kini, demam PRU telah pun bermula. Cumanya, mungkin kerana semangat mahu menang, ada yang bergaduh sana sini. Bahkan di facebook pun, ramai menulis status 'sudah unfriend' dengan sekian-sekian orang.
Jika di negara barat, unfriend di lihat suatu yang agak kasar dan sudah ada kes bunuh kerana itu. Masyallah.
Biarpun begitu, saya akan update sedikit sebanyak info mengenai PRU ke-13 ini.
Berikut adalah statistik calon mengikut parti yang bertanding (tidak termasuk calon bebas) dan jumlah calon islam dan bukan islam:-
BN bertanding dlm 221 kerusi Parlimen 505 DUN.
[calon islam: 130 orang / calon bukan islam: 92]
PAS bertanding dlm 73 kerusi Parlimen 236 DUN.
PKR bertanding dlm 99 kerusi Parlimen 172 DUN.
DAP bertanding dlm 51 kerusi Parlimen 102 DUN
[calon islam: 142 orang / calon bukan islam: 80]
PRU kali ini memperlihatkan kebangkitan info-grafik dan design yang menarik. Ia adalah perkembangan baik bagi industri design. Jika dulu, rata-rata akan mengatakan design seperti 'orang tua', kini grafik yang di tampilkan lebih 'muda'. Mungkin ia untuk menarik minat generasi Y untuk datang mengundi. DI katakan, jumlah peratusan generasi Y yang bakal mengundi adalah sebanyak 25%-35% . Ia adalah suatu jumlah yang besar. Kerana itulah kedua-dua pihak saling bersaing untuk memenangi hati anak muda.
Apapun, dalam persaingan ini, harapnya janganlah hubungan silaturahim terputus. Ia adalah suatu perbuatan yang sungguh tidak baik. Mari kita dengar nasihat ustaz Don Daniyal mengenai ini:-
Apapun, ini pula nasihat dari saya:-
ku lihat biru di langit,
ku lihat hijau di bumi,
tanpa langit, bumi tiada hidup,
tanpa bumi, langit akan hampa
Sekian :D
+ comments + 4 comments
Jadi, kita saling memerlukan satu sama lain dan sekarang lah buktinya kalau tak ada hijau, biru terlalu berkuasa dan untuk imbanginya melalui PRU13. Cuma mcm ada yang tak kena dengan sistem yang kita gunakan sekarang. Sistem ni asal penjajah punyakan? Ada alternative kah?
Alternatifnya ialah kembalikan sistem monarki raja-raja dan seterusnya bangkitkan kekhalifahan. Caranya tinggalkan demokrasi dgn tidak mengundi. Sekian
Aiz, dimanakah saya boleh mencari bumi menghijau berlangit biru dlm gambar di atas?
http://banggolpetaicom.blogspot.com/2013/04/dilahirkan-di-kaki-lembu-29a.html?m=1..
salah seorang yang dikatakan calon IM..
Hat ni ustad dok garang ni..
ni TEGASSSS...
klu tak orang takmo dengaq..
hmmm...
seekz