Total Pageviews

Perihal AHMAD ALBAB 2

salam


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Surah Al-Imran Ayat 190)


Selain di maksudkan dengan pintu, ALBAB juga di ertikan sebagai golongan yang berakal. Di petikan ayat itu, ia mengenai suatu golongan yang melihat kejadian yang berlaku di langit-bumi, siang-malam. 

Golongan berakal itu melihat sesuatu itu dari sudut tanda/simbolik/kenyataan/moral. Dari situ, mereka membina 'applied' atau sesuatu yang boleh di bangunkan. 

Ayat seterusnya:
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. "
(Surah ali-’Imran:190-191)

Golongan berakal itu melihat perkara itu dan kembalikannya kepada maha pencipta. Tetapi, di akhirnya, mereka berkata 'ciptaan ini sia-sia'?!
Bagaimana boleh sia-sia sedangkan sudah ternyata bahawa ciptaan itu adalah untuk manusia. Bahkan hampir kesemuanya adalah untuk bani Adam.

Jadi, di sini, apakah 'sia-sia' itu di ertikan sebagai:-
-universe terlalu luas tapi tidak berpenghuni melainkan manusia
-alam ini hanyalah ilusi

-alam hanyalah refleksi dari cahaya diri

-dan sebagainya (anda tambah sendiri)

Dalam kajian sains, mereka mendapati blok universe ini adalah 'kosong'. Seolah-olah ianya HOLOGRAM. Bahkan, kita juga projeksi sesuatu rangkaian data dan bertindak balas dengan rangkaian data yang lain.

Ia boleh di ertikan begini;
suatu kertas bertulisan, di letakkan lampu suluh padanya. Maka, terciptalah bayangan dari tulisan itu.  Andaikan pula, lampu-lampu itu berada di setiap 360 darjah dan di suluh pada 1 pin point, maka objek akan terbentuk dari bayang itu yang berpunca dari tulisan di atas kertas.

Ini bersesuaian dengan ayat quran tentang; IBU KITAB atau Luhul Mahfuz. Data-data telah tertulis dan di projeksi (cahaya di atas cahaya) dan berlakulah kehidupan.

sekejap......
Apa kaitan tulisan di atas dengan Ahmad Albab?!

Begini;
ayat quran  Surah Al-Imran Ayat 190 itu bersesuaian dengan kisah Nabi Ibrahim a.s.
Cuba perhatikan kisah baginda. Nabi Ibrahim lah yang melihat langit demi mencari tuhan yang sebenar. Akhirnya, baginda tahu dan yakinnya menjadi luar biasa. Api namrud tidak mampu untuk membakarnya. Tuhan-tuhan babylonian runtuh kerananya. Tahukah anda, tuhan-tuhan ketika itulah yang kita namai sebagai ANNUNAKI. Jika di zaman sekarang, kita kaitkannya dengan Ancient Astronaut. Jika di fikirkan secara realiti, Annunaki ini adalah segolongan 'manusia' yang punyai teknologi yang hebat. Meskipun begitu, tika zaman Namrud itu, Annunaki itu tidak lagi wujud bahkan telah pun di 'patungkan'.

Tika itu, mereka fikir, segolongan manusia dari langit itulah tuhan mereka. Nabi Ibrahim tidak beranggapan begitu bahkan melihat kisah kejadian alam. Akhirnya, baginda menemui suatu solusi.

kalau nak dikaitkan dgn cerita p.ramlee itu, di situ pun kita boleh teorikan bahawa, pintu kepada ahmad adalah "albab", yakni nabi ibrahim itulah pintu pada ahmad yakni Nabi Muhammad. 

Jadi, dapatlah di simbolkan (bukan di samakan.. kena faham. Nanti ada orang tak faham terus zass.. itu perangai bodoh sombong), bahawa watak Syawal itu adalah sifat Nabi Ibrahim. Lemah lembut, mahu menaik taraf kehidupan dan sekitarnya serta seorang yang pemaaf. 

Kambing? 
Cuba kita samakan dengan kisah KIBAS dan Nabi Ismail. Walaupun dalam cerita Ahmad Albab tiada kisah penyembelihan, tapi di situ kita dapat lihat, Syawal menyerahkan anaknya kepada sesuatu yang dia sendiri tidak faham tapi dia tahu, bahawa dia dan anaknya akan selamat. Moralnya di situ adalah;  tentang kisah keyakinan tanpa berbelah bagi.

Ramai melihat Ahmad Albab kerana emas yg di milikinya. Jarang benar yang melihat bagaima
na ayahnya si Syawal mampu menjinakkan jin dan menurunkan ego si penguasa yakni Haji Mashood. 


Bahkan dia memaafkan biras-birasnya dan menyebabkan kedua birasnya berkerjasama dengannya. Pernah kita mendengar kisah FATHUL MAKKAH?
Kisah pembukaan mekah, suatu kejayaan besar Nabi Muhammad, mengambil kota mekah dari penguasa kafir quraisy?! Saat itulah Nabi Muhammad memaafkan beribu kafir quraisy yang telah cuba membunuhnya, meracun dan melempar tahi padanya. Kisah fathul makkah bukan kerana kejayaan menumpaskan penguasa tapi suatu kisah kemaafan yang paling tinggi nilainya.

Di  dalam cerita itu, Ahmad Albab itu tiada apa-apa pun kecuali hanyalah bayi semata-mata. Ahmad Albab hanyalah 'tanda' supaya suatu jalinan antara jin-manusia dpt di jalankan. Kerana dialah, sang miskin menjadi kaya. Yang kaya menjadi miskin. Kampung yang pening lalat (dalam keadaan kacau dan jumud) menjadi bandar dan terkenal. Ahmad Albab tidak membuat apa-apa 'action'. Tapi dialah asbab dan Syawallah penyebab.

Berbalik kepada ayat quran di atas, 

ibaratnya, MALE itu adalah langit dan FEMALE itu adalah bumi. Siang itu adalah MALE dan malam itu adalah FEMALE. Tapi proses berlakunya pertukaran itu yg menjadi TANDA/ASBAB. kiranya, pergerakkan itulah tanda,asbab. Dan perkara itulah AHMAD ALBAB.

Jadi, apa kesimpulan dari kisah di atas.

Dari ayat Quran, kepada kisah universe itu Hologram, kepada kisah Syawal dan kesamaan watak Nabi Ibrahim serta Ahmad Albab itu adalah PROSES PENGHUBUNGAN?!



Kesimpulannya adalah;
kejadian bumi-langit itu merupakan tanda bahawa kesemua itu adalah suatu HOLOGRAM yang mana, tiada sesuatu pun yang kekal, bahkan sentiasa berubah-ubah.








Perubahan itu memerlukan proses dan proses memerlukan ASBAB. Di setiap zaman perubahan, wajib akan timbul pelbagai watak, demi mewujudkan suatu konflik agar dari konflik itu, tercetus perubahan secara total. Watak yang di perlukan adalah sang hero, sang heroin yang menjadi daya pendorong, watak antogonis yang harus di jatuhkan, watak jahat yang menjadi asbab hero menjadi makin hebat dan seseorang 'teacher' atau 'penasihat' yang menyebabkan hero itu berubah dari lemah kepada kuat, dari miskin kepada kaya.

Lihatlah mana-mana filem atau drama, watak-watak ini sentiasa berulangan. Kita selalu sebut, sejarah itu sentiasa berulangan, bukan? Jadi, kehidupan juga seperti itu. Watak yang sentiasa menyebabkan perubahan total kepada dunia, kebanyakkannya jenis pelembut, cerdik, penyabar dan tidak bertindak terburu-buru. Akan ada watak pendorong yang akan memaksa sang hero untuk berkerja keras dan akan tiba suatu tahap, hero terpaksa 'kalah dulu'. Ketika itulah sang MURSYID atau sang guru a.k.a AHMAD ALBAB akan hadir memberi cahaya.

Saat itulah proses peralihan bermula. Roda kehidupan mulai berpusing. Dunia dalam filem mulai terumbang ambing. Takkala hero mula mendapat rentak, maka kehidupan sekitar mulai seimbang. Di situlah, sang jahat mulai melemah dan tunduk pada sang penguasa yang baru.

Begitulah yang berlaku pada akhir zaman, akan berlaku TANDA-TANDA di langit dan bumi untuk yang MEMIKIRKANNYA. Tanda di langit dan bumi itulah tanda PROSES PERALIHAN sedang bermula. Takkala itulah, sang HERO mendapat tahu, itulah saat dia menjadi HEBAT. Sang hero menjadi hebat bukan kerana 'tools' atau sebarang senjata. Tapi asbab YAKIN.

Ya, dia YAKIN bahawa dunia sedang berubah. Jika dia terus berusaha, maka dia boleh menjatuhkan penguasa yang sedang menguasa kini. AHMAD ALBAB itu berada dalam diri sendiri. 

Tidakkah kalian perhatikan bahawa, AHMAD ALBAB itu anak kepada Syawal dan Mastura? Ahmad Albab itu adalah dari diri sang hero itu sendiri. Keyakinan di luahkan dan di bentukkan. Proses peralihan berlaku dan hero yakin. Dengan jalan yang betul yakni dengan jalan lemah lembut, cerdik, yakin, dan berperancangan, maka dapatlah sang penguasa jahat itu di kalahkan.

Tidakkah dalam filem P.ramlee itu menyebut di awal cerita Ahmad Albab;
"tanpa gula dan garam, kehidupan tiada bermakna,
sama seperti saya dan mastura, perlukan bapak"

Tanpa jahat, kebaikan itu tidak di kenali
Tanpa kebaikkan, kejahatan itu sia-sia

Itulah keseimbangan.
Tanda-tanda bahawa alam ini sentiasa di gerakkan oleh golongan AHMAD ALBAB. Dulu kini dan selamanya.

Wassalam 


 








Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 8, 2013 at 4:04 PM

Walaupun nti kne ulang bce blk.. Tp seronok.. Dpt bce, xla stress pk raya.. Huhu raya pn nk stress.. Teringat jalan cerita de facto hihi. Salam aidilfitri

August 9, 2013 at 12:10 PM

dung cikedung cikedung dung...
dung cha...

sampai ponat palo den duk pikir hal kejadian..

namun kini jiwaku terasa bebas..
kepala pun tak terasa berat..

hai berahimm...
otakmu semakin laju juga ya..
hmm aku sedar semuanya sudah bermula pada awal ramadhan tempoh hari.

kau adalah bapa bangsa.
teruskan.

Anonymous
August 11, 2013 at 12:47 PM

Huraian yg bijaksana, lagi mahal harganya...
kebanyakan orang tafsir ayat 191 tu sebagai orang yg banyak zikir, itu sahaja... malangnya mereka hanya zikir dimulut sahaja, pastu bila jumpa ayat2 macam2 ni terus berzikir tanpa ada pemahaman atau perubahan dalam cara zikirnya... ruginya.

Kita amal ikut niat kita, dan mereka yg tahap rendah ni hanya berhajatkan pahala sahaja bila beramal... walhal ada lagi tinggi, dan yg layak tahu hanyalah ahlul albab.

apapun tuan blog, huraian bernas dapat kaitkan cerita pramlee dengan dunia fana ni, terima kaseh byk2 n selamt hari raya.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger