Total Pageviews

Merdeka dan Ramadhan

Salam...


SELAMAT BERPUASA saya ucapkan kepada umat islam semua. Diharap, di bulan ini kita dapat menambah amalan kita berserta 'upgrade' kehidupan kita kepada suatu level yang baru.

Baru seminggu lebih kita berpuasa, sudah macam-macam hal terjadi. Tapi semuanya menjurus kepada Kekacauan dan caca marba. Di facebook, twitter, forum atau blog, banyak yang membicarakan tentang isu Logo, tema dan lagu Kemerdekaan kita yang sungguh menyedihkan. Lagi menyedihkan, bila kritik dan pandangan dari kalangan rakyat di pandang serong dengan beranggapan, kritikan itu bersifat tidak open-minded, anti-gov, pro-pembangkang, jumud dan tidak bersyukur.

Saya tidak tahu, apakah kita masih ada ruang untuk menyuarakan hasrat kita atau ia sebenarnya slogan semata-mata. Kita di beri ruang untuk menyuarakan suara kita, tapi, benarkah ORANG DI ATAS sana mendengar suara kecil kita ini? Saya rasa tidak. Jika iya pun, ramai yang memekakkan telinga dan mencari 1001 alasan untuk menutup kesalahan sambil-sambil mencari kambing hitam untuk di persalahkan.

Saya tidak bersetuju dengan logo merdeka tahun ini kerana ia tidak boleh di namai LOGO. Logo bermaksud IDENTITI sesuatu perkara itu di 'simple' kan, di adun dan di 'compress' di dalam 1 design unik. Logo bermaksud, hanya ada 1 entiti saja di dalam design. Tagline itu hanyalah sampingan di sisi logo. Tapi, untuk kali ini, ia tidak boleh di namai logo. Ia adalah cantuman FONT berserta icon 1 malaysia. Saya berkata kerana saya belajar 6 tahun dalam dunia RekaBentuk. Bukan copy paste blog atau Wikipedia.

Mari kenali apa itu LOGO, BRAND dan IDENTITY mengikut perspektif DESIGNER (kerana itulah ramai designer di luar sana berang dengan isu ini.. Mereka tidak melihat pro gov atau pembangkang, tapi mereka melihat dari sudut profesionlisme mereka. Jadi, adakah para designer minda yang jumud atau tidak open mind? Jawablah sendiri)




Jadi, bandingkan 'logo' kemerdekaan kita tahun ini dengan Logo yang di reka oleh anak muda yang benar-benar sayangkan ERTI KEMERDEKAAN kita.

VS



Logo itu satu hal. Tagline itu pun pun sudah pelik bagi saya. Bahkan ia seakan bertujuan 'mengukit'. Apakah benar rakyat tidak pernah balas budi atau bersyukur? Itu belum lagi isu lirik lagu tema merdeka tahun ini yang sungguh tidak patriotik bahkan seakan mengungkit. Isu terbaru, melodinya sama seperti lagu nyayi kristian dari negara seberang. Saya ulang dengar dua buah lagu tersebut dan ternyata, rima, melodi, musik chord adalah sama (lirik sudah tentu lah tidak sama). Nyayian gereja itu di nyayikan pada tahun 2009, tapi bagaimana tiba-tiba ia menjadi lagu merdeka kita pula? Siapa yang 'cilok' melodi nyayian gereja ini?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasanya, rata-rata rakyat kita ini sudah sehabis-habis bersyukur. Di buat macamana pun, tetap juga kita teruskan kehidupan kita walaupun susah dan dhaif. Adakah kita tak pernah balas budi? Kita sentiasa balas budi apa bila kita berkerja untuk KDNK negara, membangunkan negara, berkerja seperti yang di wartakan, mengikut undang-undang negara, sedaya upaya hindar musibah kepada negara bahkan membaca atau mendengar media utama negara.

Bersyukur bagaimanakah yang di definisikan oleh orang atasan? Adakah bersyukur bila kita ikuti 100% telunjuk orang atas? Itu bukanlah manusia tapi robot atau lembu. Kita hidup sebagai manusia, makanya kita ada YES dan NO. Selamanya kita tidak mungkin akan YES semata-mata. Ada masa kita akan berkata NO juga.

Kita di beri akal dan akal tidak mungkin dapat di simpan dalam kotak gelap. Suatu masa ia akan bercahaya juga. Apa yang saya lihat, kita telah di jadikan robot/lembu supaya akal kita tidak boleh berfungsi. Bagaimana akal kita tak dapat berfungsi dalam konteks ini?
jawapannya ialah;

FEAR FACTOR

Kita akan sentiasa di hidangkan dengan JIKALAU.
Jikalau kita berubah, kita akan jadi palestin.. Jika kita menolak 'sifulan' kita akan jatuh merudum. Jikalau kita itu ini, maka malaysia tidak akan aman...


Ingatlah kita... yang menjadikan kita seperti hari ini adalah MIND SET kita.
Bila kita mind set kan minda kita kepada fear factor, inilah kita dapat.
Kita takut dalam perkara kita tak tahu.
Bahkan menolak sebarang pembaharuan dengan meletakkan hijab atau fear factor sebagai hasil dari pembaharuan itu.
Dunia akan terjadi mengikut kita fahaminya.

Jadi, dalam konteks ini, isunya adalah KEMERDEKAAN kita telah jadi medan politik di mana kita sudah tidak mampu untuk mengegarkan 'dunia atas'.
Agaknya, kenapa suara kita tak di dengari?
Jawapannya adalah,
kerana kita tak punyai kuasa, tidak punyai wang, tidak punyai ilmu, tidak punyai strategik.
Saya dan anda hanya mampu melaung di blog dan facebook semata-mata, tapi gejala ini tetap di teruskan. Bahkan, tepat malam 31 ogos nanti, rakyat yang membantah ini jugalah yang akan menyambut bunga api di dataran merdeka...

Jadinya, di mana kesilapan kita tadi?
jawapannya adalah.
Kita tak pernah teguh hati untuk mengegarkan 'dunia atas' sana.

Ini bukanlah mesej pro-pembangkang, anti-gov atau seumpamanya,
kerana saya JIJIK dengan dunia politik malaysia, baik pembangkang atau kerajaan.
Kita semua mahukan terbaik untuk negara kita, tapi kenapa kita tak pernah TERBAIK?
Ini kerana FEAR FACTOR telah pun menguasai kita.

Bagaimana untuk hidari FEAR FACTOR?
Amanah pada diri kita,
tabligh (sampaikan) pada sikap kita,
siddiq (benar) pada matlamat kita,
fatonah (bijak) pada strategi kita.

Adakah saya berjaya hindari FEAR FACTOR ini?
Belum.. saya masih belum hindarinya kerana saya kerdil berbanding gergasi di luar,
tapi saya YAKIN saya mampu hindarinya kerana gergasi akan kalah jua dengan ke'laju'an si kerdil dalam merangka strategi secara halus dan berselindung.

Apapun, maafkan saya andai artikel ini ada yang menyinggung perasaan anda. Ini pendapat saya, maka itu hak saya, tapi andai ada yang mahu kritik atau beri pandangan, di persilakan di ruangan komen.

Wassalam

Share this post :

+ comments + 7 comments

July 29, 2012 at 7:21 AM

Terbaik..itu sahaja mampu nak taip. ^_^

July 29, 2012 at 9:13 AM

well said..

Psycho Guy
July 29, 2012 at 9:18 AM

Jujur dan ikhlas skali, teruskan usaha utk kebenaran. Betul cakap betul, salah cakap salah, barulah bangsa kita maju. Ni pemimpin haprak, rakyat pun terpalit. Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari. Biar kali ni orang atas sana tau langit tu tinggi ke rendah. ade 5 tahun xnak buat kebaikan, dah tau nak jatuh pandai mengungkit je haha.

Anonymous
August 1, 2012 at 4:24 PM

betul do
aku dah dga version lagu kristen indon serupa!
damn ! nie satu helah yg sgt kelakar!
aku rase pembuat lagu org kisten atau tak pun sengaja memperbodohkn malaysia.sumpah aku tkleh terime.ade konspirasi nie.sape2 org dlm dh murtad ke ape? asal tak nmpk langsung?? wei nie nmpk sgt agenda ke arah kisten kan nusantara nie.kamon la wei. nk jd ape nie masyAllah..

Anonymous
August 2, 2012 at 4:03 AM

nice artikel...

byk lagi hal dr negare sekeliling yg telah mereka lakukan utk men-satukan agama di praktikan dan malaysia merupakan negare matlamat. Setelah berjaye d negare jiran mereke akan praktikkan pule d malaysia...

Jadi berbanyaklah berwaspada, sesungguhnye negare kite maseh lagik Allah swt pelihare krn maseh lagik ada wali yg berusaha ke arah agame Islam yg sebenar dalam menantikan kedatangan si Dia.....

Ape kite boleh buat hanyelah berusaha mengikut sunnah Rasul sebaik-baiknye krn itulah kekuatan yg kite ade...

August 20, 2012 at 10:28 AM

Aku x sambut m'sia merdeka.coz m'sia xpenah merdeka.

August 24, 2022 at 8:18 PM

This is aa great post thanks

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger