Total Pageviews

APA WARNA DIRI ANDA ?

APA WARNA ANDA ?

Warna Merah adalah warna bagi tenaga, ghairah dan ketegasan. Pengemar warna ini lebih suka berterus terang dan melakukan perkara dari menyimpannya dalam hati. Mereka juga cepat sensitif. Tapi cepat juga berfikir jika berlaku sesuatu yang tidak dimahukan. Ia lambang suka terikat pada sistem dan logikal dalam sesuatu perkerjaan.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Pemilik warna ini sukakan keceriaan dan tidak suka perbalahan. Tetapi jika mereka dalam sesuatu diskusi yang menyebabkan perdebatan, mereka akan cepat-cepat membangkang dan mahukan idea mereka di terima. Ia lambang kedegilan dan dalam masa yang sama juga, ia lambang penerimaan. Pemilik warna ini boleh menjadi sahabat yang baik dan bertanggungjawab.

Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Biru warna tenang. Ia juga warna penerimaan dan mudah berkomunikasi. Mereka akn cuba menenangkan segala sesuatu walau dia berada dalam keadaan kelam kabut. Walau kelihatan 'slow' tetapi mereka bijak mengawal keadaan dan mudah mengambil hati orang. Mereka ini boleh jadi pekerja yang baik dan berdedikasi.

Warna Ungu Violet
adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Putih
selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya. Putih tanda jujur. Mereka tidak suka pada kelam kabut. Pemilik warna ini mungkin kelihatan ego dan mahukan kesempurnaan. Ada kalanya mereka kelihatan sombong dan cerewet. Tetapi, pemilik warna ini sememangnya seorang rakan yang baik dan ikhlas. Segala perbuatan mereka akan cuba menceriakan dan mewarnai kehidupan sekelilingnya.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapatingya adalah tidak benar.Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.Tiada apa yang salah tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya.Hitam juga menunjukkan ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan fizikal ditentukan oleh hitamnya aura sesuatu kawasan tersebut. Seorang yang mempunyai aura hitam adalah mangsa penderaan kanak-kanak dan juga seorang pendera yang lazimnya seorang penagih dadah, penagih alkohol, penghisap rokok dan sebagainya.

Warna Perak
berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

(copypaste dari facebook)
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 27, 2014 at 10:44 PM

Hassel usiby,

lari dari topik... mohon terangkan signifikasi naga dalam alam melayu atau islam


terima kasih

April 29, 2014 at 10:36 AM

signifikasi naga dalam alam melayu ni, saya cuba kaitkan dengan putaran alam, kehidupan dan penjagaan.

Dalam kajian simbol, naga ni berkaitan dgn serpent. Jadi, ia bersimbol tentang DNA, Kundalini, putaran galaksi, FIBONACHI, golden ratio dan sebagainya.

Dalam termalogi islam, saya rasa tak ada perihal NAGA. kecuali atas beberapa peristiwa yang mana masih samar-samar kaitannya dengan naga.

Antaranya perisitwa ADAM HAWA yang di goda iblis, di katakan ia berwajah SERPENT/ular. Kemudian, dalam peristiwa Iskandar Zulkarnain tika ingin melebur tembaga dan besi untuk mengurung yakjuj makjuj. Kerana memerlukan kepanasan api yang boleh mencairkan tembaga dan besi yang beratus kilometer, jadi 'sesuatu' harus yang mampu menjana kepanasan yang kuat dan boleh ubah/bergerak/mobilized harus di guna pakai.

Jadi, kerana itulah di kaitkan dengan naga. Apapun, keshahihannya wallahualam

Anonymous
April 29, 2014 at 8:37 PM

Terima kasih.

Boleh saya dapat personal e-mail add?

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger