MESIR, SYAM, dan TIGA BERADIK yang saling berbunuhan

Berikut adalah perkara tntg MESIR dan kronologinya dalam hadis:

Kata tabiin RH,
"Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia'h dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi' dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.
- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)

Apa yang di maksudkan dgn BANGSA SYAM? Kerana Pemerintah Syam akan membunuh pemerintah MESIR kemudian barulah siri Panji Hitam bermula. Apa pendapat anda? Mari kita bincangkan.
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
"Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun." Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, "Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.
(Ibnu Majah)

Terbaru, di khabarkan CROWN PRINCE yang mengantikan Raja Saudi telah meninggal baru-baru ini. Apakah kronologi tentang "pergaduhan 3 adik beradik di simpanan Kaabah' akan berlaku, serentak dengan peristiwa kemenangan IKWAN MUSLIM di Mesir ini, lantas mewujudkan proksi Al-Sufyani yang bakal memerangi PANJI HITAM. Apa pendapat dan kajian dari anda? Mari kita kongsikan
Share this post :

+ comments + 8 comments

June 28, 2012 at 7:14 AM

Assalamualaikum,

1) Merangkak Di atas salji?
- Adakah ia berlaku pd bulan disember ini atau disember lainnya. Kemungkinanlah. Sebab jika thn berlakunya 1hb Ramdhan di Hari Jumaat dan pertengahnnya juga hari jumaat, maka ad-dukhan akn dtg. Ad-dukhan b brmakna asap. Maka kita dpt tahu ia adlh peperangan,bencana mahu pun sesuatu yg pedih dan jika org beriman mencium asap itu akn bersin manakala org kafir, terkeluarlah asap didubur mrka.

2) Selepas Ini, adakah Perang Di Syria Di sertai Oleh Orang Mesir. Yang Mana Orang Lelaki Mesir Dibunuh.

3) Sekarang Raja Abdullah Gering. Selepas Dia meninggal Dunia, maka perebutan berlaku. Maka Lengkaplah Pergolakkan Yang berlaku Di Arab.

4) Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sulu, Dan Pathani Bagaimana? Tidak adakah masa depan Islam disini?. Wallahualam.

Anonymous
June 28, 2012 at 6:41 PM

Assalamualaikum
Terima kasih bebanyak di atas info.. kalau tak silap saya Sheikh Imran HUssin ada memberi tahu.. dimana bangsa Arab akan di sembelih oleh Yakjud Makjud.. ini melalui mimpi Rasullullah dan juga korban yang di buat oleh nabi Allah Ibrahim.. iatu menyembelih Ismail.. dan orang arab adalah keturunan ISmail... kalau kita tengok.. Ikhwanul Muslimin telah menang.. dan ini menjadi alasan untuk Israel memulakan peperangan..minta maaf kalau silap .

Mohd Hasif
June 28, 2012 at 7:38 PM

Kepada Anonynomous June 28, 2012 6:41 PM.

1) Mungkin Juga Pendapat Saudara Berkenaan Israel Akan Memulakan Serangan. Sebab Saya Ada Tengok Berita Eropah Mengenai Peperangan Ini.

2) Namun Berkenaan Yakjuj Dan Makjuj, Ada Lain Sikit Pendapat. Yakjuj Dan Makjuj Akan Turun Ke Tasik Galile Dan Meminumi Airnya Hingga Kering Oleh Angkatan Pertama Mereka. Sehingga Angkatan Terakhir Mereka Berkata : Dahulu Disini Terdapat Air Tasik. Maka Seharusnya Kita Perlu Ingat Bacalah Ia Dgn Maksud Yng Lebih Dalam.

- Contohnya Di Akhir Zaman, Golongan Perempuan Lebih Ramai Dari Lelaki Dan Kebanyakkan Mereka Buruku Pada RUpanya. Adakah Dimaksudkan byk golongan Pondan Lahir Maka Perempuan Pun Jd Byk. Wallahualam. Satu hadis dpt dileraikan kepada byk makna maka ia mempunyai makna yang majmuk.

- Maka Kedatangan Fasa - fasa kedatang Yakjuj Dan Makjuj Sebelum Kedatang Sebenar Mereka.

Fasa Pertama Kaum Scyntian
Fasa Kedua Kaum Tartar Atau Mongol.
Fasa Ketiga Mungkin Yakjuj Dan Makjuj Sebenar Muncul.Wallahualam.

Maka Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj Sebenar Ialah Ketika Nabi Isa Habis Membunuh Dajjal Dan Kaum Yahudi.Barulah Yakjuj Dan Makjuj Datang Dan Dikirimkan Ulat Oleh Allah SWT Dan Mereka Mati Bergelimpangan.

3) Memang Kita Dapat Tahu Bahawa Nabi Muhammad SAW kita Adalah Dari Siti Hajar Isteri Kedua Nabi Ibrahim Dari Keturunan Firaun Mesir. Firaun waktu itu Bukannya Firaun yg Menyembah diri mereka spt Firaun Zaman Nabi Musa A.S yang mengatakan Diri Mereka Tuhan. Mungkin Inilah Yang Dikatakan Kebangkitan. Wallahulama. Adakah Israel Dan Masonnya Diam Diri. TIDAK AKAN MEREKA DIAM DIRI!!!! Walhualam.

Saya Harap Tuan empunya Blog Bolehlah Ulas Pendapat Beliau Pulak Hahaha.

Anonymous
June 29, 2012 at 12:20 AM

hamba pula teringat akan satu hadis yang mengatakan seorang pemuda yang mengangkat pedang selama 18 bulan.. skrgni da 16 bulan krisis di syam..

July 8, 2012 at 8:10 AM

Cuba teliti hadis-hadis ini dengan pendapat para ulama tentang kemunculan Imam Mahdi:

1. Imam Mahdi dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Orang-orang haji dirampas di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hinggalah mengalir darah di Jumrah.

2.Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Dirampas orang haji di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hingga mengalirlah darah di Jumrah.

3. Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaihan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram!

4. Muhammad Baqir (ra) berkata, "Aku menyaksikan Imam Mahdi muncul pada 10 Muharram, pada hari Sabtu beliau berdiri di antara rukun dan maqam, diiringi oleh Jibril yang mengajak baiat kepada Allah SWT".

5. Pada November 2011, cuba tengok kat youtube ttg spiritual journey Syaikh Nazim, beliau telah mendapat petunjuk Imam Mahdi zahir pada bulan Muharram. Dan masa tersebut sudah hampir

6.Tahun ini tanggal 10 Muharram 1434 jatuh pada hari Sabtu. Di awal bulan Muharram ada gerhana Matahari dan di pertengahan bulan ada gerhana Bulan..

Anda da trigger????

Wallahu'alam.

July 8, 2012 at 8:12 AM

Hikmah di balik kedatangan Imam Mahdi pada tangal 10 Muharram ialah sebuah penegasan bahwa misi kedatagan itu adalah untuk menghapus kezaliman dan menumpas kejahatan di muka bumi, sebagaimana pengertian peringatan 10 Muharram selama ini.

Anonymous
July 25, 2012 at 10:08 PM

Assalamualaikum.. adakah hadith ini sahih? darimanakah sumbernya... sudah mencari, tapi belom jumpa.

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
"Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun." Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, "Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi."
(Ibnu Majah)

October 15, 2012 at 4:01 PM

Kamu semua hanya bersangka-sangka tiada satu pun yang tepat melainkan Allah...

Post a Comment

Search This Blog

Loading...

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger