Total Pageviews

MISTERI KOTAK DARI TEPI JALAN

Ada orang suka internet kerana mereka boleh bersosial dan bermain games. Tapi, ada orang gunakan internet untuk mengelongkar khazanah terpendam dan mencari ilmu yang luas di dalamnya. Sehinggakan ada terma syeikh Al-Googleli dan Syeikh Al-Fesbokki.

Biarpun begitu, sebenarnya di dunia internet, ia merupakan tempat paling luas untuk mencampakkan perkara rahsia dan biarkan ia hanyut di lautan maya. Anda hanya tahu perihal internet, tapi pernahkah anda tahu tentang Deep Web? Ia merupakan internet yang lebih luas dan lebih misteri dari internet biasa anda gunakan.

Di Deep Web anda perlu gunakan browser khas bahkan anda perlu tahu alamat khas untuk melayarinya. Di sanalah para penjenayah melakukan perancangan. DI sanalah dadah di tempah bahkan paling senjata serta bom pun di plan di sana.

Tetapi, di dunia maya ini, ada orang yang memegang rahsia dan mencampakkannya di dunia yang luas ini tanpa sebarang klu. Manusia tidak mampu untuk menyimpan rahsia terlalu lama. Mereka akhirnya tetap akan menceritakan kepada seseorang yang lain walaupun sedikit. Begitu jugalah dengan 'seseorang' ini. Ada pemuda telah menjumpai siri gambar di internet yang mengandungi misteri yang tersendiri.

Sebuah beg kotak yang lama berisi beberapa keping gambar yang pelik. Pemuda itu 'download' gambar dan menyebarkannya di internet. Dari analisa, tuan punya beg telah mencampaknya beg kayu itu di tepi jalan. Kemudiannya, penemu beg mengambil beg itu dan kemudiannya menangkap gambar serta 'upload'nya ke internet. Ia tidak berakhir di situ, ada pemuda lain yang melayari internet menjumpai siri gambar itu dan menyebarkannya. Jadi, kini, anda sedang menyaksikan siri gambar KOTAK MISTERI itu. Tapi, adakah ini hanya propaganda, troll atau penipuan. Anda sendiri saksikannya. Tapi, jika benar, apakah tuan punya beg itu telah menjumpai laluan ke AGARTHA atau HOLLOW EARTH. Dapatkah anda semua analisa dan mengkaji tentang keshahihan gambar tersebut?

























Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 5, 2013 at 1:00 AM

the qonquer of shambala...

bila nak kupas pasal alchemy?

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger