:
IHSAN?


A:
yea...
Kan ada satu hadis yang mana jibrail datang menyerupai lelaki dan duduk tepi nabi Muhammad dan bertanya perihal apa itu islam, iman dan ihsan.


Islam tu adalah, Rasulullah menjawab, Yaitu bersyahadat bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, Mendirikan Shalat, Memberikan Zakat, Berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu 


Iman adalah, Rasulullah menjawab, Yaitu bahwa engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, Kitab-kitab Suci-Nya, para Rasul-Nya, Hari Akherat, dan mengimani takdir yang baik dan buruk



IHSAN adalah, Rasulullah menjawab, Yaitu bahwa engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.


Hadis di atas ni pun dah jelas menerangkan bahawa ko seorang islam andai kata ko telah mengucap dua kalimah syahadah yang harus di nyatakan di dalam solat 5 waktu sehari semalam, dan hang berpuasa di bulan ramadhan, tunaikan zakat dan haji jika mampu...

Untuk hang beriman atas ISLAM tu, hang haruslah percaya akan ALLAH, MALAIKAT, KITAB, RASUL, HARI AKHIRAT dan QADA QADAR.

tapi, berapa kerat yang betul-betul beriman sepenuh?!
cam contoh, bila kejadian sejadah berdiri seperti orang solat, berapa kerat yang kata "itulah kekuasaan ALLAH meskipun budak yang buat?"
ataupun
"ALLAH telah memberi peringat supaya kita sentiasa bersolat sebab budak nakal pun tahu buat perkara yang orang tua tak reti nak buat ni (letak sejadah ala2 orang sedang bersolat)...

Itu belum bab IHSAN lagi tu...
Ihsan ialah hang seperti melihat DIA...Bagaimana hang nak melihat DIA sedangkan DIA laisakamislihi syaiun...? Hah, sudah. Kalau hang tak dapat tengok DIA, maka tak lengkap hang sebagai ISLAM...

So, sebab itulah bermulanya TARIQAT yang berasal dari para sahabat ni. Cam contoh, tariqat nasqbandiyah, bersusur galur dari Abu bakar as-siddiq turun kepada Uwaisy dan seterusnya.
Tareqat tu haruslah mempunyai susur galur terus dari rasullulah. Jika kita pergi ke sesuatu tariqat, pastikan ahli tariqat tu boleh 'keluarkan identification card' dia (salasilah perguruan dari rasullulah hingga ke guru sekarang)...Kalau tak, maka batal keilmuan tu...

Sebab tulah ISLAM ni mudah tapi tegas.


B:
Owh..makin faham...Tq tq..
Jadi, orang-orang kita haruslah jangan terus menghukum andai tak tahu. Cuba kenal dulu baru nak menghukum sesuatu pihak tu.

ALLAH maha kaya untuk memberi jalan menujuNYA
ALLAH maha ilmu untuk memberi keilmuan pada hambaNYA
ALLAH maha besar dalam memberi hidayah pada hambaNYA
tapi MANUSIA tetap kecil dalam mengenal dirinya dan manusia juga tidak mempedulikan tanda2 yang telah ALLAH berikan untuk mengenalNYA...


Maha suci Allah daripada ketidaksempurnaan. Jalan menuju allah itu terlalu banyak. Ikutlah mana mana jalan yang telah di tentukan oleh nya untuk kita. Mohon lah perlindungan daripada nya dari kesesatan. Mohonlah juga keampunan untuk semua makhluknya tanpa terkecuali.

Jadi, berdoalah sentiasa meminta agar hati kita di beri hidayah yang cukup mahal harganya. Kalau ada PHD atau raja sekali pun, belum tentu dia di beri HIDAYAH dalam mengenalnya...

A:
Aik, hang pulak yang pandai...Taniah..

B:
Mestilaa...
Ko kan diri aku..

A:
Hahaha.
Ingatkan dah lupa tadi. Maka, ni aku dah mengajar hang, jadi hang pergi la tolong orang yang datang bertanya pada hang. HidayahNYA cukup mahal. Jadi, gunalah ia elok-elok.

B:
Terima kasih diriku...

............................................

Perbualan tamat apabila B tersedar dari fana'nya ketika dia duduk bersendirian selepas solat Asar.Meskipun ringkas, tapi ianya dapat membantu B untuk meneruskan perjalanan kehidupannya yang cukup mencabar kerana di hadapan, belakang, kiri dan kanannya itu terdapat syaitan dari jin dan manusia yang akan selalu menganggu gugat kehidupan seorang muslim. Syaitan itu kadang kala kelihatan cukup baik tapi janganlah melihat pada zahirnya tapi lihatlah pada batin dan hatinya kerana di situ segala rahsia akan di rungkai satu persatu. Latihlah dirimu dalam mengunakan gerak rasa hati mu dan sentiasalah berdoa meminta pada ALLAH kerana DIA itu maha pemberi...Jangan di persoalkan cepat lambat kerana DIA akan memberikan hanya yang terbaik untuk jasadmu dan dirimu.

p/s: DVD avatar haram itulah sang messiah haram yang akan datang menganggu gugat tika kita dalam pencarian diri. Jika di dunia ini, ia akan berupakan dirinya sebagai DAJJAL dan bersediakah kita dalam menghadapi soal jawab hakikat makrifatnya (abis semua manusia masuk geng dia meskipun kita tahu dia datang sebagai nabi palsu dan tuhan palsu...kita dah tahu, tapi kenapa ada juga yang masuk geng dia..jadi, fikirkan lah)

....hanya segelintir yang masuk geng Mahdi yang mana zikir adalah makan minum mereka, pakaian mereka satu yakni roh batiniah azali dan pemikiran mereka satu kerana akal mereka adalah hati...









---kita ibarat anak kecil yang mencari ibu bapa yang hilang---

Share this post :

+ comments + 32 comments

December 28, 2009 at 10:13 PM

salam...

saya memohon maaf andai artikel kali ini tidak 'kena' pada pengajian anda. Ini hanyalah dari pengalaman, pandangan, pendapat serta hasil permerhatian dari diri saya serta orang sekitar saya.

Walaubagaimanapun...
perihal yang di ceritakan dalam artikel ini adalah 'basic' dan pada peringkat awam agar semua dapat memahaminya dengan mudah.

Jadi, janganlah berbicara mengenai ilmu tinggi di tempat yang 'rendah' ini kerana niat saya adalah untuk memberitahu tentang kekusutan serta fitnah yang berlaku akibat dari tidak kenal maka tak cinta (sindrom labelkan manusia semuslim)...Matlamar utama ialah untuk memberi penerangan santai mengenai perkara yang cukup berat untuk di kupas dalam pandangan orang awam...(level-level tinggi tu janganlah terus hentam bila entri ni tak kena pada 'level' yang anda duduki sekarang..matlamat kita adalah untuk sama-sama berkongsi agar 'yang tak tahu' akan 'tahu' walaupun sedikit

p/s: yang penting kita nak semuanya sayang dan cinta akan ALLAH pencipta kita...right?!

wallahuaklam

December 28, 2009 at 10:32 PM

Kelakarla.. nak kenal tuhan dari manusia dah tu ikut ajer apa yg manusia suruh.. Kalu dah kenal tuhan .. apa maksud ALLAH tu? Takkan sembah benda yg x bermakna.. dpt apa ke? Syg tuhan kena buat apa yg tuhan suruh kan? Jadi, apa yg tuhan suruh tu semua ada dlm al quran.. pernah baca dan fahamkan x?

December 28, 2009 at 11:19 PM

memang kelakar pun...

memang manusia pun suruh menyembah ALLAH kan.. tang tu laa yang kelakar.. kalau bukan manusia bernama MUHAMMAD yang menyuruh bangsa arab menyembah ALLAH, masakan ianya boleh sampai ke pada generasi kita. Ni tak tahan nak gelak ni...

tapi tuan asalama..
saya nak tanya..tuhan ada suruh kita ubah baris quran dengan sengaja cam tuan lakukan dalam blog tuan ke...

apapun, saya respek pada tuan sebab tuan berani menyatakan keagamaan tuan.

Kita menyembah benda yang tak bermakna sebab kita tidak kenal yang amat bermakna..

p/s: tuan nak lari dari syariat ni..betul tak?! (usik2 manje)

December 28, 2009 at 11:48 PM

Salams.

Apapun...saya suka baca apa kamu tulis. Mmembaca dan menilai...

Anonymous
December 29, 2009 at 3:08 AM

banyak maklumat..
InsyaAllah

December 29, 2009 at 6:06 PM

Agama sepatutnya membawa kesejahteraan kpd umat manusia. Ada nampak kebaikan yg diberi agama tuan itu ke? Mana buktinya agama tuan itu benar? Tuhan janji agamanya akan memimpin dan menjadi khalifah penakluk dunia. Apa ada pada agama itu jika perkara yg tuhan janji x berlaku? Sudah semestinya agama itu bukan agama tuhan lah. Sekiranya x perlu di buktikan, masuklah apa agama pun sama jer..

December 29, 2009 at 8:00 PM

Salam,

menarik.

Zikir Allah Allah Allah 24K.....
ermm... mcm pernah dengar je:)


Buat kebenaran asalama,
dah la tu... cukupa cukupa la tua, bertaubata la...usaha menyesatkana oranga laina kata sinia pulaka... nanti saya bukak pekung didada awak pulak... apa yang awak tulis dalam blog awak dan forum kat terjah amat bahaya... jangan cuba bermain dengan benda-benda yang boleh menyesatkan akidah orang islam saudara.bahaya.ISA masih digunapakai lagi sekarang ini.Awak diupah oleh S'pore ke?

paling kelakar dalam blog awak ialah bahasa melayu tu sama dengan bahasa ibrani dan al-qurana yang awak guna tu diturunkan dalam bahasa jawi. awak pun ada mendakwa dapat ilham ala-ala wahyu gitu dari Allaha , he he he memang kelakar,:) kenapa tak jawab dalam komen di blog saya??? saya masih tunggu jawapan anda.

wassalam.

December 29, 2009 at 9:23 PM

kepada asalama,

aku tidak tahu siapakah kamu, mesti berasa seronokkn apabila dapat kamu sesatkan org bersama-sama ke jalan kamu.

bertaubatlah , kerana setiap hujah kitab n agama kamu tidak perlu dibahas kerna Al-Quran sendiri telah bahas segala tuduhan yang telah dibuat oleh kamu terhadap agama Islam.

Adakah kamu sndiri telah phm kitab kamu sendiri sebelum ingin berbahas dengan Al-Quran yg diwahyu oleh Rasulullah pilihan Allah Azza wa Jalla?

Aku sendiri merasakn yg kamu sendiri masih belum yakin dalam agama kamu sendiri kerna sbb itu kamu ingin cari kesalahan dlm Islam. Aku mengajak kamu untuk kembali ke-Jalan Islam semula .Tp jika kamu tetap memilih jalan agamaMu maka, Agama aku untuk aku agama Engkau untuk kau.

Semoga Allah masih membuka pintu taubat untuk kamu. -Waallahualam

Anonymous
December 30, 2009 at 12:50 PM

"tapi tuan asalama..
saya nak tanya..tuhan ada suruh kita ubah baris quran dengan sengaja cam tuan lakukan dalam blog tuan ke..."

salam kepada aiz...saya tak tahu anda menulis secara sedar atau tidak ayat tersebut tetapi lepas saya baca ayat saudara saya terus membuka blog asalama dan baru saya tersedar...dalam kita berasa islam dapat dipraktikkan tanpa gangguan terdapat cubaan-cubaan menyesatkan umat islam...

terasa seperti selama ni saya hidup dalam khayalan dunia...tidak tahu kenyataan yang berlaku

caliphate
December 30, 2009 at 7:08 PM

salam buat PENGKOMEN sekalian n especially ASALAMA.. saye x tau ape motif anda mengubah baris-baris ayat y diturunkan ALLAH DALAM BAHSA ARAB KE BAHASA IBUNDA..(saya tabik sebb anda sgt mecintai bahsa ibunda)saye x nampak ade keharusan ntuk berbuat demikian..jika anda katakan semua agama sama maka.SAYA KATAKAN BAHAWA ANDA BENAR..TAPI SLAH SEBENARNYA..TUJUAN AGAMA semua sama tapi.. kandungannya berbeza..kandungannyalah yg akan membezakan sama agma itu benar atau tidak...x yah nak explaian kat sini TNTG AGAMA YG PALING BENAR..

berdasrkan komne anda kat atas nnun di sana..semacam anda nie BERPUTUS ASA DGN JANJI ALLAH BAHAWA KABANGKITAN AKAN DITERAJUI OLEH ISLAM DI AKHIR ZAMAN..JANJI ALLAH ADALAH BENAR..IANYA MUTLAK N TIDAK BOLEH DIRAGUI..CUMER SOAL IANYA LAMBAT ATAU CEPAT,BAGAIMANA IA BERMULA DAN SIAPA MEMULAKANNYA,INI ADALAH RAHSIA ALLAH dan ujia buat kiter .SETIAP MANUSIA ADE POSISI MASING-MASING DALAM MENJAMIN KEBANGKITAN INI DEMI MEMEBENARKAN JANJI ALLAH BAHWA KEBANGKITAN ISLAM AKAN BERMULA DI TIMUR..ADE YG MEMENTANG,ADE SEKADAR MENONTON,DAN MENYOKONG..JADI JGNLAH JADI PENENTANG KEBANGKITAN ITU..SAYE MOHON DGN RAHMAT DAN KASIH ALLAH KEPADA SEMUA HAMBANYA..
INGAT HANYA ORG KAFIR YG BERPUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH..MUSTAHIL MUKMIN AKAN MELAKUKAN PERKARA YG SAMA SEPERTI KAFIR

DEMI IMAN ANDA PADA ALLAH/TUHAN,saye kire perbetulkan smula kandungan blog anda..kite kembali semula kepada ISLAM..jika anda mahukan bukti ISLAM AKAN MENERAJUI KEBANGKITAN,SAYE KIRA ANDA PATUT BERMOHON KEPADA ALLAH AGAR TUNJUKKAN KEPADA ANDA 'BUKTI' TERSEBUT..OLEH KERANA ALLAH YG BERJANJI MAKA ANDA MINTALAH JALAN DARIPADA-NYA...SEMOGA ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEPADA ANDA JIKA ANDA BENAR-BENAR YAKIN,PERCAYA DAN IKHLAS DALAM MENGIKUTI SYARIAT DAN SUNATULLAH MILIK-NYA..

kisah ini sama apabila orang kafir meminta kepada RASULULLAH SUPAYA DITUNJUKKAN BUKTI BAHWA BAGINDA ADALAH RASUL DAN..BAGINDA X MAMPU BERBUAT APA-APA NTUK MENUNJUKKAN BUKTI TERSEBUT LALU BAGINDA BERMUNAJAT DAN BERMOHON BANTUAN ALLAH LANTAS ALLAH MENGIRIMKAN MUKLJIZAT KEPADA BAGINDA SEBAGAI BUKTI KERASULAN BAGINDA..JIKA ALLAH YG BERJANJI MAKA DIA PASTI TEPATI..HANYA ANDA YAG MEMBENARKANNYA ATAU MERAAGUINYA....

pada awalnya saya igt anda nie budak tariqat..(kalu budak tariqat saye x berani berhujah sgt pasal mereka nie KENAL TUHAN DALAM DIMENSI BERBEZA SO SUSAH NK EPXPLAIN).. tapi biler tgk komen kat atas..saye rase anda nie hanyalah
manusia yg ragu-ragu,pesimis dan tiada iktikad yg TEGUH TERHADAP ISLAM..

salam.............

Anonymous
January 3, 2010 at 8:34 PM

Approach kebenaran Asalma dan tuan blog ni dua2nya salah. Bukan dari basic percaya kepada allah tetapi kepada perkara2 lain yg buat anda dan perkara2 mudah jadi susah.

Untuk kebenaran Aslama, anda telah membuangkan baris2 seperti apa yg biasa digunakan. Utk itu ia menjadi susah kerana anda telah mengubah apa yg selama ini org ramai fahami. Secara tak langsung menghidupkan chaos.

(Bagaimana pun utk pengetahuan ramai, dulu2 mmg takda baris pun, dizaman khalifah mana ntah, baru diadakan baris, utk penyatuan penyebutan- kira jadikannya standard dan supaya takde lah org cam Aslama ni buat, dan jenuh pihak2 tertentu kena perbetulkan dari sesama ke semasa)

Buat tuanpunya blog pulak, kebanyakan sufi itu banyak yg menuju kesesatan, yg elok hanya 2-3aje, mana satu, aku pun tak tau, kerana amat susah mengenali mereka)

Yang abah aku ajar, tak payah lah susah payah mengenal dengan perkataan2 jargon setengah tu mentakrif bermacam tentang duduknya allah dan setengah percanggahan pasla kursi pun ada.

Senang cerita anda fahamilah Rukun Iman dan Rukun Islam, perkara2 yg menjadikan syirik dan segalanya. Amalkan apa yg disarakankan oleh Islam dalam kehidupan sehari2 dan menjadikan perbuatan, sehingga kan anda tak terasa ia sebagai satu yg alim (ni bagi setengah org)- kerana ia telah biasa dan sebati dalam hidup anda. Kemudian kalau nak belajar lagi tinggi, barulah belajar dari org2 yg bertauliah dan tidak menyimpang dari ajaran sebenar. Sufi hanyalah tarikat, amalan2.

Pendek cerita bagi org2 cam aku, tuan blog, aslama dan lain nya, takat kalau ada masa tulis blog ni, jadi lah islam secara sederhan, sufi2 ni banyak yg dah terseleweng.

Anonymous
January 3, 2010 at 8:38 PM

Sesungguhnya, ramai sungguh manusia yg berasakan dirnya benar, tapi masih juga salah.

Majoriti betul mengenai pengesaan Allah, tetapi masih2 bertelegah mengenai hal2 yg berlainan, umpama ayam bercakap dengan itik.

Q
January 4, 2010 at 5:22 AM

saya tidak menafikan anoy berkata begitu, kerana itulah antara jalan paling selamat dari meyimpang.

dalam dunia zaman skrang yg penuh dengan fitnah ini, adakala kita rasa itulah jalan yg paling selamat sedangkan dihujung cerita lain pula.

Hati manusia ssh hendak ditafsir dan walaupun mngkn telah ditafsir tetapi tetap akan punya ralat kerana ia mampu berubah-ubah.

tidak salah hendak mengetahui atau menyoal sesuatu yg diluar batasan akal kita kerana itu adalah "fitrah" , kerna itu lah Allah memberikah syariat kepada kita agar kita tidak memandai-mandai menghasilkan sesuatu yg tidak pernah ada. Syariat ini lah akan membimbing kita menuju hakikat Tuhan yang Maha Esa itu.

*Hakikat tanpa syariat sesat , syariat tanpa hakikat zindik.

rozbud27
January 5, 2010 at 8:19 AM

Salaam,

my apologise for writing in this foreign language. but i have always find it much easier to express myself better.

an interesting blog indeed. mind-boggling. mind-set crusher. many things indeed. it is rare to find amongst us, Melayu(?) and Malaysian(?), that could write down the big picture of ... using an easy and friendly approach.

the owner of this blog ... you have a lot of guts to expose all these information, knowing the risks. there will be friends, there will be foes.

pepatah melayu lama:- gunting dalam lipatan, tiada kelihatan, tetapi padah merbahaya.

owner of this blog ... sekiranya anda dipihak yang benar, anda akan saya doakan sentiasa, sekiranya tujuan anda berbeza, hanya DIA sahaja yang berhak ke atas diri anda.

One day we shall meet for this reason :- Tentang Ta Mim, 5 tahun lepas pernah saya persembahkan tafsirnya(?) kepada mereka yang saya percayai, tetapi kerana tiada respon dan juga kerana tiada kajian terperinci, saya sangka "i must have lost my mind .. crazy person".

laungan takbir .. pabila saya membaca artikel saudara .. insyaALLAAH .. we may be able to 'debate and deliberate further ...

thank you for the article ..

January 5, 2010 at 8:25 PM

Hamba bacakan ayat pertama dan kedua surat al baqarah yg dibaca oleh org Islam selama lebih 1,000 tahun tanpa mengenal maksudnya.

Alama Zalaka Al Kataba Laa Riba Fiha,..
Apakah Demikian Kitab Tiada Keraguan Padanya.

Hamba lebih mengetahui isi kandungan kitab tuhan hamba berbanding org2 Islam. Inilah yg hamba cuba sampaikan, kebenaran itu bukan apa yg tuan hamba kehendaki atau gambarkan tetapi apa yg mutlak.

caliphate
January 6, 2010 at 12:20 AM

salam sekali lagi buat pengkomen sekalian n asalama..bagaimana tuan hamba tahu yg tuan hamba lebih mengetahui tntg kebenaran berbanding orang lain..camne tuan hamba tahu yg membri kefahaman lebih kepada tuan hamba adalah Tuhan tuan hamba...
tuan hamba kelihatan seperti sedang mengisytiharkan diri tuan hamba lebih hebat daripada orang lain..
baik tuan asalama tgk balik siapa yg bagi tuan hamba ilmu pelik nie,kang x pasal nabi x mengaku Ummat.parah kat akhirat sok..x de orang nak tolong.tuan hamba jawab le dgn Tuhan kepada Tuan hamba..

(mungkin tuan hamba nie penuh tejatuh waktu kecik n effect otak kat tuan hamba ,cube gi scan kat klinik..mane tau ade tumor atau kanser yg menghalang saudara ntuk berfikir secara waras sebagai Ummat Islam yg beriman kepada Allah,Nabi ,Al-kitab,malaikat,hari akhirat,qada & qadar..
...saya risau dgn saudara nie,nak marah takut hilang pahala,nak lempang kat internet mane bleh,nak suruh jaip tangkap,ip address x tau kat ner,baik tobat dulu risau bumi x terima jek nanti ...

salam semua..

MABA
January 6, 2010 at 6:50 PM

Assalammualaikum

Semoga pagi ini kita dirahmati dan diberkati. Mulakan bismillah pada setiap kerja, pasti kita tidak akan terjerumus ke arah kesesatan kerana kesesatan itu amatlah benar membawa diri ke neraka seperti mana yang dijanjikan oleh Allah.

Dari awal pandangan (komen) ternyata ada berbezanya. Tetapi apalah kiranya beza itu sekiranya kita ini berada pada pihak yang benar. Kebenaran itu pasti muncul dari jalan yang sulit sekiranya kita berterusan membuktikan kebenaran yang dengan niat itu hanyalah kerana Allah. Usahlah bertingkah yang boleh membuatkan kita lari dari amalan yang tiada sedikitpun dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak kerana tingkahan itu ada syaitan disekelilingnya.

Janganlah terburu-buru menuduh yang mungkin tuduhan itu akan kembali kepada pembicara. Perbezaan pendapat adalah lumrah. Ini kerana ia datang dari seorang manusia yang suka berfikir dan berbeza guru setiap generasi. Ambillah jalan berbicara dengan baik dan tertib, kerana yang berbicara denganmu itu adalah manusia yang kemungkinan berlainan sifat dan fiil. Yang benar janganlah menghina yang salah, dan yang salah janganlah mengalah (sehingga berdendam).

Sehingga in sahajalah kata-kata saya. Saya minta maaf sekiranya ada yang pasti terguris dengan bahasa saya. Saya tidaklah berniat ingin berkasar apatah lagi mencela kalian semua. Secara jujurnya marilah kita semua berbincang (bermusyawarah) apabila melibatkan sesuatu ilmu. Pasti kita boleh jumpa titik penyelesaian pada setiap persoalan.

Q
January 6, 2010 at 8:08 PM

hehe unik sungguh sy lihat kebenaran asalama yg ingin dikngsi , sebelum itu tuan aiz , izin kn sy bertaya.

(kdp asalama)Boleh kamu bebicarakan tetang tuhan kamu? kamu menggunakan Al-Quran sedangkan dlm waktu sama kamu menolak Al-Quran.

maka apa nama kitab kamu dah sapa yg bawakan kepada kamu?

*soalan yg sama sperti artkel tuan hassel berbunyi
1.Siapakah Tuhan kamu?
2.Siapakah Rasul kamu?
3.Apakah tujuan kamu hidup didunia ini?

setiap soalan ini encik asalama jawab dgn tertib.

soalan ini adalah fundemental/dasar dalam akidah sebelum kita bebicara tetang hukum hakam didalam agama. bagaimana kamu hendak mendakwa Islam itu salah sedangkan kamu sendiri bukan didalam Akidah islam itu sendiri.

January 6, 2010 at 9:00 PM

Tuan hamba,
1. Tuhan hamba ialah Allaha (Al-Segala, Laha-Baginya).
2. Hamba beriman dgn semua nabi2 dan rasul2 kerana semuanya beragama dgn agama yg satu iaitu agama nabi ibrahim, asalama dan ini terdpt di dlm al quran. Nabi yg membawa al quran juga mengikuti agama ini kerana ini perintah tuhan di dlm al quran. Di dlm al quran, tuhan melarang melebih2kan seseorg nabi dgn yg lain.
3. Tujuan hidup hamba ialah mengabdikan diri kpd tuhan yg esa dan meninggikan agamanya serta memastikan hanya agama tuhan dan hukumnya tertegak di dunia ini.
Kebenaran itu adalah mutlak. Kebenaran bukanlah mengikut pendpt manusia, jadi apabila kebenaran itu dtg kpd manusia, kebanyakan manusia akan menolaknya kerana mereka telah membuat persepsi sendiri ttg kebenaran. Inilah maksud jihad melawan hawa nafsu kerana manusia itu hanya menang apabila hidup bersandarkan kebenaran dan bukan tanggapanyya. Sudah semestinya kebenaran itu tidak akan tenggelam dgn kata2 manusia yg menolaknya. Seperti juga matahari, jika kebanyakan manusia menganggapnya sebagai bulan, apakah matahari itu akan bertukar menjadi bulan?

Q
January 7, 2010 at 2:24 AM

Maka kamu beriman pada kitab yang dibawa Muhammad saw?

Adakah kamu beriman bawaha kitab Al-Quran adalah dalam bahasa arab?

sepertimana Firman Allah Azza wa Jalla

"Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah." (Surah Ar Ra'd 13:37)

dan beberapa kali diulang oleh Allah :

"Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka. "
(surah Thaahaa 20:113)

"Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)." (surah Az Zukhruf 43:3)

"Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, " (Surah Fushshiat 41:3)

jika kamu cuba mencari insyaAllah kamu akan jumpa byk lagi peringatan Al-Quran adalah dalam bahasa arab dan tidak mungkin kamu akan memahaminya 100% jika hanya dengan memahami terjemahan sahaja. Bukan kerana hendak mengagungkan bahasa arab tapi itulah kehendak Allah yang menjadikan Rasul terakhirNya dari golongan Arab. (kenapa mesti arab?? Jika kita benar beriman pada Allah sudah tentu kita tidak mempersoalkan “kenapa?” seperti mana kita beriman pada nabi-nabi sebelumnya )

"Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya[*], supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan[**] siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. " (surah Ibrahim 14:4)

*Al-quran diturunkan pada bahasa Arab itu bukanlah beerti bahwa Al-Quran hanya pada bangsa Arab tetapi kepada seluruh umat manusia.
**Disesatkan Oleh Allah bererti; bahwa orang itu sesat kerana keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk2 Allah. Mereka ini orang-orang yang ingkar dan kerana keingkaran mereka itu menyebabkan mereka terus sesat.


pada firman dibawah juga Allah membenarkan kitab-kitab sebelumnya dalam bahasa Rasul itu sendiri. Jadi tiada sebab kami hendak menolak kitab sebelum Al-Quran.

"Dan sebelum Al Quran itu telah ada kitab Musa sebagai petunjuk dan rahmat. Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim dan memberi kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (surah Al Ahqaaf 46:12)

Kitab Musa sebagai petunjuk dan rahmat = Kitab Muhammad peringatan dan khabar gembira
Maka kitab-kitab diturun tidak ubah sikit pun tujuannya iaitu sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

dan bagaimana kamu katakan Al-Quran itu salah sebutannya, bahasa apa yang kamu telah bacakan dilidah kamu? arab? melayu? jawi? rumi? rom?

jadi pelik sungguh bila kamu katakan beriman pada Rasul-Rasul sesebelumnya tetapi salah menyebut nama tuhan yang telah memerintahkan mereka? bagi sebutan hebrew atau pun Arab ataupun bahasa lain pn ia tetap berbunyi Allah. adakah perlukan bukti agar kamu percaya?

insyaAllah kita akn smbung lg.. salam kepada mu encik asalama.

January 7, 2010 at 10:40 AM

smoge ALLAH melindungi kite dri seksa nerake dan fitnh dajjal...amin2.en3 ni agk brt buat org yg bru nk blja mcm sye tp mksd pnls mmg smpai kpde saye.time kaseh ats perkongsian..nk tnye soklan yg mgkin org gelakkan sye,berkenaan guru mursyid tu.adekah mksd anda guru mursyid ialah diri kite sndri @ mmg ade guru mursyid kite yg tersndri?maaf sekirenye ini soklan bodo tp sye btol2 cetek ilmu agme.

January 7, 2010 at 5:49 PM

Tuan hamba,
Adakah bahasa arabia itu berbaris? Jika benar pergi perhatikan tulisan org Arab, adakah ianya berbaris? Tahukah anda bhw al quran itu tidak memerlukan baris untuk dibaca dan di fahami. Hanya apabila ianya di letakkan baris, maka manusia dikelirukan dan mula mengambil hadis sebagai sumber agama. Jadi, mereka mengikuti hadis2 yg dikatakan dtg dari nabi dan melanggar perintah2 tuhan di dlm al quran. Spt perkataan Allah. Apa erti perkataan ini? Nabi tidak menyembah tuhan Allah kerana al quran itu tidak bertanda dan berbaris asalnya. Jadi, hamba menyembah tuhan yg sama dgn nabi mahamada yg membawa al quran. Nabi sebenar bernama Ahmad dan mahamada (maha mulia) adalah gelarannya. Siapa Muhammad yg tuan hamba agungkan itu, sedang namanya tiada dlm al quran yg asal tanpa baris?

Q
January 7, 2010 at 8:50 PM

sesiapa yang mengikuti sirah tetang Islam semua tahu asal Al-Quran itu tidak berbaris, kamu taya la pada ulama.. tiada yang membangkang . kalu begitu kamu tahu kah sepatutnya Al-Quran itu x dibukukn?? Di-zaman Rasulullah x pernah wujud Al-Quran dalam buku, yang ada adalah catatan sahabat di kulit2 binatang,batu2 dan dll.

Sejarah dibukukan adalah Ilham yg dberi oleh Allah pada Umar AlKhatab dan menceritakan pd Abu Bakar bahawa kerisauan dia terhadap makin ramai para Tahfiz Quran mati syahid dlm pertempuran dan semakin sedikit yg tinggal. Maka ia mcdngkn Quran dibukukan agar semua manusia didunia ini mendapat manfaat dan atas sepakat Itjima Sahabat maka terhasillah Al-Quran versi Buku.

Baris yang diletak pula adalah di zaman Sahabat Rasulullah bernama Uthman bin Affan, khalifat ke-3. Ini kerana Islam telah berkembang luas dan terdapat masalah dimana dibeberapa tempat yg bukan arab mereka sukar melafazkan sebutan itu dengan alunan dan lafaz yang betul . Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Khalifah telah memerintahkan untuk meletakkan baris atas sepakat Itjima' Sabahat agar bacaan itu tidak lari maknan dan sebutannya.

adakah kamu benar-benar tahu sirah ini atau sekadar ingin dijadikan hujah apa yg kamu pegang?

Jika tidak kerana Allah mengerakkan hati mereka untuk melakukan seperti itu, belum tentu kita dapat membacakan Al-Quran hingga sekarang. adakah kamu hendk menjadi antara org-org yg tidak bersyukur?

kamu sendiri tidak rasa pelik kerana hmpir semua bacaan kamu berbunyi dengan baris "atas"? setiap patah huruh mmg punya bunyinya contoh "usus" dan "S" itu bunyi "sa" perlukan bila kita mneyebut dengan "u-su-sA" , lagi-lagi tetang nama tuhan kamu, kamu katakan ejaannya alif lam lam ha = "A L L H" bagaimana kamu boleh sebut "al-la-ha" kenapa tidak "al-lh" atau "a-llh" ? tentang kalimah basma, ejaannya "ba-sin-mim" sebutan kamu "basama" dengan semua tanda diatas, sedangkan bahasa arab "ba" boleh berbyi "ba"@"bi"@"bu","sin" berbyi "sa"@"si"@"su", "mim" juga "ma"@"mi"@"mu". (adakah kamu betul-betul paham bahasa arab?)

Walaupun telah baris diletak kamu masih x dpt mengusainya apatah lagi yg tiada tanda, berfikirlah..

kamu tidak terasa diri kamu telah dipermain-mainkan oleh orang yg mengajarkan kamu wahai saudara laki-laki ku? kebenaran apa kamu ingin buktikan ? hujah kamu hanyalah hujah dari akal.. Islam adalah agama rasional bukan logik semata-mata. mintak maaf cukup la setakat ini. amiklah masa berfikir sedalam-dalamnya adakah kamu ingin meneruskan agama kamu itu.

Tmh kasih kepada tuan blog kerana mengizinkn sy berbicara dan kepada kamu asalama. As-salamualaikum warahmatullah.

rozbud27
January 7, 2010 at 9:48 PM

Just thinking aloud,

Agama Syumul adalah Islam dan Nabi dan Rasul seluruh umat, penutup akhir zaman adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Full stop.

Salawat dan salam kepada Rasulullah saw. Full stop.

Untuk menjadi seorang Islam, dengan ucapan syahadah. Full stop.

Al-quran, hadis dan sunnah (rasulullah saw). Full stop.

Shall you entertain kaum kafir, musyrik and munafiq, when it is clear that they want to misguide you.

DOA adalah senjata paling utama ...

Scholars be careful, if you go into details based on scholarly books and the kafir, musyrik and munafiq are able to present 'tafsir' that could be seemed as 'true' based on logic, humane, scientific findings, etc. your aqidah will shake. Be clear, that all those findings are the result of a divine creation. Segala puji-pujian hanya pada NYA.

Hidayah comes from DIA .. not from human. When one refuse to see the truth, no amount of information and explanation can change them. HIDAYAH comes from DIA.

You can only remind and shield yourselves based on what you know. And if you care enough, you help remind to shield your families. And if you are brave enough, you help remind and shield others in your community. and so on.

Sometimes, the best won battle is not by 'noise' but by 'silence', by strengthening your own faith and conviction.

Tenkius

January 7, 2010 at 11:12 PM

Jadi, selama ini mengapa pula org2 islam membaca alquran itu selama lebih 1,000 tahun masih belum menemukan maksud Alif Lam Mim itu?
Nabi yg membawa al quran bukannya bernama Muhammad. Buktinya ialah di dlm al quran menyatakan namanya ialah Ahamada (Yg terpuji) dan ini selari dgn kitab injil. Mahamada (Maha Mulia) adalah gelaran yg digunakan oleh nabi. Jadi, siapakah nabi muhammad itu? Al quran tanpa baris, anda tidak akan menemukan perkataan Muhammad dan Islam. Kebenaran bukan spt yg anda mahukan tetapi ianya sesuatu yg mutlak. Kebenaran tidak akan dpt ditutup oleh mulut2 manusia.

Anonymous
January 11, 2010 at 4:54 AM

kenapa saya menulis begini dan tak menulis "kanapa saya manalasa bagana dana taka manalasa"? adakah saya menulis dahulu baru saya berfikir bagaimana untuk menulisnya?

bangsa mana yg faham maksud 'kanapa saya manalasa bagana dana taka manalasa' kalo tak diberi pemahaman?

January 14, 2010 at 10:00 PM

Panjang jugak nk baca, tp disampaikn dengan ayat generasi sekarang. Betullah, segala ayat dn hujah kamu itu adalah asas sahaja. ;)

Dimana letaknya Allah?
Dia bukannya benda ada bertempat.
Allah ada di hati setiap org mukmin ;)

"Dekatnya Allah tidak bersentuhan, jauhnya Allah tidak terjarak"

January 14, 2010 at 10:09 PM

Kepada Asalama,

Jika kwn kamu memasuki kolam air yang sejuk dn dia berkata pada kamu bahawa kolam itu sejuk, adakah kamu akan percaya? Tentulah tidak selagi kamu tidak memasukinya. Adakah 'sejuk' itu kamu dapat lihat dan pegang? Tentulah tidak kerana kamu hanya dapat merasa. Rasa itulah nikmat yang tidak ternilai. Begitu juga rasa sayang kamu pada ibu bapa kamu, adakah rasa sayang itu kamu dapat lihat? Dapatkah ibu bapa kamu melihat sayang kamu itu? Tentulah tidak. Mereka hanya dapat melihat cara kamu menunjukkan rasa sayang itu.

Rahsia Alif Lam Mim adalah rahsia Allah. Apa yang rahsia adalah kan tetap menjadi rahsia Allah.

January 17, 2010 at 7:01 PM

Alif Lam Mim berbunyi Alama dan di terjemah apakah atau begitukah. Nabi membacanya tanpa baris dan faham maksudnya. Jadi, ianya bukan satu ayat pun. Di dlm al quran menyatakan bhw mereka2 yg menambah2ayat al quran dgn meletakkan baris dan tanda dgn tujuan mengelirukan umat manusia. Nabi2 tidak beragama Islam kerana nak dpt Islam kena sekutukan tuhan dgn nabi muhammad. Hamba tak jumpa satu ayat al quran pun yg benarkan kita mengucap kalimah syirik tu. Tolong le bagi ayat al quran yg boleh sokong hujjah anda.
Hamba nak tanya satu soalan yg asas yg jika anda tidak boleh menjwbnya, maka anda tidaklah termasuk org2 beriman. Soalan hamba ialah apakah rukun iman anda? Di dlm al quran menyatakan rukun iman ialah percaya kpd tuhan, malaikat2, kitab2, nabi2 dan rasul2. Hamba katakan disini untuk beriman perlu mengenal dan kenalkah anda nabi2 dgn erti kata memahami apa yg telah di perbuat oleh nabi2 dlm menegakkan agama tuhan? Adakah anda membaca kitab2 yg diturunkan yg memberi gambaran sebenar agama tuhan. Oh ya, arab munafik dah tipu manusia dan katakan kitab dahulu dah mansuhkan?

January 18, 2010 at 6:11 PM

Untuk pengikut arab munafik, hamba nak tanya, bila masa anda ucap Allah dan kemudian memarahi org lain guna kalimah tersebut? Contoh, bila mulakan sesuatu baca Bismillah, jadi tuhan anda millah la ya, kemudian alhamdulillah, sekrg dh jadi lillah, ucap lak astagafirullah, ok rullah, mengucap lak cmner ada pakai Allah ke? Awak nak kata nabi tu mcm awak ke, ucap bende x bermakna cam tu? Lagi satu, jgn nak malukan nenek moyang kita org melayu, org melayu tulis dan baca jawi, dan ianya adalah huruf2 yg terkandung dlm al quran. Diorg baca jawi ada baris ke? Jadi, mustahil ke baca al quran tanpa baris? Ni le akibatnya bila taksub pada bangsa yg tuhan dah sebut sebagai munafik. Awak ingat nabi tu org arab ke padahal nabi adalah dari keturunan nabi ibrahim dan nabi adalah pewaris kota bakkah dan org2 arab tu cuma menumpang je kat sana. Bukankah nabi ibrahim dan nabi ismael yg membangunkan kota bakkah yg sebelumnya pdg pasir dan arab badwi dtg minta supaya dibenarkan untuk tinggal di sana. Kemudian diorg dah rampas kota tu dan ngaku diorg punya hak pada kota tu. Mmg dasar munafik, dan mereka mmg tahu bhw satu masa seorg waris keturunan nabi ibrahim akan dtg dan merampas semula tanah milik moyang mereka dan agama tuhan yg sebenar akan di tegakkan spt yg dijanjikan tuhan. Masanya kian hampir, hamba akan pastikan agama tuhan di tegakkan dan hanya hukum tuhan spt yg terkandung di dlm taurat dan al quran di gunakan.

February 2, 2010 at 2:39 AM

"Lagi satu, jgn nak malukan nenek moyang kita org melayu, org melayu tulis dan baca jawi, dan ianya adalah huruf2 yg terkandung dlm al quran. Diorg baca jawi ada baris ke? Jadi, mustahil ke baca al quran tanpa baris?"

Izinkan hamba yang lemah ini untuk memberikan komen dari saudara asalama ni..yang baik tu dtg dari Allah, yg butruk tu dtg dari diri saya sendiri..

1st= org arab bercakap bahasa arab
2nd=org melayu berbahasa melayu

itu fakta..jadi..


saudara asalama..jika sesorg melayu yang tidak memahami bahasa arab boleh memahami tulisan arab?
katakan sejujurnya..

dan org arab yang berbahasa arab dan tidak memahami bahasa melayu..bolehkah dia memahami tulisan jawi org melayu..katakan sejujurnya..

satu contoh lagi..bolehkah org melayu yang tidak memahami bahasa inggeris mampu memahami tulisan inggeris?

jadi setiap bangsa lebih mengenal bahasanya sendiri..

katakan sejujurnya..

bukan matamu yang buta..tp barangkali mata hatimu yang buta.

maafkan hamba yang lemah.

February 8, 2017 at 8:04 PM

Salam Tuan Asalama
Saya menerima pendapat saudara pada mulanya ayat ayat alquran ditulis tanpa baris malahan huruf hurufnya tanpa titik dan tida dibukukan dalam satu buku. Ia hanya dalam bentuk mushaf mushaf yang berasingan sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah Usman Al Affan, ia dijilidkan menjadi satu kitab, namun pada masa itu ia masih dalam bentuk huruf yang tidak bertitik dan tidak berbaris. Akhirnya pada zaman pemerintahan Khalifa Mu'awiyah, barulah Al Quran ditulis dengan mempunyai titik dan baris pada huruf hurufnya dan ia kekal sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tuan tentang cara lafaz bacaan kalimah kalimah di dalam alquran itu seperti yang tuan sangkakan. محمد tidak di lafazkan "mahamada" ia di sebut "muhammad"

Kembali kepada sejarah penulisan al quran ini. Ia di beri baris dan titik pada zaman Mu'awiyah. Mu'awiyah bin Abu Sufyan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Muawiyah_bin_Abu_Sufyan)ini adalah salah seorang sahabat nabi. Ini bermaksud ia sendiri mendengar bacaan Al Quran dari mulut nabi sendiri. Tentu masih ramai lagi para sahabat nabi yang hidup pada ketika ayat Al Quran ini diberi tanda titik dan baris pada penulisannya. Tujuan ia ditulis sedemikian rupa adalah untuk mengelakkan orang orang yang tidak pandai berbahasa arab salah menyebut ayat ayat Al Quran kerana pada masa itu Islam telah mula berkembang jauh dari tanah arab.

Gaya penulisan tidak ada kaitan dengan cara lafaz sebenar. Jika ia berubah, tentu sekali para tahfiz yang juga hidup bersama nabi, ketika di zaman Mu'awiyah akan menentangnya. Pernahkah tuan melihat kamus bahasa inggeris? saya ambil contoh perkataan "Disclose" biasanya disebelah itu ada satu lagi ejaan untuk memudahkan kita menyebut perkataan itu "\dis-ˈklōz\", ia diberi baris dan titik. Ia tidak mengubah perkataan itu walaupun penulisannya berbeza. Ini sama seperti penulisan al quran tadi yang di beri baris dan titik.

Itu pendirian saya secara ringkas ttg isu yang tuan bangkitkan.

Wallahu'alam.

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger