Filem Ahmad Albab yang di karyakan oleh P.Ramlee pada 1968, tiba-tiba menjadi perbualan orang ramai bila ada yang mengaitkan kisah itu dengan kebangkitan akhir zaman. Filem Ahmad Albab yang mengisahkan Syawal, seorang pengembala kambing, telah mengahwini anak orang kaya bernama Mastura. Mastura yang melawan arahan bapanya, Mashood; yang mahu dia mengahwini lelaki kaya. Mashood berpendapat, takdir anak-anaknya berada di tangannya. Kekayaan dan kebahagiaan itu berada di tangannya.
Kerana mahu mengubah pendirian itu, Mastura berkeras mahu mengahwini lelaki miskin. Maka, Syawal di kahwinkan dengan Mastura secara 'free'. Takkala kehidupan Syawal di rundung malang, Mastura beriktiar untuk menyara keluarga. Saat itulah AHMAD ALBAB di lahirkan.
Kelahiran Ahmad Albab membinggungkan semua orang kerana sejak lahir, dia hanya menangis saja. Sehinggalah Syawal terpaksa membawa anaknya itu bertemu dengan bapa mertuanya; Mashood.
Di situlah Mashood memberi nama cucunya sebagai Ahmad Albab (Ahmad Pintu/pintu Ahmad). Takkala itu jugalah, Syawal teringat kata-kata seekor jin di dalam gua, tempat dia kehilangan kambingnya. Jin itu berkata; harta emas itu kepunyaan AHMAD ALBAB.
Terus saja Syawal membawa anaknya itu bertemu dengan jin itu. Dengan bersyarat, akhirnya harta wang emas itu menjadi kepunyaan Syawal. Sejak itu, Syawal menjadi kaya raya. Hartanya di berikan pada fakir miskin dan membangunkan kampungnya.
Kekayaan itu menjadi kedengkian biras-birasnya. Dari situ, mereka tekad untuk merompak rumah Syawal tapi akhirnya tertangkap jua. Dengan bantuan birasnya, Mastura dan Syawal menghadiri majlis keraian Mashood. Bila Mashood mendapat tahu Syawal telah kaya, terus saja Mashood berubah sayang sedangkan sebelum itu dia sangat membenci menantunya itu. Akhirnya, Syawal 'mengajar' bapa mertuanya tentang 'kebahagiaan, takdir dan jodoh itu bukan di tangan bapak'.
---------------------------------------------------------
Saya bertanya pada tuan puan sekalian, apa yang tuan puan dapat lihat dari kisah ini. Sebenarnya, sejak dua menjak ini, Ahmad Albab di kaitkan dengan emas nusantara atau harta benda yang di sembunyikan untuk kegunaan akhir zaman.
Itu adalah 'code name' yang mereka berikan pada empunya harta-harta ini. Pendek kata, mereka (merujuk pada pengkaji konspirasi kebangkitan akhir zaman), Ahmad Albab itu sebenarnya adalah Imam Mahdi.
Apakah ianya benar atau bagaimana?
terlalu sukar untuk saya terangkan perihal ini dalam 1 artikel sahaja. Pada saya, saya tidak suka kaitkan filem ini atau Ahmad Albab dengan harta emas itu semua.
Tapi saya suka pada simbolik dan kenyataan di sebalik karya itu. Watak utara sebenarnya adalah Syawal dan Mastura. Antogonis yang hendak di "tauliahkan" adalah Haji Mashood. Ahmad Albab itu hanyalah satu watak yang menjadi asbab filem itu berubah dari 'sengsara kepada kebahagian'. Ahmad Albab dalam filem itu tidak berperanan apa-apa kecuali sebagai asbab musabab. Kedua-dua biras itu pula sebagai tool untuk Syawal menjalankan misinya.
Syawal adalah seorang fakir yang tidak mengambil tahu hal duniawi kerana kehidupannya yang susah. Kerana amanah, dia mengembala kambing. Oleh kerana di pandang miskin, dia di kahwinkan dengan Mastura. Masturalah yang mengubah kehidupan Syawal menjadi semakin bahagia. Dari situ, lahirlah "Ahmad Albab" dalam keadaan yang binggung. Secara magikal, keadaan mereka berdua bertukar daripada miskin kepada kaya. Dengan kekayaannya itulah, dia membangunkan kampung Pening Lalat dan menjatuhkan ego bapa mertuanya; Haji Mashood.
Kesimpulannya;
Ahmad Albab bukan mengenai wang emas seperti yang segelintir yang melihatnya dari sudut pandangan Haji Mashood dan kedua birasnya. Semuanya tentang harta.
Sebenarnya, Ahmad Albab adalah penghubung antara kemiskinan dan kekayaan. Antara alam manusia dan jin. Antara kampung dan bandar. Ya, Ahmad Albab itu adalah PENGHUBUNG. Suatu TRIGGER/PENYEBAB berlakunya sesuatu proses perubahan.
Tapi, untuk hal kebangkitan, siapakah sebenarnya AHMAD ALBAB?
Insyallah, saya akan sambung hal ini untuk siri kedua nanti. Dikesempatan itu, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir dan batin.
Wassalam
+ comments + 8 comments
salam hasell,
bagi sayalah ahmad albab itu ialah pemegang amanah Harta dunia yg diberi oleh Allah swt utk membantu setiap manusia didunia tidak kira apa2 bangsa..... welcome back to 700 years of Muslim empire..
terdapat ramai 'ahmad albab' sebenarnya ...
menarik.......
ahmad albab adalah ulul albab...
Ibu saya memiliki pancaindera keenam utk melihat dimensi alam satu lagi dan berkomunikasi dgn mereka di alam sana. Pernah suatu ketika saya menceritakan ttg rahsia emas raja2 melayu dan usaha British utk merompak emas tsbt yg saya baca dlm sebuah blog pd Ibu saya. Sejurus itu Ibu saya diperlihatkan padanya jongkong emas yg dijaga oleh mereka dari alam satu lagi. Penjaga tersebut berkata pada Ibu saya mereka (British) tidak berjaya mengambilnya krn ianya bukan hak mereka. Wallahualam...
mrk. Wallahualam...
asalnya lagu ahmad albab...
http://www.youtube.com/watch?v=iE9_Guv0D3E
Maaf off topic sebentar. Mengenai sultan sultan di sumatera yg dibunuh oleh kebangkitan rakyat,sebenarnya terdapat kerabat diraja yg lari ke tanah melayu dan mereka membawa harta emas mereka kesini tetapi harta tersebut mempunyai penunggunya. Hal ini diceritakan oleh kawan ibu sekerja saya yg bermimpi mengenai harta peninggalan kerabat diraja keturunannya tetapi kasihan kepada beliau kerana sanak saudaranya sanggup sihir semata2 mahukan harta tersebut sehingga lah baru2 ini pada awal ramadan lalu beliau bermimpi didatangi orang berjubah putih menyuruh beliau menggadaikan emas tersebut dan sedekahkan wang tersebut kepada masjid2 yang berdekatan. Menurut beliau harta emas tersebut mempunyai ukiran naga dan haiwan seperti yg saya baca di blog2 sejarah. Sayangnya kerana beliau lupa untuk menangkap gambar untuk tatapan anak bangsa
Best la cerita ni