Total Pageviews

DARAH MELAYU



Salam.

Pada bulan lalu, saya dan beberapa rakan seperjuangan telah di datangi seorang pengarah terkenal melalui Facebook. Beliau adalah MAMAT KHALID. Pada mulanya, saya ingat ianya adalah akaun yang mengunakan nama mamat khalid.

Sebelum saya 'troll' akaun itu, saya lakukan kaji selidik dulu. Terkedu saya, ianya memang akaun real mamat khalid. Tidak menyangka beliau yang add saya (biasanya orang add dia).


Asal kisahnya, saya di facebook memang ada update perihal sejarah melayu di sana. Lagipun, Mamat Khalid pernah pergi ke acara HIKMAH anjuran blogger MERAH SILU (abang radzie shapie, penulis petuang ke acheh).

Maka, dari situ, mungkin Mamat Khalid ter'nampak' kami dan add kami atas dasar, beliau sedang dalam penyelidik sejarah melayu. Matlamat beliau adalah untuk menerbitkan suatu filem berkualiti dengan fakta sejarah yang benar.

DARAH MELAYU bakal menjadi filem epic dengan bantuan dan sokongan dari pelbagai lapisan pengkaji sejarah dan pembela melayu. Saya sendiri menyokong cadangan ini asalkan ia tidak berorentaliskan wang.

Dari kefahaman saya; DARAH MELAYU akan memaparkan fakta yang di luar pegetahuan awam. Ianya mungkin menjadi kontroversi. Walaupun ia sesuatu yang di luar kajian 'mainstream', tapi itulah yang di kaji oleh ratusan pengkaji sejarah kecil selepas bertahun-tahun melakukan explorasi, menyelidikan, temuramah dan sebagainya. Ianya lebih baik dari professor kangkung yang hanya duduk di perpustakaan dan mendapat PHD lalu mengatakan bahawa dulu Malaya ini tidak lain tak bukan hanyalah hutan yang di duduki oleh kaum primitif. Saya sailang itu orang.

Proses terkini DARAH MELAYU adalah, produksi sedang dalam meminta dana dengan MDeC. Di harap, ianya di luluskan dan menerima sejumlah dana yang besar agar sinis orang kita terhadap filem sejarah dan pengunaan CGI dapat di tepis.


DARAH MELAYU berkisarkan 5 epoch yang bermula dari pasca-banjir (mungkin ada masukkan sedikit element LEMURIA_ATLANTIS yang di sokong kajiannya oleh Prof. Stephen Openheimer). Kemudian, zaman sriwijaya, melaka sehinggalah tertubuhnya Malaysia. Apa cerita yang di tonjolkan nanti, saya tidak tahu. Ia masih dalam minda pengarahnya. Sama-sama kita nantikan jalan ceritanya.

Dalam sesebuah karya sejarah, setakat ini QUEEN OF LANGKASUKA adalah filem yang boleh di buat rujukan. Dengan kostum yang detail (tongkolok dari negeri mana, keris dan motifnya, kraftangan dan sebagainya). Selain dari CGI, perkara sekecil begitu adalah penting kerana DARAH MELAYU telah pun menjadi viral dan bahan bualan di kalangan ahli sejarah. Mereka sedang menyokong 100% usaha ini. Walaupun ada sedikit was-was, tapi di harap ianya boleh di tepis dengan kejayaan besar nanti.


Apapun, di harap usaha ini dapat di teruskan dan di sokong oleh organisasi kecil yang mana boleh memberi kekuatan dalam kebangkitan timur ini. Insyallah, kita cuba berikan kepercayaan kepada MAMAT KHALID untuk membina suatu produk yang epik ini. Insyallah.
Share this post :

+ comments + 6 comments

Anonymous
November 3, 2013 at 6:44 AM

bab pakaian melayu mintak2
kasi detail baru gempak beb haha

Anonymous
November 3, 2013 at 10:03 PM

apa melayu2ni.. marah dek puak politik demokrasi kang.. mana ada perjuangan melayu.. perjuangan parti islam saja..

Anonymous
November 4, 2013 at 2:06 AM

good luck..semoga berjaya abg mamat dgn filem beliau..jika org thai boleh buat queen of langkasuka, mengapa tidak kita?biarkan apa orang nak kata, Melayu itu lahir-lahir sudah Islam, insyaallah, mudah-mudahan mati pun dalam Islam...

November 4, 2013 at 8:03 AM

salam singgah...

November 4, 2013 at 10:35 PM

pergh tebayekz! tahniah mamat khalid, nusanaga n semua yg berusaha menaikkan nama Melayu. Google kat cineplex..tapi belum ada..bila mula tayangan ek? so kancheong tak sabar nak watch sey!

Anonymous
November 5, 2013 at 7:01 AM

bilamana dana mega masuk ianya akan merancakkan dan melonjakkan ekonomi negara ke tahap status negara maju yang telah ditetapkan PBB dan BANK DUNIA.kuasa menjual tinggi kerana tingginya kuasa membeli itu tadi.Selama ini kuasa jual beli dunia hanya dimonopoli oleh 20%-30% penduduk.Tapi kali ini kuasa jualbeli itu akan jauh lebih besar berbanding sebelum ini kerana ianya melibatkan kuasa jualbeli majoriti penduduk! Penawaran duit melebihi permintaan duit di dalam sistem bank dunia akan menyebabkan harga terkawal.Cuma sebelum ini pemainnya ialah bangsa bukan MELAYU! Tapi untuk kali ini pemain utama ekonomi dunia ialah bangsa MELAYU kita!Bank akan memiliki kecairan yang tersangat tinggi dan ini akan melonjakkan ekonomi negara kita ke tahap yang luar biasa hingga dunia memandang kepada kita! Tujuan ini semua ialah bagi menyatakan kepada dunia bahawa kita ialah sebuah negara maju yang memiliki pendapatan yang tinggi yang dikuasai oleh bangsa MELAYU, sebelum 2020? hehehe

pemikiran strategik ADDP

madahselokaaddp.blogspot

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger