Total Pageviews

LANGIT DAN BUMI BERSATU


salam

Surat Al-Anbiya ayat 30.....
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya LANGIT dan BUMI itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian KAMI PISAHKAN KEDUANYA. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

persoalan:
jika kita tak mengetahui langit dan bumi dulunya bersatu dan segala yg hidup itu dari air, apakah kita menyamai taraf 'kafir' itu?! Adakah kita telah jatuh KAFIR kerana kita tak percayai dan memahaminya? Ia adalah satu soalan yang serius!!!
Bersatu yg bagaimana, pisahkan yg bagaimana? air apa? sesuatu yg hidup yg bagaimana? saintis kata, dulu semuanya berasal dari 1 unsur saja dan kemudiannya berpecah (jadi ler big bang). sedikit demi sedikit, unsur2 tidak nyata ni menjadi lembaga. ada jadi planet, jadi bintang, dan jadi manusia.  orang barat yg mencari 'enlightenment' mengatakan, 'kita semua dari bintang'... bahkan ada falsafah mengatakan, bilangan bintang itu menyamai bilangan jiwa2 di bumi. 

Jika kita mencari logikal scara teori sains, Ya, tika dahulu segalanya dari suatu unsur yang satu dan kemudiannya berpecah. Gas dan cecair memenuhi ruang yang tidak terbatas. Kemudiannya, ia makin menyejuk dan menjadikan jasad-jasad di ruang yang kita namai angkasa.



APAKAH ITU LANGIT?
Itu suatu lagi persoalan. Adakah angkasa itu langit? Kita selalu mendongak ke atas, melihat awan dan memerhati pergerakkan bintang-bintang di langit. Adakah langit itu ruangan berwarna biru, di bawahnya awan dan di atasnya angkasa? Atau, awan hingga ke angkasa itu lah langit? Yang pasti, apa saja yang BERADA DI ATAS DARI PADA UBUN-UBUN KITA, DI SEBUT 'LANGIT'.

Suatu teori lain adalah; Adakah tika langit dan bumi itu sebenarnya adalah sangkaan jiwa sebelum dia di lahirkan ke dunia. saat itu segalanya adalah 'bersatu'. tika lahir, tampaklah langit dan bumi itu di 'tongkatkan' oleh sang insan yg baru saja menangis kerana di sini medan ujian. bila tongkat bumi itu runtuh yakni mati, kembali semula lah langit dan bumi ke tempat asalnya. bersatu kembali. menuju alam lain pula yakni kita di dunia sebutnya sebagai 'alam kubur'

Iya, manusialah tongkat langit. Selalu orang-orang tua menyebut perihal tongkat langit. Tapi, tongkat yang bercahaya mampu membuka pintu antara keduanya. Pernah ketika dulu, dari kejauhan, saya di beri 'peluang' melihat cahaya memantul ke arah langit. Gloaming light. Terus saya terdetik 'owh, itulah tongkat langit'. Menariknya, ia sebenarnya telah ada di situ, cumanya, kita tak pernah terperasan sebab kita sering di tutupi hijab kita sendiri.
Minda kita yang mengizinkan sesuatu itu di buka atau tidak. Andai diri tidak mampu untuk menanggung benda yang mendatang, minda akan memberi 'rejection' kepada alam sekeliling. Dan perkara itu tak akan dapat di visualkan, di dengari atau di rasa. Kerana itulah terma IMAN itu sangat susah.
IMAN... Keyakinan dengan sungguh-sungguh serta mampu praktikal. Keyakinan yang benar-benar dia memahaminya. Bukan hanya sekadar kata 'saya beriman'. Kerana itulah ayat quran menyebut tentang 'tidak layak seseorang itu menyebut aku beriman kepada ALLAH kecuali dia di beri ujian yang setimpal dengan kekuatan dirinya'.




AIR:
kita sangkakan itu adalah air mani.. iya benar tu. sebut juga sebagai hayun hayat. tp sebelum tu, apa lagi?
sains kata; sebelum ada kehidupan, cuma ada air saja. dari air itulah wujudnya kehidupan seni pertama yg kemudiannya berevolusi... tp adam bukan tiba2 dari situ.. adam di 'lembagakan' yg kemudiannya di isi 'roh'.
ada juga yg menyebut; tika pembentukkan segala isi angkasa, terdapat pelbagai jenis air seperti arkohol dan merkuri serta lain yang menghuni angkasa.  Kerana itulah, kajian mengatakan AIR ITU MENGANDUNGI MEMORI. Tidakkah pengamal perubatan mengatakan, semakin kita kerap meminum air masak yang jernih, ia akan menawar racun dan membuang penyakit kita, sedikit demi sedikit. Tidakkah 'menawarkan' itu juga bermaksud 'RESET'

Tunggu sekejap... Apakah hanya air yang mempunyai memori? JIka di katakan bahawa tiap sesuatu itu dari air, maka tiap benda itu punyai memori. Akan tetapi ayat di atas menyebutnya sebagai 'benda hidup'. Maka, di sini, tiap kali sistem biologi itu mengandungi air, maka ia menwarisi sistem kehidupan dari 'nenek moyangnya'. Air adalah suatu medium yang menyimpan program yang di teruskan ke generasi hadapan.
Berbalik pada persoalan; adakah kita jatuh kafir kerana tidak memahami 'langit dan bumi pernah bersatu?'. Sesungguhnya, ayat itu di tujukan pada sang kafir agar muslim memahami maksud ayat itu dengan membuat kajian. Tidakkah berfikir tenang penciptaan ALLAH itu lebih baik dari beribadat 1000 tahun?


Sesungguhnya; kerana Allah perintahkan supaya mereka tidak beriman maka jadilah penekanan ini. yang beriman tidak pernah sunyi dari yang tidak beriman...macam tu jugalah yang tidak beriman tidak pernah sunyi dari yang beriman...salin lengkap melengkapi antara satu sama lain...lain sama satu...siapa yang faham ini...maka tiada takwil bagi yang beriman dan tidak beriman.

Apakah artikel ini suatu kebenaran? Jawapannya; tidak. Kerana kebenaran itu akan terbuka bila anda membuat kajian dan pemikiran sendiri. Teruskan memerhati kejadian alam, pulangkan kehebatan itu pada sang pencipta. Dzat yang unggul. Kebenaran sejati itu hanya DIA yang tahu. Insan akan terus bersangka-sangka. Yang paling 'kuat' dan memenangi hati insan lain itulah yang kita sebut sebagai 'kebenaran'. Dan sangkaan itu akan terus bertukar-tukar dan 'upgrade'. Di dunia, yang menang adalah yang kuat dan bijak. Janganlah kita jadi 'lemah' dan jahil sebagaimana dalam ayat quran di atas. Jadilah kita beriman kerana telah tahu dan faham tentang langit dan bumi serta element kehidupan ini. Wallahualam
Share this post :

+ comments + 7 comments

August 16, 2013 at 3:23 AM

Langit itu pengetahuan,

dengan ilmulah kita berupaya naik ke langit.

Semuanya bermula daripada titik.

Titik inilah perlu ditelek diperhalusi agar pengetahuan terus bertambah.

Air adalah lambang cahaya/kilat/buraq.

Air dan cahaya itulah penyuluh kehidupan.

Iman terbit dari ilmu, rasa dan pengalaman.

Barulah layak mengaku Islam.

Bukan Islam warisan.

August 16, 2013 at 3:26 AM

Bumi itu diri.

August 17, 2013 at 3:18 AM

Apa itu minda? Mengikut ilmu tasauf akal letaknya di dalam hati merupakan nur bagi org beriman. Jadi org beriman mendapat akal yg bercahaya menerangi hati dan otak. Jadi otak untuk fikir dan akal menerima petunjuk tuhan. Maka kerana inilah ilmu ketuhanan tidak sampai kpd manusia yg hanya berfikir. Akal terbina dari nur zat tuhan dan nur inilah yg mengenalkan diri kepada pentajalian zat tuhan. Sesiapa yg sampai kpd makam hakikat zat iaitu tajali nur maka kamillah dia sebagaimana kebanyakan nabi2 dan para wali. Dunia ini asalnya dari satu nur yg menjadi kekasih diri tuhan yg maha esa.

August 20, 2013 at 6:30 AM

Pernah berpengalaman pada awal Syawal baru ni nampak 'sepasang mata'. Apakah maknanya :/

Anonymous
August 20, 2013 at 12:35 PM

Lama tak nampak bro, apa kabar?

Anonymous
September 17, 2013 at 10:03 AM

Tuan, saya suka blog tuan..tapi ada yg saya ragu2 tentang ayat "tidakkah berfikir tentang penciptaan Allah itu lebih baik daripada 1000tahun ibadat"..ayat ini yg saya tahu adalah hadis palsu..

April 30, 2014 at 1:20 AM

Bila tuan pengarang taip ayat tu sebagai hadis?

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger