![]() |
| gambar 1 |
![]() |
| gambar 2 |
![]() |
| gambar 3 |
![]() |
| gambar 4 |
A ) Crop Circle dan Kedudukan bintang
Di german pada tahun 1991, ada seorang petani menjumpai CROP CIRCLE di ladangnya. Kemudian, dia terlintas untuk mengesan sesuatu di bawah tanah dengan metal detector dan dia menjumpai 3 keping metal yang berlakaran yang sama dengan crop circle. Satu metal daripada emas, satu dari perak dan satu dari gangsa. Bagaimanapun ramai yg berbuat anggapan bahawa kejadian crop circle berpunca dari aktiviti UFO. Tapi pada saya, terdapat dua kemungkinan.
1- di lakukan oleh aktiviti manusia menguna teknologi canggih (sebab skrg negara2 utama dunia telah menguasai angkasa lepas dan sudah tentu mereka boleh melakukan sesuatu dari atas)
2- aktiviti alami tu sendiri yang mana banyak kita jumpa kalimah ALLAH di sana sini. Begitu juga dgn kejadian2 seperti ini kerana 'alam ini hidup' dan sentiasa memberi sesuatu warning/info kepada manusia.
Apapun, keputusan di tangan anda untuk di fikirkan.
Bagaimanapun, lakaran pada crop cirlce dan pada kepingan metal tu sebenarnya menunjukkan kedudukan bintang/galaksi (gambar 3). Kemudian, beberapa ahli akedemik cuba mengkajinya jikalau benar ianya di buat oleh manusia. Tapi mereka dapati gambarrajah itu terlalu kompleks (kedudukan bintang yang di 'compress'kan dalam 1 gambarajah) (gambar 4) dan sukar untuk manusia membuatnya dalam masa yang singkat. Kemudian, seseorang itu mungkin terlalu kaya jika mahu membuat kepingan 99.9 emas, perak dan gangsa dan kemudiannya menanam dalam tanah dengan berharap ianya dapat di jumpai.
Jadi, pada pendapat saya, ia adalah aktiviti alam yang masih banyak belum di terokai oleh manusia. Tapi, kenapa gambarajah ini menunjukkan tentang kedudukan bintang?
Jika berbalik pada ayat Quran, banyak surah-surah dalam Quran menunjukkan tentang fizikal di cakerawala. Semestinya ia menunjukkan sesuatu dan untuk manusia fikirkan.
Bagaimana Crop Circle mampu memberi inspirasi pada dunai moden?
Caranya ialah, para cendikiawan mulai mengkaji tentang hal ini hampir dari setiap segi akedemik. Dari segi matematik, radio wave hingga pada kesenian. Dari kesungguhan ini, beberapa crop circle mampu di pecahkan. Kebanyakkannya adalah tentang amaran kepada manusia tentang kerosakan yang telah berlaku.
Jadinya, aktiviti Crop Circle ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memaksa manusia supaya berfikir dengan lebih pantas tentang aktiviti alam. Dan paling utama, betapa rosaknya alam kerana tangan manusia.
Ia tiada kaitan dengan aliens atau UFO (jika ada pun, itu makhluk ALLAH juga), dan kerana ketaksuban beberapa golongan, banyak kejadian Crop Circle di kaitakn dengan aktiviti UFO tanpa menuding balik jari kepada diri sendiri, kerana diri sendiri itulah yang patut di kaji terlebih dahulu.
B) Pembinaan Piramid di seluruh Dunia
Jika kita mengkaji tentang piramid, boleh di katakan hampir tiap negara mempunyai piramidnya tersendiri. Jikalau di tempat yang subur, tinggalan piramid akan menjadi bukit kerana aktiviti pecambahan hutan.
Tapi di mesir, kerana ianya di padang pasir, maka tiada aktiviti pereputan berlaku dan kerana itu ia masih kekal sampai sekarang.
Tapi, kenapa ianya di bina?
Ia di bina di masa yang berlainan tapi mempunyai idea pembinaan yang sama.
Jika berbalik pada ayat quran, di katakan Firaun mahu membina satu bangunan yang tinggi untuk mencabar tuhan Musa a.s tapi akhirnya ia tidak berjaya.
Kebanyakkan piramid di bina sebagai makam atau tempat ritual keagamaan, Maka, apakah benar piramid sebenarnya satu bangunan berbentuk ketuhanan tapi banyak di salah pakai (sebagai menunjuk rasa bongkak dan cabaran pada ALLAH?)
Tapi untuk zaman kini, ramai arkitek mengambil idea pembinaan piramid untuk membina satu bangunan yang kukuh melalui prinsip matematik dan unsur material serta pada seni.
Jikalau di lihat di semerata dunia, mesti ada bangunan yang di bina menyerupai piramid, paling dekat Sunway Piramid.
Tapi, tahukah kita, dari segi METAPHYSIC, bumbung yang berbentuk piramid mampu memerangkap energy kosmik dan menyebabkan manusia berasa lebih aman dan bertenaga. Jika di lihat pada seni bina masjid lama-lama, kebanyakkannya bumbungnya berbentuk piramid.
Ia bukan suatu konspirasi, tapi ia adalah inspirasi cakerawala. Kerana itulah Piramid zaman kuno menjadikan bangunan berbentuk tiga segi ini sebagai makam dan tempat ritual keagamaan kerana ia mampu memerangkap energy kosmik. Tapi, ia bukanlah suatu yang harus bagi umat islam kerana energy kosmik berada di mana-mana dan jika kena pada caranya, anda mampu tenang dan berzikir dengan aman.
Petikan dari JEJAK MIMBAR
"
wallahualam








1 comments:
AsSalam... saudara,
The Crop Circle itu ditemui oleh seorang petani di Jerman. Seorang pembantu arkeologi yang bekerja di kawasan berhampiran mengetahui hal itu, telah BERMIMPI supaya pergi membawa alat pengesan dan akhirnya menemui logam-logam tersebut.
Kita sememangnya tidak bersendirian dialam ini. Ada makhluk dari dunia dimensi lain sedang cuba untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat dengan tujuan atau maksud tertentu.
Hanya dua jenis makhluk sahaja yang pernah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia ini; manusia dan jin.apabila Tuhan memberi giliran kepada manusia,ada perjanjian yang mesti dipatuhi.dan ada manusia yang boleh bekerjasama dengan mereka samada dgn tujuan baik mahupun tujuan sebaliknya. Kedua-dua makhluk ini diberi tempoh sehinggalah ke hari qiamat.
Post a Comment