Total Pageviews

1127061

360 darjah kemusnahan : Renungan 2

Bismillahirahmanirahim
Salam, maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Maafkan saya sebab kini saya dan keluarga sedang menghadapi masalah kesihatan sedikit. Apapun, saya cuba untuk update semampu mungkin.


New, New World Oder alaf baru

post ni di amik dari blog saya
"Dr Ilyas: Saya setuju dengan pendapat Mahadaya bahawa Islam sudah menjajah Orang Melayu. Kita lihat kebudayaan Arab menjadi pegangan Orang Melayu. Nanti Orang Melayu akan sedar hal ini hendaknya."

"Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah, Melayu sejati Melayu sakti. Melayu tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh mungkiri janji dan tidak boleh berhasad dengki."

Hal ni dah lama saya nak cakap tapi tak terrrcakap lagi sehinggalah skrg. memang benar kerana "arab" telah menjajah "melayu" dgn nama islam sehingga melayu lupa yang mana "agama" dan "cara hidup / nasihat"...

saya pasti ramai yg tak sukai quote ni, tp inilah yang pernah saya cakap dekat lecturer saya yang juga seorang 'pejuang melayu', tapi dia marah (atau tak faham apa yang saya nak sampaikan).

bangsa2 adalah sunnahtullah seperti termaktub dalam AQ bermaksud "tidak aku jadikan bangsa2 demi untuk saling kenal mengenali satu sama lain"...

Andai kata bangsa itu menjadi bangsa lain seperti dalam hadis nabi bermaksud "barang siapa yang mengambil sesuatu kaum itu maka jadilah ia sebagaimana kaum itu"... jadi, adakah 'penjajahan' ini juga sesuatu NWO (yg mana barat telah pun berjaya membaratkan satu dunia.. dan kini mungkin 'wahabi arabian' menjalankan NWO alaf baru?!)..

maaf jika post ini tidak sehaluan dengan anda..

Hilang bangsa hilanglah jati diri.
Hilang jati diri, hilanglah peribadi
Hilang peribadi, hilang keindahan sebagai manusia

Kenalilah diri anda, kenalilah keturunan anda, kenalilah bangsa anda

Nescaya tahulah anda bahawa ALLAH MAHA SEGALA-SEGALANYA...

Tapi kini di Malaysia, Bangsa telah menjadi politik. Islam telah menjadi politik. Perkauman telah menajadi politik. Bangsa sendiri tidak lagi mempercayai bangsa sendiri. Apatah lagi bangsa lain. Akhirnya wujudlah diri sendiri tergantung mencari arah tuju. Bila tidak berjumpa, maka di pegangnya sesuatu ketidakketahuan.

360 darjah kemusnahan anda telah rasai...
tapi, percaya atau tidak...
1 darjah kemusnahan bermula dari dalam diri anda sendiri..
sehingga melingkari seluruh 360 pandangan anda sehingga anda lemas dan tidak mampu bernafas....

Saya utarakan permasalahan,
di sini juga saya sertakan penyelesaian...
Penyelesaiannya adalah:

- ketahuilah 360 darjah kemusnahan ini jua adalah kehendakNYA
- Tiada penyakit yang tiada ubatnya... Mintalah padaNYA
- Masalah umat islam bukan bermula di Palestin sahaja, tapi ia bermula di dalam diri anda sendiri. Jika tidak sudah tentu billion umat islam kini mampu melaknat israel dengan mudahnya.

Apapun, saya hanyalah insan hina yang mampu berkata-kata di blog semata-mata. Insyallah, mudah-mudahan kita mampu mengambil apa yang harus di ambil demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan seluruhnya...

wassalam


"Hasell Usiby"
Share this post :

+ comments + 26 comments

November 9, 2010 at 8:47 PM

Salam abe aiz...

sekian lama ambo tak menjenguk ke sini, lupa link blog abe aiz. tp baru hari ni tergerak utk cari link ke blog abe aiz, dan akhirnya jumpa juga...

em... menarik juga artikel kali ni, semacam mind teaser yg mengancam pemikiran utk berfikir...

tp ada sedikit yg ingin sy perbetulkan,

abe aiz ada nyatakan spt berikut:

"Tiada penyakit ada ubatnya.. Mintalah padaNYA"

sepatutnya ditulis sbgi:

"Tiada penyakit yang tiada ubatnya... Mintalah padaNYA" atau digantikan dgn yg lebih sesuai.


Sedikit shj pembetulan drpd sy, harap diterima dgn baik.

Salam dari kejauhan, Sekian dan Terima Kasih.

November 9, 2010 at 11:51 PM

ha3.. salam BK
terima kasih sebab betulkan frasa tu.
Patut rasa pelik je ayat tu..

Apapun, di harap artikel kali ni memberi semangat untuk mengolah 360 darjah kemusnahan kepada 360 kebaikan yang bermula dari diri sendiri.. insyallah

Anonymous
November 9, 2010 at 11:54 PM

ringkas dan padat. artikel saiz compact. cukup utk buat org mahu berfikir untuk fikirkan. thanks

'hati neutral'

mike
November 10, 2010 at 1:45 AM

smile to aiz.....:)

Muhammad Fadzuan Bin Razali
November 10, 2010 at 9:01 AM

Salam Sahabat yang 'sejalan' denganku

Saya tersentuh dengan kata-kata diakhir blog...saya hanyalah insan hina yang mampu berkata-kata di blog semata-mata...

Benar,seperti yang kita tahu,kita sebenarnya sedang menghadapi 'the real world we face today' dimana 'dunia' yang kita diami sekarang penuh dengan cabaran yang hebat!!!

Adakah kita hanya mampu menulis blog sahaja untuk berjuang? Benar kata pepatah mata pena lebih tajam dari mata pedang tapi kita perlu tahu bahawasanya 'the real world' adalah penuh dengan tipu muslihat tahap tertinggi dan saya berani jamin sesiapa yang tahu menulis blog dan menulis apa sahaja berdegar-degar di depan laptop di bawah aircond atau mungkin kipas angin mungkin bila menghadapi 'the real world' mungkin sedikit panik (atau full panic)(contoh Raja Petra,sekarang tinggal di luar negara,kalau berani berjuang duduk sahaja dalam negara dan teruskan peperangan kalau rasa benar) sekiranya tidak ada ilmu dan 'pengalaman' merasai kesusahan...'kesusahan' yang saya maksudkan ialah 'kesakitan' dan 'penderitaan' menghadapi sesuatu yang menyakitkan hati dan badan fizikal...pernahkah kita terfikir untuk berjuang kearah kebenaran sebenarnya memerlukan pengorbanan...ya,pengorbanan memerlukan 'darah','tenaga','harta' malah pengorbanan dari orang-orang yang kita cintai (kematian orang-orang yang rapat ketika berjuang,sama seperti apa yang dilalui Rasulullah SAW)...sekiranya kita masih dibawah pengaruh emosi dalam sesuatu perkara,masih merendah2kan tahap pengetahuan orang lain padahal orang itu juga menyebarkan kebaikan (banyak saya jumpa dalam forum dan blog di internet),mudah marah sekiranya ditegur,merasa diri penuh dengan ilmu padahal itu adalah sifat riak,Wali Allah yang sebenar tidak akan mengaku dirinya wali dan kalau boleh tidak mahu dirinya dikenali langsung oleh mana-mana manusia di dunia ini dan penggunaan nama samaran yang berleluasa (banyak blog jenis macam tu,merahsiakan identiti,sekiranya mahu menjadi pejuang dan mahu berjuang sehingga ke titisan darah terakhir,dipersilakan gunakan nama sebenar dan perkenalkan diri)dalam memperjuangkan'kebenaran' bukankah Rasulullah menggunakan nama sebenar untuk berdakwah? Bukankah kita mengaku kita mengikut Sunnah Rasulullah ?

Untuk menghadapi 'the real world' yang penuh dengan godaan nafsu dan tipu muslihat tahap tertinggi amat-amat kita memerlukan ilmu...ya,ilmu yang berkaitan dengan TAUHID.

Cari guru dan belajar
Jangan rasa ilmu sudah cukup didada sesungguhnya ada lagi orang yang lebih pandai dari kita
Tak usah memperlekehkan orang lain yang mungkin pada pandangan kita ilmunya kurang tapi sebenarnya kita yang perlu mengajarnya dan memandunya
Jangan benci sesama makhluk Allah...Allah sahaja yang tahu tahap iman kita setinggi mana...

Mulakan mengasah senjata,lakukan persiapan dari sekarang...

November 11, 2010 at 4:23 AM

Salam,

Maaf saya rase untuk mengaitkan dengan contoh Raja Petra merupakan satu tindakan yang kurang wajar. Jika benar dia bersalah, ambillah tindakan terhadap beliau tanpa perlu banyak bicara. Walahal, seolah-olah undang-undang pun masih belum mampu mengikat beliau. Adakah beliau benar2 bersalah?

Semoga kita boleh putarkan kepada 360 darjah kebaikan...

Wallahu a'lam

Muhammad Fadzuan Bin Razali
November 11, 2010 at 8:02 AM

Adik Islamic Neutron

Adik,pakcik tak cakap Raja Petra bersalah cuma bercakap sekiranya dia BENAR teruskan perjuangan dalam negara,tak usah lari ke luar negara dan itu hanyalah sekadar contoh kerana ada lagi ramai individu yang berjuang atas nama kebenaran melarikan diri ke luar negara,bukan senang nak jadi pejuang kebenaran dik...adik pernah dibelasah tak sampai berdarah ? Pernah dicemuh sehingga hilang keyakinan diri ? Pernah diuji dengan pelbagai jenis ujian dan helah yang tak pernah terfikirkan oleh akal waras kita? Bukan hanya duduk2 relax sambil menaip pelbagai komen yang kononnya memperjuangkan kebenaran dirumah dengan penuh keselesaan...?!

Sekiranya sudah bersedia untuk menerima semua ujian di dunia ini untuk menegakkan KEBENARAN,maka pakcik ucapkan WELCOME TO THE REAL WORLD...dunia oh dunia...penuh tipu muslihat,hanya mereka yang BIJAK sahaja yang mampu 'survive'...tahukah kita siapa sebenarnya dikatakan BIJAK itu ???

November 11, 2010 at 5:43 PM

Hamba akan menghadapi JAKIM dan JAIM pada 23 Nov ni dlm dakwah hamba menegakkan agama tuhan, Asalama. Hamba berdoa kpd tuhan agar di kurniakan hamba kesabaran dan hikmat kebijaksanaan. Perjuangan hamba meninggikan agama dan bangsa hamba yg hamba cintai. Sekali melangkah, hamba tidak akan berundur biar darah tumpah ke bumi. Alang2 menyeluk pekasam, alang2 mandi biar basah. Apa guna berambut panjang kalu tidak berani mati. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Anonymous
November 11, 2010 at 11:54 PM

ksiannya...ya Allah SWT....berikanlah hidayah kpd saudara yg bernama mahadaya...

Muhammad Fadzuan Bin Razali
November 12, 2010 at 10:54 PM

Mahadaya

Aku doakan kau agar kembali ke pangkal jalan,kembalilah ke jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.Sesungguhnya tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah sama jua dengan tauhid Nabi Ibrahim AS,Nuh As dan Adam AS. Pulanglah ke pangkal jalan wahai Mahadaya sebelum nyawa berpisah dari badan kau.

November 18, 2010 at 10:49 PM

Saya berpendapat bahawa isu-isu yang ditimbulkan di sini adalah remeh temeh. Terlalu banyak isu besar yang mesti kita atasi bersama seperti, Siapakah Orang China Seberang Laut? (Bagaimana mereka menguasai ekonomi 10 buah negara ASEAN dan di Malaysia, mereka menguasai 95% ekonomi kita, dan ada negara sendiri di Genting Highland - Shangrila. Bagaimana mereka boleh dapat tanah kerajaan jadi "freehold"?). Lihat juga pulau Singapura yang menjadi pangkalan besar OCSL yang ditegakkan di tengah-tengah Nusantara (bumi Melayu). Ianya ada persamaan dengan Israel yang tegak ditengah-tengah 22 buah negara Arab di Timur Tengah. Lagi isu besar adalah peranan "Illuminati", Freemasonry dan media yang terus menggunakan agama untuk memabukkan umat supaya segelintir pemimpin dapat mengaut kekayaan negara. Lihatlah negara-negara Islam yang kaya raya tetapi umat Islam terus miskin, mundur dan buta huruf. Cuba kita berbincang bagaimana mahu mengatasi perkara-perkara besar ini supaya generasi kini dan generasi akan datang dapat meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan selamat, bahagia dan makmur. Pernahkah anda berfikir yang Arab Saudi begitu kaya raya tapi masih ramai lagi rakyatnya yang miskin dan buta huruf. Itu sebabnya "pengganas" tersohor dunia adalah dari Arab Saudi. Kenapakah Arab Saudi tidak menjadi negara maju sedangkan Al Quran sudah diturunkan di sana lebih 1,430 tahun dahulu? Ia bukannya 14 tahun atau 140 tahun, tetapi lebih seribu tahun. Eloklah kita berdiskusi secara matang dan ilmiah untuk memberikan manfaat kepada orang ramai.

Salam dari saya
DR ILYAS HARUN
drilyasmy@yahoo.co.uk

November 18, 2010 at 11:46 PM

tak da nak komen apa. cuma datang menjenguk shj.

Ingatkan jer....
November 19, 2010 at 9:31 PM

QOUTE:

post ni di amik dari blog saya
"Dr Ilyas: Saya setuju dengan pendapat Mahadaya bahawa Islam sudah menjajah Orang Melayu. Kita lihat kebudayaan Arab menjadi pegangan Orang Melayu. Nanti Orang Melayu akan sedar hal ini hendaknya."

"Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah, Melayu sejati Melayu sakti. Melayu tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh mungkiri janji dan tidak boleh berhasad dengki."

Hal ni dah lama saya nak cakap tapi tak terrrcakap lagi sehinggalah skrg. memang benar kerana "arab" telah menjajah "melayu" dgn nama islam sehingga melayu lupa yang mana "agama" dan "cara hidup / nasihat"...

********************************

Bahayanya hujjah begini.Anda seperti menolak Nabi Mohammad saw sebagai Nabi anda.

Di mashyar semua org akan tercari2 nabi mereka.Kalau anda tak menerima Mohammad sebagai Nabi anda, siapa lagi yg akan anda cari nanti di Mashyar,hari yg tidak ada sebarang naungan, ia pasti datang seperti mana pertama kali kita berkumpul di alam roh dahulu.....kalau lahir di akhir zaman maka ikut lah Nabi dan Rasul yg terakhir itu..

atau...

Apakah anda sudah memiliki Nabi MELAYU???

Siapa utusan Melayu anda itu???

Islam tak menjajah melayu sebaliknya dtg melengkapkan agama Haq itu.

Mohammad mengenali umatnya bila berdiri,rukuk,sujud dan dan dia mengenali umatnya dgn Sunnah baginda yg di tinggalkan.Jangan nanti kalau sibuk nak "berbudaya Melayu purba" sehingga kita tidak diakui sebagai umatnya atau Baginda tidak mengenali anda sebagai umatnya.


wallahualam.

Anonymous
November 19, 2010 at 10:00 PM

Nak ikut Sunnah tu kena cari PEWARIS Rasullullah SAW.

Bukannya ikut ularrrrmak weih!!!Pewaris lain pengekor pun lain wei...Pewaris datang dengan NUR yg HAQ.


ko ingat ikut sunnah sama ke kalu sekadar ikut yg tertulis kat KERTAS tu!!! atau ikut cakap uztaz penipu ko tu turun temurun...tolonglah sikit!!! budak bodoh bolih lah ko nat auta!!!!!!!!!

ni dah "hujung akhir zaman" beb...kebenaran dah mula timbul satu demi satu....penipu senang org nak trace...

pelisss lah!!!

Anonymous
November 20, 2010 at 9:16 PM

senang je kalau cakap macam tu....
sembang jer kata nak jadi umat Nabi memanglah senang nganga mulut.....

biarkan aje org nak kata apa pun tentang pejuangan memasing.

Anonymous
November 20, 2010 at 9:16 PM

aik !!! bro lama tak keudara.!??

Anonymous
November 20, 2010 at 9:17 PM

hahaha!!! kan dah cakap ari tu kat board komen tajuk lelama....

Baru dapat kontrak baru lepas raya puasa tu ari.Pegi out station kat timur tengah.Pancang pokok kurma spesis baru genetik timur punya...tapi aku escort black draco jer buat maintainance kebun moyang dia...semua dah lahir,baby jr. tu dah selamat di lahirkan....jeng jeng jeng...mula 3 nov sampai hari wukuf,raya korban 1431 H dan hari-hari tasyriq....semua selamat...

Sebelum tu line nine kat sini dah menyusul dulu diorang dapat kontrak lagi awal...dengar cerita teruk gak yg menahan ...ada yg demam2,sakit2,pitam tak karuan,histeria dan macam2 lagi...hehehe!!!..yg main betina pun ada gak...syahdu betul...tapi draco kata semua terkawal dgn kemasnya....

Anonymous
November 20, 2010 at 9:18 PM

haaa...patut la pun semua jadi mabukkkk.....induk kat sini sakit bahu membawa ke kaki bengkak cam belon air, puas rawat dan bertahan...,aku dan beberapa geng kat sini pun demam kuskus satu badan...jampi2 air zam-zam pun tak jalan gak....satu brotherhood family kena menahannya,ada beberapa lagi family yg masih tak kebah2 demam....tapi Al Quran dah di wakafkan.

siap tsunami di timur dgn gunung berapi sekali...ada beberapa tempat yg bergegar tapi tak di cerita dalam tv...

wahhh....kiranya tinggal countdown bulan jer lah lagi yer bro!!! sebelum naik tahta...

Anonymous
November 20, 2010 at 9:19 PM

hehehe!!! biasa lah tu,bagi yg baru cuma rasa macam sakit biasa jer,tapi yg faham fahamlah... ...dulu hell boy kuar pun cenggitu juga...tapi draco kawal semua...

tak boleh kira bulan....kene gak tunggu beberapa tahun lagi,kena tunggu baby jr matang sikit,kalau tak nanti jadi bayi pramatang,nanti aku gak yg nak kena escort balik,penat jaga bebudak ni weiii, berak busukkk!!hehehe!.......yg dah pancang bendera hitam kat bumi arafat tu cuma sign jer...jgn cepat melatah...

jadi mulai 9 zulhijjah 1431H, bolihlah mula countdown....

Anonymous
November 20, 2010 at 9:20 PM

bro...nanti kita sembang kat cafe lah ok sikit...sini line lembab lah.

Anonymous
November 20, 2010 at 9:20 PM

okey....nanti aku call ko...

hamba-hamba
November 21, 2010 at 9:48 PM

Ingatkan jer.... said...
QOUTE:

post ni di amik dari blog saya
"Dr Ilyas: Saya setuju dengan pendapat Mahadaya bahawa Islam sudah menjajah Orang Melayu. Kita lihat kebudayaan Arab menjadi pegangan Orang Melayu. Nanti Orang Melayu akan sedar hal ini hendaknya."

"Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah, Melayu sejati Melayu sakti. Melayu tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh mungkiri janji dan tidak boleh berhasad dengki."

Hal ni dah lama saya nak cakap tapi tak terrrcakap lagi sehinggalah skrg. memang benar kerana "arab" telah menjajah "melayu" dgn nama islam sehingga melayu lupa yang mana "agama" dan "cara hidup / nasihat"...

********************************

Bahayanya hujjah begini.Anda seperti menolak Nabi Mohammad saw sebagai Nabi anda.

Di mashyar semua org akan tercari2 nabi mereka.Kalau anda tak menerima Mohammad sebagai Nabi anda, siapa lagi yg akan anda cari nanti di Mashyar,hari yg tidak ada sebarang naungan, ia pasti datang seperti mana pertama kali kita berkumpul di alam roh dahulu.....kalau lahir di akhir zaman maka ikut lah Nabi dan Rasul yg terakhir itu..

atau...

Apakah anda sudah memiliki Nabi MELAYU???

Siapa utusan Melayu anda itu???

Islam tak menjajah melayu sebaliknya dtg melengkapkan agama Haq itu.

Mohammad mengenali umatnya bila berdiri,rukuk,sujud dan dan dia mengenali umatnya dgn Sunnah baginda yg di tinggalkan.Jangan nanti kalau sibuk nak "berbudaya Melayu purba" sehingga kita tidak diakui sebagai umatnya atau Baginda tidak mengenali anda sebagai umatnya.


wallahualam.

November 19, 2010 9:31 PM

......................................................................


Saudara,

aku rasa tuan blog cuma cari kesinambungan dengan agama yg HAQ yang dah datang lebih awal dari Nabi Mohammad SAW.

Contohnya agama Nabi Ibrahim...ada yg mengatakan agama hanif dari Ibrahim tu dah sampai ke Nusantara ni lebih awal lagi...tapi peredaran zaman membuatan yg HAQ tu tertutup dan bercampur aduk pula dengan sembahan bahala dan sebagainya.Harap saudara jgn cepat melatah.

Sebelum tu pun ada nabi2 yg lain yg telah di utuskan pada setiap kaumnya...takkan bangsa Melayu purba tak de Nabinya?

Cuma kita tak tau dgn tepatnya ...itu sahaja.

Harap tuan blog dapat terangkan lebih detail lagi,,jgn ada yg keliru sebab tak semua yg mahir sejarah.

TQ.

November 25, 2010 at 9:51 PM

Asal usul orang Melayu bermula ratusan ribu tahun dahulu, iaitu sebelum Sejarah di Daratan Sunda (Sundaland atau Atalants). Selepas berlaku letusan Gunung Batara Guru (Tasik Toba sekarang), sebahagian Daratan Sunda tenggelam (sekarang ini Laut China Selatan) dan ada orang Melayu yang menyelamatkan diri ke Kepulauan Pasifik, Barat Daya China, Kampuchea, Laos, Vietnam, Nepal, Tibet dan India Utara. Mereka menamakan banjaran gunung yang tinggi di situ dengan nama Himalaya (Hi=gunung, malaya = malayu), iaitu Gunung Melayu. Mereka mendirikan tamadun di Lembah Indus, iaitu di Mohenja-Daro dan di Harappa.
Agama orang Melayu pada waktu itu (puluhan ribu tahun sebelum adanya agama Hindu, Buddha, Jaina, Mithra, Zoroaster, Apollo, Janus, Yahudi, Kristian, Islam, Sikh dsb) ialah Sundayana (perkataan "Sun" diambil namanya untuk 'matahari' dan 'sunday'). Agama Melayu ini mempengaruhi agama Shinto (Jepun), Aztec, Inca, Maya, Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian dan Islam).
Oleh kerana bangsa-bangsa Barat (Caucasoid - Yahudi, Arab, Parsi dan European) cemburu ke atas orang Melayu dan menghapuskan kehebatan Melayu, mereka telah menghapuskan sejarah dan peninggalan artifaks Melayu. Tetapi mereka tidak dapat menghapuskan kesaktian dan budi susila Melayu sehingga ke hari ini. Cubalah kita kembali kepada asal usul kita yang sebenarnya, dan tidak berpandukan kepada kacamata orang lain (Barat). Sebenarnya kita gila kepada tamadun dan budaya orang lain. Kita jadi Barat, kita jadi India, kita jadi Arab dsb. Rujuk drilyasharunmalaysia.blogspot.com.
untuk keterangan lanjut.

Dajjal Melayu
November 29, 2010 at 2:19 AM

Macam2 cerita karut ada. Melayu yg bina Mohenja-Daro dan di Harappa? Brader ilyas, mitos baru ke tu? :D

November 29, 2010 at 5:54 AM

Kalau tengok time-line nyer, masanya melebihi nabi Adam. Jadi persoalannya, bagamaimana "bangsa Melayu" yang diceritakan tuh boleh lagi awal dari wujud adam di muka bumi ini? Sejarah macam mana ni? Boleh terangkan tak?

June 4, 2011 at 4:35 PM

Saya bernasib baik kerana dapat mewarisi petua-petua penjagaan kesihatan diri yang dinamakan "Jurus Strum Formula." Saya kini sudah berusia 60 tahun tetapi kelihatan seperti orang berusia 40an. Saya amalkan petua ini semasa remaja lagi. Begitu juga dengan isteri saya. Sebelum berkahwin dengan saya, berat badannya 65 kg (pakaian bersaiz XXL dan XL). Beliau telah membelanjakan ribuan ringgit membeli ubatan kuruskan badan. Di samping itu, beliau mencuba berbagai kaedah senaman, tetapi semuanya gagal. Selepas berkahwin dengan saya, Jurus Strum Formula saya aplikasikan kepadanya, dan dalam masa 4-5 bulan, berat badannya menjadi 45 kg (susut 20 kg)dan pakaiannya kini bersaiz S. Apabila dia mengandungkan anak saya, berat badannya pun menaik sehingga 67 kg. Saya aplikasikan Jurus Strum Formula secara perlahan-lahan untuk kesihatan bayi di dalam kandungannya. Selepas bersalin, saya aplikasikan Jurus Strum Formula, dan berat badannya pun menjadi 45 kg (berat yang dimahukan). Dia tidak menggunakan bengkung, tungku dan makan jamu semasa mengandung dan selepas bersalin. Hanya saya tumpukan kepada Jurus Strum Formula. Inilah bukti kehebatan Bangsa Malayu/Malai/Malay yang saya alami sendiri. Sebenarnya saya telah pergi ke 75 buah negara (25 buah negara Islam, 25 buah negara Kristian, dan 25 buah negara sekular dan beraneka agama) untuk melakukan penyelidikan dan kajian tentang anthropologi dan sosiologi bagi tesis Ph.D saya di universiti United Kingdom. Saya telah menerbitkan beberapa buah buku tentang hal kajian saya. Tapi malangnya, buku-buku tersebut tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia. Anda tentu tahu sebabnya. Semasa saya belajar di peringkat Ph.D. hanya saya seorang sahaja dari Asia, dan yang lainnya adalah Mat Salleh. Kehebatan Melayu yang lagi satu ialah: Bila ada kuasa dan takhta, dia agih-agihkan kekayaan negara kepada kelompok mereka sahaja. Itu sebabnya elitis Melayu berada di puncak kekuasaan. Mereka gunakan para pemimpin agama untuk mengekalkan kuasa. Anda tak payah belajar agama Islam tinggi-tinggi, anda boleh menjadi ketua agama. Anda jadilah raja. Isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda tidak payah pakai tudung dan tutup aurat disebabkan anda adalah ketua agama. Anda juga berada di atas undang-undang negara dan di atas undang-undang agama. Jika anda mahu kahwin lebih daripada empat, kadi mana yang tidak mahu menjalankan upacara akad nikah? Isteri yang ke 5 dan seterusnya itu anda namakan gundik. Saya tulis tentang bahaya ancaman OCSL, Illuminati dan penjajahan siber, tetapi tidak ramai yang memikirkannya. Mungkinkah kelak orang Melayu menjadi pendatang di negara-negara lain di dunia ini? Ataupun orang Melayu di negara ini menjadi kuli bagi bangsa-bangsa lain? Lihatlah kedudukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu di negara ini yang berada di tangga tercorot. Orang kita kutuk Yahudi dan Israel, tetapi majoriti pelanggan hypermarket Yahudi (Tesco dan Giant) adalah orang Melayu. Anda boleh saksikan hal ini hari-hari. Yahudi pun sudah masuk ke Kelantan. Berapa ribukah peniaga Melayu yang gulung tikar akibat ancaman pengaruh perniagaan Yahudi itu? Sebenarnya orang kita sedang lena dengan nyenyaknya dan mudah pula orang lain melaga-laga dan mengkotak-katikkan kita. Kita lebih rela mengkritik bangsa sendiri dan membela (di bidang ekonomi) bangsa-bangsa lain. Jangan lupa pengaruh Singapura yang sudah menjajah Malaysia di bidang ekonomi melalui Temasik Holdings. Apakah nama sebenar Sri Iskandar (Johor) bagi pemerintah Singapura? Saya banyak maklumat tentang hal ini tetapi kebanyakan orang Melayu tidak percaya. Baca: drilyasharunmalaysia.blogspot.com

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger