Total Pageviews

1127086

SELAMAT MAAL HIJRAH 1433

 
 
Ramai yang 'beragama' berasakan depa divine atau 'kebal'. Lihat pada zionisme yg sebenarnya tu adalah mazhab dlm judaisme, dan akibatnya mereka mampu membuat apa saja demi agama.

'Real agam'a adalah yg memperbaiki akhlak dan meperbetulkan tujuan bertuhan (agar kita sentiasa humble sebab kita ni berTUAN). Dan kita adalah hamba bukannya PEKERJA untuk TUHAN (sebab ramai mahu perlihatkan ibadah mereka kepada mahluk sedangkan urusan ibadah itu adalah rahsia antara dia dan TuhanNYA)

Tp mostly, sekarang ramai dah out sebab depa mahu pertahankan agama sedangkan mereka sebenarnya mempertahankan NAFSU BERAGAMA (perasaan 'aku lebih baik dari kau'). Dan ianya berlaku di mana2 agama (dan inilah punca perang agama). Sedangkan agama Islam hanya 'perang' andai bila di perangi.

Dan sebab tu, Nabi Muhammad dah bagi warning awal2 tentang tindakan umatnya (seperti 'umpama buih di lautan, byk tapi kosong' / Golongan yang hafaz quran dan hadis tapi kosong / Masjid di bina cantik tapi kosong -kerana ilangnya pengertian 'masjid' etc). Terdapat ayat Quran yang mengatakan tentang 'sujudlah di mana-mana'. Sesungguhnya Kiblat itu adalah arah untuk kita halakan pandangan kita, tapi ramai di antara kita 'sujud pada kaabah' sehinggakan ada yang mengatakan 'ALLAH berada dalam kaabah'. Masyallah. Ya, ini berlaku di dalam umat kita. Selidiklah. Pernah kawan saya bertanya pada gurunya 'Kaabah ada apa di dalamnya, ALLAH kah?'... Maka, ustaz itu marah-marah. Maka, kawan saya kehairanan, dia hanya bertanya, tidak bolehkah di jawab dengan tenang dab berhikmah. Sesungguhnya telah lari adab dan akhlak dari umat islam.

Maka, penuhkan hati dengan zikirullah adalah sebaik2 penenang dan pengubat untuk membenteng hati dari kejahilan dan penyakit WAHN ini (tapi jangan sampai rasa ujub dan takbur bahawa 'aku mampu berzikir lebih dari kau'). Bila rasa ego itu ada, makanya tiada manfaat zikir tadi. Cubalah try sentiasa doakan orang di sekeliling atau di mana saja kita pergi, cuba untuk senyum dan cuba untuk memaafkan orang lain. Itulah sepayah-payah perkara untuk zaman kini. Saya memaksa diri saya untuk lakukan itu. Sesungguhnya ia cukup sukar. Kalau ianya sukar, bagaimana untuk kita menghampiri akhlak sahabat, malahan sangat jauh dari akhlak rasullulah, sedangkan itulah sebenar-benar SUNNAH RASUL.
Dan saya ada pengalaman saya sendiri dan menjadi iktibar dalam hidup saya.  Dulu, saya mengaji quran sehingga dalam seminggu boleh khatam, tapi saya memandang sinis pada kawan-kawan saya yang leka bermain. Malahan saya rasa 'divine'. Tapi, akhirnya saya semakin menjauh dari akhlak sebenar. Alhamdulilah, ALLAH memberi saya peluang untuk insaf. So, kalu nak beribadah, jangan rasa 'i'm the best' dan jangan cepat cop orang len. Paling utama, jangan bernafsu untuk agama (seperti nak dakwah orang etc) sedangkan diri sendiri masih terkapai2.. 
Kerana ini mampu membuatkan orang len terkapai2 juga, malahan anda akan bertanggungjawab untuk orang yang anda pimpin tu.. So, jangan perlekehkan amanah, sebab amanah akan di kira di padang mashar esok. Mostly, 3 tanda munafiq adalah 'amanah tapi di khianati, berjanji tapi tidak di tepati, berkata2 tapi berbohong'... Jangan jadi orang munafiq. Dalam dunia melayu, tak ada istilah JANJI MELAYU. Itu di reka-reka untuk mengatakan bahawa banyakany munafiq dalam dunia melayu meskipun nampak luarannya islamik. Sesungguhnya, bersederhanalah dalam beragama. Hidupkan sunnah bukanlah bererti hidupkan pakaian, simpan janggut, pegang tasbih untuk tunjukkan pada orang ramai. Hidupkan sunnah adalah meniti setiap perkara dalam aspek kehidupan nabi. Akhlaknya, solatnya, pergaulannya, sahabat handainya, ekonominya, politiknya dan berbagai-bagai lagi kerana RASULLULLAH adalah INSAN KAMIL (insan yang sebenar-benar sempurna). Itulah sebaik-baik contoh. Jangan lah hanya tahu melaungkan 'rasullullah akhlak terpuji' atau sebagainya bila tiba maal hijrah sahaja, tapi lakukannya 365 hari, 24 jam dan 7 hari seminggu. Sentiasa memperbaiki diri. AKHLAK UMAT ISLAM TELAH JAUH DI TINGGALKAN.
Apapun, itu semua selingan, dan SALAM MAAL HIJRAH 1433 untuk semua. Moga kita mampu berhijrah dari daerah yang gersang yang nampak seperti tenang tapi sebenarnya panas membahang, kepada semua daerah yang tenang dan damai umpama padang rumput yang meluas panjang.

Insyallah
Share this post :

+ comments + 4 comments

November 26, 2011 at 12:29 AM

aku setuju betul apa yg ko kata tu wak...memang sepadan ayat2 tu..

November 26, 2011 at 5:33 AM

salam,

betul apa yang saudara katakan...

"bila kita menyelam,sebenarnya kita bergerak ke bawah,bukan ke atas..."

"segala makhluk tempatnya di bawah,bukan di atas...bukan sebagai satu penghinaan dari Tuhan,tapi itulah tempat yang mendamaikan bagi setiap jiwa...tempat yang paling selesa untuk berhidup..."

Anonymous
December 14, 2011 at 8:06 AM

Assalamualaikum

BANI TAMIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai persinggahan untuk mendapatkan pautan-pautan terkini tentang
SEJARAH l KONSPIRASI l BERITA l DAKWAH.

Tujuan blog ini dibina adalah untuk mengumpul seberapa banyak mungkin pautan blog-blog yang selari dengan penulisan tentang pendedahan sejarah yang sebenar, konspirasi kebatilan, berita semasa serta berinterprestasikan dakwah.

Alamat : http://banitamim.blogspot.com/

December 16, 2011 at 6:40 AM

salam tuan punya blog...

kenapa senyap je...bz ke...

saya suka kata2 anda...

"Cubalah try sentiasa doakan orang di sekeliling atau di mana saja kita pergi, cuba untuk senyum dan cuba untuk memaafkan orang lain. Itulah sepayah-payah perkara untuk zaman kini"

teruskan dengan ajakan2 yang baik...

insyaAllah...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger