Total Pageviews

SUARA MANUSIA PADA BUNYI CENGKERIK?


Salam,

Pernahkah anda mencengar bunyi cengkerik di malam hari? Atau memasuki hutan dan mendengarnya? Tahukah anda, bunyi cengkerik yang kita dengar dan kadang kala menyakitkan hati itu sebenarnya adalah musikal pada alam sejagat?

Jika cengkerik itu di samakan dengan umur manusia, bunyi yang kita dengar dari cengkerik itu akan menjadi lebih 'panjang dan lambat' bunyinya. Ini kerana kadar hayat cengkerik adalah pendek, jadi bunyi yang di hasilkan juga akan menjadi lebih laju dan nyaring.

Kenapa kita mendengar bunyi itu nyaring? kerana fenquensi bunyi cengkerik itu tidak sama dengan 'hayat' kita. Jadi, bagaimana kita hendak tahu, apa yang di nyayikan oleh cengkerik itu? Caranya ialah, kita samakan kadar hayat cengkerik dengan kadar hayat manusia.

Baru-baru ini, seorang komposer dari barat, Robert Wilson telah menangkap bunyi cengkerik dan secara tak sengaja memanjangkan jela bunyi itu sama dengan kadar hayat manusia. Kiraanya seperti ini. COntohnya, jangka hayat manusia sekitar 60 tahun. Jadi, bunyi itu di perlambatkan sehingga 60 kali.

Dan hasilnya? Suatu ciptaan tuhan yang mengasyikkan. Bila anda mendengar bunyi yang di kaji ini, anda tidak lagi mendengar bunyi cengkerik sebagai bunyi yang memeningkan lagi.


Tom Waits (on Jim Wilson): "Wilson, he's always playing with time. I heard a recording recently of crickets slowed way down. It sounds like a choir, it sounds like angel music. Something sparkling, celestial with full harmony and bass parts - you wouldn't believe it. It's like a sweeping chorus of heaven, and it's just slowed down, they didn't manipulate the tape at all. So I think when Wilson slows people down, it gives you a chance to watch them moving through space. And there's something to be said for slowing down the world."

Ianya sama seperti bunyi orang orchestra yang mendendangkan lagu pada alam. Andai anda boleh bayangkan, bila kita memasuki hutan dan mendengar bunyi cengkerik, maka ianya bunyi irama orchestra. Inilah terjadi bila kita 'sesuaikan' diri dengan frenquensi alam. Dengan kajian dan penemuan begini, ia menyebabkan kita semakin bersyukur dan berterima kasih kerana kita hidup di alam yang indah ini. Sesungguhnya manusia takut pada apa yang dia tak ketahui dan sedaya upaya menghapuskan ketakutan itu dengan perbuatan kezaliman.

Bunyi yang anda akan dengar itu adalah kombinasi antara dua bunyi. Bunyi pertama adalah bunyi cengkerik biasa. Dan satu lagi adalah bunyi yang telah di perlambatkan. Berikut adalah webpage music asal. Apapun, adakah ianya penemuan yang shahih? Hanya tuhan saja yang tahu.
Share this post :

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger