Total Pageviews

Kebinasaan Melayu

salam...

Kini ramai yang menceritakan tentang kehebatan melayu dulu kala dan kedasyatan serta nilai mistik melayu itu. Ianya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi, kali ini saya akan bawa sesuatu yang lain dan sesuatu yang tidak sanggup anda menelannya. Tapi, yang pahit itulah ubat.

Pergertian Sunda berdasarkan istilah sumatra

Tahukah anda bahawa di sini dulu terdapat satu benua yang di panggil SUNDA. SUNDA mempunyai pelbagai maksud dan maksud paling tepat adalah MATAHARI. Ini adalah bekas benua MATAHARI yang tenggelam. Bagaimana SUNDA / MATAHARI ini mendapat nama? Jawapannya, di sini dulu munculnya AGAMA yang pertama (sudah tentulah tauhid filllah) dan mereka menyembah MATAHARI.

Matahari yang bagaimana?
Rujuklah ayat Quran tentang zatullah yang di umpamakan cahaya dari minyak zaitun dan dari celahan kaca. Ada juga rahsia di sebalik ayat tentang nabi Ibrahim mencari 'tuhan'. Kenapa kisah Nabi Ibrahim itu akhirnya di sudahi dengan matahari? Kerana, di sebalik cahaya matahari itu terdapat cahaya di atas cahaya. Dan itulah bagaimana Agama Sunda terbit. Tapi, lama kelamaan, ianya akan rosak binasa juga. Dari memumpamakan matahari sebagai cahaya illahi, akhirnya mereka menyembah matahari. (rujuk perihal puteri Balqis yang menyembah matahari. Ia ada kena mengena dengan SUNDA).

Dan, hancur binasalah Benua Sunda yang gilang gemilang itu akibat kufur pada ALLAH. Dan itulah nenek moyang melayu dan di benua terkutuk inilah kita duduki.

Erm.. belum cukup pahit lagi saya rasa.
Sejak tahun 2000, makin ramai pengkaji sejarah melayu pensendirian mulai muncul, satu persatu. Saya pun boleh di katakan sebagai penkaji juga tapi tidaklah tegar sebagaimana sesetengah pihak. Ada yang membuat buku, ada yang memberi ceramah dan ada yang mengumpul serta menuntut harta warisan.

Tapi...
Tiada guna bagi saya semua ini. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Lebih bagus lagi, ibarat menyurah air ke longkang.. Dari berguna jadi tak guna terus...
Kenapa saya kata begitu?
Ini kerana ramainya pengakaji kemelayuan ini tidak bersatu dan saling musuh memusuhi. Ada juga yang menyerang peribadi di blog masing-masing dan membuat puak-puak. Taniah pada mereka kerana melayu semakin hancur. Senanglah hati para musuh kerana mereka tak perlu bersusah payah. Dan mereka tersenyum kerana pembongkaran sejarah melayu yang kononnya tidur itu semakin lena di buai mimpi ngeri.

Itu belum cukup pahit lagi bagi saya.
Lebih pahit bila dunia kini melayu tidak percaya sesama melayu. Semakin berpuak-puak. Bila ada yang senang sikit, mula mencantas. Ada yang bermain secara ghaib, ada yang bermain puak dan ada yang gaduh berparang. Nyawa ibarat mainan. Hilang esok boleh di ganti lagi agaknya.

Dan lagi pahit...
Masing-masing beranggapan melayu adalah Pemuda Bani Tamim. Ada yang claim, Imam Mahdi dari sini dan sebagainya. Masing-masing cuba mengangkat ketua masing-masing untuk menjadi calon Mahdi. Ada juga yang cuba bangkit merusuh seperti negara arab, alasannya untuk membangunkan khalifah dan meruntuhkan demokrasi.. Ada juga yang cuba menjual beli dinar, dengan alasan duit kertas akan rosak binasa, bukannya cuba untuk mengumpul makan minum kerana di saat Dajjal keluar kelak, makan minum itulah yang susah untuk di cari.

Dan.. lebih paling pahit...
Dan realitinya, kita boleh nampak;
yang menikam belakang sesama bangsa, yang tidak senang kalau sebangsanya berjaya, mudah untuk menyihir dan membalas dendam, suka akan hiburan, tidak suka akan ilmu, mencebik bibir sebelum dengar sesuatu idea, menjatuhkan saudara sendiri, menhendik hendik melawak kasar tanpa hiraukan hati orang lain, berjubah berlebai tapi mahu solatnya di perhatikan orang bukannya Allah taala, bercakap perihal agama tapi mulut bergosip mengumpat, sensitif, taklid pada perguruan dan politik dan sebagainya... Dan semua itu adalah sifat melayu baru zaman kini. Dan semua ini di tuding jari pada orang lain untuk di jadikan mangsa kambing hitam meraka. Berubahlah... ini bukan melayu.. Tapi Me Layu Layu... Kini dalam kebinasaan


Melayu makin melayu layu
Tanah melayu akan di kenakan bala
dan melayu masih tak sedar-sedar lagi...

KEBANGKITAN ISLAM BUKAN KERANA KHALIFAH, BUKAN KERANA SEJARAH, BUKAN KERANA HARTA WARISAN DAN BUKAN KERANA DENDAM PALESTIN..

KEBANGKITAN ISLAM ADALAH KERANA

TAUHID FILLAH
BILLAH
MIN LLAH
LILLAHIRABBILALAMIN...


p/s: edited 18 april 2011. Maaf kerana tak cerita detail pasal Sunda tu dan perihal Sunda tu Matahari bukanlah maksud yang tepat. Jadi, ia tidak boleh di ambil sebagai sumber tepat juga. Apapun, di sini saya ingin terangkan tentang permasalah dan kebinasaan Melayu itu. Harap maklum.
Share this post :

+ comments + 57 comments

April 16, 2011 at 7:48 AM

satu artikel yg lain dr lain..sy dikira peminat tegar sejarah kontroversi tnh melayu..tp melihatkn artikel tuan mmbuat sy tersedar..ya mmg rmai yg kini mengagungkan bangsa melayu , namun kita semua tahu ader aper dengan bangsa yang ada cuma agama.

rmai beranggapan ketua yg akhir ini akan lahir dari kalangn orang nusantara (sy juga begitu) namun sy cuba berfikir dari sudut yang lain pula..jika ketua yang akhir ini lahir daripada orang islam yang berbangsa cina,india, afrika atau aper jua bangsa lain adekah kita sebagai orang melayu akan menolaknya? krn keyakinan kita ketua yg akhir ini mesti org 'melayu'. maka jatuhlah org 'melayu' ini dikalangan org kufur seperti bangsa zionis yg terlalu mengagungkn bangsa yg kononnya mereka bangsa terpilih... jadi kita akn jadi 2 x 5 seperti zionis.

sedangkan kita tahu agama islam itu bukan hak mutlak org 'melayu' .islam itu untuk semua dan kita tidak berhak untuk menyatakan kita lebih islam daripada org lain krn situasi yg berlaku kini org melayu lebih western daripada org putih sendiri..jika tuan sudi untuk bertukar buah fikiran dengan saya kita boleh berhubung melalui email ini nikz5535@yahoo.co.uk

sy ini hanya pemuda biasa. masih kosong ilmu didada. sedang mencari diri yang hilang dalam kehanyutan tipu daya duniawi..agar dpt mengecap kembali kemanisan nikmat roh solat yg telah hilang angkara diri. jika tuan sudi tegurlh sy ini kira ada yg tak benar atau menyalahi jalan yg benar..sekian

Kawan kau yang tak pernah berjumpa pun
April 16, 2011 at 10:18 AM

Mmmm..saya sebenarnya memang berminat membaca tentang kedatangan imam mahdi tapi saya mempunyai pendirian bahawa kita tidak perlu menunggu nunggu sangat kedatangan imam mahdi kerana itu dibawah kuasa Allah swt,bila dia muncul hanya Allah saja yang tahu dengan diberikan petunjuk-satu satunya petunjuk yg saya pegang ialah seorang pemuda akan dibaiah di kaabah oleh para wali dan umat islam dan kejadian baiah itu telah menyebabkan sekumpulan askar yg ingin membatalkan baiah itu akan tenggelam ke tanah-itulah dia Al Mahdi yang sebenar-so,sekarang kerja kita ialah berdakwah ,berdakwah dan terus berdakwah dan pada masa yg sama memperbaiki diri....wallahualam.

April 16, 2011 at 6:09 PM

Kita hanya tahu baginda tuh Keturunan Nabi Muhammad SAW.. Arab Ajam.. Bangsa mana? Hanyalah kajian.. hakikatnya Allah jua yang mengetahui...

Terima kasih atas klu tadi dan peringatan juga. Mohon dikongsi..

Wasalam...

April 17, 2011 at 6:18 AM

Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular Warisan Penjajah Kafir Laknatullah Lord Reid ke Jalan Perubahan Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah.

Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Anonymous
April 17, 2011 at 9:17 AM

mengenal sejarah silam itu adalah yg terbaik untuk jalan yg membawa kita mengenal jatidiri-yg baik buatlah teladan yg buruk buat lah sempadan.
Tiada gunanya kita memburuk kan sejarah silam datuk nenek moyang kita-umpama meludah kelangit..yang penting jangan emosi..
Untuk orang melayu zaman ini bangkit sebagai bangsa yg hebat dan agong sepertimana nenekmoyangnya dahulu kala..bangsa Melayu memerlukan kesedaran..mesti berilmu dgn yg 4 perkara:syariat,tarikat,hakekat,makrifat-mesti membawa sifat2 siddiq,amanah,tabligh.fathona di dalam diri..
Harus menjadi seorang khalifah..mula-mula khalifah pada diri dapat dia mengawal dan memimpin emosi serta hawa nafsunya..tidak lah berkelahi,berperang ikut sedap rasa..kemudian barulah dapat pula menjadi khalifah pada keluarganya daan seterusnya masyarakat..
Tentang siapa itu Iman Mahdi dan bila kemunculan nya tak perlulah kita fikirkan lagi..
Buatlah persediaan diri dulu seperti yg saya katakan tadi tu..
berada sentiasa dlm ahli sunnah wal jamaah-orang-orang yg mengikut sunnah nabi dan berpandukan al-quran dan dlm keadaan berjemaah senantiasa.
Saya doakan siang dan malam akan kejayaan kamu wahai anak-anak melayu..insyallah suatu masa kita akan bangun semula di persada dunia-melur sari nasution

Anonymous
April 17, 2011 at 11:32 AM

Salam..
Sy menyedari bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini menyimpan rahsia yg blm terungkap dibawah Klue2 yg disebutkan oleh ahli2 Geologi..
Hutan kita dikalim sebagai Hutan tertua didunia,Banjaran kita dikatakan terbentuk kira2 350 juta tahun dahulu,lbh tua dari Banjaran Endes,himalaya,Alps dan sebagainya..
Dasar laut kita diadalah sebahagian dari Pentas Sunda(benua Sunda)..
Kesemua kenyataan2 geologi ini sekadar mengingatkan kita kpd Lanskap Awal dan asal bumi yg kita diami ini sekarang..
Pd sy keutamaan bg diri sy adalah bukan utk mengkaji kronologi2 yg berlaku sehingga membentuk landskap yg kita lihat sekarang,ttp lbh Murad kita mengambil info2 ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t dan peringatan2 yg telah ditinggalkannya kpd kita sebagai penghuni dibawah langit ini..
Lbh Murad jika kita mengambil semua ini sebagai pelajaran utk kita membesarkan Allah s.w.t,mendaki jln2 kpd Mengenal sifat2 Allah utk menyerah diri kpd hakikat kehambaan kita kpd Allah s.w.t..
Mengapa perlu kita mengkaji susur galur keberadaan kita dibumi Nusantara ini sehingga ke daerah kegelapan sebelum kedatangan Islam sedangkan keutamaan kita adalah mengisi Islam itu sendiri yg lbh utama dari misi menyempurnakan salasilah yg telah terpadam..
Kita adalah umat baru,agama kita yg berusia 1400 tahun inilah yg perlu kita isi akan haq2nya krn agama ini telah berusia lbh kurang 500 hingga 600 tahun disini..
Tugas kita adalah menyambung kebaradaan agama Allah pd diri kita,menelusuri jln2 pejuang agama yg dahulu dan memakmurkan agama Allah ini sehingga kita dpt kembali kpd Sunnatullah..
Inilah tuntutan yg utama dan lbh Haq..
Lihat sekeliling kita,lihat wajah2 pemuda pemudi kita dan persekitarannya,wajah yg kita lihat ini adalah kesan dari pengabaian kita terhadap peringatan yg telah Rasulullah sampaikan dahulu..
Wajah yg kita lihat hari ini adalah akibat dari kecuaian kita krn Dajjal sudahpun masuk ke setiap rumah sehingga kita lbh utamakan perkara2 keduniaan,kefasikkan berleluasa,kejahatan sudah tiada istirehat sehingga menunggu masa ia memenuhi muka bumi..
Inilah patut kita renungkan,supaya kita sedar bagaimana ianya boleh bermula dan bertindak menghentikan punca2 boleh berlakunya kerosakan demi kerosakan ini krn semuanya bermula dari pintu2 rumah setiap dari kita sendiri..
Hisablah diri kita sendiri krn generasi yg lepas itu semuanya sudah dilenyapkan oleh Allah dan kita perlu segara kembali kpd fitrah sebelum kita juga turut dibinasakan oleh Allah..

Anonymous
April 17, 2011 at 11:49 AM

betul ke SUNDA bererti Matahari?

logiknya hasell tafsirkan SUN = MATAHARI...aik! bila pula orang nusantara atau Bani Lumeri berbahasa Anglo British

pernah dengar tak ...sunda kelapa? aku rasa itulah makna sunda yg betulnya...

April 17, 2011 at 6:55 PM

Kesiannya tuan hamba mengikuti agama yg baru berumur 1,400 tahun, jadi wajarlah tak tahu rahsia dunia. Hamba mengikuti agama sejak zaman nabi Nuh dan difirmankn di dlm al quran iaitu agama nabi Ibrahim, Asalama. Kami menyembah tuhan yg sebenarnya iaitu Allaha Sabahana Wa Taalaya. Kejatuhan bangsa Malayu adalah hasil penipuan org2 Munafik. Kami akan bangkit semula dan melakukan penjajahan dunia. Kaji sejarah biarlah mengikut sumber Malayu sebab telah terbukti Malayu itu hebat. mahadaya-asalama.blogspot.com

Anonymous
April 17, 2011 at 11:36 PM

Alhamdulillah syukur berpanjangan dan banyak-banyak kepada Allah SWT Rabul Izzati....Azzawajjalla... yang tidak ada satu pun menyerupai dan sebandingan denganNya hatta walau secarik cahaya sekali pun....

Kami beragama yang berusia 1432 tahun adalah umat-umat Nabi Mohammad SAW.insyaallah.

Pesan Nabi Kami: Kamu umat terakhir tetapi lebih unggul dari umat terdahulu,Kamu ibarat umat yang terkemudian tetapi menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai yang pernah di tugaskan pada umat yang terdahulu....kerana itu kamu akan memperolihi ganjaran dua kali lipat berbanding dari yang di berikan pada umat yang terdahulu.

Pesan Baginda SAW yang lain: Ada sebahagian dari umat ku ini bukan nya nabi atau rasul tetapi para Nabi dan Rasul AS bercita-cita untuk menjadi seperti mereka malah di kalangan mereka ini ada para penutup auliya ahli Allah yang tidak ada dikalangan umat nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

Alhamdulliilah syukur kami di pilih sebagai umat Nabi Mohammad SAW.

BingaI
April 18, 2011 at 1:34 AM

Wah!!! Nusanaga ni banyak bersifat Arkais dengan memiliki waktu yang di tentukan pada masa lampau.Banyak pula huraian yang menyentuh nostalgia religious waktu awal bermula.Berbeza sekarang orang ramai bersifat siklis iaitu duduk pada posisi terkini tanpa melihat kebelakang.

Ada kawan-kawan minta aku beri pandangan katanya nak belanja nasi lemak ayam penyek berempah lepas ni.....hahahaha!.

Pada radar timeline wave scanner aku dapati orang dahulu bukanlah asalnya bersifat sesat menyembah mahkluk, bentuk,abstrak dan nyata.Mereka pun ada makrifat tetapi dalam kaedah mereka sendiri.Konsep Dualisme hubungan egois,jiwa dan badan memang popular dikalangan generasi purba atau semi purba ni.Makrifat mereka ini lebih kepada melihat kejadian alam dan diri.

Sementara orang bermantaliti monotiesme meletakkan realitis dunia sebagai dari sember ketunggalan dan kuasa mutlak.Orang begini dapat sokongan dallil dari ilmu-ilmu wahyu.

Di Nusantara sahaja tengkorak Perak Man dah berusia 70 000 tahun.Bermakna sejak dari itu sudah ada manusia yang berdiam di sini,malah ada banyak lagi tengkorak yang di jumpai di pulau indonesia,kelantan dan borneo malah ada yang berusia lebih tua lagi dari itu.

Orang arkais tadi sentiasa merindukan hubungan sakral dan fenomena kekudusan.Mereka ketagih dan sering mengimaginasikan zaman mistis dunia dewa-dewi daripada input kreatif terutama pada hal niat dan perbuatan,teori dan amali.Ramai yang mengganggap dewa-dewa mistis sebagai tuhan atau manusia separuh tuhan, cenderung dari itulah ramai yang tersasar sehingga mereka menyembah bentuk, patung rupa dewa,bina kuil pemujaan pada dewa,sembahan pada roh,penyembah material hatta tuhan berbentuk citra dan abstrak....suhanallah.

Pencari makrifat ditimur zaman terawal memang ada yang sampai pada tujuan melalui ilmu petapa,pengawalan egois dan pelbagai kaedah kerana itu ilmu jenis spiritual ini memang di kuasai org timur ketimbang yang ada di barat.Mitis sharira ,mayawi rupa,manas,pramano,atma,urip,karana,karma dan sebagainya adalah saki baki bahasa sanskrit yang menjadi lingua franca manusia awal di sini.

Apakah jumpaan para printis awal ini ialah berbentuk CAHAYA?- ,tak kesahlah samada berbentuk seperti api lilin,pelita atau matahari atau bulan-
Jawapannya TIDAK.Mereka telah sampai melangkaui lebih jauh lagi dari itu.Namun dalam kitab apa pun termasuk Kitab Suci Al Quran tidak pernah di ulas "final produk" itu secara rinci dan mendalam sekali. KENAPA?! anda cari sendiri jawapannya.

Yang ada pun sekadar menyebut sirr atau rahsia.Kenapa begitu,jawapnya kerana 'final produk" itu sangat sukar di ungkapkan dengan kata-kata.Kerana itu orang berjiwa arkais rindukan ilmu-ilmu tua,ilmu kesempurnaan dan kafiat untuk sesempurna yang mungkin.Kerana melbatkan persembahan dalaman yang sangat dalam.

Mereka mengetahuinya,memahaminya tetapi nak buat sendiri sangat sukar,cakap berdegar-degar nak bangkit semula bolih lah! hahaha...

Bingai
April 18, 2011 at 1:34 AM

sambungan.......

Berbalik pada cerita Sunda,(aku yakin Sunda ini dari tamadun Jawa atau Penjajaran satu masa lalu) lalu dari monitor tv scanner aku tadi dahulu mukabumi geografi nusantara berbentuk huruf L atau NUN.Dari pulau andaman,tanah semenanjung,sumatra pulau jawa sampai ke filipina satu dataran panjang melengkung persis huruf L atau NUN sementara pulau Borneo hampir terpisah dari lengkungan panjang itu tadi seperti titik pada huruf NUN pula.Mungkin letupan besar gunung berapi,atau tenggelam di zaman ais mencair atau aktiviti melombong emas merah yang banyak terdapat di sini dulu hingga tinggalan lombong membentuk pulau,selat dan lautan.

Dari pentas klasik inilah terbagun tamadun awal nusantara sebelum ranap dan berpecah-pecah jadi pulau.Hampir benar cerita Lamuria dan Atlantis yang di ceritakan si Plato berbentuk negara melengkung ,bulat dan di kelilingi air dengan tumbuhan tropika yang pelbagai itu wujud di nusantara.Besar kemungkinan dari Filipina Atlantis melengkung ini di sambungkan dengan jejambat hingga ke Jepun.Di abad ini orang Jepun menemui piramid,tetangga batu dan binaan batu granit -dipercayai jalanraya- yang terbenam di dalam lautan bersama sebilah keris Naga Sosro buatan Jawa!....ada apa klu /hint tak kat situ?

Tahukah anda dimana pusat ibukota Lamuria,kalau anda selidiki peta tua nusantara anda akan menemui satu kawasan bernama Daerah LAMURI di Sumatara sekitar kawasan Tsunami dahulu.Apakah disini dahulu ibukota orang Lamurin? -pasti ada yang tersenyum melihat batu bersayap dua yang berteraburan di seluruh semenanjung dan pulau sumatera- apakah maknanya itu?

Apakah tamadun Lamuria dan Atlantis di tempat yang sama cuma tertubuh dalam zaman dan masa yang berbeza?

Kalau Daerah Lamuri ibukota bagi tamadun Lamuria dimanakah ibukota Atlantis?jeng...jeng...jeng...

Kalau orang Atlantis bersifat kasar tetapi orang Lamurin bersifat lembut,dimanakah wujudnya dua kelompok ini?Apakah mereka ini menyumbang untuk hari akhir?

Wallahualam.( sekadar pandangan tak wajib di anuti)

April 18, 2011 at 9:39 AM

Salam ,

unik. ^_^

insyaAllah.

Waallahualam.

Anonymous
April 18, 2011 at 9:42 AM

Tuan Mahadaya...
Sy mohon agar Tuan bersabar dan menahan diri dari merendahkan org lain krn Tuan tidak ketahuan akan berapa lapis Hijjab Rahsia Dunia ini secara meliputi..
Tunjuki sy akan dimana keberadaan Laut Qalzum andai Rahsia alam ini dlm dlm liputan pengetahuan Tuan..
Usah memudharatkan diri Tuan dgn sifat keakuan dan merasa hebatnya diri tuan krn Tuan bukan ketahuan diri Tuan ini sebesar apa maknanya kpd Sang Pencipta..
Adalah lbh mulia jika Tuan Berhemah krn Ilmu bukan utk berlawan dan memudharatkan org lain..
Sy tidak mengenali Tuan dan Tuan tidak mengenali sy..Maka sy sarankan Tuan berjaga-jaga akan lisan Tuan supaya kelak Guru Tuan akan diketahui org jika Tuan tidak menjaga Lisan..
Manahan diri dan berlepas diri itu lbh mulia dari menghakimi perkara yg bukan Mutlak dlm pengetahuan Tuan..
Kajian Tuan tetap bersifat Kajian kpd sy dan bukan jaminan utk sy perakukan akan kebenaran Tuan itu krn itu bkn pekerjaan sy dan Tuan juga disaran agar menahan diri dari melakukan sesuatu yg tidak diperintahkan keatas diri Tuan utk dikerjakan..

April 18, 2011 at 12:33 PM

Salam,
sebyk konspirasi yg aku tau, sejauh dalam konspirasi yg aku tau (sewaktu mula2 berkecimpung dulu) ..aku boleh katakan...video ni mmg yg terbaik...meliputi segala mcm pengetahuan yg mmg benar2 PAHIT (bagi mereka yg menjadikan sesuatu amalan sekadar ikut ikutan sahaja)..

iris
April 18, 2011 at 9:05 PM

Syukur! bersama kita ambil iktibar dengan berjiwa murni dan minda rasional.

Hidup kepenciptaan di alam syahadah ini berpasang-pasangan,ada +ve ada -ve,ada keras ada lembut,atas bawah, kiri kanan,bijak dan bingai, beriman serta yang kufur dan sebagainya....

Kalau tak ada pengertian pada pasangan bermakna tiada keseimbangan, janganlah jadi muka tak tahu malu mengaku sudah sempurna atau melewati kesempurnaan jika hanya menerima satu sisi sahaja sifat afaal di dunia.

Tidak akan wujud makna kebenaran jika tiada kebatilan sebagai bahan perbandingan.Begitu juga tidak akan bermakna apa-apa pada keadilan jika tiada kezaliman sebagai lawan kata-kata .

>kesinambungan dari Surah Yassin: ayat 36.....<

kami dengar dan kami fahami.

April 20, 2011 at 2:39 AM

Rahsia2 alam di ceritakan oleh nabi Mahamada Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama di dlm kisah Iskandar Zawa Al Qoranayana. Di perjelaskan ttg Ikan Nun, malaikat2, bukit KAF, bukit Thusina, Dabata Al Aradho, Maa Al Hayata(Air Hayat) dan byk lagi jawapan bagi soalan2. Hamba membangkitkan kembali bangsa hamba dari penipuan org2 Munafik yg telah merosakkan agama tuhan yg sebenar.

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:02 AM

Assalamualaikum....

Kupasan artikel kebinasaan Melayu dari Hassellman kini nampak lebih tegar,klise dan ada klimak yang tersendiri.Aku selalu juga skodeng kat sini tapi jarang hantar posting,al-maklumlah ilmu tak seberapa ... huhuhu..

Dari bacaan dinasti Sunda, Lamuria sampai ke Atlantis yg di hujjah dek sobat--sobat yang lain, aku rasa kitab-kitab kebinasaan Melayu itu harus diulas lagi.Sebelum bumi Melayu atau orang Melayu di panggil Melayu mereka ini dipanggil sebagai orang-orang Kabut Merah atau Bumi Tana Mera'.Mereka ini dianggap sebagai penghuni subuah zon neraka berapi yang tinggal jauh tempat Matahari terbit di timur bumi.

Apabila matahari mulai terbit di timur terdapat awan mega bewarna merah di kaki langit yang bersinar terang menyelubungi bumi sebelah sini.Khabarnya dahulu orang dari sebelah barat sangat takut untuk masuk ke daerah sini sepertinya memasuki daerah neraka berapi atau masuk kedalam mulut-mulut setan.

Adapun panggilan sebagai Tana Mera' ialah kerana bumi di sini mempunyai sub-sub lapisan tanah yang sangat merah yang di panggil tanah laterit, sebahagian tanah di pulau Jawa bercampur batu-batuan yang tersangat merah warnanya.

Kalau di perhatikan dari semenanjung sampai ke kepulauan di timur semua tanahnya bewarna merah cuma dikawasan gunung berapi dan kawasan-kawasan berlumpur yang tanahnya bewarna sedikit gelap.Ada juga beberapa cerdik pandai Islam yang mengatakan dari tanah merah di Nusantara inilah di ambil olih malaikat untuk mencipta organ dalaman Nabi Adam AS ketika dia mula diciptakan dahulu....wallahualam.Entahkan betul entahkan tidak.

Baiklah, sebelum wujud Lamuria dan Atlantis kita panggil sahaja sebagai negara bangsa Tana Mera'.Siapakah penghuni di bumi ini dahulu? Asalnya ialah sekolompok manusia yang berhidup secara simbiosis dengan alam.Mereka membebaskan diri dari sifat merosakkan alam.Bangsa mereka hidup dengan kekuatan jiwa menguasai raga.Dengan kata lain mereka hidup dengan sifat kekuatan spiritual yang tulen.

Dari segi asimilasi pada alam persekitaran mereka menerapkan ilmu-ilmu bio,teknologi nano,mesra alam dan tenologi green yang paling murni sekali.Dari segi georafi politik ketika itu mereka hidup serumpun,berkongsi tanah air dan sumber bahan asli,mesra pada alam dan mengawal kehidupan.

Kenapa tidak?! kalau hidup dikuasai tenaga roh,jiwa,spritual... tidak makan pun bolih kenyang,bebas penyakit,hidup harmorni, aman,berahklak,intergriti dan hubungan silaturahim yang hebat sekali,kemudian berilmu bukan setakat zahiri tetapi melangkaui ilmu-ilmu kosmik dan mikro kosmik.Mereka yang mengetahui ilmu spiritual yang mendalam mengerti sangat hakikat kejadian alam maya yang berupa persepsi,illusi dan fatamorgana.Kalau kita makan, yang mengenyangkan bukan makanan itu tetapi satu kuasa mutlak yang lain kan? kerana itu bangsa ini memiliki kemahiran roh menguasai raga.hebat sekali!

Lalu apa yang menghancurkan dan memisahkan bangsa mesra alam ini?

conti.....

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:04 AM

Suatu malam dilangit yang cerah Pendita a.k.a Maharaja Argost Is (bukan nama sebenar) pemimpin dan cerdik pandai bangsa Mera' ini melihat lintasan tahi bintang luar biasa terang,bewarna kekuningan yang lalu melintasi orbit gugusan bintang serpent (bintang ular) yang menjadi simbol sakral kerajaan bangsa Mera'.Corotan tahi bintang ini berlalu aneh,apabila sampai tepat di gugusan kepala bintang serpent carput ianya terpecah dua lalu hilang dan terbakar begitu sahaja.Dari ilmu tilik astronominya,ilmu kosmik dan mikro kosmik dia mempercayai satu petanda yang tidak baik akan berlaku.Satu kejadian besar akan terjadi di bumi Tanah Mera'.

Sementelahan itu, telah menjadi anutan bagi semua orang pemilik mata batin atau ahli spiritual zaman berzaman yang mempercayai akan pusat segala roh/jiwa-jiwa.Roh induk ialah pusat segala kekuatan kejiwaan manusia.Begitu juga bangsa Mera' sudah menjadi keutamaan mempercayai atma atau brahman dalam bahasa sanskrit lama. Atma inilah yang memiliki cahaya terang bersinar seperti matahari menaungi alam tanpa padam.Atma perlu budi sebagai tubuh.Apabila atma sudah berbudi maka ia akan menyerlahkan cahaya dan sinarnya yang terang benderang tadi.

Namun begitu untuk terbit ke alam maya ia perlu budhi yang menjadi bekas atau sarung tubuhnya dengan bersifat kesempurnaan pada insan, ia tidak dapat terbit selagi tidak ada insan yang mencicipi tahap insan kamil mul kamil.Pun begitu atma budi ini tadi bolih berubah sebagai sinaran kecil di sebut sebagai pramono atau manas dalam bahasa sanskit berfungsi separuh lengkap sebagai imej,citra atau pengambaran hakikatnya yang sebenar.Kerana itu bukan mudah untuk menceritakan di hujung lidah tentang haq pada hakikat itu.Hanya disebutkan sekadar metafora,kiasan atau dari kaedah-kaedah ayat perumpamaan.

Dari roh induk yang menerangi negara Tanah Mera' seperti matahari yang tanpa padam inilah wujud kesatuan, janji, sumpah dan taat setia demi Tana Mera' yang aman damai...hinggalah ke satu waktu.....terengggg...

Ternyata orang-orang dari daerah barat Tana Mera' ketakutan untuk ketimur tetapi orang-orang dari negara daerah pintu Timur dari kawasan Tana Mera' terbuka luas peluang untuk datang dengan berbagai budaya dan sub budaya bangsa-bangsa mereka.Mereka melihat Tana Mera' bumi subur dengan berbagai makanan ranum produk-produk hutan tropika.

conti........

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:05 AM

Mereka masuk ke bumi Mera',Mereka datang dengan tukaran budaya,teknologi dan berbagai lagi khazanah alam dari negara brutal mereka yang rata-rata berbeza sungguh dengan budaya bangsa Mera' yang spiritualis.Tentu anda pernah menonton filem Conan the Babarian.Sebelum dia menjadi Maharaja dia pergi berlajar dari seorang guru dari daerah timur,tetapi bukan di bumi Mera' ,timur sekitar Monggol dan Yunan.Anda harus faham wujud manusia prasejarah bukan sahaja di bumi Mera' tetapi di seluruh dunia ,ada sesetengah tempat terdapat tengkorak manusia yang di temui berusia jutaan tahun lamanya...subhanallah.

Ilmu yang paling penting di ketahui Raja Conan The Brutalian ialah Besi dan Segala kekuatan dari besi.Dengan kekuatan besi inilah ia menjadi keburukkan yang meruntuhkan setiap tamadun manusiawi.Ternyata Ilmu buruk dari besi diimport sekali ke Bumi Tana Mera' yang rata-rata berpribadi spiritualitas.

Sebahagian dari warga Mera' telah di kuasai olih ilmu materi kekuatan dari besi.Mereka mempercayai kekuatan dari besi bolih menguasai segalanya berbanding sinar Terang Penyuluh Jiwa yang dengannya mereka telah berjanji taat setia sebelumnya.

Sebahagian bangsa Mera' yang mengambil kekuatan dari besi akhirnya menjadi brutal,gasar,keras dan sangat agresif.Sementara sebahagian lagi warga bumi Mera' masih mengekalkan ciri spiritual mereka.

Bumi Mera' akhirnya terbahagi dua persis tilikan astronomi Pendita Argost (melihat tahi bintang pecah dua),terbahagi satu negara yang berbayu lembut sejuk dan satu lagi negara panas berbahang seperti api yang membara.ehehhh! adik-adik semua dah taukan, kononnya bumi berbayu lembut ini lah akhirnya di panggil Lamuri (Samudera) dan yang satu lagi Sunda (Java) yang bermakna api, sepanas kawah larva gunung berapi di bawahnya .Sehinggalah ia dikenali Lamuria dan Atlantis (agaknya lah! kerana lintasan masa berlakunya peristiwa ini sangat panjang).

Bermula dari dua kerajaan baru ini, (baiknya jika kita panggil si lembut dan si keras), ia tak pernah aman sentiasa berperang,namun mereka terus juga membangunkan negara masing-masing.Akhirnya kerana leka berpecah dan berperang maka cahaya Terang Penyuluh Jiwa itu terhijab dari penglihatan.Ia tidak terpadam pun tetapi sudah tidak ada sesiapa lagi yang mampu untuk membuka pintu-pintu gerbang spiritual kesitu.Hakikatnya dari cahaya itulah yang menyambungkan kepada Rahsia-rahsia KEAGUNGAN ILLAHI.Seperti di terangkan tadi ia perlu tubuh budi dari insan sejati,tetapi kalau semuanya berperangai tidak berbudi,tidak berahklak sering berbunuhan dengan ilmu kekuatan dari besi,mana mungkin menguasai ilmu-ilmu hakikat itu.

conti................

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:06 AM

Apakah yang terjadi bila sudah gelap gelita,sesungguhnya manusia hidup dan mati silih berganti,akhirnya keturunan mereka menyembah serba-serbi materi,sembah planet matahari kununnya ada cahaya,sembah bulan,bintang,patung-patung, bina kuil tetingkat seperti piramid ,sembah api pelita,lilin,obor besar,bertuhankan manusia yang bernajis,sembah pokok hatta binatang yang di jadikan makanan pun di sembah juga.Mereka ingin mengagungkan sesuatu yang pernah mereka dengar tetapi hanya dalam imaginasi,jadilah mereka beragama sebagai ikut-ikutan sahaja.

Kebanyakkan unsur materi dalam bentuk sembahan ini ada pada bikinan bangsa yang keras sebelah yang sana,sementara bagi warga lembut mereka banyak membina batu-batu petanda yang di jadikan pusat sembahan,seolah mereka bertawaf keliling batu,ada batu-batu kasar dan sebahagianya di ukir halus.Batu-batu ini di panggil batu Megalitik yang banyak terdapat di Semenanjung dan mungkin sekitar Sumatra atau Lamuri.Mereka menyembah pada roh moyang dan poyang yang menjadi nostalgia pada mereka satu masa lalu.

Sementara di kepulauan Jawa dan sekitarnya banyak terdapat kuil-kuil purba malah ada satu piramid tua yang di panggil piramid Sukuh (kalau tak salah) dan terdapat sebuah Gunung yang di percayai sebagai piramid paling besar di sana.Semuanya hanya menyembah angan-angan mereka sahaja,kerana cahaya asli telah lama hilang. wallahualam.

Kesudahan dua bangsa yang membangun dan maju dengan unsur ciptaan atas acuan masing-masing ini akhirnya hancur lebur kerana goncangan alam.Di percayai Gunung berapi paling besar meledak, akhirnya negara indah,bumi cantik budaya menarik dan kehijauan ini hanya tinggal cebisan-cebisan pulau sahaja.Apakah kerana mereka melanggar janji dan sumpah setia?

Namun peralihan masa dan zaman menjadi penawar dan doktor yang baik,mereka tidak pupus tetapi menjadi berpuak-puak dan banyak pula bangsa-bangsa lain datang dan berasimilasi,cuba anda kirakan ada berapa puak,suku dan ras di Nusantara ini....sangat banyak bukan? dan mereka terus membina negara silih berganti dan berpindah-pindah tempat pula.

Yang paling aku pasti dalam berbagai puak ini mereka tetap terbahagi kepada dua jenis sifat,satu gologan yang penuh diplomasi dan lembut dan satu lagi keras, kasar dan agresif.

conti......

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:07 AM

Seterusnya kita bertanya sejak bila Melayu di panggil Melayu kalau begitu lama sejarah hidup mereka? aaaaaaa...sini kita harus faham Warga Tana Mera' adalah saki baki keturunan manusia yang lebih awal di ciptakan sebelum dari Nabi Adam AS lagi.Nabi Adam AS di ciptakan sekitar 7500-9000 tahun dahulu.

Dari keturunan Nabi Adam AS inilah yang memajukan ilmu-ilmu kekuatan dari besi.Kalau anda jujur memerhatikan terdapat beberapa zaman peralihan dari zaman ais,zaman batu serta zaman logam.Ketika zaman logam inilah anak-anak Adam AS mula bercampur dengan orang asal Tana Mera'.

Kekuatan dari besi hanya di ajarkan olih Yang Maha Agung kepada anak turunan Adam AS.Ini ternyata apabila logam di kenali hanya sekitar 7-9 ribu tahun dahulu.Iaitu zaman dimana Adam sudah bermukim di bumi ini.Ketika banjir besar di zaman Nuh sekitar 4-5ribu tahun yang lalu Tamadun tanah Mera' ini juga hilang dan tenggelam tak bersisa.Hanya baru-baru ini terdapat dua tiga tempat di temui binaan aneh di lautan sekitar Jepun,filipina dan sekitar kepulauan Indonesia.Seperti yang pernah di sebut dek sobat-sobat yang lain sebelum ni.

Walau tamadun hilang namun bangsa dan keturunan ini tidak pupus tetapi kehilangan kemahiran dari ilmu nenek moyang mereka,mereka hidup di zaman gelap dalam masa yang begitu lama.Terdapat beberapa kisah tak begitu kukuh kebenarannya menyatakan ketika banjir besar surut sebahagian dari umat Nabi Nuh AS yang terselamat dari kapal disuruh bermukim di timur ini dan mereka mendapati sudah ada bangsa yang hidup di tanah tinggi (Highland) dan ternyata ada yang terselamat dari banjir besar tersebut.

Perhatikan carta peralihan zaman:

1.Zaman batu lama Paleolitik = 50 ribu hingga 30 ribu sebelum Masihi (S.M-sebelum Nabi Isa lahir)
2.Zaman batu pertengahan Mesolitik = 30 ribu hingga 10 ribu tahun S.M
3.Zaman batu baru Neolitik = 10 ribu hingga 7 ribu tahun S.M
4.Zaman Logam = sekitar 8 ribu hingga sekarang ini.

Mungkin anda ralit mengatakan mana ada manusia sebelum Adam hidup di bumi Malaysia moden ini.....aaaaa...sebab anda kata begitu kerana anda makan Mc D,KFC,Ayam Penyek berempah dan Nasi Arab kukus,,,,(alamak bestnya) ataupun anda sudah ada Master dan PHD dari unversiti Arab atau oversea di Barat, mana anda ingin turun kebawah dan masuk ke hutan lagi,berselut dan kotor-kotor..... kan bagus duduk di hembusan bayu air con.

conti.....

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:19 AM

Tahukah anda cari gali arkeologi di gua tampan Perak,gua niah Sarawak dan tingkayu di Sabah terdapat banyak tinggalan orang Paleolitik ini.Penempatan di kota Tampan dianggarkan berusia 75 ribu tahun.Arkeologi bukan saja menemui alat batu tetapi yang terbaru mereka menemui relau memproses besi.Apakah maknanya itu wahai ahli PHD semua?

Sementara di Jenderam Selangor,Gelanggi ,Bukit Cintamanis Pahang.,Kota Tongkat dan gua Kepah kedah terdapat banyak pula tinggalan zaman Masolitik sekira-kira 40 ribu tahun pula usianya.

Sungai Bewak Terengganu,gua Badak,Gua Musang Bukit Keplu,Baling Kedah terdapat banyak pula tinggalan orang Neolitik yang di anggarkan berusia 10 ribu tahun...ha haaaaa...ternyata orang Tana Mera',mempunyai susur galur yang sangat panjang usianya.

Di zaman logam apatah lagi (kira-kira 9 ribu tahun lalu)ketika ini generasi zaman Nabi Adam AS sudah mengembara ketimur sini,merakalah yang mengajarkan ilmu-ilmu tentang kekuatan dari besi.Sekitar Klang,Sungai Lang,Sungai Tembeling,Batu Buruk Terengganu di temui barang logam seperti lembing,gong badak,gendang don son,kapak besi,mata kail,gelang tangan dan pelbagai lagi peralatan dari logam.heheh! Wahai Melayu! bangsa kamu bangsa bertamadun sejak 75 ribu tahun yang lalu.Tetapi ranap,bngun dan runtuh serta bertaktih semula...KENAPA kerana beriman hanya ikut-ikutan.Anda terlupa hakikat Keagungan yang pernah di miliki moyang dan poyang anda dahulu.

Seterusnya....terenggg!!!!

Fahami carta ni dulu:

1.Zaman Prasejarah (iaitu zaman Paleolitik,Maseolitik,Neolitik,Zaman Logam)-antara 75 ribu tahun hingga 1 tahun Sebelum Masihi -S.M (sebelum Nabi Isa Lahir.)

2.Nabi Adam AS sekitar 7000-9000 Sebelum Masihi

3.Nabi Nuh As kira-kira 1000tahun selepas Adam As

4.Nabi Ibrahim AS sekitar 4000 tahun S.M

5.Nabi Musa AS

6.Nabi Isa AS -Lahir pada tahun 1 Masihi.

7.Nabi Mohammad SAW -Lahir sekitar 580 Masihi iaitu kira-kira 600 tahun selepas Nabi Isa AS.

*** Memahami anggaran masa diatas sangat penting.

conti.........

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:20 AM

Apakah yang terjadi pada rentettan hidup Bumi Mera' ini?Zaman-zaman selepas Nabi Isa di lahirkan Bumi Mera' tidak ketinggalan dengan tamadun.Ternyata keturunan Nabi Adam AS membawa bersama ilmu-ilmu pembukaan kepada Cahaya Penyuluh Jiwa yang lama terpendam.

Keturunan mereka ini silih berganti hidup dan mati datang dan pergi tetapi mermbawa bersama ilmu Kekhalifahan yang memimpin umat manusia kejalan Cahaya Illahi yang abadi.Cahaya yang ori ,yang sebenarnya, bukan illusi,yang menyambung kepada Pusat dan Inti/hati Zat Tuhan yang Kekal Abadi,hidup tidak mati dan tiada satupun yang setara denganNya.Kuasa Mutlak yang meliputi dan menakluk segala kejadian.Sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kerana Tuhan yang Esa tidak sekali-kali bertukar menjadi mahkluk.

Bukankah Adam AS diciptakan sebagai khalifah? Mana mungkin ingin menjadi khalifah/pemimpin jika tidak ada warga yang ingin di pimpin.Ternyata sudah wujud manusia awal yang kegelapan perlu pimpinan kepada cahaya yang terang benderang.

Ternyata anak keturunan Adam memiliki ilmu-ilmu Atma Budi,yang tercicir dari genggaman Warga Tana Mera' satu masa lalu.Namun begitu sifat manusia ada bernafsu dan selalu alpa.Dari keturunan Adam ada juga yang sesat dan ingkar, apatah lagi apabila pengasas-pengasas agama kebenaran ini wafat dan meninggalkan mereka.Ada yang mendapat kuasa dari besi tetapi menyalah gunakannya untuk keburukkan.

Sela masa antara wujud Adam AS dan saat terakhir zaman gemilang bumi Mera' ini ialah sekitar 7-9 ribu tahun Sebelum masihi.Dianggarkan ketika inilah zaman gemilang Mera' dan rantuhnya Mera'' gara-gara seketul logam bernama besi kursani.heheh!.

Ombak laut memukul pantai putih seperti salju di bumi Mera',sekali bah sekali pantai berubah.Ketika Nabi Isa As diutuskan maka masa ini dipanggil tahun-tahun Masihi.Bangsa Mera' sudah berasimilasi dengan anak-anak keturunan Adam AS yang bermukin ke bumi timur.Jangan pula anda yang berasal dari bumi timur tidak percaya bahawa anda adalah keturunan Mera' juga datang dari keturunan Adam AS.

conti.............

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:22 AM

Seawal kurun satu Masihi sezaman ketika zaman Kenabian Isa AS,telah wujud negara kota yang baru sebelah timur sini.Diutara tanah semenanjung sudah ada negara kota seperti Tun Sun,Ko Lo,Pan Pan,Tambralingga,Langkasuka dan Kataha.Negara kota bumi Timur ini di kuasai olih Satu kuasa perseketuan yang di panggil Funan.Funan ialah kota besar kerajaan terawal sekali di timur setelah zaman kehancuran dan kegelapan bani Mera'.Raja ketika ini menggelarkan diri mereka sebagai Shailaraja yang bermakna Raja Gunung.Ibukota Funan ialah Vyadhapura dan kota perlabuhan paling maju ialah Oc Eo.Terbit sekitar abad Satu masihi dan hancur pula kira-kira abad ke 6 masihi.....hancur gara-gara kekuatan buruk dan brutal dari besi juga.Perhatikan kenapa mereka menggelarkan diri sebagai Raja Gunung?!

Selepas jatuh Funan tinggal pula Langkasuka yang asalnya dari jajahan takluk Funan.Ia betul-betul berada di Semenanjung Tanah Melayu,Diasaskan sekitar abad ke 2 Masihi.Langkasuka seperti anak emas kerajaan Melayu ia menjadi kaya apabila berdiplomatik dengan China sekitar abad ke 7.Seluruh negeri bahagian timur semenanjung menjadi jajahan takluk nya.Kerana itu ia menjadi pemungut tol bagi laluan daratan dan ke lautan rentasan di Timur. Abad ke 13 ia menjadi sebahagian dari takluk kerajaan Srivijaya,abad ke 14 jajahan takluk Majapahit dan cerita Langkasuka berkubur bila Empayar Melaka jatuh.Hancur gara-gara tahi besi juga.

Pada abad ke 3 masihi, terbagun kerajaan Kedah Tua,Bangsa China menybut Cheih cha.Bangsa India memanggil sebagai Kadaram.Kedah tua menjadi transit perdagangan terutama di Sungai Merbok dan menjadi pusat keagaamaan hindu dan buddha,Sekitar tahun 1023 Masihi Kedah tua jatuh dan ranap di serang Raja Chola kerana persengketaan Raja Chola dengan Raja kewilayah jajahan Srivijaya.Hancur kerana besi juga.

Dan bayak lagi kerajaan asimilasi anak Adam AS dan Bangsa Mera' antara yang lain seperti Chih tu (kelantan,Tambralinga,Tan-tan,Fo Lo An,Gangga Negara,Kutei,Po Ni, Kantoli,Ho Lo Tan, Tarumanegara, Ho Linhg (Kalingga) semua kerajaan ini berlangsung dan tertubuh dari abab ke satu hingga ke 9.

Buat julung kalinya perkataan Melayu yang membentuk Empayar hanya ada tercatat pada satu kerajaan yang di panggil Kerajaan Melayu muncul pada abab ke 7 Masihi terletak di Jambi.Kerajaan ini mempunyai hubungan perdagangan yang aktif dengan India dan china tetapi akhirnya di takluk olih Srivijaya.

Seterusnya Empayar Melayu sahih wujudnya hanya apabila Srivijaya terbentuk.Srivijaya berjaya gemilang dan menjadi unggul hingga ke abad 13 (lama jugak tu).Bagaimana srivijaya menjadi unggul, salah satu sebabnya kerana berjaya menguasai Sunda dan Selat Melaka termasuk Lamuri.Dua pusat jajahan tua bangsa Mera',dari sini Srivijaya menguasai pula Daerah Kedah tua dan seluruh Empayar Langkasuka.Dengan berkerajaan di Sunda mereka mampu pula menguasai Kota melayu di Jambi tadi.Semua cerita Keagungan Kerajaan Melayu Srivijaya ini bolih di baca dari manuskrip Telaga batu.Pada abad ke 14 Raja Kedah memberontak dan serangan dari Raja Chola melenyapkan Kerajaan Sriviyaya ini.Tapak tiang Istana pun susah aku nak google mujur ada manuskrip Telaga Batu huhuhu....Binasa Melayu,semua gara-gara keburukkan dari besi.

conti...........

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:25 AM

Pada sekitar abab ke 13 Masihi Empayar Pohon Maja yang pahit (Majapahit)di asaskan olih Raden Wijaya setelah membinasakan Empayar Raja Kediri.Seperti empayar lain Majapahit jaga kaya, maju, bermasalah dan unggul dalam sesuatu episod.Terdapat pula tokoh hebat seperti Gajah Mada,Hayam Wuruk, General Mpu Nala dan lain-lain yang terkenal dalam sejarah keagungan bumi Maja yang pahit.Seperti Srivijaya Majpahit juga menguasai hampir seluruh wilayah di Nusantara.Ketiadaan tokoh hebat dan perebiutan kuasa membuatkan Empayar majapahit hancur sekitar Tahun 1517 Masihi apabila Raden Fatah dari Kerajaan Islam Demak menyerang Majapahit.Binasa juga kerana besi.

Begitu juga Demak,Mataram,Riau,Kesultanan Sulu,Makasar dan Empayar kesukaan anda iaitu Melaka juga binasa semua kerana terpengaruh dengan kekuatan palsu dari besi dan melupakan Cahaya Penyuluh Jiwa yang terang abadi.

binasa...binasa....binasaaaaa....

conti...........

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:27 AM

Tuhan Yang Maha Agung meletakkan asma rasminya ALLAH tersurat dan tersirat apabila terutusnya Nabi Mohammad SAW.Sinar kebenaran ini sampai juga ke bumi sebelah timur iaitu di taman-taman hijau tinggalan orang-orang Mera'.

Islam yang sampai di sebelah kawasan si lembut bumi bayu Samudera sangat mudah di terima,mudah dibukakan hijjab yang lama tertutup dan mudah pula didakwahkan,sementara negara berunsur api, kasar dan panas di Sunda para da'i terpaksa bersabung nyawa untuk membuka semula hijjab yang telah lama di tinggalkan.Para pendakwah menyampaikan dengan hikmah yang besar.Keras-keras pun cair juga.

Itu kira-kira 700- 950 tahun dahulu.

Bagaimana hari ini?.Islam bani Mera' hari ini sudah jadi rojak pesembur.Macam-macam jenis anutan,kaifiat dan perangai.Islam sudah menjadi satu konsep yang bolih diubah dikonsep-konsepkan.Malah Islam sudah ada jenama seperti barangan di pasaran dagangan terbuka.Dengar cerita akan terbit satu jenama baru iaitu kereta Islam....huhuhu..

Islam sudah mula jadi dagangan,Padahal Rasullullah SAW mengingatkan dihari-hari akhir hidup Baginda,pesan Baginda:"Sesungguhnya aku akan di panggil mengadap Nya,Dan aku tinggalkan untuk kamu dua hal yang berharga,pertama Kitabullah yang berupa cahaya terang dari langit ke bumi dan yang kedua ialah Para Pewaris warisan ku.Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,keduanya tidak akan berpisah dan perhatikanlah keadaan kamu jika kamu tidak mematuhi keduanya:" hadis ini dari riwayat Imam Muslim,At Tarmizi dan beberapa lagi perawi yang lain.Sejak bila pula hadis-hadis Muslim di tolak orang mentah-mentah?Padahal menjadi rujukkan ramai manusia buat sekian lama.

cont.....

Pelayan Allah
April 20, 2011 at 3:29 AM

Cahaya yang bagaimana,kitab bercetak dan tertulis di kertas bukan sahaja tak de cahaya tetapi terpaksa pasang lampu pula untuk membacanya terutama di tempat gelap.Atau anda mengikut bulat-bulat kata orang untuk ikut al quran,berhadis dan bersunnah .Bolih ke ! Hadis sahaja terdapat kurang lebih 600 ribu buah,Alquran 6 ribu lebih ayat, bagaimana anda mengamalkan semuanya?.Apatah lagi setiap ayat al quran dan hadis mempunyai tafsiran yang banyak sekali dan berbeza-beza,lalu tafsiran yang mana paling tepat dan memenuhi maksud Allah dan Rasulnya?....belum lagi cerita bersunnah.Apakah anda kira sunnah dan hadis serupa sahaja...astaga!

Mungkin aku akan di label sebagai anti hadis pula...maklumlah ada hadis menyuruh ikut al quran dan sunnah.huhuhu.Oklah! aku akur tetapi aku nak tanya satu hal lagi.

Bagaimana tentang 3 rukun agama: Islam,Iman Dan Ihsan?
Bagimana anda menjalankan rukun ihsan?
Ihsan iaitu mengabdi pada Allah seperti kamu melihatNya,jika tidak terlihat maka kamu yakin Allah melihat kamu.
Bagaimana keyakinan anda melihat Allah SWT?
Bagaimana pula keyakinan anda untuk dilihat olihNya?

Itulah pentingnya kita tidak menjadi mangsa ikut-ikutan.Seperti mana Nabi SAW berpesan agar mencari cahaya terang bersama para pewaris Baginda SAW.Dunia ini hakikatnya bayang-bayang,illusi,mainan,ujian, kosong dan penuh tipudaya.Jangan tertipu dengan pandangan mata,mata perlu cahaya untuk melihat, tanpa cahaya teraba-raba.Bagaimana kalau matahari tiba-tiba padam? Cahaya mana yang akan anda ikuti?Ini sudah masuk zaman Dajjaliyah....

Imam Al Ghazali mengatakan para ulama tertipu,orang alim tertipu,filosof tertipu,seorang raja tertipu,orang awam tertipu....tertipu dengan tipu daya dunia jika kita tidak mencicipi hakikat cahaya kebenaran itu,jika hanya sekadar ikut-ikutan akhirnya mahu jadi munafik dan hipokrit.Nabi Isa AS mengingati anak muridnya :Carilah kamu jalan yang terang agar tidak tersasar dan kecundang.


Akhir sekali:

Dimanakah kesan-kesan Pendita Argost Is Maharaja Tana Mera' yang hebat itu bersama-sama dengan umat dan rakyat Tana Mera'?
Kalau mati mana kuburnya?
Takkan satu tinggalan tamadun terkenal canggih dan kaya raya itu pun langsung tidak kelihatan kesan?
Apakah mereka morksa,ghaib dan akan kembali semula?

Hari ini rakyat Nusantara tak habis-habis melakukan kerosakkan,jangan-jangan anda akan di tukarkan dengan bangsa yang lain,bangsa yang lebih bailk dari anda ...AWASSSSS!!!!

Salam,

***Ini adalah Titipan dari kajian lama,bertajuk runtuhnya Kerajaan Tua Melayu dan asal usul orang Timur Jiwa al-Qudus.Di keluarkan atas permintaan ramai kerana masanya berkehendak begitu.Semoga bemanfaat.Ini sekadar kajian dengan sedikit tambahan.. jangan ada yang meroyan pulak huhuhuh...

Wallahualam bissawab.

April 20, 2011 at 1:08 PM

Wah encik Pelayan Allah,

Masih adakah sumber bertulis untuk artikel ini?? Kalau dalam bentuk buku adalah lebih baik...

Anonymous
April 20, 2011 at 10:43 PM

buku tak ade cahaya.....

Bingai
April 20, 2011 at 10:59 PM

Qoute Pelayan Allah said:"aaaaa...sebab anda kata begitu kerana anda makan Mc D,KFC,Ayam Penyek berempah dan Nasi Arab kukus,,,,(alamak bestnya"

.......................


amboiiiii!!!! perghli aku nampak, makan nasi lemak ayam penyek berempah.

Artikal yang best,tip top! satu kelansungan dari ulasan aku sebelum ni.Dah tiba masanya kita ceritakan akan kewujudan manusia atau mahkluk seperti manusia yang lebih lama usianya ketimbang Nabi Adam dan keturunannya.

Jadi tak delah tergantung setakat zaman nabi itu nabi ini aje,raja itu raja ini,sambil gaduh2 macam budak-budak,nak buktikan yang HAQ tak juga bolih.Allah pun dah bukakan banyak harta-harta terpendam dari perut bumi untuk menceritakan dan membuktikan hal- sejarah zaman yang lalu.

Bila Adam mula nak di ciptakan, para malaikat protes kerana spesis sejenis sebelumnya sentiasa membuat kerosakkan di bumi.Binasa saja sudahnya....

Dengar khabarnya manusia sebelum Adam hancur ranap dan hanya tinggal saki baki, bukan kerana kekuatan dari logam tetapi tenaga NUKLEAR.

Tak lama dulu ada loji nuklear purba/milik bangsa kuno di temui d sekitar Russia dan daerah2 jajahan bekas Soviet.Tapak itu diguna untuk menjana dan melupuskan tenaga nuklear.Patutlah orang Russia terer dalam membagun Tenaga Nuklear ni.Agaknya diorang dah jumpa lama tapi duk sesenyap jer.

TQ-panjang lebar pulak aku mengomel.

Anonymous
April 20, 2011 at 11:45 PM

salam semua. aku nak tambah sedikit bab al Mahadi. Iman mahadi skrg sdah lahir n umur lbih kurang 20an beliau akan bangkit dlm umur lbih kurang 40an.beliau akan bangkit diMekah. tapisekarang ni beliau tak boleh bangkit lagi kerana power utk bangit ada di tangan org lain skrg ni, iaitu di tanah melayu kita ini.( org tu rahsia dulu la)Selepas org itu meninggal baru kuasa itu beralih pada dia dan masa itu beliau akan bangkit dan mengistihar dirinya sebagai iman mahadi. Allah akan bagikuasa sepenuhnya pada beliau. ianya bermula di mekah dan tempat lain akan sama bangkit diempat penjuru dunia. Soal melayukah atau siapa iman mahadi tak jadi hal,kerana iman mahadi perlukan pengikut untuk melawan musuh2nya. masa inijuga lah akan turun balik pendekar kita yg dulu2 spt Hang tuah 5 saudara,mat kilau tokbahaman tok janggut, tok gajah dan lain2nya, termasuk, penghuni alamghaib spt jin2 dll. Yg pasti skarang ni dia tak boleh bangkit lagi kerana power ada pd org melayu kita di semenanjung ni ia itu di tanah jawi ( kat mana negerimana rahsia dulu la).

Anonymous
April 21, 2011 at 12:25 AM

salam aku ada sikik info nakberitahu tentang org melayu.

- Kenapa sungai yg digunakan oleh Nabi daud ada di kelantan.
- Kenapa nabi Ismail dilahirkan di Semenanjung
- Kenapa makam Abu yazid ada di malaysia
- Sabah sekarang adalah negeri sabak zaman sulaiman n Balkis dulu.
- Sultan berunai itu adalah keturunan Balqis sebab itu dia pakai gelaran bulkiah.

TENTU ANDA RASA PELIKKAN.....

April 21, 2011 at 5:28 AM

Anon 20/4 11.45,

Macam mana pulak Imam Mahdi tuh boleh isytiharkan dirinya? Bukan ka dalam riwayat hadis yg dia ini yg akan dibaiah menjadi Imam sedang dia tidak menyukainya?? Dan dia sendiri pun x tahu yg dia ini ialah mahdi kan?? Hmm musykil saya.. ceciter ceciter...

Anon 21/4 12.25,

Hmm betul ka info tuh?? Hmm menakjubkan.. Ada x artikel lengkap tentang maklumat2 tersebut..?? Saya teringin untuk mengetahuinya juga...

Anonymous
April 21, 2011 at 8:38 AM

apa yg baik dengar kan, ALLAH beri kamu penglihatan pendengaran dan kalam mangko nyo gunakan lah sebaik2 nya. dengarkan kata2 playan ALLH tu. kaji lah yg tersirat.....penuh makna tersembunyi. salam hormat Pelayan ALLAH.

Anonymous
April 21, 2011 at 10:58 AM

Kita semua tahu yg manusia hanya akan mula menanggung dosa selepas akil baligh, hanya selepas itu baru malaikat akan mencatit segala kesalahan dan kebaikan kita selama kita hidup.Dosa pahala kita,tidak ada kaitan dgn moyang poyang. Nanti di padang masyar, setiap manusia akan dapat buku catatan masing2.So,bagaimanakah kita mahu mengaplikasikan

TAUHID FILLAH
BILLAH
MIN LLAH
LILLAHIRABBILALAMIN...

supaya diari kita dihulurkan dari sebelah kanan. Dan dalam jemaah bagaimana ia dapat berfungsi.

Sekian terima kasih.

Anonymous
April 21, 2011 at 1:18 PM

wowh! tqvm doc azim bayou @ pelayan allah & saplohsen @ bingaI jugek...
artikel tanah mera' yg very der klasik dowh :)

ps: kowang berdua lepak kat porum mana lately? leh i polow?

Pelayan Allah
April 22, 2011 at 2:47 AM

Blogger islamic neutron said...

Wah encik Pelayan Allah,

Masih adakah sumber bertulis untuk artikel ini?? Kalau dalam bentuk buku adalah lebih baik...

April 20, 2011 1:08 PM



Opps..nasib kau tanya, lupa nak sertakan rujukkan...nanti orang kata aku perompak pula.Ringkasnya,Kajian ni mula tahun 1997 lagi ....6 tahun lepas tu baru bawa bacaan umum dalam net sikit demi skit....saja test market....pertama kali bawa masuk cerita hakikat dunia,mula jer kena terajang keluar siap di ugut bunuh,maki hamun, sumpah seranah,jurus tahi kucing pun ada...macam2 lahh.... bawa masuk balik....kena terajang lagi....lepas tu stop buat masa yang lama, kemaskinikan kajian termasuk repair diri sendiri....dalam diam-diam tak di sangka,rupanya dah ada ramai follower fanatik,

Dari tahun 2007 dah ramai bebudak muda layan sejarah bangsa dan asal usul mereka,sampai orang otai sejarah dah pening kepala dah kontra fakta pula....huhuhu...entah sapelah kuat cucuk jarum tah!!! aku tak katalah aku yang mencetuskannya tapi mungkin ada faktor lain.Mungkin huru hara politik Melayu masa tu.

Kat sini aku sertakan beberapa rujukkan aje, lain-lain2 tu tak dapat nak beri sebab amanah dari orang,sesape nak carilah sendiri orang lain susah payah nak dapat,jerih perih mengumpul,nak seribu daya,antaranya:-

1.The landscape of man-pengkaji geoffry and susan jellico.Buku ni best ada kajian sampai prehistory,zaman batu siap bergambar,ada kajian falsafah,sosio budaya,architecture dan sebagainya.Kajian yang telus,Cakap serupa bikin,ada bukti bergambar.

2.Sejarah Tuhan,penulis Karen Armstrong- Buku ni kalau tak kuat iman jangan baca.Kajian tentang agama sampai ke agama Judaisme dah diharam dek JAKIM.Tapi kalau setakat nak mengkaji apa salahnya.

3.Sejarah Dunia -Johari Mohammad terbitan Preston

4.Tamadun Dunia -Sivachandralinggam & Ayadurai di tanda tangan Prof.Khoo Kay Kim (UM)-Buku ni best disebutkan sejarah kerajaan Nusantara satu persatu ada catatan tahun sekali.Banyak kajian gagal tunjukkan tahun,uselesss!

5.Sejarah Nabi-nabi,Adam manusia pertama?,Mahkluk sebelum manusia,Sinopsis Tamadun Dunia.....Semua 4 buku2 ni aku terlupa Penulis dan penerbitnya.Tapi banyak fakta berguna dalam ni.

6.Rujukkan dari internet macam lamuria,atlantis,sunda kelapa,Piramid firaun,Tahta ular ,Raja Minang kabau otai raja-raja melayu,agama pagan,tengkorak purba,senjata dan artifak purba,kitab-kitab tua jawa dan melayu lama,khazanah jawa,Kitab makrifat lama,ilmu falak Melayu,Adat dan Hukum Melayu lama,bomoh dan kedukunan,Tabib Timur dll.Cubalah google.Banyak falsafah kat dalam tu jangan setakat tengok gambar jer.

7.Rujukkan paling ampuhhh!!! 1000 pintu.Ni paling susah nak dapat,bersabung nyawa sampai nak mati,sebab kena baca pakai mata kristal bukan mata sepat masin.Ada yg gila pun tapi mujur bolih baik...huhuhu.Tu sebab hasilnya bila dikupas ada yang tersirat dalam tersurat.

Kajian Kerajaan Tua Melayu dan asal usul orang Timur Jiwa al-Qudus ada panjang lagi sampai nama Melayu dari sebutan Nabi kita,bersambung sampai ....... trengggg teng teng!........Tapi belum bolih uplot.Banyak lagi cerita mistik dan aneh bangsa Melayu....cukup time bolih kalu.Jangan menipu fakta sejarah nanti anda akan di malukan olih sejarah...

Sape yang kerja keras mencari pasti tahu jerih perih,penat lelah,bersabung nyawa,bergolok bergadai, tinggal sehelai sepinggang....SO PLS RESPECT lah kerja saudara-saudara anda!!!! kalau bantu bagi dana lagi bagus.huhuhu.

Salam
*** Harap jangan ada yg tersinggung.

Pelayan Allah
April 22, 2011 at 2:49 AM

Anonymous Anonymous said...

apa yg baik dengar kan, ALLAH beri kamu penglihatan pendengaran dan kalam mangko nyo gunakan lah sebaik2 nya. dengarkan kata2 playan ALLH tu. kaji lah yg tersirat.....penuh makna tersembunyi. salam hormat Pelayan ALLAH.

April 21, 2011 8:38 AM

Terima Kasih ,Kerana anda sangat memahami apa yang ingin di sampaikan.

Salam.

Jumpa lagi di lain masa.

Pelayan Allah
April 22, 2011 at 2:56 AM

Bingai said...

Qoute Pelayan Allah said:"aaaaa...sebab anda kata begitu kerana anda makan Mc D,KFC,Ayam Penyek berempah dan Nasi Arab kukus,,,,(alamak bestnya"

.......................


amboiiiii!!!! perghli aku nampak, makan nasi lemak ayam penyek berempah.

Artikal yang best,tip top! satu kelansungan dari ulasan aku sebelum ni.Dah tiba masanya kita ceritakan akan kewujudan manusia atau mahkluk seperti manusia yang lebih lama usianya ketimbang Nabi Adam dan keturunannya.


################################

Alamak jangan terasa pulak....Terina Kasih Komen anda.

Bentuk Bumi Melayu bentuk L tu Aku pernah lihat.Yang Nuklear dizaman purba tu pun ada lojiknya,baru tadi aku google.Tapi separuh orang kata yang meletup tu Tahi Bintang,Yang lain pula kata Kuasa Sakti dari bangsa timur dan pengaruh sihir sekali sini.

Wallahualam bissawab.

Salam.

April 22, 2011 at 5:59 AM

Terima kasih atas response, Pelayan Allah..

4 Buku itu akan saya cari.. Insya Allah boleh jumpa... rasa2nya kat pesta buku ni ade x?? Saya berdoa supaya ada....

Mana x nya.. sebab nnty klu nak disampaikan kat kawan2 lain.. bila diorang minta sumber rujukan.. tuh yg nnty terkebil2 biji mata.. hehe..

Sekali lagi... terima kasih banyak2x... Jgn lah bangsa Melayu menjadi musuh sesama sendiri ya..

sepat badut
April 23, 2011 at 12:06 AM

Dari gerak bertari,
Seni berpencak,
Berkelit jurus memati,
Berbunga santap bebuah,
Bersifat hidup berzat,

Aku macamkenal jer korang ni....!tapi dimana ya!

April 23, 2011 at 12:09 AM

terima kasih buat semua kerana berkongsi bicara dan bahan kajian.

rupanya banyak hal dan pekara baru yang terselindung dan hari ini baru aku ketahui.

Thanks....kalau ada nasi tambah bagus juga tu...hihihi.

Anonymous
April 23, 2011 at 12:12 AM

Anonymous sepat badut said...

Dari gerak bertari,
Seni berpencak,
Berkelit jurus memati,
Berbunga santap bebuah,
Bersifat hidup berzat,

Aku macamkenal jer korang ni....!tapi dimana ya!

April 23, 2011 12:06 AM

**********************************************

Selilit tanah renah Minangkabau
Selengkung perca cindai
Berandai perajurit seni kepetangan
Bertanduk dua puncak Istana Minangan

Apa,Tuan Sepat tak kenal asal usul balik asal kami lagi?

Anonymous
April 26, 2011 at 9:53 AM

salam semua. MF Blog x dapat dibuka. ada sesiapa yang tahu tak kenapa dan bagaimana nak bukak..?

April 26, 2011 at 6:46 PM

Nabi Isa di berikan gelaran Al Masayaha(Masih) dan nabi Mahamada dgn gelaran Al Mashothofaya(yg diberi kelebihan) merupakan nabi yg dimuliakan tuhan malah pintu langit dan pintu syurga hanya boleh di bukan dgn kalimah tauhid dan kalimah Mahamada. Semua nabi2 terdahulu mengenali Mahamada. Mereka tak kenal Muhammad kerana Muhammad hanya wujud selepas org2 Munafik masuk ke Makah dan halau org2 beriman. Mereka kemudian bariskan Al quran serta menukar nama tuhan dan nama nabi dgn tujuan menyesatkan manusia. Di zaman dahulu Makah mempunyai Sultan dan Syarif, di mana mereka kini? Siapa pula keturunan Saudi yg berkuasa kini? Kebenaran mmg pahit dan kebangkitan semula agama tuhan memang sejak berzaman di tentang kebanyakan manusia.

April 27, 2011 at 1:55 AM

Jangan lupa akan cerita tabut. Ada link dengan semua yang terselindung di Tanah Melayu. Baik Imam Mahadi, para wali, rijalul ghaib, dal semua berkaitan akhir zaman. Lokasi tabut mungkin juga di tanah emas ini. wallahualam.

May 11, 2011 at 1:23 AM

MF dah boleh dibuka semula. Saya dpt buka.. Alhamdulillah...

May 19, 2011 at 10:55 PM

Salam semua,

Buat Pelayan Allah, saya ada membaca entry dari blog Kepustakaan Melayu, yang bertajuk Sastra Abadi. Dalam seloka beliau, ada bait yang berbunyi:


Lipika puspita haruman ishtana,
Cemati cemara puaka tok raya,
Runtuh dunia kerana dosha,
Sumpahan bonda si anak dhara
Jagalah wahai insan manusia,
DILUPA JANGAN JANJI SI MERA,
Kacip dewi sekangkang kera,
Syahdu adika menusuk sukma,
Runtoh nagara kerana dia,
Apsara naraka bidadari dunia.


Pada baris 'DILUPA JANGAN JANJI SI MERA', mungkin penulis cuba menyatakan janji yang telah dilafazkan oleh penduduk Tana Mera' dengan Zatullah...

July 17, 2011 at 12:45 AM

Memang orang Melayu (satu etnik dari bangsa Malayu/Malai/Malay) yang mendiami bumi Nusantara (sebelum berpecah menjadi negara-negara Indonesia, Malaysia, Brunai, Filipina dan Singapura) ini adalah hebat, bermula dari nenek moyang mereka di zaman dahulu kala. Ajaran leluhur itu dinamakan "Malaiyana Mulayanam" (The Root of All Knowledge) diwujudkan ribuan tahun dahulu. Apabila agama-agama Hindu dan Buddha dari India masuk ke Nusantara, raja-raja, pembesar dan rakyat pun memeluk agama tersebut. Identiti sebenar orang Melayu pun terbenam. Kemudian, masuk pula agama Islam dari Timur Tengah (Arab) di mana raja-raja, pembesar dan rakyat berpindah agama, dari Hindu dan Buddha kepada Islam. Selepas itu, masuk pula penjajah Barat dan agama Kristian di mana terdapat suku-bangsa Malai memeluk agama tersebut. Akhirnya identiti Melayu/Malai pun berkubur. Namun begitu, ada terdapat orang-orang yang mewarisi tradisi nenek moyang ini tetapi mereka beroperasi secara rahsia disebabkan tekanan para pemerintah. Orang Melayu sejati mempunyai tiga sifat utama, iaitu 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, 3) Tidak boleh mungkir janji.

Adakah anda memiliki ketiga-tiga sifat tersebut? Jika begitu, anda semestinya dapat bersatu sesama bangsa tanpa mengira fahaman politik dan agama, kenegaraan dan kenegerian, serta suku dan etnik. Andalah Melayu Sejati dan mampu menjadi bangsa yang disegani dunia. Lebih 300 juta orang Melayu/Malai/Malay merupakan bangsa yang hebat, tetapi mereka berpecah belah. Kajilah sejarah bangsa kita sendiri dengan tidak mengikut acuan/kacamata ahli-ahli sejarah Barat dan Timur (mendapat didikan Barat juga. Pelayan Allah sudah memulakan langkah pertama bagi maksud ini dan kita mestilah berikan sokongan.

July 29, 2011 at 3:05 AM

Pelayan Allah said...
Dianggarkan ketika inilah zaman gemilang Mera' dan rantuhnya Mera'' gara-gara seketul logam bernama besi kursani.heheh!.

Heehee .. bro coba check semula, adakah benar gara² logam bernama besi kursani? Kalau bro citer pasal logam besi .. ada kemungkinan betulnya .. tapi kalau karsani/qursani/kursani .. rasanya ada khilaf tu bro ..

July 29, 2011 at 9:08 PM

salam ... di sini statement penulis (pelayan Allah) membuatkan saya terfikir sejenak (Bukankah Adam AS diciptakan sebagai khalifah? Mana mungkin ingin menjadi khalifah/pemimpin jika tidak ada warga yang ingin di pimpin.Ternyata sudah wujud manusia awal yang kegelapan perlu pimpinan kepada cahaya yang terang benderang.) terbaca saya satu fakta yang menarik utk dikongsikan bersama ... Fieza Mira Reply



Istilah 'manusia' di sisi kita semua (manusia) tak sama dengan istilah 'manusia' di sisi Allah.

Kita ukur manusia dari segi tamadun tapi Allah tak ukur begitu. Allah tak heran pun dengan tamadun 'manusia' nih walaupun mereka boleh cipta roket sampai ke bulan dan planet. Itu kecik jer pada Allah sampai Allah tak pandang pun. Kalau Allah nak binasakan tamadun 'manusia' ni sekelip mata pun boleh binasa......Allah datangkan kiamat binasalah semuanya....dan Allah boleh cipta makhluk yang lebih hebat dari itu kalau Dia berkehendak.

Istilah 'manusia' di sisi Allah ialah.....'sebaik2 kejadian'. Apa yang di maksudkan sebaik2 kejadian ialah 'manusia' boleh capai ke taraf tertinggi iaitu sampai ke hadapan Allah yang mana tak satu makhluk ciptaan Allah yang boleh sampai ke taraf ini termasuklah malaikat. Taraf 'manusia' amat tinggi di sisi Allah sehingga Allah perintahkan malaikat sujud kepada 'manusia'. (Refer balik sejarah kejadian Adam).

Sebelum kedatangan 'manusia' memang dah ada makhluk lain yang menyerupai manusia menghuni bumi ini dan diorang punya tamadun pun hebat2 dan diorang masih wujud sampai sekarang dan terus mencipta tamadun yang hebat2 tapi Allah dan para malaikat tetap tak iktiraf diorang sebagai manusia sehingga diorang mengenal Allah sebagaimana Adam mengenal Allah....

Tapi problemnya ada satu kaum lagi yang menyerupai manusia tapi bukan. Dia orang nih pun paham bahasa jugak tapi tak pernah berminat dengan cerita Allah. Jadi inilah cara yang berkesan nak membezakan antara manusia dengan bukan manusia.

Secara simboliknya seperti bila dengar suara azan kat masjid setiap masuk waktu, siapa yang bergegas ke masjid dan siapa pula yang menyumpah-nyumpah sebab memekak kat tepi rumah dia dan mengganggu tidur dia......

Manusia ada 7 makam:
1. Insan (paling rendah)
2. Ikhwan
3. Keramat
4. Wali
5. Nabi
6. Rasul
7. Wali Anbia (Paling tinggi)

Mereka semua ni manusia. Kaum yang satu lagi tak termasuk dalam makam ni sebab mereka bukan manusia jadi nabi2 & rasul2 tidak di utuskan kepada mereka.

July 29, 2011 at 9:10 PM

Selagi manusia walau sejahat mana dan seingkar mana pun mereka kepada Allah asalkan mereka percaya dan tak mempersekutukan Allah, mereka tetap akan diterima oleh Allah. Tapi kaum yang satu lagi Allah tak pernah terima mereka sebab mereka tak pernah percaya kepada Allah.

Masa Allah mencipta Adam, DIA gelar Adam sebagai 'manusia sebaik2 kejadian' dan perintahkan para malaikat supaya sujud kepada Adam. Bermakna manusia ni adalah ciptaan yang terbaik antara yang terbaik.

Malaikat pun bertanya apa kelebihan manusia ni sehingga dia dapat kemuliaan yang tertinggi macam tu? Sebabnya diorang tengok macam serupa jer dengan specis yang kat dunia yang hina dina tu dan malaikat rasa diorang lagi mulia.

Allah pun terangkanlah, manusia ni AKU ciptakan dia untuk tempat AKU menyimpan rahsia dan hanya manusia saja yang boleh sampai ke hadapan AKU dan menyaksi AKU dan kenal AKU tak seperti mana makhluk lain kenal AKU termasuk malaikat.

Dengan bahasa kasarnya, hanya manusia saja boleh menyaksi Allah. Di sebabkan dengan kelebihan inilah dia di gelar manusia dan tambah dengan pangkat 'sebaik2 kejadian'.

Bila sampai kat dunia, adalah sekor beruk mat yeh ni nak mengaku manusia....

Bila di tanya kalau kau manusia, kau kenal Allah ke tak?

Dia pun jawab: Apa Allah...Allah? Aku tak pernah dengar dan aku tak tahu!! Aku jadi sendiri dan dunia ni jadi sendiri pakai teori big bang! Aku athies tapi aku manusia!!

Boleh terima ke.....tak geli telinga malaikat mendengarnya...???

Bila Adam dah dewasa, sekali lagi dia naik kelangit sepertimana peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad untuk mengingatkan dia tu siapa sebenarnya. Semua para wali, nabi, rasul & guru2 mursyid akan melalui proses ni. Masa nilah baru mereka tahu yang mereka tu wali ke, rasul ke, atau nabi ke....masa nilah para malaikat akan bagitahu gelaran mereka. Dan masa nilah mereka naik saksi "tiada tuhan melainkan Allah'.

Bila Adam dah tahu dia siapa, mulalah dia berdakwah kepada kaum dia....dan masa tu dia jumpa balik dengan Hawa dan Hawa percaya cerita dia. Ibubapa dan kaum dia yang lain taknak percaya dan menyingkirkan dia.



Memang Nabi Adam manusia yang pertama tapi masa dia datang, dunia nih dah ada tamaddun. Siapa punya tamaddun??

Kalau kita buka kitab, cerita Nabi Adam & Siti Hawa manusia yang pertama dan masa tu mereka berdua jer manusia. Selain daripada mereka ialah haiwan & jin. Haiwan yang macamana?? Haiwan yang berkaki empat kah? Haiwan ni boleh bina tamaddun kah?

Bukan haiwan ini tapi satu jenis haiwan lagi iaitu 'haiwan yang pandai berkata2'. Haiwan nilah yang membina tamaddun. Kenapa mereka di panggil haiwan? Kenapa mereka bertaraf haiwan padahal mereka sangat bijak dan mampu membina tamaddun? Mereka bertaraf haiwan hanya semata-mata kerana mereka tak kenal Allah....

Cerita mereka ini ada dalam kitab Al-Quran. Di dalam kitab bible mereka di sebut "the talking monkeys". Beza antara manusia dengan haiwan ini ialah kalau dia manusia, dia mesti kenal akan tuhannya. Tapi kalau dia bukan manusia dia tak kenal dengan tuhan dan tak beragama. Kalau ada agama sekalipun bukan agama langit lebih kepada agama kepercayaan. Selain daripada itu takde beza antara manusia dengan kaum ni.

Kalau kita mencari manusia melalui tamaddun, kita takkan jumpa manusia.....akhirnya kita jumpa kaum yang satu lagi ni dan kita terima mereka sebagai manusia sebab mereka juga ada tamaddun. Dan akhirnya teori Nabi Adam sebagai manusia pertama akan terus dipertikaikan... dan akhirnya di tolak...

July 30, 2011 at 7:03 AM

Nabi Adam baru turun ke bumi kira2 20 ribu tahun lepas, manakala banjir besar Nabi Nuh pula berlaku antara 12 ribu hingga 15 ribu tahun lepas. Tetapi bukti2 arkeologi dengan jelas menunjukkan ada 'makhluk seperti manusia' telah berada di bumi lebih lama daripada 20 ribu tahun lalu. Siapa mereka?



Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.



Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.



Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.



Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.



Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.



Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.



Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini BERHARGA untuk diberikan perhatian.

July 30, 2011 at 10:20 AM

Cuba kita kaji balik....Nabi Adam datang ke dunia ni bawa apa? Dia bawa tamaddun ke?

Dia tak bawa tamaddun tapi dia bawa agama dan mengajar manusia mengenal Allah. Bagaimana dengan para Nabi dan Rasul? Dia orang mengajar tamaddun ke.....? Tak, diaorang mengajar mengenal Allah dan membawa agama kepada manusia.

Kenapa dia orang tak ajar tammaddun? Tak perlu sebab tamaddun dah ada yang takde ialah agama....

Sejak kedatangan Nabi Adam barulah ada agama.



Tamaddun datang silih berganti dan bersifat sementara. Dah banyak diceritakan bahwa dah banyak tamaddun binasa dan datang tamaddun baru. Ini menunjukkan di sisi Allah tamaddun tidak penting langsung. Allah tidak angkat manusia sehingga ke taraf sebaik-baik kejadian semata2 untuk hantar manusia ke dunia membina tamaddun.

Dunia dah dihuni oleh makhluk lain berjuta tahun sebelum kedatangan manusia yang pertama. Dan dunia ni dah mengalami berbagai evoulusi berlapis2 sehingga ia betul2 sesuai untuk dihuni oleh manusia termasuklah dah ada tamaddun barulah Allah hantar manusia demi survival manusia itu sendiri.

Dalam mengkaji origin manusia kita jangan tinggalkan kitab. Manusia bermula dari Adam. Sebelum Adam takde manusia walaupun dah ada tamaddun. Bukan tamaddun yang mengangkat manusia ke kedudukkan yang paling tinggi di sisi Allah tetapi agama.

Kenapa takde manusia sebelum Adam? Sebab sebelum Adam takde yang kenal Allah. Adam lah orang pertama kenal Allah dan Allah menggelar dia 'Manusia sebaik2 kejadian'.

Bila dia datang kedunia inilah yang dia buat iaitu memperkenalkan Allah. Adam manusia pertama yang bawa agama ke dunia ini dan menyeru ke jalan Allah.

Jadi nak cari origin manusia kena cari agama bukan cari tamaddun. Kita kena cari pada zaman bilakah manusia pertama kali beragama baru kita boleh cari Adam.



Nak cari manusia pertama, kita kena betulkan definasi manusia itu. Definasi manusia dalam kitab tak sama dengan definasi manusia dalam sains.

Saintis nak kenal manusia melalui fosil, DNA dan tamaddun padahal ini semua barang surface dan luaran. Tubuh badan dan DNA kita hanyalah pengenalan kepada pakaian kita. Yang kita nak cari ialah bukan tubuh kasar tetapi siapa yang mengisi tubuh kasar itu.

Adakah dia manusia atau kaum yang satu lagi?......sebab kedua 2 nya memakai baju yang sama.

Nabi2 & Rasul2 adalah di kalangan manusia iaitu anak cucu Adam. Mereka di utuskan hanyalah kepada manusia tapi macamana nak kenal yang mana manusia dan yang mana bukan? Sebab ada 2 spesis yang menyerupai manusia. Tapi 1 manusia dan 1 lagi bukan.

Jadi, diorang pun berserulah dengan nama Allah. Tengok siapa yang mari dan siapa yang lari.

Kalau dia manusia, bila dengar nama Allah dia datang, kalau bukan manusia, dia akan lari dan menentang....

Inilah cara yang betul nak mengenal manusia.... cara yang di gunakan oleh Nabi2 & bukan cara yang dipakai oleh saintis dan ahli arkeologi......

Anonymous
February 19, 2013 at 5:11 AM

Alhamdulilah

Anonymous
May 8, 2013 at 8:31 AM

Allah swt tidak akan menciptakan sesuatupun di dalam alam ini sebagai sia-sia, semuanya ada fungsi seperti yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger