Total Pageviews

SUNGAI LIMAU, SUATU UJIAN BUAT MUKHRIZ?


Salam,

sudah lama tidak saya menulis mengenai politik, tapi ini mungkin suatu artikel pendek sahaja. Pada hari ini, 4hb November 2013, telah berlaku PILIHAN RAYA KECIL (PRK) di Sungai Limau. Ia berlaku bila bekas menteri besar Kedah, Dr.Azizan telah meninggal dunia.

Berikutan dari itu, suatu pilihan raya kecil harus di jalankan dengan segera kerana tempat kosong di kawasan itu harus di isi. Meskipun demikian, ia menjadi sedikit lewat kerana memberi laluan kepada  Pemilihan Agung Umno. Saya tidak mahu menulis mengenai itu kerana rata-rata telah tahu bahawa Menteri Besar Kedah kini, Mukhriz Mahathir telah tewas di tangan Hishamuddin.

Walaupun ada sedikit 'kontroversi' di sebalik kekalahan itu, tapi Mukhriz harus berdepan pula dengan PILIHAN RAYA KECIL di sungai limau ini. Sekali lagi, Mukhriz harus berdepan dengan suatu lagi ujian.

Pilihan raya kecil ini di tandingi oleh parti PAS yakni Ustaz Mohd Azam dan dari BN, Dr. Ahmad Sohawi. Pada 4hb 11 2013, pada pukul 9 malam, keputusan rasmi telah keluar dan ia di menangi oleh pihak PAS. PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.

Berikut adalah kemungkinan kenapa pihak Mukhriz mengalami kegagalan (dari survey di suatu forum):

1. Tutup KUIN, Dr.Azizan berpesan supaya selamatkan KUIN.
2. Muhyidin Yassin telah mencetus kontroversi dengan kenyataannya terhadap arwah Dr.Azizan yang di kaitkan dengan pengunaan gula berlebihan.
3. Undi menurun sebab ramai tak ramai pulang ke kampung.
4. Pembentangan Bajet 2014 - kesan utama yang di rasai
5. Petrol - suatu peristiwa yang tidak di lupakan.

Meskipun demikian, saya rasa, ia bukanlah salah Mukhriz kerana dia menjadi 'kambing hitam' dalam isu ini. Dengan kekalahan ini, makin sukarlah dia menaiki tahta UMNO. Walaupun dia anak kepada bekas pemimpin terhebat Malaysia, tetapi, kini tahta itu di huni oleh beberapa kelompok yang saya lihat seperti sedang membina sarang yang kuat.

Apapun, kepada yang menang, di harap dapat berkerja dengan baik. Insyallah, kemenangan di awal tahun baru Hijrah ini akan memberi suatu inspirasi kepada semua. Salam Maal Hijrah dari saya, Hasellusiby. Wassalam
Share this post :

+ comments + 7 comments

Anonymous
November 5, 2013 at 7:14 AM

bilamana dana mega masuk ianya akan merancakkan dan melonjakkan ekonomi negara ke tahap status negara maju yang telah ditetapkan PBB dan Bank Dunia.Kuasa menjual tinggi kerana tingginya kuasa membeli itu tadi. Selama ini kuasa jual beli dunia hanya dimonopoli oleh 10%-20% penduduk.Tapi kali ini kuasa jualbeli itu akan jauh lebih besar berbanding sebelum ini kerana ianya melibatkan kuasa jualbeli majoriti penduduk! Penawaran duit melebihi permintaan duit di dalam sistem bank dunia akan menyebabkan harga terkawal.Cuma sebelum ini pemainnya ialah bangsa bukan MELAYU! Tapi untuk kali ini pemain utama ekonomi dunia ialah bangsa MELAYU kita!Bank akan memiliki kecairan yang tersangat tinggi dan ini akan melonjakkan ekonomi negara kita ke tahap yang luar biasa hingga dunia memandang kepada kita! Tujuan ini semua ialah bagi menyatakan kepada dunia bahawa kita ialah sebuah negara maju yang memiliki pendapatan yang tinggi yang dikuasai oleh bangsa MELAYU sebelum 2020? hehee

pemikiran stategik ADDP

madahselokaaddp.blogspot

November 5, 2013 at 10:07 AM

Maksudnya anon? boleh ulas lebih lagi?

Anonymous
November 5, 2013 at 9:47 PM

analisis yang kurang bijak.. kan kubu kuat PAS tu.. aizverus takmau buat analisis kenapa majoriti PAS berkurang?

Anonymous
November 6, 2013 at 2:00 AM

bukan undi kepada umno meningkat dan undi kepada pas kurang ka? majoriti kemenangan pas kan mengecil, lebih dari separuh oo dari pru'13. mungkin sokongan terhadap pembangkang yang berkurangan sedikit melegakan mukhriz.

keduanya atas sistem yang batil. menang kalah sama saja. takdak rasa apa pun baik waktu pas perintah atau umno perintah.

Anonymous
November 6, 2013 at 5:51 AM

Aizverus ni cakap aja takmau politik demokrasi.. tapi takmau lepaih jugak..

Anonymous
November 7, 2013 at 12:30 AM

Tahniahlah Syiah yg menang-boleh lateh tentera ad dajjal ke Khurasan Iran

Orang Melayu Islam ni jika pasal PAS extreme sampai tak fikir akidah jadi gadaian


Lepas ni makin ghairah orang PAS Syiah halang aktiviti umat Islam ASWJ di masjid masjid di Kedah...



Anonymous
November 8, 2013 at 9:07 PM

sudahlah aizverus.. ngaku ajalah penganut parti PR.. jangan cakap takmau politik demokrasi.. tapi dalam masa yang sama baguih punya duk kempen..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger