Total Pageviews

1127086

POLITIK: Mampukah ia bersatu untuk satukan kita?




Salam...

saya rasa, persoalan begini banyak di fikirkan oleh ramai orang, tapi apakah ia mampu untuk di realisasikan?
Pernah dulu, ura-ura PAS dan UMNO bakal bergabung tapi ramai yang menolak lebih-lebih lagi yang fanatik pada perjuangan parti.

Bagi saya, ia bukan satu perjuang, tapi satu keadah membunuh diri secara perlahan. Apakah PUTRAJAYA itu lebih mahal harganya dari IMAN seorang muslim yang bisa saja tergadai kerana kelekaan orang-orang tua yang mahukan kuasa dan lebih kuasa?

Keadaan ini sunggu memilukan bagi saya. Apakah akan ada perbagungan ini?
Pada pandangan saya, tidak.. Ia tidak akan wujud sama sekali.
Bahkan ia menjadi lebih teruk. Jika PAS adalah pecahan dari UMNO, PKR juga begitu.
Dan kini, PAS-PKR ada PERKASA dari IBRAHIM ALI, suatu pecahan baru pula.

Semakin lama, semakin pecah. Tidak mungkin akan bertaut lagi. Itulah DILEMA MELAYU ISLAM sebenarnya. Bagi mereka yang berasa, DEMOKRASI adalah satu-satunya jalan untuk mencapai ISLAM YANG SYUMUL, anda salah!!!

Demokrasi adalah keadah pemilihan politik pagan yang di RE-BRANDING oleh pihak penjajah dan di paksa guna oleh kuasa-kuasa VETO. Jika tidak mahu guna, mereka akan di tikam secara keras. Lihatlah demokrasi yang terjadi di AFGANISTAN, IRAQ dan mungkin SYRIA pula.

Adakah sinar untuk kita di sini bagi menikmati suatu suasana yang indah?
Jika ISLAM naik tahta, mahukah para KUFAR melihat senang?
Ada juga manusia baru yang meninggalkan semua agama demi suatu jalan tengah. Dan itu adalah jalan yang menipu diri sendiri.


Tapi, andai benar mahu melihat ISLAM bertahta, maka TAHTAKAN ISLAM dalam diri dulu.
Dalam video yang saya bina, ada quote saya yang ramai melihatnya sebagai kontroversi dan memarahi saya; begini quote-nya:

"ISLAM tidak perlu di jaga, Kerana ISLAM telah di jamin dan di jaga oleh ALLAH,
ISLAM lah yang menjaga ANDA".

Ramai yang menyangkakan mereka adalah pejuang ISLAM cukup marah pada frasa ini.
ISLAM tak perlu dijaga.
YA, ISLAM tak perlu di jaga, ALLAH lah yang memelihara agama yang di redhaiNYA.
Siapa anda untuk menjaga ISLAM.

Andai benar mahu menjaga ISLAM, biarkan ISLAM menjaga diri anda.
Caranya bagaimana?
Ikutilah sepenuhnya apa yang di bawa oleh Rasullullah. Bukan hanya pada sunnah luaran sahaja, bahkan dalaman. Harus tahu tiap pelusuk hakikat sebenar hidupan rasullulah, sejak dari baginda kecil hingga wafat.

Ini tidak, semuanya mahu menjadi hero tp akibatnya, mereka memalukan ISLAM. Ya, makin ramai KUFAR benci ISLAM, dan makin ramai ISLAM membenci ISLAM sendiri.
Anda boleh pergi ke page-page di Facebook yang mengajak untuk murtad dan menjadi Atheis.
Saya pernah berdebat dengan mereka dan akhirnya mereka banned saya kerana tidak mampu menjawab segala persoalan saya. Malahan Admin pernah menghantar mesej di shoutbox di sini, mengutuk saya BABI.

Mahu melihat MELAYU dan ISLAM berada di tahta?
Letakkan ia di hati dan diri anda dulu, barulah letakkan pada ketua
dan ketua itu letakkan di Putrajaya
dan seterusnya dunia...

Andai itu tidak berlaku, jangan harap untuk melihat ISLAM yang syumul. ISLAM yang ada kini hanyalah kosmetik semata-mata dan ia telah termaktub dalam hadis. Tak guna anda marah saya kerana statement keras saya ini kelihatan seperti provoke.

Carilah ROH ISLAM itu dalam diri sendiri kerana ISLAM KOSMESTIK yang ada kini, telah kehilangan ROHnya. Saya mencari ia. Dan ia menjalar bersama IMAN DAN IHSAN. Itulah yang JIBRAIL a.s katakan, dan ianya benar.

YA ALLAH, ku mohon agar MU membawa ROH ISLAM, IMAN DAN IHSAN kepada ku dan semua penbaca blog ini YA ALLAH. Sesungguhnya, hidayah MU teramat mahal.
Share this post :

+ comments + 8 comments

Abu
February 27, 2012 at 9:38 AM

insyallah saudara nusanaga,insyaallah..
(YA ALLAH, ku mohon agar MU membawa ROH ISLAM, IMAN DAN IHSAN kepada ku dan semua penbaca blog ini YA ALLAH. Sesungguhnya, hidayah MU teramat mahal.)
Amin ya Allah,Amin ya Allah,Amin ya Rabbal Alamin...

Anonymous
February 27, 2012 at 6:02 PM

Salam Tuan Nusanaga,

Tuan berseloka seolah seloka Melayu lama...ringkas tapi padat dengan isi. Pada yang tahu, kenapa tk fikir dalam2 tentang Islam kita.

Islamkah kita bila kita masih lagi cinta dunia & takut mati? Tak mahu serahkah segala2nya pada Allah?

Teruskan menulis Tuan Naga, anda tahu sebenarnya "RAHSIA DLM RAHSIA!".

February 28, 2012 at 1:29 AM

salam
tuan

penulisan ini pernah keluar ke sebelum ini

sebab pernah membacanya

February 28, 2012 at 6:13 AM

banr!! tapi segalanya terletak dalamkonsep pemikiran ahli politik yang apa merek aperjuangkan..KUASA atau PERPADUAN ISLAM DAN MELAYU?

Anonymous
March 3, 2012 at 11:14 PM

salam tuan,
hamba hanya menumpang teduh.

ulangkanlah ia biar beribu kali pun..
biar terpasak dan terbenam utuh dalam roh dan tubuh..

kerna yang pastinya..
islam tidak akan tertegak dengan sistem picisan ciptanan para musuhnya..islam hanya akan tertegak dengan cara dan kaedahnya yang tersendiri..

March 5, 2012 at 9:52 PM

Hanya dengan persaudaraan Islam sahaja yang akan menyatukan ummat, tanpa mengira bangsa. Hal ini telah terbukti di dalam sirah Nabi dan ketamadunan Islam itu sendiri.

Politik hari ini ialah hasil daripada kecuaian di masa lalu yang menyebabkan kita dicaturkan. Nampaknya kita semakin seronok menjadi sebahagia daripada permainan tersebut.

Kita akan bersatu apabila tinggalkan permainan, tumpukan kepada amanah Allah. Di dalam sana terdapat politik suci yang menjadi alat untuk kebaikan semua isi alam.... renungkanlah sejarah Islam dan dekat diri dengan Allah Taala... Insya Allah semuanya akan bersatu

March 10, 2012 at 2:09 AM

Salam tuan,

Saya amat tertarik dgn intipati tulisan tuan..tapi disini bagaimana untuk kita sedarkan umat-umat ISLAM Malaysia yang nampaknya kian hanyut dan tertipu dengan slogan DEMOKRASI ciptaan musuh islam.

Anonymous
March 13, 2012 at 6:38 PM

Salam,

saya syorkan anda meluahkan pandangan anda pada link:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger