Total Pageviews

KENAPA AKU KELIRU

KENAPA AKU KELIRU

Pernahkah kita mengetahui mengapa kita manusia di lahirkan ke muka bumi ini dengan susah payah dan penuh kekeliruan?!

Pernahkah kalian bertanya sebegini sebelum ini:-

-siapa aku?!
-mengapa aku di sini?!
-buat apa aku ke mari?!
-kenapa aku tidak boleh memandang diri aku sendiri ?!



Tidak ramai manusia bertanyakan soalan sebegitu rupa kepada diri sendiri. Jika dia pernah, sudah pasti persoalan tadi akan membawa mereka ke suatu ‘alam keilmuan yang tidak berpenghujung’.
Saya tida mahu merungkaikan persoalan itu disini kerana ianya bersifat rahsia. Apa yang pasti, persoalan-persoalan itu ada kaitannya dengan gerak atau sentuhan tuhan pada hati anda untuk mencariNYA di sebalik diri anda.
Bila anda menuju kepadaNYA, anda akan membentuk suatu anjakan paradigma pada diri sendiri dan seterusnya berjaya di dalam hidup.

Pernahkah anda merasakan denyutan pada diri anda?
Pernahkah anda terdengar bunyi hening secara tiba-tiba?
Pernahkah anda merasakan anda mempunyai sesuatu di zaman dulu kala?
Pernahkah anda merasakan anda mempunyai sesuatu demi masa depan?
Pernahkah anda merasakan anda bukan anda yang sebenarnya?

Jika benar, keluarlah dari kepompong itu kerana apa yang anda rasa itu adalah gerak geriNYA untuk diri anda sendiri. Sebenarnya, memang banyak tanda-tanda yang di berikanNYA pada kita bahawa DIA sememangnya hampir dengan kita tapi sayangnya kita langsung tidak mengendahkan DIA.
Saya tidak mahu menyentuh bab ketuhanan di sini, tapi apa yang saya cuba sentuh ini adalah sebuah fakta yang sememangnya anda atau hampir semua manusia pernah merasainya.

Jadi, apa yang cuba saya terangkan di sini ialah, pernahkah anda bentukkan sebuah keyakinan padaNYA setiap kali membuat sesuatu?!
Di saat suatu perkara positif terjadi, anda gembira dan jarang bersyukur. Di saat anda menerima sesuatu yang negative, dengan lekas anda marah dan kecewa lalu salahkan DIA?! Pernahkah ini terjadi pada anda?!
Sesungguhnya ketahuilah bahawa DIA tidak pernah mahu merosakkan ciptaanNYA bahkan apa yang DIA lakukan adalah yang terbaik untuk diri insan itu. Baik buruk sesuatu yang terjadi itu adalah demi kebaikan diri anda.

Kebanyakkan manusia sukar untuk membuat pilihan. Sedangkan saya juga sukar untuk membuat pilihan. Tapi, saya yakin bahawa suatu pilihan itu harus ada DIA yang menemani saya tika pilihan itu di buat.
Baiklah, saya bagi suatu tips untuk anda. Tips ini selalu saya lalukan dan ianya harus di sertakan dengan keyakinan dan sifat syukur. Tipsnya ialah, tika suatu pilihan itu di buat, anda tanyakan hati anda, pilihan mana yang harus di buat. Pada saat itu, kosongkan minda dan tenangkan diri. Jika masih tidak tenang, tahan nafas untuk 2-3 saat, berulang-ulang, sehingga anda menjadi benar-benar tenang (tenang ialah anda tidak di kuasai logic akal dan jantung berdenyut secara normal).

Bila anda sudah tenang dan minda di kosongkan, anda tanyakan hati. Maka, dengan segera hati akan terdetik. Maka, ambillah detikan/kata-kata hati yang pertama tadi. Kerana detikan yang pertama tadi adalah dari DIA (jika hati tenang maka DIA akan di rasa). Jika ada detikan yang kedua atau seterusnya, maka abaikan kerana itu adalah dari sifat negative atau logic akal yang selalu binasakan diri.
Tips ini boleh anda lalukan di mana-mana. Ianya bagus  sebagai latihan untuk menanam keyakinan pada diri dan DIA yang sememangnya hadir di saat kita tenang.

Maka, hadirkan keyakinan bersamaNYA demi mengharungi masa depan. Pada mulanya, ianya mungkin kelihatan sukar akan tetapi fahamilah, baik buruk segala sesuatu adalah untuk anda. Hanya minda yang tenang saja yang mampu melihat apa maksudnya segala sesuatu itu.
Jadi, sampai di sini dahulu karangan saya buat masa ini. Sebelum itu, seandai ada salah silap, 10 jari saya susunkan. Di harap, kita sama-sama mengambil inspirasi dari karangan ini. Moga jumpa lagi. Sekian.
Share this post :

+ comments + 1 comments

April 23, 2014 at 4:37 AM

kita mempunyai peristiwa yang sama- rafideen

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger