Salam, sejak dulu saya tidak mempercayai isu global warming yakni pemanasan global. Biarpun ianya suatu realiti tapi bagi saya; ia adalah suatu 'false alarm' tentang apa yang sepatutnya berlaku.
Sejak dulu, banyak kawasan mengalami perubahan cuaca yang mendadak bahkan boleh di katakan gila. Ramai beranggapan ianya berlaku kerana perbuatan HAARP. Tapi, HAARP tak akan berlaku jika bumi ini dalam proses peralihan kutub.
kenyataan kementerian tentang perubahan suhu Malaysia pada tika ini |
Saintis telah meramalkan bahawa kita dalam stage perubahan paksi bumi yang mana kutub utara dan selatan mungkin akan berubah. Bahkan ada penemuan mengatakan bahawa kutub utara dulunya adalah suatu tanah yang subur dan punyai hutan hijau.
Jadi, kemanakah arah paksi bumi arah paksi bumi akan berubah? Ramai beranggapan bahawa kutub utara akan jadi kutub selatan dan sebaliknya. Sebenarnya, ia bukan begitu. Mana-mana segmen di bumi ini boleh menjadi kutub utara dan selatan yang baru. Mungkin benua Amerika atau kawasan khatulistiwa akan menjadi kutub selatan yang baru. Siapa dapat sangka kerja tuhan ini.
Suatu klu yang menarik adalah, tentang hadis nabi tentang 'merangkak dalam salji'. Jika di andaikan jazirah arab di penuhi salji, apakah jazirah arab akan terangkat sedikit ke atas dan mengalami iklim hawa salju yang kini Canada, Greenland dan Russia sedang alami?
Jadi, mungkinkah kawasan khatulistiwa akan menjadi iklim tropika? Lagi satu teori menarik adalah, matahari kita mengalami pengurangan haba panas. Dalam proses petumbuhbesaran bintang, di saat suatu bintang itu mulai tua, habanya akan mulai mengurang, tapi sebelum ia mengurang, ia akan mengeluarkan segala kepanasannya sehinggalah ia menyejuk secara mendadak dan akhirnya mati.
Itulah yang berlaku pada matahari kita kini. Ia mengalami proses pembakaran yang kuat dan menyebabkan ozone kita mengalami hakisan (selain dari punca perbuatan manusia sendiri). Itulah yang menyebabkan proses global warming berlaku. Dalam pada yang sama juga, ia menyebabkan paksi bumi mulai berubah. Proses perubahan paksi inilah yang menyebabkan kawasan panas menjadi sejuk dan sejuk menjadi panas.
perubahan bumi pada zaman dulu, apakah ia akan berlaku lagi? |
Ini di buktikan pula dengan hadis yang mengatakan tentang kisah 'api yang menghambat manusia' dan Matahari akan timbul dari barat. Planet Marikh telah mengalami proses perubahan paksi itu, jadi, kini tiba masanya planet bumi mengalami perubahan yang sama.
Persoalannya, berapa ramai mampu untuk bertahan dalam evolusi planet bumi bahkan evolusi sistem suria kita? Apapun, peristiwa sejuk mendadak di Malaysia pada tika ini (awal 2014) menjadi bualan hangat di Facebook dan laman sosial lain. Ramai beranggapan ia suatu petanda akhir zaman. Ada pula mengatakan ianya adalah perbuatan natural. Apapun pendapat dan teori, adakah kita semua bersedia andai kata benda tidak baik akan terjadi? Harapnya segala yang tidak baik itu di jauhkan. Insyallah. Wassalam
+ comments + 4 comments
Pernah bsembang dgn roommate bru ni, dia ada bca, yg terrestial polar shift dh jd, (bukan utara jd selatan, selatan jd utara, tp berubah kedudukan dlm bbrp darjah.)
ktanya, north pole dh "shift" ke kawasan di amerika.
pastu satu lg, makciknya (xtau la keja apa), pnh bgtau ayahnya (kes curi dgr nih) yg dulu ada saintis islam cuba bt kalendar, yg mna diktakn titik mula diambil bermula saat nabi adam as turun ke bumi, hingga ke masa depan. mslhnya, ada error. bila smpai ke tahun (x pasti tahun brp), dh x boleh kira dh untuk tahun2 slpsnya. mknanya habis takat tahun tu ja.
satu lagi, psl john titor.. dktakn dtg dri msa dpn, konon nk retrieve ibm5100 sbb nk selesaikan error pd thun 2038. sbbnya.. lbih kurg mcm di atas. sistem dh x boleh kira utk tahun strusnya.
agak2nya la kan, adakah pd tahun tu, akn terjadi total breakdown pd bnda2 elektronik..? jadi x mustahil la kan peperangan @ armageddon yg trcetus nt hnya gna senjata kuno.. xpun lg hebat pd tu..
-mr green-
tambahan.. psl kiraan tahun oleh saintis islam tu, titik mula start dri tarikh hijrah nabi saw. error yg jdi bila smpai pd tahun 1459H. dkatakn kaedah yg dguna adlh diferential equation/DE. kalo ikut kiraan logik, skrg 1435H. jaraknya 24 tahun.
yg john titor tu lak, mslh tahun 2038. skrg 2014. jarak 24 tahun. jugak.
mungkin kebetulan. wallahua'lam
-mr green-
ambo pernah baca , ada seorang ulamak yg mengatakan kita hanya ada 25 tahun lagi utk kedatangan d***l..wallahualam...24 dan 25 dekat la tu...
Watch HashemFilm The Antichrist Dajjal series at Freezersun.blogspot.com