Lebih sebulan saya tinggalkan blog ini kosong. Maka, maaf dari saya. Sebenarnya, saya tidak tahu apa yang hendak di nukilkan biarpun banyak perkara yang bermain di fikiran. Tahukah anda bahawa untuk menulis sesuatu blog, ianya bukan mudah. Tambahan lagi jika ia melibatkan ilmu dan perkara ketuhanan.
Salah cakap maka fitnah jawabnya. Nauzubillahiminzalik. Dek kerana itu, amat sukar untuk saya menulis andai kata 'feel' untuk menulis tidak sampai. Jika di paksa-paksa, maka lain pula jadinya. Meskipun begitu, ramai pembaca yang sedang menantikan apa yang saya hendak nukilkan.
Beberapa bulan lepas, telah saya keluarkan siri mengenai ILMU SEGALA. Di pendekkan cerita, Ilmu Segala ini adalah titik ilmu-ilmu. Di akhir karya, saya katakan bahawa Ilmu itu sendiri ada proses kelahiran, kedewasaan dan kematian lalu reborn menjadi perkara baru.
Tapi, saya tidak tahu, berapa orangkah yang terperasan ada satu missing link dalam pendedahan ilmu ini. Baiklah, di sini saya beritahu setelah lebih sebulan saya diamkan. Jika anda pernah mengikuti siri BANGSA MIM saya dulu, anda pasti akan menjumpai frasa ILMU SEGALA ini. Di dalam artikel itu, saya mengatakan bahawa Nabi Adam a.s telah mendalam Ilmu Segala apabila mengetahui nama-nama sekalian yang ada.
Baiklah, di sinilah point sebenarnya. ILMU SEGALA = NAMA-NAMA.
Apabila ada nama, maka itulah adanya penciptaan, Saya bagi contoh, andai anda seorang ahli sains yang sedang menkaji zero point energy (tenaga pembina segala), tiba-tiba anda menemui satu lagi energy yang lebih halus dari ZPE ini. Anda tahu ianya ada tapi anda tak tahu nak beritahu tentang perkara yang anda jumpai itu. Maka, anda menamakan energy itu kepada sesuatu nama.
Di pendekkan cerita, penciptaan pada mulanya tiada nama. Tapi, sebagai khalifah yang di cipta oleh ALLAH, Nabi Adam a.s mengetahui segala nama yang sebelum ini mungkin tiada satu pun pernah di kenali oleh para malaikat atau penduduk langit.
Maka, dari mana Nabi Adam a.s ini tahu perihal nama-nama ini. Oleh yang demikian, ambillah sifir ini.
[ zat - nama - sifat - perbuatan ]
Oleh yang demikian, jika anda seorang pengkaji Future Phenomenon yakni peristiwa-peristiwa masa depan seperti; imam mahdi, syuib salleh, al-mansur, pemuda bani tamim, panji hitam mahupun dajjal. Mungkin anda boleh selarikan tentang perkara ini kepada sumber-sumber kekuatan panji-panji hitam.
Jika musuh ada senjata teknologi canggih dan panji hitam melawan dengan tangan kosong, anda rasa panji hitam boleh menang?
Jika di paksikan dengan logik akal, memang panji hitam akan tewas dengan mudahnya. Tapi, percayalah bahawa, apabila baginda rasul berkata panji hitam tidak terkalah, maka percayalah mereka akan sentiasa menang, meskipun mereka berlawan mengunakan ranting kayu.
Persekutuan panji hitam memiliki ahli-ahli yang mengetahui di mana duduk sumbernya kekuatan di dunia ini kerana insyallah mereka tahu rahsia penciptaan dan rahsia pengakhiran [key of creation and key of destruction].
Rahsia-rahsia ini di turunkan secara rahsia kepada waris-waris yang amanah sahaja. Adakalanya ia berbentuk saka, manuskrip atau cerita atas cerita. Makanya, waris pada generasi kini harus tahu untuk membuka kunci-kunci ini. Semakin dekatnya sesuatu peristiwa akhir zaman, semakin memberontak diri anda [padahal anda sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku]... maka, ramailah yang mulai mengkaji sejarah asal usul keluarga, sejarah melayu, sejarah itu ini dan lain-lain.
Seterusnya, ramailah yang mencari jati diri dan mengenal diri melalui jalan tariqat atau berjumpa guru bernasab ahlul bait. Tahukah kalian, bahawa saya telah berkecimpung dalam dunia seperti ini sejak saya dari tingkatan 3 yang pada masa itu saya cuba menjadi seperti remaja lain tapi akhirnya membawa diri lalu menyelongkar buku-buku penyucian jiwa.
Adakah anda rasa ini suatu yang kebiasaan atau kebetulan. Jawapannya tidak...
Ia tidak kebetulan. Tiap nyawa yang di kandung diri dalam jasad itu ada misi di dunia ini. Cuma ingat atau tidak sahaja. Ingat yang bagaimana? Pernahkah anda berasakan ini bukan diri anda yang sebenarnya. Anda lebih dari apa yang anda ada sekarang ini tapi anda tidak tahu apa yang harus di buat kerana anda rasa bagai di kunci.
Sesiapa yang pernah membaca siri indigo dalam artikel saya yang lepas mungkin mengetahui hakikat ini. Ia bukan kebetulan. Ianya adalah perancangan ALLAH s.w.t pada makhlukNYA. Oleh yang demikian, saya nasihatkan diri saya dan kalian, hiduplah di bumi ini seperti biasa ibarat kucing menyimpang kukunya, tapi bersedialah dari batiniah dan lahiriah ibarat harimau menganas takkala semboyan menyeru.
Apa yang penting adalah yakinlah hadis nabi akan datangnya hari itu. Tidak perlu menunggu lagi kerana bila saja kita melangkah pada langkahan pertama, insyallah, 'dia' akan muncul, kerana kita semua, umat islam adalah pencetus kepada kehadiran 'mereka', pencetus evolusi dunia selamanya.
Akhir kata, maaf dari saya kerana saya ini insan tidak sempurna dan kerdil sahaja. Jangan anggap apa yang saya keluarkan selama ini di nusanaga.blogspot.com ini sebagai ilmu sepenuhnya dari saya kerana saya ini tukang dengar/tulis sahaja. Carilah guru yang mursyid dan carilah kedewasaan jiwa. Sekian terima kasih. Wallahuaklam
~ Hasell usiby ~
p/s: ada insan menginginkan saya untuk bercerita pasal filem inception, tapi memandangkan saya belum melihat lagi filem tersebut, insyallah di lain masa saya akan menulis mengenainya. Apapun, satu lagi, sila ke blog ini http://suarajagat.wordpress.com/2010/06/10/tazkirah-sj-ucaplah-syahadah-dengan-betul/ dan fahaminya dengan betul...
+ comments + 16 comments
salam...
menarik...terutama perkataan "persekutuan"..semuga kita semua dlm lembayung keafiatan dan keselamatanNya...illahi ya rabb
shamsul mike
"Rahsia-rahsia ini di turunkan secara rahsia kepada waris-waris yang amanah sahaja. Adakalanya ia berbentuk saka, manuskrip atau cerita atas cerita. Makanya, waris pada generasi kini harus tahu untuk membuka kunci-kunci ini."
rasanya ade kaitan dengan 'Akashic records' yang saudara bincangkan sebelum ini.. Nenek moyang menurunkan ilmu kepada waris2 mereka menggunakan alam sebagai perantara.
kenapa?...dikhususkan bangsa "MIM" ini?..semakin digeruni dan dicemburui...segala tanda,klu,kod,petunjuk semakin muncul timbul disegenap pelusuk dunia...bukan 'tahunya' pada kita..
tetapi mereka yang diluar sana 'berkata...
bangkit dan teguhkanlah kalimah tauhid didalam diri-diri kamu..wahai sekalian saudaraku.
"rahsia2 ini diturunkan secara rahsia kepada waris2 yang amanah sahaja.adakalanya ia berbentuk saka,manuskrip atau cerita atas cerita".rahsia diturunkan dalam bentuk 'saka',macam mana ya..boleh sesiapa terangkan,mungkin boleh dijadikan panduan.
mike:
persekutuan panji hitam... mungkin seperti persekutuan tanah melayu. mungkin?!
wa beghembah:
akashic record adalah terma untuk new age movement. mungkin benar tapi kurang tepat sebab akashic record di katakan seperti 'luh mahfuz'..apapun, yang tahu hanya ALLAH jua.
anon july 31 1.02am:
ilmu ni tak di khususkan pada sesiapa atau mana2 bangsa sebab ianya adalah kurniaan ALLAH.
Bangsa MIM adalah bangsa berdarah 'diraja' bersanad para nabi, kalau di perhatikan dalam artikel bangsa MIM, makanya anda akan dapati kenapa sehingga kiamat, kita harus pertahankan ahlul bait... Inilah rahsianya.
Anon july 31, 1:32am:
Kalau di tanya bagaiman bentuk atau apa ajaran ilmu segala, saya mohon maaf kerana saya tidak tahu. tapi yang saya tahu adalah wujudnya satu titik yang menjadi sumber mata air ilmu2 ini. Bagi saya, ianya bukan boleh di belajar atau di tunjuk ajar, kerana ianya melibatkan kurniaan ALLAH pada sesiapa yang di kehendakiNYA.
Mungkin ia dpt di turunkan melalui saka, manuskrip atau cerita. Tapi hakikatnya, jarang insan yang mengetahui apa itu sebenarnya ILMU SEGALA. Yang boleh kita ketahui adalah...
IANYA WUJUD...
Salam.
Alhamdulillah, lama saya menunggu update blog ini. Terima kasih 'future phenomenon' kerana sudi berkongsi ilmu disini. Sy percaya saudara seorang yg berilmu, ingin rasanya sy menjadi sebahagian drp saudara agar sy turut menjadi seorang yg berilmu.. Semoga saudara terus menulis dan berkongsi ilmu disini. InsyaAllah..
tima kaseh atas perkongsian ilmu..
kadang2 rasa seperti ada sesuatu, semangat, maklumat, isyarat, alamat, persamaan..
terasa di dalam diri ini.. ttp tiadalah daya utk mengeluarkannya.. hnya tersimpan utk diri sndiri..
menunggu waktu utk digerakkan..
"..Semakin dekatnya sesuatu peristiwa akhir zaman, semakin memberontak diri anda [padahal anda sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku]... maka, ramailah yang mulai mengkaji sejarah asal usul keluarga, sejarah melayu, sejarah itu ini dan lain-lain..."
________
salamunalaik...wahai ahli keluargaku..sang future phenomenon..
adakah kita disini kerana kebetulan atau perancanganNya...?
ambe disini kerana clue2 sebelum ini sejak awal 2009...bermula kisah 2008..semakin cerah...namun ini titik yg jelas..
sampai masa bersatu kita semua...insyaALlah.
bangsa MIM..hehehe....kenapa dipanggil MIM ya?
"MIM" artinya.....walaupun bangsa ini zahirnya nampak lemau,lembab,
lemah,kerdil,kerap dikata dinista...tetapi hakikatnya tetap
"dicemburui" dan "digeruni" oleh bangsa diluar sana...kerna mereka lebih mengenali bangsa "MIM" ini,dari bangsa "MIM" itu sendiri...kerna apa??..
kerna "RAHSIA" itu...tetap menjadi milik bangsa "MIM",hingga ke hari akhir nanti(.)
Semua ni perancanganNya, kita dikumpulkan berkumpul- kumpul di serata muka bumi nusantara dan bumi, Yang tiada cuma seorang ketua yang diterima atau diangkat jadi ketua... takkan nak amik en futurepeneomenon kot hahahahahhaa.... tunggu je ketua yg dilantik oleh kita sendiri nanti... bukan yg melantik diri die sendiri... masa skrg ni bersiap- siapan je lah...
Adakah anda rasa ini suatu yang kebiasaan atau kebetulan. Jawapannya tidak...
Ia tidak kebetulan. Tiap nyawa yang di kandung diri dalam jasad itu ada misi di dunia ini. Cuma ingat atau tidak sahaja. Ingat yang bagaimana? Pernahkah anda berasakan ini bukan diri anda yang sebenarnya. Anda lebih dari apa yang anda ada sekarang ini tapi anda tidak tahu apa yang harus di buat kerana anda rasa bagai di kunci.
.... ramai lagi mereka diluar sana ... mencari cari tercari cari kunci untuk membuka seribu rahsia .. rupa nya aku tidak sendirian
Salam ,
terima kasih usiby.
Alangkah indahnya nikmat Allah kepada hambanya...
Assalamualaikum saya berharap sangat dpt bersua muka dengan nusanaga.....suarajagat....amin yra.....