Total Pageviews

1126634

10 tanda kebangkitan jiwa



salam,
berikut adalah tanda-tanda tentang kebangkitan kesedaran atau jiwa yang mungkin pernah atau sedang berlaku terhadap diri anda. Ianya akan hanya di sedari oleh diri anda sendiri. Jadi, tidak perlu pandangan orang lain terhadap isu ini melainkan, andalah penilai diri anda sendiri.



Ia adalah tanda kita sedang berubah. Perubahan dunia menuju ke suatu zaman baru yang rata-rata memanggilnya alam akhir. Watak-watak seperti imam mahdi dan nabi isa a.s adalah tanda aras kepada kedatangan zaman itu. Ahli falak beranggapan yang kita kini sedang berada dalam zaman PIECES akan menuju ke zaman AQUARIUS yang lebih bersifat ONENESS atau suatu penyatuan dalam perihal diri.
Pada zaman PIECES yang berlaku sekitar zaman kelahiran nabi Isa a.s sehingga lah 2054, ia adalah suatu zaman spiritual atau zaman keagamaan. Tika inilah keagamaan mulai bercambah dan pada saat akhir, ia berpecah dan menjadi obses pada ahli agama yang extremist. Mereka mahu agama mereka mendominasi tanpa melihat ianya membawa kepada masalah kemanusiaan. Bagi mereka, tuhan adalah segala-galanya, tapi mereka tidak sedar bahawa tuhan itu maha penyayang dan maha pengasih.

Jadi, zaman AQUARIUS kelihatannya, mengisi kekosongan itu. KASIH DAN PENYAYANG akan mengisi ke dalam jiwa-jiwa ini. Ia berkaitan dengan keterbukaan jiwa. Ia berkaitan dengan kemanusiaan. Ya, zaman itu manusia kembali menjadi manusia. Bukan lagi suatu makhluk yang mengaku dirinya manusia tapi perbuatannya lebih kejam dari haiwan.

Jadi, di saat akhir pada zaman PIECES ini, beberapa petanda telah kelihatan pada segelintir manusia-manusia. Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan ramai di antara mereka, resah gelisah kerana mereka tidak lagi normal seperti biasa. Akibatnya, ramai yang mendiamkan diri. Tapi, bila bertemu dengan orang yang sama seperti mereka, mereka terasa seperti telah bertemu dengan saudaranya yang lama terpisah. Itulah kekuatan kasih sayang tanpa batasan.


Berikut adalah 10 tanda kebangkitan jiwa itu:-

1- Waktu tidur anda mulai berubah mendadak
Tidak di nafikan, ramai di antara kita lebih aktif di waktu malam berbanding waktu siang. Seolah-olah, waktu siang itulah waktu rehat kita dan waktu malam itulah waktu kerja kita. Ini sebenarnya kerana, petanda bahawa bumi kita bakal beraleh paksi. Hadis berkenaan, akan terbit matahari dari barat itu semakin nyata. Dan seolah-olah, tanda ini adalah signal atau praktis kepada apa yang bakal terjadi itu. Bahkan sebuah peluang dimana, harus di pertingkatkan amalan di kala malam menjelma.

2-Ubun-ubun anda terasa di tekan
Pernahkah anda terasa ubun-ubun anda seperti di usap atau di gosok. Atau terasa ngilu di ubun-ubun?!
Ini adalah antara petanda bahawa 'crown chakra' anda di buka. Ia berkenaan sektor saya namakan 'eyes of horus' (thalamus-pineal glance-modula oblagata) yang berkaitan dengan tahap tindak balas bawah sedar yang semakin aktif. Jangan khuatir kerana ia tak melibatkan apa-apa jin, setan, dajal, pontianak atau hantu... Ia adalah perubahan diri anda sendiri yang bertindak balas dengan keadaan dunia yang makin berubah

3-Emosi yang tiba-tiba datang tanpa sebarang sebab
Pernahkah anda tiba-tiba terasa kosong, sayu, gembira atau marah tanpa apa-apa sebab. Bahkan, bila anda bersendirian, tiba-tiba anda terasa kosong, sayu tapi bagaikan hilang sesuatu. Anda cuba mencarinya, tapi anda tidak tahu apa benda yang harus di cari. Jika pernah alami itu, makanya, ini adalah salah satu petanda kebangkitan jiwa yang memahukan anda lebih rapat dengan diri anda... Bukan mencari benda di luar, tapi mencari benda di dalam diri anda sendiri. Mungkin memori, ilmu, atau kesedaran yang hilang?!

4-Perkara lama tiba-tiba menerjah fikiran
Takkala anda bersendirian, tiba-tiba suatu memori lama yang dah lama anda lupakan, tiba-tiba anda teringat balik, bahkan anda baru sedar kesalahan atau kebanggaan yang pernah anda lakukan itu. Kadang-kala, anda membuka album gambar anda dan merenung kembali diri anda sendiri. Memori anda tika kecil. Tindak balas anda dengan persekitaran pada tika dulu. Ini terjadi kerana, ia mahu mengajar anda tentang siapa diri anda dan harus memperbaiki apa yang kurang serta kekalkan apa yang terbaik untuk masa depan

5-Habit anda berubah mendadak
Jika anda suka makan fast-food, tiba-tiba anda berubah mahu makan yang lebih berkhasiat. Jika anda pemalas, tiba-tiba anda jadi raji mengemas. Jika anda rasa nak berubah, tapi anda berjaya untuk melakukannya, jiwa anda memberontak menyuruh anda melakukannya juga sehingga anda melakukan langkah pertama. Ini adalah tindak balas jiwa anda terhadap perkara buruk yang menjahanamkan diri anda dan sekeliling anda. Jiwa anda mahu anda berubah. Anda mulai menyayangi jasad anda dan memeliharanya.

6-Bebola cahaya, flash, kelipan cahaya mendatangi anda
Kadang-kala, anda terasa ada bebola cahaya atau cahaya flash di hujung anak mata anda. Bila anda menoleh, ianya tiada. Bahkan, kadang kala anda terasa di panggil tapi bukan suara dari luar, tapi suara dari minda anda memanggil (nota: jika suara berpunca dari luar jasad kita, itu permainan jin. jangan menyahut). Jangan khuatir kerana itu adalah jiwa anda mahu anda sedar akan perubahan diri anda. Jiwa anda kini makin kuat.

7-Anda mulai sedar masalah dunia
Anda mulai rasa tertekan dengan dunia yang penuh penipuan dan memaksa anda untuk mengikutinya. Sedangkan itu bukan cara anda. Anda terasa terkongkong dengan kerenah masyarakat dan sistem. Tapi anda tidak tahu untuk mengelaknya. Jika ini berlaku, kekallah dengan diri anda sendiri kerana saat ini, tiada siapa dapat membantu anda kecuali jiwa anda yang makin berharap terus pada ketuhanan. Rapatkan diri dengan ketuhanan. Itulah solusi paling rasional untuk hadapi sistem korup dunia tika ini.

8-Anda terasa mahu keluar dari sistem 
Jiwa anda memberontak mahu berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Keluar dari habit lama anda yang kurang menyenangkan. Keluar dari sistem yang sentiasa memaksa anda. Tika ini, keluarlah secara perlahan-lahan tapi dengan rasional. Jangan bertindak drastik. Langkah paling baik adalah, sebarkanlah kasih sayang. Cuba sentiasa bersedekah, membantu mereka yang susah dan menyelamatkan bumi dari pencemaran atau menyebarkan ilmu yang baik. Itu sajalah pengubat jiwa yang sedang bergolak.

9-Persoalan anda di jawab tanpa di sangka-sangka
Kadang-kala, anda punyai persoalan dan anda bertanya diri anda. Tiba-tiba, tanpa di sangka-sangka, petunjuk di berikan dengan pelbagai cara kepada diri anda. Mungkin antaranya seperti mimpi, dejavu, signal alam, rakan tiba-tiab berbual topik yang berkaitan dengan persoalan kita, orang tagged nama kita di dalam facebook kepada topik persoalan dan banyak lagi. Pernah jadi sebegitu? Saya banyak kali jadi begitu :D

10-Jiwa anda mulai selari dengan pelbagai situasi tanpa di sangka-sangka
Pernahkah anda sedang menonton filem matrix, tiba-tiba rakan anda dalam facebook bercerita tentang filem itu dan selang dua-tiga hari selepas itu, filem itu di siarkan dalam TV tanpa di sangka-sangka?!
Apa yang anda buat, fikir dan emosikan tiba-tiba selari dengan apa yang terjadi di sekitar anda sehinggakan anda terpaku kehairanan. Jika itu terjadi, ambil iktibar dari isu itu dan kaji kenapa isu itu di bawa-bawa ke hadapan kita. Mungkin ada signal atau ilmu yang mahu di berikan tanpa kita sangka. Bersyukurlah bila itu terjadi.
Share this post :

+ comments + 33 comments

June 19, 2013 at 10:27 AM

boleh ceritakan lagi dgn lebih detail x tuan, jika boleh?

June 19, 2013 at 12:52 PM

sy kene semue di atas,setiap persoalan dpt jwpn dri tidk disngka2.kadang terase disindir atau terase kene stalker.Persoalannya, apakah signifikan dari kejadian tersebut?

Dan sy dikacau jin dan syitan.tentng cahaya suara berckp dlm hati.. hm sy tkt bnde itu NEGATIF sekirnya sy memperdulikn mereka,harus bagaimana ais? email kidy_91@yahoo.com

June 19, 2013 at 10:39 PM

neutron boy:
cerita tntg apa tuan?
10 tanda ini sebenarnya hanya sedikit dari tanda-tanda yang kita alami di zaman modern ni.

sebenarnya, dalam diri kita ni sentiasa memberontak kerana jasad kita di tekan terlampau kuat asbab kehendak teknologi dan sistem.

maka, siapa yang alami masalah2 di atas sebenarnya, ia adalah reaksi jiwa anda terhadap dunia sekeliling. jadi, untuk redakan tension itu, kita kena sentiasa tenangkan jiwa.

jadi, di sinilah method spiritual di ambil. banyak keadah boleh di gunapakai. saya cadangkan, zikir ALLAH-ALLAH banyak kali, baik di mulut atau dalam hati. Sambil zikir, renung diri kenapa diri tu jadi begitu.. kemudian saksikan ciptaan alam. kita akan terasa tenang..

dan, jika ada kucing...
bermain dgn kucing anda, mgkn anda akan terasa tenang sedikit. hanya cadangan :D


June 19, 2013 at 10:44 PM

Kidxx obito :

benda akan jadi negatif sebab anda fikir negatif..
benda2 ni mmg ada di sekeliling kita sejak dulu. walau anda suka atau tidak, ia tetap ada di situ.

cumanya, negatif positif tu adalah sangkaan dari diri anda sendiri.

simptom2 di atas menunjukkan jiwa anda sedang bertindak balas dgn keadaan sekeliling. jika anda terasa 'negatif', tukarkannya kepada positif dgn teruskan zikir, baca ayat2 suci quran atau paling senang... tenangkan diri anda selalu.

saya pun alami perkara2 di atas. mula2 terasa takut dan bimbang ianya gejala jin. tapi sedikit sebanyak, byk sy belajar dari situ. 'mereka' hadir kerana 'daya penarik' dari diri kita.

mereka tertarik kepada kita kerana jiwa kita sedang 'membesar' atau 'bercahaya'. cumanya, ia perlu di bentuk. banyakkan berfikir tntg kejadian alam dan kaitkan dgn kebesaran tuhan, kemudian renung kembali kepada diri anda.

kenapa benda ni terjadi. bagaimana nak selesaikannya. apa yang sedang berlaku sebenarnya...

lain org lain jalannya.
hanya diri sendiri sajalah yg dpt menolong mengubah diri kita.

wallahualam

Anonymous
June 20, 2013 at 1:17 AM

Apakah itu yang dikatakan belajar dari guru mursyid, atau berguru dengan Allah...........? Siapa dapat jawab angkat tangan.................

NAGA JAUHAR

.
June 20, 2013 at 1:33 AM

Dengan bahasa kalimah yg sama
memuji dan memuja
dilindung dan dibuka
rahsia kan tetap rahsia
indah bukan rupa
harum bukan bunga
manis bukan gula
panas bukannya bara
gelap bukan malam
terang bukan siang
satu tak terbilang
hanyut tak terenang
alangkah asyiknya
bila bertemu yg dicari
diri yg rindu untuk dikenali
hakikatnya tiadalah aku yg mengatur akan jalan ini,melainkan dia jualah yg mengaturnya...
sekalian keinginan ini...adalah keinginan dia jua semata..
semuanya atas rahmatnya belaka.

"pautan kasih,ku kenal sendiri"

Anonymous
June 20, 2013 at 3:00 AM

"pautan kasih,ku kenal sendiri"

Cewah...... menarik tuan errr puan
maaf tak pasti jantinanya.

Tapi menarik untuk direnung.

NAGA JAUHAR

Anonymous
June 20, 2013 at 3:51 AM

Ap gne d 'tegur' plbagai cara... Tp ble mncari mkna d sebalik semua tu, xjmp jwpn nye.. Setuju y kucing tu.. Tp klu sya ckp faktor budaya kaw kita cmne? Ad y setengah selesa dgn gajah, anjing pn ad, jenis2 tupai, mcm lg.. Klu biawak cmne?? Biawak senang je dtg dekat.. Tu y sya rse la..lg y flash tu, bkn semua org dpt rse ke?? Kdg2 nmpk titik2 mcm byg2 kck(Hitam), kdg2 titk putih mcm sinar metallic, kdg2 sinar putih mcm kilat kecik.. Nk senang nmpk ce tgk langit dlm kul 4 (chya xkuat sgt), lpas tu fokus ckit.. Rse semua org nmpk.. Ke flash lain?? Klu tgk tangan pn, tangan blh hilang dr pndgn mata klu fokus pd 1 kaw.. Kan pndgn mata slalu menipu.. Mcm mne nk pndg dgn pndgn hati??

June 20, 2013 at 5:42 AM

cuma terfikir, macam proses tu berlaku hingga tubuh kita 'memberontal' dan memberikan kita signal. Kadang2 tuan empunya badan nya sendiri x faham ragam tubuh mereka.

Memang, terasa tenang bila main ngan kucing..

Saya sll nampak putih matelik je... tatau la nape.. biasanya kalau pandang langit, nnty ada mcm molekul kecik putih matelik tu main2, gerak2 pada pandangan mata.

June 20, 2013 at 1:04 PM

Salam,

Saya rasa saya ada masalah dgn brain wave saya sejak zaman skolah lagi. Slalunya kalau ape saja perkara yang saya fikir nak buat, belom sempat buat ada org lain yg da buat dulu dlm masa terdekat, ape saja minat saya tiba2 akan jd viral dan jadi minat orang lain sekeliling saya (walaupun perkara tu mula2nya x di endahkan oleh sesiap sebelum tu). Lepas tu kalau saya rasa ingin bertanya sesuatu, mesti akan ada org lain tykan utk saya dgn ayat yg sama saya fikir. Kalau skali dua bole kata kebetulan, tapi ini setiap masa.

Kadang2 saya rasa mcm langsung tiada identiti diri sebab semua da diambil org lain. Adakah perkara ini ada kene mengena dengan 'kebangkitan jiwa' atau apa2. Atau sekadar mainan perasaan saya saja kerana perkara seperti ini biasa terdiri juga pada org lain. Saya rasa macam nak pakai helmet Magneto je kadang2.

Thanks.

June 20, 2013 at 10:13 PM

apakah saka? sisi hitam diri sendiri?
wkwkwkwkwkwk.
kenapa mesti takut?

Zen
June 21, 2013 at 8:43 AM

kena la dengan saya, tp saya tak nampak cahaya di ekor mata. saya nampak saya sendiri dihujung mata saya..bila saya toleh, ia hilang
saya berimaginasi ke?

June 21, 2013 at 9:07 AM

Nur Syazwan Arasy Norazmy :

Nur punyai ability utk mind control sebenarnya. saya pernah jumpa org yg sebelum sy nak cakap, dia cakap kan dulu. seolah2 dia tau apa yg saya nak.

tp NUR punyai ability yg berbeza. kalau NUR dah tau potensinya begitu, kenapa NUR tak gunakannya utk perkara positif.

seperti contoh, NUR cuba fikir 1 mind setter seperti contoh 'saya minati bidang metaphysic dan akan ada org berbincang dgn saya perkara ini di sekolah/pejabat"...

cuba buat test ni, dan insyallah, akan dtg sekumpulan org terdekat akan berbincang perihal ini tnpa di sangka2...

cuba NUR fahami diri NUR sendiri. lihat dan renung kenapa nur punyai ability sebegitu. sudah tentunya, kalau ia ke arah positif, kita semua akan menuju ke zaman akan datang yg baik dan aman, bukan?!

so, start now, put 'your mind' into other supaya mereka 'bergerak' mengikut apa yg NUR fikirkan.

June 21, 2013 at 9:07 AM

MayangSari s: akak mayangsari cer la sikit sikit bab saka, adik2 nak tau. hu3~

June 21, 2013 at 9:08 AM

Anonymous Zen:

saya melihat cahay di hujung mata saya. bila di toleh, mmg hilang.

jangan di kejar cahaya tu, sebab tak akan dpt. anggaplah 'depa' melawat kita utk kebaikkan. kalau terasa tak selesa, banyakkan zikir atau baca lah apa yang patut supaya pemikiran kita akan aktif menjaga kita dari sangkaan negatif. insyallah

June 21, 2013 at 9:09 AM

NAGA JAUHAR:

naga tau sesuatu, apa kata kita sama2 berbincang di sini. ok? :D

Anonymous
June 21, 2013 at 9:51 AM

Klu kes nur tu kn, kte blh pggl law of attraction ke admin? Ke salah pmahaman saya?

Sang purna (y biawak Tu pn komen saya)

June 21, 2013 at 4:50 PM

ada beruang atau harimau ataupun monyet yang mengganggu anda sebagai saka? hahahahahahahaha
siapakah anda yang sebenarnya dulu?

find out!

June 21, 2013 at 4:53 PM

aiz ni nak kena marah ngn akak ni..
ada buat salah ni..cuba pikir2 apa salah aiz...

nanti kita cerita. nak training leader ni kena betul2 kaw. silap orgla lu beb sbb i memang garang orangnya tapi penyayang.

lu nak mengaku salah ke atau nak i bagitahu. as a leader hanya leh wat minor mistake. bukan yang besar or major.

Anonymous
June 21, 2013 at 5:37 PM

Salam,

Semua tanda itu menjurus kepada diri yg dalam. Dia memberi signal atau isyarat untuk bertindak, berjaga-jaga atau memberi jawapan terhadap persoalan yg mungkin selama ini menggangu diri, Dia sentiasa membimbing diri anda. Boleh dikatakan semua orang pernah melalui atau mengalami situasi ini....cuma mungkin diabaikan. Tapi tak mengapalah berdoalah diiringi hati yang ikhlas, renungkan diri dan alam. Manusia yg memiliki tanda-tanda ini spiritualnya tinggi walaupun bukan berlatar agama. Kunci rahsia pengetahuan mungkin ada di sekitar anda, dapatkan kunci dan penjamin/pembimbing untuk menyelongkar rahsia diri yang dalam. Tuan tanah dan future phenomenon tahu rahsianya, aku pasti, hehehe......
Tuan bagus sebab tidak melibatkan ilmu dengan mana-mana kumpulan. Yang penting kita cari kebaikan, persaudaraan, kebahagiaan. Ikhlas dan tenang itu penting..... dan cuba rasakan bahawa diri anda sebenarnya tidak ada.... yang ada hanya DIA ketika anda berdoa atau bermeditasi. Aku doakan kebahagian kalian dalam mencari erti sebenar kehidupan dan diri. Dunia akan berubah itu aku pasti......

NAGA JAUHAR

Dina
June 22, 2013 at 12:37 PM

HAHAHA!
kebangkitanmu adalah jatuhmu wahai manusia!!

Ketika kau jatuh maka bersyukurlah dan dongakkanlah mukamu ke atas melihat makhluk langit.melihat kebesaran Allah.

Ketika kau berdiri tengoklah dirimu di bumi alangkah hinanya bumi itu. sedarkanlah dirimu, kamu hanya makhluk hina lagi kerdil!

PERSOALLAH DIRIMU! Adakah aku dijalan yang benar!?

June 22, 2013 at 10:03 PM

Terima kasih future phenomenon... InsyaAllah saya akan explore lebih mengenai ability saya dan akan gunakan ke arah positif.

Vigilant
June 22, 2013 at 10:56 PM

Pandang,halusi,akali dan rasakan kebesaran Allah pada 3 pekara::

-langit
-bumi
-diri sendiri

disitu adanya ma'arifat.

Anonymous
June 23, 2013 at 4:44 AM

salam tuan admin..

x tau sama ada ia adalah ability atau sbb perkembangan ilmu yang saya dapat semakin hari semakin berkembang..

kalau dulu saya x tahu apa2 pasal dunia luar.. tp bila start kenal pelbagai blog mcm mistisfiles, nusanaga dsb.. ilmu saya berkembang dgn kadar exponential iaitu dari satu bidang ke bidang yang lain.. mcm tau bidang ilmu secara mencapah.. bukan memfocus.. akhirnya saya mulai faham sedikit demi sedikit hakikat alam ini.. bila dah mencapai level tu.. perasaan saya x sama mcm dulu lagi.. saya berubah menjadi pendiam.. byk masa habis utk berfikir.. suka tgk langit.. perhati bintang.. semakin sayang pada Alam sekeling..dan segala resolusi akhirnya, jawapannya menjurus kepada kesingularitian ketuhanan.. emosi mula x stabil.. tiba2 menangis.. tp x tahu apa yang ditangiskan.. mula rasa ada serba x kena dgn sekeliling.. walaupun saya berada dlm suatu majlis yang hiruk pikuk.. tp tetap merasakan keseorangan.. rasa mcm diri bukan belongs to this world lagi..

apakah ini tanda2 atau semua orang biasa pun merasakannya? harap bantu saya supaya saya tidak keluar dari landasan..

-mahdi follower.

Anonymous
June 24, 2013 at 6:06 AM

Fuhh.. no.9 dan 10 paling kerap berlaku dalam hidup saya. Persoalan yang ada dalam kepala akan dijawab sama ada dalan ceramah, program tv, atau pembacaan yang xsengaja.

Kadang2 terfikir juga, minda kita yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh persekitaran...

-staff

June 24, 2013 at 7:34 AM

kesemua diatasa pernah saya rasa..

kdg2 bila saya berada dalam rumah kebilik ke or tmpt berdinding ,saya boleh rasakan benda disebalik dinding tu.seolah-olah dinding tiada.benda dilihat tu kabur sikit.

mungkin saya giler kot

Anonymous
June 26, 2013 at 9:35 PM

Saudara aiz,

kek...kek...kek....

rasa ngilu di kepala dan ditekan semakin di rasa sejak kebelakangn ini.... ayah dah risau, dah dekat dekat nak hantar jumpa neurologist dah...

Saudara naga jauhar,

boleh tolong terangkan mengenai orang yang spiritual walaupun tak kuat agama...itu saya tak leh comprehend

bagi yang mahu bercerita.. bagi saya tiada yang ada kelebihan dalam memiliki/didampingi sk kecuali sesuatu yang harus di korbankan...

Padahal, kelebihan yang ingin diperolehi itu.. jika Allah ingin beri, boleh diberikan Allah lebih banyak kepada yang disukainya...maka beramallah, dan redha dengan sedikit yang kita ada dan gembira dengan kelebihan yang orang lain ada

neuhun

dina
June 29, 2013 at 8:09 AM

marilah kita lihat kalam allah di alam ini dengan sebenar-benar lihat :)

ikhlaskanlah dalam mensucikan Allah Yang Esa

Anonymous
August 1, 2013 at 4:12 AM

Tak selesa betul kalau ngilu dkt ubun2. Mcm rasa nak marah pn ada .duduk Tak senang. Mcm2.

Tapi sy perasan pemikiran sy semakin berkembang. Byk ilmu sy dpt kaitkan antara satu sama lain. Ilmu alam terasa mcm berada di mana2, melalui apa yg kita dgr,pandang dan lain2. Teori attraction , law of relativity dan byk lg. terpulang dkt kita nk tarik mcm mana. Biasanya sebelum tidur dia dtg. Apa yg kita perlu just ialah trigger.

Bila dh terbuka heejab, petanda yg lain dtg dgn sendiri.

Sy apply dkt business sy kesemua teori ni, alhamdulillah langsung Tak mengecewakan.

BG sy kita semua adalah transmitter, apa yg kita perlu buat adalah menghantar signal/informasi ke Alam semesta . Bila kena gayanya, In Sya Allah menjadi. Allah dh berfirman mintalah nescaya akan Allah berikan.

Persoalannya adakah transmitter tersebut berfungsi dgn baik? Renung2kan. selamat beramal. Maaf jika bercanggah,Ini adalah Serba sedikit dari pemahaman sy sendiri.

Anonymous
December 8, 2013 at 2:36 AM

karut... aku hanya berpegang kepada Al-Quran & Sunnah.... semoga semua orang diberi hidayahNya

February 14, 2018 at 6:36 AM

Wah sme lah.. haha.. jom wsp awak.. 0145576075.. Nk tukar2 pngalamn psl pertukaran jiwa ni.. mcmne bolr berlaku eh

Anonymous
October 5, 2024 at 5:33 AM

Blogger ini 2013 .. saya baca ni 2024 .. jawapan apa yang berlaku kepada saya selama 9 bulan .. mungkin baru 50% .. atau jawapan yang tepat 100% . Kebangkitan jiwa .

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger