Total Pageviews

Sektor 'Eyes Of Horus' dalam Otak


salam,

Mungkin ramai telah mengetahuinya atau mungkin tidak. Apa yang mahu saya perkatakan ini adalah, lakaran 'eyes of horus' yang sangat di takuti oleh orang ramai kerana berkait dengan freemason, illuminati dan satanic occult itu sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah, keratan rentas bahagian otak kita.

Eyes of Horus ini di katakan 'all eyes seing' yang mana di kaitkan dengan ketuhanan oleh masyarakat kuno mesir. Tetapi, pada masyarakat kini, kita melihat ia adalah berkaitan dengan dewa HORUS.

Pada pandangan saya, segala macam perihal dewa dewi dan hal penciptaan ini sebenarnya adalah suatu simbolik kepada suatu perkara nyata. Kita hidup di dunia nyata dan kita bersaksi dengan kenyataan. Maka, sesuatu yang abstrak itu masih boleh di terangkan walaupun ia dalam keadaan teori.

Contoh lain adalah;
BRAHMAN dalam kepercayaan hindu, yang mana BRAHMAN ini adalah genderless dan menjadi 'saripati' kepada penciptaan. Manakala, BRAHMA pula adalah dewa pencipta (juga di sebut THE VOICE/SOUND) yang mempunyai sumber kekuatan bagi dirinya yakni SARASWATI. Secara teoritikalnya, BRAHMA mencipta dengan BRAHMAN/saripati dengan mengunakan SARASWATI iaitu WORD OF KNOWLEDGE. Walaupun ia adalah kepercayaan hindu, tetapi jika di baca dengan hati yang waras dan tanpa sentiment agama, perkara di atas merujuk kepada perihal KUN FA YA KUN.


Kembali kepada perihal Eyes Of Horus, keratan rentas otak menunjukkan BOLA MATA HORUS mengenai posisi THALAMUS. Apa itu thalamus?

"The thalamus is a midline symmetrical structure within the brains of vertebrates including humans, situated between the cerebral cortex and midbrain. Its function includes relaying sensory and motor signals to the cerebral cortex, along with the regulation of consciousness, sleep, and alertness."

Thalamus mengawal tahap kesedaran dan pengamatan. Pendek kata, thalamus adalah 'third eyes'.
 Ekor yang berlengkar di lakaran Eyes Of Horus itu pula merujuk pada MODULA OBLAGATA yang mana mengawal motor di luar sedar kita. Ekor ke bawah di lakaran itu pula merujuk pada tempat PINEAL GLANCE yang mana mengawal tahap 'tindakbalas pada cahaya dan kesedaran'. Ini adalah titik spiritual kita.

Semua ini terletak di tengah-tengah otak kita. Eyes of Horus ini di simbolkan tentang penyembuhan, kestabilan, keselamatan dan kewarasan.

Jika di kaitkan dengan keadah sufisme, para salik di ajar tentang Nafas-ampas-tanafas-nufus.
Nafas kedudukannya di mulut,
Ampas pula di hidung, membawa ke bahagian perut, kerana itulah kita menyaksikan naik turunya dada,
Tanafas pula di kawasan tengah otak, bahagian yang sedang kita pelajari di artikel ini. Ia berkaitan dengan deria rasa, hubungan ke hati-jantung, ia menjadikan benda hidup itu hidup.
Nufus pula di titik di jantung, di sinilah operasi udara-darah itu berlangsung dan ia di namakan NADI.

book of death

Ada yang memberitahu saya, Book Of Death oleh ketamadunan mesir itu sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah mengenai 'bagaimana benda hidup itu hidup'. Secara logikalnya, kita boleh katakan bahawa, eyes of horus ini adalah simbolik kepada TANAFAS yang mana, tanpa deria,spiritual dan kejiwaaan, manusia itu tidak menjadi manusia. Ia menjadi zombie atau sebuah robot semata-mata. Dan element itulah semakin hari semakin kurang kini.

Ketakutan kepada ingin memahami kehidupan atas alasan 'mencabar tuhan' itu adalah suatu yang tidak berasas. Tuhan itu tetap pada kedudukannya dan tidak akan tersentuh oleh apa-apa pun. Kehidupan ini di kurniakan kepada kita untuk di kagumi, di pelajari, dan difikirkan. Demikianlah di khabarkan bahawa ISLAM itu universal, dan marilah kita menjadi umat islam yang berfikiran universal dalam memahami isi alam dan seterusnya memuja memuji sang pencipta.



Dan tahukan anda, otak kita berubah bentuk neutronnya bila pelajari sesuatu atau melupakan sesuatu. Ilmu itu di luar dan kita adalah sebuah SPAN yang meresap 'ilmu' di sana sini. Dek kerana itulah telah termaktub akan ayat 'tidak cukup tinta untuk di tulis mengenai ilmu ALLAH'... Cukup luas.

Tapi, kita sentiasa menjadi musuh kepada benda yang kita tidak tahu dan sentiasa menjadi batu penghalang kepada diri kita sendiri untuk mempelajari ilmu yang telah di berikan. Ini salah satu dari ribuan simbol yang di 'code' kan dari pelbagai jenis keilmuan.

Kesimpulannya; banyak perkara di dunia ini telah di simbolikkan dengan grafik, lukisan, simbol dan sewaktu dengannya kerana sukarnya untuk meluahkan sesuatu yang abstrak dan jauh dari pengetahuan umum dengan kata-kata. Dan inilah saya namakan sebagai sektor 'eyes of horus'

sekian, wassalam
Share this post :

+ comments + 7 comments

Anonymous
June 13, 2013 at 7:42 AM

salam...petang tadi saya tengok Ancient Alien, 555. siri tentang teknologi sekarang adalah ulangan teknologi zaman dahulu yang dah diterangkan dlm blog ni. history repeat itself.

tentang ada kawasan di Utara Scotland, kesan terbakar hasil daripada pancaran radioaktif atau nuklear?

dan pengacaranya menyebut levitation, tiba2 teringat kisah 1001 malam dengan tikar ajaib.

adakah teknologi tikar terbang itu bukan dongeng? tetapi sebaliknya adalah aplikasi teknologi levitation, terapung di udara dengan magnetik?

tak ada apa sebenarnya nak cakap, cuma nak kongsi kefahaman yang saya faham ni. sekarang bila tengok Ancient Alien lebih faham berbanding dulu.
hanya di blog2 macam nilah boleh saya melepas rindu kepada 'kampung halaman' dan rindu kepada entah siapa/entah apa.

yang tak ada siapa boleh mengubatinya.
memang sengsara bila hidup begini kerana tak sama seperti orang2 lain. saya ulang baca entry 'indigo', cuba mencari cara bagaimana nak merawat perasaan ini.

macam mana nak buat ya? saya rasa lebih susah sebab saya perempuan, dan rasa sangat terumbang-ambing.
silalah update sekerap mungkin.
bye.

Anonymous
June 13, 2013 at 7:56 AM

Satu lagi bukti ISLAM itu universal... jadi jangan suka tuduh tuduh sebarang kalo sudah mengerti dan sudah kenal. Pakaian di luar tidak semestinya menggambarkan yang di dalam. Namun seringkali yang di dalam mempengaruhi urusan yang di luar.

AKU

Anonymous
June 13, 2013 at 7:09 PM

Salam,
Artikel menarik tg telah membuka 'mata ketiga' saya dgn lebih luas. tq

June 16, 2013 at 3:45 PM

Spongebob!

.
June 17, 2013 at 12:51 AM

Peace bra,

.......http://youtu.be/12HBz8DGbl8...

Layannnn..........(",)hihhih.

June 17, 2013 at 10:45 PM

Setiap orang punya pendapat dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. Persoalannya pendapat siapa yang menghampiri nilai kebenaran yang paling hampir? Dan yang paling relevan dan diterima akal yang waras, logik dan bijak.

Sebagai contoh, suatu ikatan yang membungkam pemikiran masyarakat Islam ialah jika kita berfikir di luar kotak dan di luar kebiasaan pemikiran para ilmuan Islam ramai yang akan mengatakan bahawa 'itu mencabar kuasa Tuhan'. Sebenarnya sesiapa yang menyatakan sedemikianlah yang rendah kebijaksanaannya kerana hal yang sedemikian tidak pernah terjadi. Kita tidak mungkin akan mengatasi Infiniti milik Tuhan. Malah pernyataan mereka itu adalah suatu pernyataan yang merendah-rendahkan Kuasa Tuhan. Hah..kelakar.

Marilah kita bina suatu pemikiran yang hebat tanpa dibatasi limitasi-limitasi yang tak relevan.Jika kita mengoptimasi Kebolehan akal dan koloborasi dengan Ilmu pemberian Tuhan pastilah akan wujud pioneer yang baru dalam mewujudkan suatu Tamadun yang Hebat semula dengan gaya yang baru.

June 23, 2013 at 5:47 PM

Allah telah mengajarkan manusia dengan perantaran kalam. maka secara asasnya. kalam atau tulisan atau pena terdiri pelbagai jenis bentuk sama ada simbol piktograf atau perwakilan bunyi. Maka kerana kelemahan manusia itu sendiri yang angkuh bongkak. maka segala simbol boleh berubah maksud dan makna ke arah kesyirikan dan kesesatan.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger