"SETIAP YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR"
Salam,
dulu, saya pernah keluarkan siri Matrix Review dan saya berjanji akan membuat ulasan sehingga ke siri ke 5. Untuk siri ke 4 ini, saya akan membuat ulasan mengenai siri Matrix Revolution yakni siri yang terakhir dari kisah trilogi MATRIX.
Bagi yang belum mengikuti ulasan yang saya pernah buat mengenai Matrix, anda boleh layari di sini:-
Untuk siri ini, saya akan menceritakan sepintas lalu mengenai perjalanan filem ini. Matrix Revolution ini adalah kesenimbungan dari siri matrix reloaded yang mana, filem ini bermula bila NEO tiba-tiba pengsan setelah bertembung dengan sentinal di dunia 'real'. Di sini, NEO 'rasa' the sentinal tak ubah seperti the agent dalam dunia matrix dan mampu menahan mereka sebagaimana dia menahan peluru di dunia matrix.
(dibaca: seperti alam mimpi, 'rasa' adalah medium paling utama dalam menjadikan sesuatu itu 'realiti' atau tidak. Walaupun dalam mimpi, dengan rasa itulah kita jadi yakin bahawa alam mimpi itu adalah realiti, sehinggalah kita bangkit bangun dari tidur dan sedar 'owh.. itu semua mimpi rupanya')
Takkala itu juga, agent smith telah memasuki dunia 'real' melalui jasad seorang askar di situ.
(dibaca: scene ini tak ubah seperti JIN yang mahu memasuki sesuatu jasad dan merasai semula kehidupan. Oleh yang demikian, jasad tak boleh 'kosong' yakni, sentiasa di pagari dengan kesedaran diri sendiri.)
Dalam dunia matrix, NEO terperangkap di suatu lokasi yang di panggil MOBIL AVE. Hanya The Trainman saja yang boleh mengeluarkan seseorang dari tempat itu. Lokasi itu adalah tempat di antara 'the source' dan juga dunia Matrix.
(dibaca: MOBIL AVE ini bagi saya tak ubah seperti ALAM BARZAH. Suatu alam tempat menunggu sebelum pulang ke 'the source'. Ia juga di kenali sebagai THE LIMBO (akronim bagi perkataan MOBIL). MOBIL AVE yang sebenarnya adalah mobil = stesen, AVE= Alta Velocidad Española (AVE) yakni stesen keretapi laju di spain)
Di MOBIL AVE, NEO bertemu dengan SATI, RAMA KANDRA ayahnya dan KAMALA ibunya. Mereka bertanyakan NEO kenapa manusia boleh berada di situ sedangkan tak pernah sesiapa berada di situ melainkan The Program. Mereka juga bercerita tentang kasih sayang kerana asbab mereka berada di situ adalah untuk melepaskan SATI dari kejahatan Merovirgian.
(di baca: Mereka bertiga itu di tonjolkan sebagai Indian. Jadi jelas ia mengenai pengaruh hinduisme di situ. Dalam hinduisme, SATI bermaksud KESUBURAN atau KEHIDUPAN. Dalam bahasa melayu, ia juga di sebut sebagai PATI/INTI.
RAMA KANDRA pula bermaksud The Champion dan KAMALA adalah bermaksud Bunga LOTUS. Jika di simpulkan ketiga perkara itu, ia di simbolikkan sebagai "Kehidupan yang berkembang mekar dan cemerlang ibarat Bunga Teratai". Ia sebenarnya gambaran tentang NEO. Dengan kasih sayang, maka lahirlah kehidupan dan dengan kasih sayang yang betul jalannya, maka ia akan melahirkan kejayaan.)
Kemudian, The Train Man tiba. Ketiga mereka dapat memasuki keretapi itu kecuali NEO. Hanya dengan keizinan Merovirgian sahaja barulah NEO dapat menaiki keretapi itu dan melepas diri dari MOBIL AVE.
(dibaca: INTIPATI kehidupan adalah suatu program di dunia ini. Ia akan lahir bila ada KASIH SAYANG/RAHMAN RAHIM. Tanpa itu, maka kehidupan itu akan mati atau hidup tanpa tujuan)
TRINITY, MORPHEUS dan SERAPH pergi berjumpa MEROVIRGIAN. Walaupun Merovirgian berkuasa, tapi akibat terlalu kuatnya cinta trinity kepada Neo, maka Merovirgian akur dan membiarkan mereka pergi ke Mobil Ave dan mengambil Neo.
(dibaca: kerana kasih sayang dan bertujuan, maka 3 perkara ini akan terus hidup yakni trinity (hear,see,feel) - Morpheus (tujuan hidup) - Seraph (penjaga/takdir).
Hidup di dunia ini ada tujuan dan tujuan itu harus di fahami. Dan kerana itulah kita kelak akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang kita buat di sini)
Sekembalinya mereka dari Mobil Ave, Neo menemui Oracle dan bertanya tentang Mr.Smith yang semakin berkuasa di dunia matrix. Oracle berkata, untuk hentikan Mr.Smith, tidak lain tidak bukan, hanya NEO saja yang mampu berbuat demikian. Bahkan Orancle sendiri akan 'mati' di tangan Mr.Smith.
(dibaca: Oracle itu adalah masa dan masa bermain-main dengan kehidupan dan ia di gelar 'ujian'. Oracle sendiri yang bermain dengan permainannya dan di perlu berkorban untuk meneruskan 'game' ini. Semakin berkuasa kejahatan, makin 'mati' masa itu terjadi. Kerana itulah semakin lama, semakin cepat masa kita rasa di dunia ini. Sehinggalah ia 'mati' dan ia di gelar kekal abadi, meskipun kekal abadi sebenarnya suatu ukuran masa jua)
Di dunia Zion/real, mereka berhadapan dengan pencerobohan sentinal. Pasukan tentera terpaksa di kerah. Komander Lock harus berdepan dengan 12 ketua dan berjanji akan melindungi zion.
(dibaca: zion a.k.a dunia di ketuai atau di 'arah' oleh 12 zodiak atau buruj. Buruj ini menguasai ekosistem dan pemikiran manusia samada sedar atau tidak. Kerana itulah, zaman dahulu, mereka melihat bintang sebagai tanda untuk di kenal. Dalam Quran sendiri menyebut tentang bintang adalah pentanda bagi mereka-mereka yang berfikir)
Di suatu sudut yang lain, NEO meyakinkan kapten Niobe, Morpheus dan ahli lain untuk menuju MACHINE CITY di mana, dia yakin dia dapat menamatkan perang itu.
Selepas berlepas bersama TRINITY ke Machine City, NEO terpaksa berdepan dengan BANE, askar yang telah di rasuk oleh Mr.Smith. Dari pertarungan itu, NEO buta kedua belah matanya. Tapi, melalui 'RASA", akhirnya, BANE/Mr.Smith dapat di kalahkan.
(dibaca: Machine City juga di kenali sebagai tempat pentadbiran The Source. Ia di umpamakan sebagai tempat acuan bermula. Tempat intipati berkumpul tapi ia bukanlah THE SOURCE kerana The Source itu adalah tersembunyi di sebalik Machine City. Tak akan dapat di lihat atau di kenali. Ia juga suatu kota cahaya.
BANE di simbolkan sebagai PEROSAK, KEMATIAN atau KEROSAKAN. Bila sesuatu jasad itu di rasuki tanpa sedar atau dengan sedar, kejahatan akan melular dan mereka cenderung kepada sifat mahu memusnahkan. Walaupun mata NEO tidak dapat melihat, dengan deria rasa atau six sense, seseorang yang baik spiritualnya akan dapat mengesan gelaja buruk atau jahat yang sedang berlaku.)
Di Machine City, Neo berhadapan dengan ribuan sentinal dan mesin pengebom berbahaya. Di saat itu, Neo terpaksa gunakan cara sebagaimana dia pernah lakukan ketika menahan peluru di dalam dunia matrix.
(dibaca: command atau KUN adalah suatu arahan minda pada alam sekitar. Dengan yakin dan beriman, maka alam itu pasti tunduk pada arahan. Yang pasti, itu lakukan itu, hati itu perlu yakin dan faham serta sedar akan ciptaan dan ketuhanan)
Walaupun berjaya menghalang Sentinal dan pengebom itu, tapi kerana terlalu banyak, maka mereka berdua terpaksa melarikan diri dengan menuju ke langit paling tinggi. Di situlah, kali pertama mereka melihat matahari. Cahaya yang sebenar. Sungguh cantik. Tapi sebenarnya, hanya TRINITI yang nampak perkara itu kerana tika itu NEO sedang buta.
(dibaca: adegan mereka naik ke langit itu tak ubah seperti simbolik bagaimana Nabi Muhammad isra mikraj. Di suatu sudut lain kefahaman yang lain pula, ia di sebut sebagai NIRVANA. Walau apa frasa dan perterjemahannya, ia mengambarkan puncak sebenar dalam kefahaman bertuhan, yakni MENEMUI CAHAYA SEBENAR atau di maksudkan sebagai ketenangan abadi. 'wahai jiwa yang tenang, kembalilah ke tuhanMU dalam keadan redha dan di redhai'.)
Selepas dari itu, mereka menjunam ke bawah dan akhirnya melangar suatu bangunan di situ. Akibatnya Trinity mati. Berakhirlah kisah cinta Neo-Trinity. Di sebabkan amanah, Neo terpaksa berdepan dengan DEUX DE MACHINA.
(dibaca: Bila mendapat ketenangan abadi, Trinity (hear-see-feel) tidak di perlukan. Hanya dengan 'rasa' maka dapatlah melihat dunia ini terbina dari 'cahaya' yang NYATA. Dengan keNYATAan itu, maka seseorang insan harus berdepan dengan KEEGOAN atau di kenali sebagai keAKUan diri sendiri.)
Deux De Machina adalah refleksi dari Dunia Matrix yang mana di penuhi dengan keegoan dan kebanggaan. Dek kerana itulah Deux de Machina sukar untuk menerima pertolongan Neo, seorang manusia. Bila Neo bertanyakan tentang, bagaiman mereka mahu mengatasi Mr.Smith dalam dunia mereka, akhirnya Deux De Machina terpaksa akur. Neo kini harus menamatkan sengketanya dengan Mr.Smith untuk selama-lamanya.
(dibaca: tika Adam a.s di cipta, iblis dengan bangga berkata, aku lebih mulia dari adam kerana mereka di cipta dari tanah. Ada suatu entiti yang sama yang pernah berkata demikian, di kenali sebagai NAFSU. Nafsu ini adalah dari perkataan NAFSI yakni DIRI. dari Nafsi ini lahirlah NAFUS yakni NYAWA. Bila bernyawa, maka nafsu pun ada. Jika tidak, ianya hanyalah suatu bangkai semata-mata.
Jadi, kesedaran harus melawan dengan diri sendiri agar jasad dan pemikiran serta hati dapat selari dan di tawan)
Di dunia matrix, semuanya berubah. Keadaan menjadi sungguh kucar kacir. Segalanya telah menjadi Mr.Smith. Neo terpaksa berlawan dengan Mr.Smith sehinggalah suatu saat, Neo terpaksa mengorbankan dirinya kepada Mr.Smith. Dek kerana itu, akhirnya Mr.smith telah hancur dan lenyap lalu binasa.
(dibaca: di dunia matrix, segalanya telah menjadi mr.smith kecuali seorang saja yakni NEO. Neo adalah cerminan kepada Mr.smith. Neo adalah kebaikkan dan Mr.smith adalah kejahatan. Bila kejahatan terlampau berkuasa, maka tiada lagi asbab kehidupan di teruskan dan akhirnya ia binasa. Bergitulah jua sebaliknya. Baik-jahat adalah suatu keseimbangan. Wajib ada. Jika salah satu lebih dari satu lagi, maka bumi huru hara dan dunia hampiri kiamat. Dengan membunuh Neo, Mr.smith tiada erti lagi. Maka, lenyaplah segala dalam cahaya. Kembali kepada nan satu)
Kini, Zion telah bebas dari cengkaman Mesin-mesin. Manusia kini bebas untuk memilih samada mahu tinggal di matrix yang baru atau keluar ke alam 'real'/zion. Peperangan telah tamat dan dunia matrix berubah baru dan bertukar aman.
Tubuh Neo di angkut semula ke Machine City dan adegan itu di simbolikkan sebagai sebuah bunga LOTUS/Teratai yang sedang mekar bercahaya.
(dibaca: Bila semua jalan cerita telah tamat, maka bermulalah kehidupan yang lain pula.)
Matrix revolution adalah berkisarkan tentang kisah makna hidup dan kenapa harus hidup. Hidup adalah untuk memahami erti kehidupan. Erti kehidupan adalah memahami berketuhanan. Dengan berketuhanan, ia jadikan kehidupan itu tenang, displin dan yakin. Sehinggalah suatu saat, hati mereka berasa sungguh tenang dan mati itu sebenarnya suatu permulaan.
Wallahualam
+ comments + 8 comments
makin pening adala..
jangan pening2.. baca je dan enjoy
Kehidupan sebenar adalah di akhirat. Pilihlah mahu ke syurga atau neraka. Pilihlah nk kesenangan dunia yg sementara atau akhirat yg kekal selama2nya. Prinsip ruang dan waktu di akhirat tak sama dgn di dunia.
Wow... Huraian yg simple sbgai asas tapi saya yakin tuan tanah faham lagi dalam kan?
everything beginning has an end
Off topic. Talibarut yahudi zionis di sini tidak mahu TPPA dilaksanakan disini kerana takut hilang kuasa kewangan dan ekonomi yang selama ini sebenarnya menindas dan melemahkan jiwa dan fikiran orang melayu. Jika TPPA berjaya dilaksanakan maka majoriti orang melayu akan kaya dalam kewangan dan ekonomi kerana faktor pengharaman kawalan modal yang dibuat nanti. Dimana selama ini modal@dana@ harta orang melayu dihalang masuk oleh faktor kawalan modal yang dicipta oleh yahudi zionis.mereka juga takut bilamana nanti majoriti orang melayu sudah kaya kewangan dan ekonominyq maka duit mereka yang selama ini merasuah dan menindas jiwa dan fikiran orang melayu sudah tidak laku lagi. Seterusnya majoriti orang melayu akan menjadi Tuan Besar semula di dalam negerinya sendiri seperti nenek moyang mereka dahulu. Dimaklumkan hehehe
Benarkah begitu, stahu aku TPPA diwujudkan untuk mencairkan harta atau aset aset di rantau Melayu, Melayu dapatlah sedikit sebahagiannya mengalir ke tangan Amerika atau Yahudi..... sila beri penjelasan.
Tahniah tuan tanah sebab dapat membongkar erti kehidupan melalui rahsia Matrik. Renungkan lebih dalam lagi apakah Islam sahaja yg benar atau islam itu tidak mengenal bangsa dan agama. Islam itu universal untuk semua yg mengenal. Minta komen dan pandangan.
saya pernah dok berbincang dgn seorang member pasal TTPA ni.
Pada penerangannya, TTPA ni melindungi hak cipta seseorang daripada di tiru dan di jual pada harga yang rendah. Harga yang rendah itu sebenarnya tidak melepasi beberapa piawaian.
Sesuatu barangan itu, bila di patternkan, maka ia meningkatkan harga kos tetapi dari sisi baiknya, ia dapat membendung ubatan atau item yang tidak selamat di gunakan.
Ada beberapa isu yang mana berlaku penipuan pembelian sampai berjuta2 ringgit, padahal sebenarnya orang itu membeli ubat yang di seludup. Jadi, TTPA inilah yang melindungi perkara ini terjadi.
Itu dari kesan baiknya. Tapi, ramai juga yang menentang kerana kunonnya ia menyebabkan penguasaha melayu akan musnah. Bila costing pattern itu di wajibkan atas arahan TTPA, maka mungkin ramai penguasaha akan 'lemas' kerana costing ini. Itu adalah dari sisi gelap perjanjian TTPA itu.
So, terpulang pada kita..
adakah mahu selamat dari penyeludupan dan penipuan, atau beberapa penguasaha yang masih lemah ekonominya akan gulung tikar.