Total Pageviews

1127030

KENA BULI


Salam, selamat tahun baru 2014 dan Maulidur rasul yang bakal tiba nanti. Untuk kali ini, nusanaga sengaja mahu menceritakan kisah hidup admin sendiri. Yalah, semua orang ada kisahnya masing-masing.

Lagipun, sejak dua menjak ini, admin rasa tak tahu nak menulis tentang apa padahal di kepala, terlampau banyak perkara yang mahu di kongsikan. Mungkin admin takut jikalau apa yang admin mahu kongsikan itu, tak di sukai oleh pembaca. Bahkan ia akan membawa implikasi buruk pada pembaca dan admin sendiri. Jadi, di sebabkan itulah tiap kali admin menulis, admin akan padam balik. Dan blog ini pun jadi 'slow' updatenya.

Lagipun admin bukanlah sepenuh masa dalam mengkaji tentang sejarah, kesufian atau isu semasa. Walaupun admin ada menulis nota, tapi tak semua boleh di muat masukkan ke dalam blog bersifat public sebegini. Jadi, admin terfikir, apa kata admin menulis tentang kehidupan admin sendiri dan apa yang kehidupan telah ajar admin.

Untuk pengetahuan semua, admin merupakan seorang yang suka memerhati. Admin suka perhatikan kejadian sekeliling. Admin suka kisah penciptaan. Suka tentang bulan bintang. Suka melihat telatah haiwan dan gelagat manusia. Dan dari situ, admin akan berfikir dan kaitkan dengan persoalan-persoalan seperti, siapa kita, kenapa kita di sini, kenapa mereka buat begitu, apa tujuan mereka dan sebagainya.

Bercerita mengenai ini, masa kecil dulu, admin ini boleh di katakan budak 'nerd' dan sedikit anti-social. Asbab admin jadi begitu adalah, admin berasa dunia ini tidak 'sesuai' untuk admin. Seolah-olah ada dunia lain yang lebih serasi dengan admin. Jadi, tika kecil, admin suka berkhayal. Dari situ admin suka mengenai kisah mistik, alam pelik-pelik dan sebagainya. Di tambah pula dengan komik-komik dari jepun dan hongkong, bertambah 'khayal' admin di buatnya. Ada aura, jurus dan sebagainya. Dalam masa yang sama, admin kadang kala di buli. Ya, admin dulu budak yang selalu kena ejek. Kadang-kala rasa nak nangis. Tapi, admin akui bahawa apa yang mereka ejek itu betul. Itulah diri kita. Admin redha. Jadi, sejak sekolah rendah lagi, admin sudah belajar untuk tahan sabar, redha dan maafkan orang lain. Kita nak lawan mereka, kita tak mampu. Kita sememangnya lemah. Tapi, admin tahu, dunia ini bersifat putaran. Sejak kecil admin di ajar tentang 'what goes around, come around'. Tika kecil kita lemah, dan takkan lah sampai mati pun kita lemah?!

Jadi, bagaimana admin mengatasi kelemahan itu? Antara sifat admin adalah bersifat sentiasa ingin tahu. Tika remaja admin tersentuh untuk membaca buku bersifat tasauf. Bila baca, 'ngam' pula dengan jiwa admin. Dan di datangkan pula rakan sebaya yang mengetahui tentang aura, meditasi dan sebagainya. Di situ admin mengetahui tentang 'inner self'.

Inner self inilah yang di kaitkan dengan kuasa pemikiran. Admin belajar untuk sentiasa bertenang. Admin selalu menyebut pada diri sendiri ayat 'wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan-MU'... Sebab dengan tenang, barulah segala boleh berjalan lancar. Tapi, kadang-kala kita akan gelabah dan was-was. Itulah musuh manusia.

Bila memasuki universiti, admin lakukan pula research mengenai metaphysic dan kaitan sains-kejiwaan. Admin lakukan itu adalah demi untuk perbaiki diri sendiri. Di samping itu, admin mengkaji sejarah melayu yang hilang untuk membekalkan motivasi tentang kehebatan sebenar seorang melayu. Keserasian kedua perkara ini menerbitkan rasa 'hebat tapi senyap'.

Ia telah membentuk satu matlamat tanpa sedar kepada admin. Matlamat itu adalah 'membantu membina ketamadunan melayu'. Dari situlah admin mulai membuka blog nusanaga dan sebagainya. Walaupun banyak kali admin terasa hati dan kecewa terhadap perangai bangsa sendiri sampai mahu lari dari perjuangan ini, tetapi admin tetap 'di tarik' untuk meneruskan perjuangan walaupun secara kecil sebegini.

Sebenarnya, bangsa kita dan agama kita sekarang ini telah di buli. Tak nampak ke? Jadi, bila di buli, kita kena cari kekuatan dalaman. Bukannya luaran. Tak perlu nak menampakkan diri kita islam atau melayu. Islam dan melayu terbentuk dari jati diri, inner self. Kita takkan berdabik dada dan berkata kita melayu islam, tapi perangai mengalahkan yahudi. Setahu admin, melayu terkenal dengan sifat lembutnya dan islam itu pada akhlak dan ketegasannya. Entah lah...

Pasal itu, admin tak boleh nak kata apa-apa. Sebab ia berkaitan dengan perubahan pemikiran dan attitude bangsa melayu tu sendiri. Admin tiada kuasa untuk mengubah itu. Apa yang admin tahu, admin tika kecil telah di buli dan masa besar sebegini admin tak mahu kena buli sebab admin mahu berkuasa terhadap diri sendiri. Ciptaan lain tak berkuasa terhadap diri dan jasad admin. Jadi, admin harus mencari kekuatan dan kekuasaan agar dapatlah admin membantu yang lain jua. Insyallah. Apapun, ini cerita admin. Anda pula bagaimana?
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
January 12, 2014 at 4:23 PM

http://www.youtube.com/watch?v=7y25SmJHCZo
(the best day)

http://www.youtube.com/watch?v=HT2FJ0mMthg
(mean)

Anonymous
January 17, 2014 at 12:51 AM

assalammualaikum teruskan semangat mu kerana satu dalam sejuta macam kamu susah nak di ketemu..saya peminat anda..

Anonymous
January 25, 2014 at 11:12 AM

Saya selalu membaca dalam hati Innallah ha ma'as sobirin,.kalau rasa marah yang membuak-buak,.saya sebenarnya seorang yang pemarah,.garang dan mudah angin tetapi semua tu gagal diluahkan kerana ingat kepada Allah SWT....admin Sejagat Raya - Cetusan Alam Sejagat

Anonymous
March 20, 2014 at 9:09 AM

Allahhuakbar

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger