star children adalah terma yang di bina untuk membezakan antara kanak-kanak biasa dan luar biasa. Seringkali Star Children ini di lihat sebagai bermasalah dan sukar di jaga. Akibatnya, mereka di anggap punyai penyakit ADHD yakni sukar untuk berkomunikasi dan terima arahan. Mereka juga suka berkata yang bukan-bukan seperti mereka punyai ayah emak di tempat lain, atau pernah hidup di suatu planet atau melihat kelibat benda bercahaya di belakangnya.
Tapi, benarkah itu adalah suatu penyakit JIWA?
Star Children adalah suatu kebangkitan secara rohaniah di kalangan kanak-kanak (tak semua) yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Bahkan kebolehan berfikir mereka juga jauh melangkaui kanak-kanak biasa. Tetapi, kerena keistimewaan ini, mereka sering di lihat sebagai REBELLIOUS yakni yang suka memberontak dan tak dengar kata. Akibatnya, mereka sering di buli oleh rakan-rakan sebaya atau di tengki dan di herdik di rumah oleh ibu bapa. Indigo ini juga banyak penyakit. Dan penyakit mereka sukar di fahami oleh orangg sekiling. Hanya mereka yang memahami penyakit mereka dan mereka sendiri yang boleh pulihkan diri sendiri.
Jika STAR CHILDREN ini stress, biasanya mereka memilih untuk senyap dan menjadi anti-sosial. Ini cukup tidak bagus untuk kemanusiaan kerena mereka adalah harapan untuk manusia dalam memulihara bumi menuju zaman yang lebih gemilang.
Kanak-kanak STAR CHILDREN ini terbahagi kepada 3 sub-domain:-
indigo (lahir tahun 1970an-1990an) berperanan seperti Tentera
crystal (lahir tahun 2000an-2010) berperanana seperti Teacher
rainbow (maybe tahun 2020 ke atas) berperanan seperti Healer
Untuk kali ini, kita berbicara tentang INDIGO sahaja kerana
kanak-kanak INDIGO kini sudah
dewasa dan remaja. Mereka kini dalam tahap
KRITIKAL kerana saat ini, mereka perlukan sesuaut transformasi yang positif. Jika tidak, mereka akan musnahkan diri mereka dan memberi kesan negatif kepada sosial-masyarakat sekeliling.
Jika
anda menjawab lebih dari 15
"YA" daripada 20 soalan ini, bermakna anda
seorang INDIGO (star children) yang di lahirkan sekitar 1970-1990an.
1- Ketika kecil anda berasakan diri anda seperti BANGSAWAN?
2- Ketika kecil anda rasa anda harus hidup di dunia kerana sesuatu misi?
3- Anda sering hadapi masalah displin dan tatacara dari kecil hingga kini?
4- Anda sering lakukan perkara berlainan dari apa yang di suruh?
5- Anda seorang yang kreatif?
6- Anda seorang yang punyai rasa simpati tinggi terhadap orang lain dan juga makhluk lain?
7- Anda suka berfikir tentang perkara abstrak seperti perihal ketuhanan, alam ghaib, Planet, falsafah dan seumpamanya?
8- Anda suka berkhayal?
9- Anda punyai abiliti seperti boleh menyembuh penyakit tanpa anda sedari?
10- Anda sering melihat entiti abstrak seperti 'cahaya di tepi anda', kabus bercahaya, dan seumpamanya?
11- Ketika kecil, anda sering di buli kerana anda tidak serasi dengan rakan-rakan anda yang lain?
12- Anda lebih suka menyendiri dari terlibat dengan masyarakat?
13- Anda akan aktif berbual bila ada rakan yang berbicara tentang falsafah, idea, perihal ghaib, planetary dan seumpamanya?
14- Anda payah untuk tidur malam bahkan aktif di waktu malam?
15- Anda cuba untuk mengenali diri sendiri kerana anda rasa anda 'berlainan' dari orang lain?
16- Anda suka memerhati kejadian alam dan sesuatu teknikal/mechnical/system?
17- Anda berasa sistem pemerintahan atau sistem dunia sekarang ini tidak sesuai untuk anda
18- Anda mudah berasa bosan bila membuat sesuatu perkara dan cuba membuat perkara lain pula?
19- Ada orang memberitahu anda bahawa pandangan mata anda seperti serigala/suka tenung/punyai aura yang kuat?
20- Anda sering mahu BUNUH DIRI bila sesuatu kehendak anda tidak di penuhi?
21- Anda berasa diri anda INDIGO?!
Fakta: Kanak-kanak INDIGO kini bukan lagi kanak-kanak, tetapi sudah
remaja. Dan tika ini, ramai INDIGO yang hadapi masalah pada diri mereka
kerana sukar untuk meletakkan diri mereka di sistem dunia. Akibatnya,
ramai INDIGO yang alami stress dan melibatkan diri dengan gejala dadah,
sexsual dan bunuh diri.
Ini kerana mereka cuba melupakan tentang
KEISTIMEWAAN diri mereka dan mahu meletakkan diri dalam masyarakat.
Akibatnya, mereka 'memusnahkan diri mereka'.
INDIGO KINI DALAM TAHUN-TAHUN KRISIS, BERSABAR DAN BERTENANGLAH
Untuk melindungi dan membawa mereka ke jalan selamat, kerajaan atau suatu organisasi haruslah bersatupadu dalam memberi
peluang kepada mereka dalam menjana IDEA, KREATIVITI dan EXPRESSI kerana kemahuan mereka dalam mengubah bumi yang lebih aman, adalah terlalu tinggi.
Star
children ni berperanan untuk membina bumi yang aman dan naikkan
ketamadunan manusia.. tapi creativiti, dan kehendak mereka biasanya akan
di tolak oleh orang tua kerana tidak selari dengan kehendak sistem
lama. INDIGO tika ini masih remaja dan tak mampu untuk ambil alih apa-apa sistem dunia.. mereka hanya boleh memberontak semata-mata.
kecuali ada sesuatu organisasi yang memahami mereka dan beri panduan pada mereka untuk explore potensi diri.
Tahukah anda:
Di CHINA dan USA, mereka tahu perihal ini dan mereka beri bantuan kewangan dan pelajaran pada budak-budak ini. Ada budak berumur 13 tahun dan mendapat PHD serta di berikan kerja di organisasi penyelidikan. DI CHINA, kerajaan mereka melancarkan projek Star Children dan berjaya mengesan seramai 100,000 kanak-kanak yang berpotensi. Dan ada kanak-kanak ini di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan melakukan kajian dalam kerajaan.
Comments
Artikel yg baik. Harap dapat kembangkan lagi artikel ini pada masa akan datang.
Indigo @ tenaga yang sama @ jiwa yang sama .... yang zahir dalam bekas yang berbeza pada masa atau tempat yang berbeza? Inilah yang dikatakan "kembali pada masa akan datang"...atau BACK TO THE FUTURE.
Setiap yang dizahirkan mempunyai frekuensi tersendiri. Hanya bilamana frekuensi yang ada diaktifkan dalam bekas sekarang, maka terjadilah(terjali)perkara yang aneh(diluar kotak pemikiran sedia ada). Memang sukar untuk difahami kerananya menjadi rahsia pada yang MAHA MENCIPTA. Hanya sedikit yang diberi pengetahuan tentang perkara ini. Seperti kisah Habil...hilangnya berganti tapi bersembunyi. Hingga ke hari ini tetap terzahir.
Adui...ilang lak frekuensi tadi...oklah tu jer.
Juragan Medini
Aku seorang yg rebel bila benda yang betul tidak di ikuti oleh masyarakat.
Aku seorang yang menongkah arus dikala masyarakat semua ikut flow.
Aku sukar nak menempatkan diri dalam masyarakat ttpi aku sikit pun tak amek port.
Aku akan puashati bila kebenaran tu aku dapat walaupun aku sorang aje yang berjuang dan aku mampu dan aku hadap semua tu tanpa keseorangan.
Itulah aku....
waktu kecil aku benci sekolah sampai kena paksa, sampai umur belasan tahun aku lawan kata guru sekolah xmau belajar walaupon aku duk dlm kelas sains
sebab dalam hati aku,aku tahu depa ajar ilmu salah yg dah dipesong oleh org2 yahudi dan buat ilmu sebagai barang jual beli tapi guru2 xtahu dan xsedar.
lepas tu aku jadi jahat gila minum arak isap dadah apa semua untuk tenangkan pikiran, lama2 aku tersedar dan aku cuba cari punca pasal apa aku jadi mcmni lepas tu aku jumpa ilmu ketuhanan.
maka kenal la aku akan fitnah2 dunia, tahu la aku yahudi dah lancarkan sihir2nya iaitu segala idealogi2 yg dah diguna pakai oleh dunia sekarang ni termasuklah negara kita
lalu tertekan, aq selalu bersama-sama dgn hewan spt kucing n burung2... Aq dpt membaca air muka hewan2 yg mahukan kasih sayang n juga belaian... Aq juga dpt membaca wajah guru2 ada yg terpaksa n juga x berala layan karenah murid2... Melihat setiap org spt membaca buku... tp aq x nk ckp krn aq sentiasa tahu apa yg meke ckpkan... Selama aq membesar, aq sentiasa simpan rahsia....
Aq x penah salah org yg buli n yg x percayakan aq... Krn aq tahu meke x penah alamai apa yg aq alamai...
Aq lahir 1990... Impian aq adalah menyebarkan kebenaran n juga mahu menghapuskan setiap peperangan...
selain itu saya selalu nampak bebola putih bawah mata seperti info yang tuan maklumkan, termasuk meminati hal brkaitan ketuhanan.. selalu bayangan alam planet sana tergambar dikepala. terasa ingin nak menuju ke bintang sana. tak tau apa bintang... kerana yakin ada ketenangan di sana.. . selain saya memang agak rebellious masa remaja.
Saya nak tahu, adakah anda seorang indigo?
Saya rasa anak saya ada ciri2 ni. Sekarang dia berumur 16 tahun. Tapi dia tidak percaya pasal Indigo ni. Dia berfikiran tak macam budak biasa & tiada kawan. Di Malaysia ni ada tak, group Indigo remaja. Kalau ada, tolong email pada saya. Terima kasih.
Pn Ramlah.