Total Pageviews

PIRAMID, FOSIL DAN SPY?




Salam

Maaf kerana tidak update blog ini. Sejak kebelakangan ini, saya sedikit sibuk dengan pelbagai perkara. Banyak perkara yang mahu di bincangkan tetapi bila mahu menulis, serta merta idea hilang entah ke mana. Nampak gayanya saya tak boleh fikir untuk menulis, tetapi terus buka blog dan biarkan tangan ini berkata-kata.

Sengaja saya bawakan isu piramid di malaysia ini. Sejak tahun 2012, bila blog MoM menyiarkan kisah piramid di sempadan negeri pahang, ramai mulai 'gila' mencari bukti penemuan itu. Ramai berharap ianya benar. Tetapi, adakah benar piramid ada di sini.

Blog nusanaga juga 'menjadi gila' dengan fenomena itu. Ada yang datang bertanya tentang isu itu dan ada pula membawa cerita dan berita tentang apa yang mereka dapat. Isunya, adakah itu piramid atau ia lebih dari itu.

Untuk tika ini, mind-set kita hanya setakat 'piramid' saja. Kita tidak mampu untuk membayangkan sesuatu yang lebih dari sebuah bangunan besar yang di gelar piramid. Tapi, adakah ianya piramid atau ianya bukan?

Berikut adalah suatu pandangan dari pihak saya. Pentas sunda adalah suatu tanah tua yang berusia lama.Bagaimanapun, pada 260 juta yang lepas, kita masih berada di dasar lautan yang tenang. Tanah ini masih berada di dasar lautan.






Penemuan fosil di hutan PAHANG itu berusia kira-kira 260 juta tahun yang lalu yang di kenali sebagai BRACHIOPOD baru-baru ini telah mengemparkan negara.

Berikut adalah berita tentang penemuan fosil itu:-
Fosil brakiopod berusia Lopinggian, Perm Tengah telah ditemui pada satu singkapan batuan di Merapoh. Fosil ditemui dalam batu lumpur bertuf. Beberapa spesies brakiop telah dikenalpasti. Himpunan spesies ini adalah terkandung dalam Syal Leptodus seperti yang diperkenalkan oleh Mohd Shafeea Leman, Champi dan Sone. Kajian lanjut sedang dilakukan utk memperihalkan secara sistematik fosil brakiopod tersebut.

"Brachiopods, phylum Brachiopoda, are marine animals that have hard "valves" (shells) on the upper and lower surfaces"









Lokasi penemuan fosil cangkerang di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh. Gambar kecil: Antara fosil cangkerang dari jenis ‘brakiopoda’ dipercayai berusia 260 juta tahun



Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis ‘brakiopoda’ yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,”

SUMBER: Sinar Harian
 
 
Selain penemuan di atas, masih banyak penemuan fosil yang tidak di dendangkan. Antaranya; (sumber http://geologimalaysia.blogspot.com/)

Fosil-fosil dalam Formasi Bera, Felda Mayam


Singkapan batuan ini adalah merupakan salah satu lokaliti tip bagi Formasi Bera yang diperkenalkan oleh Dr. Mohd Shafeea Leman dan Dr. Kamal Roslan Mohammad (UKM). Taburan fosil yang ditemui dalam formasi ini menunjukkan usia Perm. Antara fosil yang yang boleh ditemui pada singkapan ini termasuklah brakiopod, ammonoid dan fosil tumbuhan.



Fosil ammonoid yang tidak dikenalpasti kerana terawet dengan buruk.


Fosil ammonoid Agathiceras sp. antara spesies yang dominan. Hampir menyerupai Sturia (Middle-Late Triassic) dan Euflemingites (Lower Triassic).


Fosil tumbuhan Neoggerathiopsis sp. turut ditemui pada singkapan ini.
 
Mesti para pembaca pelik, apa kaitan penemuan fosil dengan kisah piramid yang mahu nusanaga bincangkan ini? Begini; penemuan fosil yang selama ini kita pandang enteng telah membuka mata, bahawa kita punyai suatu khazanah berharga yang usianya lebih lama dari zaman dinosour di Amerika atau mana-mana tempa sana. Pernahkah kalian dengar tanah ini di namakan sebagai TANAH TUO/TUA?

Punca tanah ini dari dasar lautan tenang. Kemudian barulah naik sedikit demi sedikit membentuk pentas sunda yang di penuhi dengan pelbagai aktiviti gunung berapi (sehingga sekarang). Jadi, adalah tidak mustahil di sini pernah di huni oleh suatu ketamadunan atau masyarakat kuno kerana di sini, tiada predator ataupun hunter yakni dinosor atau seumpamanya dengannya kecuali selepas evolusi bumi.



Seandainya kita pernah pandang enteng terhadap torehan tanah di sana sini sedangkan tanah itu menyimpan pelbagai bukti fosil tanah tuo, bagaimana pula tinggalan relic dan monument bahkan piramid? Kisah developer yang sewenang-wenangnya meratakan candi di Kedah baru-baru ini adalah suatu kisah yang harus kita ambil perhatian.

Jika candi yang terang dan nampak boleh di hancur bumikan, dan jika fosil di dalam tanah di toreh demi suatu pembangunan, apatah lagi monumen-monumen yang tersembunyi. Oleh kerana itulah, jika ada penemuan relik atau monumen seperti piramid di temui, dengan segera pihak tentera kita akn datang menjaganya.

Zaman kita adalah zaman orang gila duit. Tak kira orang itu ahli perniagaan, raja tamak atau ahli politik jahat, asbab duit, tinggalan lama harus di robohkan dengan alasan ianya dah ketinggalan zaman.

Tapi tidak kepada spy-spy negara luar. Tinggalan itulah mereka cari. Pernah dengar tidak kisah pelancong yang tersesat seorang diri, jauh dari track pelancongan dan berlakon tidak tahu jalan? Mereka tahu perkara yang kita tidak ketahui. Jadi, apakah piramid yang di bongkarkan di internet pada tahun 2012 itu yang mereka cari atau lebih dari itu? Banyak yang kita tidak ketahui dan tidak boleh ketahui. Kerana itulah ramai bertanya, kenapa di luar negara penemuan sejarah mereka, mereka dedahkan pada dunia dan jadikan sebagai pusat pelancongan. Tidak pula kita... Hairan bukan?!


Apapun, pernah dengar tentang 'kura-kura kuno'? Pernah dengar tentang 'the ancient one'? Pernah dengar Shimbala atau eden in the east?!
Aduyai.. penat pula jari menaip. Maafkan nusanaga, nusanaga terpaksa berhenti di sini. :P
 

Wassalam
Share this post :

+ comments + 8 comments

zsm912
February 7, 2014 at 7:09 PM

Saya Mengikuti perkembangan blog anda sendirian.semakin menarik dan menyingkap banyak misteri.

Anonymous
February 9, 2014 at 12:39 AM

kenapa berhenti? sambunglah lagi. tiada blog yang menceritakan perkara sebegini melainkan nusanaga dan mom. blog2 lain byk kisah politik yg tak berkesudahan...

Anonymous
February 9, 2014 at 2:48 AM

Salam Tuan Nusanaga,

Kisah Tamadun Agung Lemuria diabadikan dalam komik Angkora Wasteland. Sangat mengagumkan. Ada unsur2 zaman kayangan dewa/dewi/khalifatullah hasil kajian Tuan Nusanaga, kisah Divine Mathematica/ Sacred Geometry dan kisah Naga Alter Melayu kajian MO. Saya dah beli komik dia. Saya syorkan Tuan beli dan berikan ulasan Tuan. Ni link dia http://www.angkorawarlands.com/

Awang Budiman

Anonymous
February 9, 2014 at 2:50 AM

Angkora Warlands. Kisah Melayu zaman Lemuria sebelum banjir besar

Santan Berlada

February 15, 2014 at 6:33 PM

salam sejahtera buat nusanaga,

sudah lama ya annur memerhatikan kamu,bermula dari penulisan kamu yang asal lagi...tapi kini kamu dah banyak berubah,lebih matang daripada dulu...dan yang pasti keyakinan diri kamu makin hebat...

syabas,teruskan menggali apa yang kamu minati...kata2 manusia tak bererti, kalau niat kamu datang dari hati...

salam singgah dari annur...:)

February 18, 2014 at 11:06 PM

wohohohoho....
merry merry...

huh...rasa berkarat namun diamku ubi berisi...

February 18, 2014 at 11:33 PM

konon r kau dhada...hormat sikit,ni rumah orang...heheh...

aiz,sori deh...kakak i ni kdg2 terlepas dari sangkar...hoho~

Anonymous
February 21, 2014 at 5:17 AM

Hi hi salam tuan aizverus! Ingin nak baca angkora warlands. Bila la dpt nak beli.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger