Total Pageviews

Pasca DEBAT PTPTN. Suatu Analisa


Salam, minggu ini Malaysia di gegarkan dengan debat hebat, di antara Rafizi, dan Yb Khairi Jamaluddin. Kedua-duanya adalah pakar dalam bidang perekonomian dan strategik dari dua buah Parti utama Malaysia. Walaubagaimanapun, bukan tujuan saya untuk politik kan perkara ini, tapi cuma sekadar untuk memberi rumusan dari hampir sejam setengah perdebatan yang agak kontroversi. Di tambah pula, Moderator Debat yang cukup hebat dan tidak bais pada mana-mana kumpulan.

Ini adalah hasil dari pemerhatian saya. Pada pandangan anda, mungkin ia agak berlainan. Walaubagaimanapun, harus di ingat, debat adalah salah satu wadah saluran ilmu dan info selain dari bahan bacaan, TV, radio, internet dan banyak lagi. Debat telah bermula sejak ribuan tahun dulu lagi. Ia di lihat sebagai perang minda yang mana, secara subliminal (tidak di kontrol) akan mencetus ilham dan fakta yang tersorok dalam ruang minda paling dalam.

Lebih kreatif dan matang pemikiran seorang pendebat, maka secara subliminal, sesuatu cadangan atau resolusi akan di bahaskan untuk di bincangkan. Tapi, ramai rakyat malaysia, melihat debat adalah salah satu perang minda yang mana bakal menarik pengundi muda. Ini adalah minda yang salah.

Debat bukan untuk mencetus peselisihan faham, tapi mencetus ilham yang lebih dinamik. Walaubagaimanapun, bila sudah di mind-set di minda rakyat bahawa debat adalah suatu yang sia-sia, proksi pada perang minda dan boleh mencetuskan pergaduhan yang lebih teruk lagi, maka, itulah yang akan terjadi pada anak muda nanti.

Pergaduhan akibat dari debat adalah dari sikap fanatik penyokong. Jika penyokong itu matang dan mampu melihat debat sebagai resolusi minda, maka, pergaduhan itu boleh di elakkan. Jika kita melihat debat ini sebagai wadah politik, maka sia-sialah ia. SEMUANYA BERGANTUNG ATAS SUDUT PANDANGAN KITA.

Sudah di khabarkan 1400 tahun yang lalu bahawa, AMAL PERBUATAN ITU BERMULA DARI NIAT. Bila niat kita melihat debat itu sebagai perang minda dan nak tengok siapa lagi hebat berdebat, akibatnya, penyakit hatilah kalian akan dapat.

Ada juga yang berpendapat, bahawa ini semua kerja proksi dajjal, illuminati etc. Sampai bila nak di momokkan dengan 'kesucian dan keagunagn dajjal'? sikit-sikit dajjal. Sikit-sikit illuminati. Kerana itulah, minda melayu yang sudah terkonkong, akan terus di belenggu. Ia adalah FEAR FACTOR yang di gunakan untuk mengawal generasi muda.


Ingat !!!
Anda telah membaca kisah hadis tentang akhir zaman. Kejatuhan dajjal adalah bermula bila umat islam berani menentangnya secara terang-terangan dan bila ia berlaku, pasukan itu tidak terkalah langsung. FEAR FACTOR yang di gunakan ini, sudah menjadi darah daging dan momokkan untuk genarasi kini. Akibatnya, bila kita mahu melakukan sesuatu, semuanya akan menunding kata, 'owh, ini adalah tajaan dari freemason'.
Jadi, adakah semua evolusi dunia adalah perbuatan dajjal?
Jawapannya tidak. Dajjal mengambil NAMA untuk memperlihatkan kononnya dialah berkuasa dalam mengawal sesuatu. Dajjal tidak punyai apa-apa pun. Kini, yang tinggal adalah kuasa wang. Wang kuasai ekonomi. Ekonomi kuasa pemerintahan. Pemerintahan kuasai negara. Negara kuasai rakyat.

Walaubagaimanapun.
untuk mengubah perkara ini, sudah di nyatakan dalam quran;
"Tidak berubah sesuatu kaum, seandainya mereka tidak ubah DIRI MEREKA sendiri"
Ingat!!!
Diri mereka sendiri. Bukan mengubah orang lain. Saya tidak mampu untuk mengubah anda. Andalah yang mengubah diri sendiri.


Apapun, ini adalah rumusan yang dapat saya perhatikan dalam perdebatan itu:-

1- Ada plan utk menghapuskan tanggungan hutang negara akibat dari kemasukkan pelajar ke IPTA dan IPTS, maka re-build model pendidikan negara itu perlu, maka, cadangan "pendidikan percuma' harus di berikan.
2- Plan penghapusan PTPTN tidak buleh di laksanakan kerana ia adalah modal jaminan kewangan kepada pelajar (tiada model lain yg buleh menanggung pelajar)
3- Kemasukkan secara ramai ke IPTA dan IPTS (dan kewajaran fungsi IPTS) amat penting dalam menjana ekonomi negara, makin ramai pekerja, makin naik kadar pembangunan ekonomi.
4- Plan "pendidikan percuma" pula berasaskan "give n take" dimana, pelajar akan 'bayar hutang dengan quality kerja mereka kepada negara"

Jadi, dari debat ni, sy tgk ada 2 paksi:-
1- kemahuan Quality sistem pembelajaran negara
2- Kemahuan Kuantiti dalam naiktaraf pekerjaan berdasarkan Plan transformasi ekonomi Negara

Dan rumusan lain yg saya tgk adalah:-
1- kejumudan rakyat yg masih melihat 'pembangunan insan dan infranstrutur' adalah berdasarkan Parti yg bakal di pilih dlm PRU
2- Tika berdebat, audiance memperlihatkan sifat 'ketidaktamadunan' dan 'ketidak-matangan' dalam mehormati TuanRumah
3- Sifat DIVINE atau TABOO yg mana orang bawah tidak boleh 'mencucuk' orang atas yg di jaga oleh 'guard2' dari kalangan orang bawah (ampu). Sedangkan di atas dan di bawah adalah dari golongan sama juga, yakni RAKYAT
4- sikap rakyat yang mana 'bila kita berdemokrasi, kita dikatakan ikut kafir'.. 'bila kita ikut sunnah, di katakan kita tak ikut perkembangan semasa pula'... (mind-taboo)

wallahualam
p/s: dari sy pemerhati bebas yg tak berapa suka idealogi tegar fanatik parti
Share this post :

+ comments + 9 comments

Anonymous
May 24, 2012 at 6:11 AM

salam,satu pandangan neutral dari penulis.bagus...:)

Anonymous
May 24, 2012 at 6:41 AM

sama lah kita, aku melihat politik lebih pada ilmunya.kebanyakan bodoh, lihat sebab tuduh menuduh salah menyalah hukum mehukum, dengki,kolot, batak,hure hare,tak bertamadun,politik ala gengster(nk main kongsi pg main kongsi la,masuk politik apa) yg bodoh tp cakap besar digerun, yg bijak tp bersikap sederhana dipandang lekeh.ntah ape2.input tarak, mau menang sorak.sakai.bila ade yg kalah dan menang,ulang balik kenyataan diatas. zz

Anonymous
May 24, 2012 at 6:44 AM

sambung, pemimpin adalah bijak oleh sebab itu diberi kelayakan dan berani memikul tanggungjawab,rakyatlah punca ketonjolan kebodohan.kurang didikan,main pakai senag,malas mendalami tersirat. oh ya lupa, die hebat.

Anonymous
May 24, 2012 at 6:48 AM

yg si pemimpin pula terpaksa ikut flow kebodohan rakyat atas dasar undi/pengikut. last2 due2 bodoh.padahal sebenarnya isu yg dibincangkan bertaraf professional. minda perlu diubah. islam mengajar semue, dlm hal ini ketertipan ,adab kehidupan.eh freemason pun ade ajar jgk sebab tu diorang pro,tp terpulang pada korang nk pilih yg mana :) sedih , adil dan saksama.*kunci kejayaan kafir. bye

Anonymous
May 24, 2012 at 6:56 AM

last but not least, smbg atas td,
bagi aku ade 3 golongan sekarang nie, muslim , dajjal , bodoh.
lebih baik jadi uslim dan freemason dri bodoh sekurang2 nye bijak. cume bijak freemason tu pikir sendrilah,neraka jawabnya,jalan sedia pilihan ditgn. tp yg bodoh, ntah apelah naseb. kesian sedih bye bye lah kau (contoh sembah pokok sebab selamatkan dari terkene panahan petir) dan bye

Anonymous
May 24, 2012 at 8:39 PM

Sallam..Satu Pandangan yg amat baik dari tuan penulis...sngt suka org yg berpemikiran cam gini neutral tak berpihak dan tak finatik..sbb diperhatikan juga skrg ni kebnykan blog2 konspirasi pun dh bnyak melencong ke arah gila nk perpolitik la pulak dengan mengunakan hujah2 konspirasi dajal lah illuminati lah freemason lah ntah apa kebenda ntah..sampai ada yg guna segala fifman dan hadis lg..demi nk menguatkan fakta konspirasi politik mengikut cara pemikiran otak sekupang deorang... pada hal dajal tu mmg dh ada di sekeliling kita dah pun..cuma mata mana yg kita gunakan untk melihat keberadaanya.. bak kata org tua2.. ikut akal nakal,ikut nafsu lesu,ikut hati mati ikut rasa binasa..bilaaaa la otak org melayu nk berubah kalu cam ni...kiamat 2 kali pun belum tentu lg...syabas tuan penilis...brilliant..be neutral.. harap2 jng lak pulak nti otak kau ni pun ikut sekali spesis cam deorg tu...mintak simpang malaikat 44..

Anonymous
May 27, 2012 at 8:26 PM

Assalamualaikum Wrt..

Penah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com

June 19, 2012 at 12:19 AM

saya stuju dgn entri anda :)

September 21, 2023 at 6:37 PM

Lovely bloog you have

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger