Total Pageviews

Pandangan dari puncak piramid Giza

Pernahkah kita terlintas di fikiran, bagaimana keadaan sekeliling jika kita menaiki puncak piramid itu?

Pada bulan lepas, terdapat beberapa orang dari ahli fotografi Rusia telah memanjat Piramid Giza. Untuk pengetahuan semua, memanjat piramid adalah kesalahan dan boleh di penjarakan selama setahun hingga tiga tahun. Mereka adalah suatu kumpulan fotografi yang hanya mengambil gambar dari puncak atau tempat tertinggi. Itulah 'genre' atau 'movement' mereka bawa dalam seni fotografi mereka. Lain kumpulan, lain gerakan dan genre nya. Akan tetapi genre mereka bawa ini tersangatlah bahaya dan boleh bersalahan dengan undang-undang sesuatu negara.


 



Piramid adalah 'barang antik' dunia yang tidak di musium kan tapi masih di bawah akta barangan sejarah dunia. Walaubagaimanapun, sebagai seorang artis, mereka mempunyai keinginan yang 'gila'. Matlamat mereka untuk menangkap gambar dari puncak piramid adalah kebanggaan mereka.

Sebagai ahli fotografi, lebih 'rare' gambar yang di ambil, lebih bernilai bagi mereka dan ini akan melonjatkan nama mereka di mata kesenian fotografi. Bukan senang untuk menangkap gambar yang 'special' bahkan mengambilnya dari suatu tempat yang di anggap mustahil.

Pemuda-pemuda ini memanjat Piramid itu selama 4 jam selepas mereka bersembunyi dari guard pada waktu lawatan. Akhirnya mereka berjaya. Tapi, sudah tentulah, akhirnya mereka akan 'kantoi'. Ini di tambah pula wajah mereka terpampang di gambar-gambar tersebut. tapi, itulah kebanggaan mereka. Mereka berjaya 'takluki' puncak Piramid yang tiada pernah manusia lakukan.

Berikut adalah gambar-gambar mereka di puncak Piramid Giza itu:-








p/s: Insyallah, Ulasan Matrix siri 4 akan disiarkan tidak lama lagi. Kita berehat dulu. Redakan kepala pening. Nikmati udara segar dan pandangan indah bumi ini. Mungkin minggu depan, siri matrix 4 (filem matrix revolution) akan di siarkan.




Share this post :

+ comments + 5 comments

March 29, 2013 at 5:30 AM

Kajian saya mendapati bahawa batu yang digunakan membuat pyramid adalah datangnya dari Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang lihat kajian saya "Menyingkap Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal DiAsia Tenggara ",2009

.
March 30, 2013 at 2:03 AM

2 Dr. Aminudin Abdul Karim...
salute tn.

April 1, 2013 at 1:45 AM

Salam Tuan,
Kalau diperhatikan pada gambar ke-3 (puncak piramid), ada tulisan lebih kurang 'CRAYENL'..
Hehehe...

April 7, 2013 at 8:37 AM

Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

Anonymous
April 10, 2013 at 6:05 AM

salam aiz tak ulas tentang perang nuklear korea ke..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger