siapa kenal Muhdalena yakni 'samurai girl' yang mengamok di Putrajaya dulu? Admin bukan nak bercerita tentang dia, tapi bagi admin, dia adalah satu contoh STAR CHILDREN@INDIGO (mungkin) yang alami self-destruction. Ini terjadi kerana kemahuan untuk mengubah sistem dan dunia yang benar-benar menghimpit diri. Apapun, admin berharap sangat pembaca NUSANAGA tidak alami self-destruction.
Memang kita mahu mengubah dunia tapi bukan dengan cara kasar. Sedarlah diri bahawa kita benar-benar tidak punyai KUASA. kita tiada KUASA.
Tapi, kita punyai satu perkara yang kebiasaan orang lain tiada yakni WISH POWER. Jika anda seorang STAR CHILDREN yang benar (bukan mengaku-gaku), anda akan tahu 'senjata rahsia' ini.
Jadi, jika benar anda mahu mengubah dunia, ubahlah dengan cara begini:-
PEJAMKAN MATA ANDA, TARIK NAFAS DALAM-DALAM, TUMPU PADA MINDA, DAN BERKATA DALAM HATI, NYATAKAN PERMINTAAN ITU DENGAN EMOSI YANG KUAT:-
"DUNIA INI AKAN BERUBAH KEPADA KEBAIKAN DAN HAQ. DUNIA YANG SESUAI UNTUK AKU DAN SEMUA. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK... DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK.. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK"
Sentiasa berhati-hati dengan pemikiran dan kata-kata anda kerana ada masanya, kata itu masin. Ianya berlaku kerana spiritual level anda tinggi sedangkan anda tidak perasan perkara itu. Bila anda bermain dengan emosi (kebanyakkan star children alami distress kerana ketidaksuaian sistem pada diri), maka kadang kala anda meminta perkara yang negatif. Akibatnya, dunia akan menjadi lebih buruk.
Jadi, sila praktik pemikiran anda ke arah keharmonian. Kerana anda di cipta untuk hidup berharmoni. Anda bukan manusia yang suka kan perang atau pergaduhan. Anda sering lari dari pergaduhan, krisis atau persengketaan. Anda makhluk harmoni. Jadi gunakan spiritual dan minda anda ke arah harmoni.
Sentiasalah berniat untuk melihat dunia yang lebih baik. Sama-sama kita kumpul collective energy dan wish power ini ke arah dunia yang lebih baik. Jika anda benar-benar INDIGO, anda adalah pejuang keharmonian dan keadilan. Bukannya askar atau militari extremist yang mahu bunuh sana sini. Anda lah yang menjatuhkan foundation of system dengan wish power dan kecerdikan serta spiritual... Bukan dengan pedang, pisau, bom, senjata api atau kata-kata kesat..
Ubah diri anda, ubah pemikiran dan pinta dengan emosi yang kuat; aku mahu lihat dunia ini berubah baik.. dan aku turut berubah jadi hebat yang baik.
Ada
juga INDIGO yang hyper active dan juga antisocial. Tapi, kesamaan
mereka adalah, mereka punyai pandangan dan abiliti dalam spiritual. Tapi, tak semua STAR CHILDREN ini punyai abiliti PSIKIK.
Yang
menjadi masalah adalah, STAR CHILDREN yang anti-social dan memilih
jalan untuk 'memusnahkan diri' kerana tidak tahu arah mana nak di tuju
dalam hidup.
Jadi,
STAR CHILDREN yang sudah remaja dan dewasa ini agak sukar untuk
menyuaikan diri dengan kehidupan zaman sekarang dan kadang kala memilih
jalan yang extreme.
jadi,
adalah lebih baik, ada NGO yang cuba explore rentak mereka dan memberi
mereka peluang untuk luahkan rasa dalam hati dengan cara yang elok..
sebab, ramai orang 'normal' akan perli mereka dan buat senda gurau pada
kepelikan pemikiran mereka. akibatnya, kalau mereka tak musnahkan diri,
mereka akan musnahkan keluarga atau masyarakat.. ini bukan suatu senda
gurau sebenarnya.
tak semua indigo itu psikik dan tak semua punyai kefahaman spiritual.
tapi, kebanyakkan mereka punyai masalah yang sama yakni 'tak sesuai
dengan keadaan semasa'.
jadi
ada anda mereka memilih untuk melawan dengan cara extreme dan ada yang
cuba lupakan siapa diri mereka dengan cara salah seperti dadah, arak,
sexsual. Ada juga yang tersekat dalam alam perkerjaan atau tidak
berkerja dan dlm masa sama, mereka gelisah melihat diri mereka sendiri.
kelompok ini biasanya akan memilih jalan politik kerena itulah 'bayang'
yang dapat mereka luahkan isi hati mereka. sebab itu, ramai anak muda
yang sokong pembangkang sedangkan mereka tak mahu lakukan itu, tapi
mereka terpaksa kerana dah tiada organisasi lain yang dapat bantu
mereka.. sedangkan pilihan itu pun salah juga sebenarnya.
Pendek
kata, mereka ini suatu golongan bermasalah dan sedang cuba cari jalan
untuk keluar. Apa yang pasti, mereka ini harus di bimbing pada kuasa
minda mereka agar lebih positif dan kreatif. Kerana, itulah yang jadikan
siapa mereka (spiritualist, creative, visionary)
jIka di lihat pattern 'riot/rebellion' sekitar tahun alaf baru ini, siapa dan kriteria bagaimanakah mereka? cubalah kaji...
Star children ini memberi dua pilihan kepada masyarakat dunia:-
1- ikuti rentak mereka dan mereka akan berikan dunia kebaikan
2- tentang mereka kerana mereka gila dan sewel, dan mereka akan berikan kekecohan pada keluarga, masyarakat dan negara.
Jadi, jika anda pejuang keharmonian, silalah gilapkan spiritual anda. Fahami diri dan mungkin abiliti psikik dan kuasa minda anda akan muncul dan akhirnya matang. Fahami keupayaan itu.
MISI ANDA ADALAH UNTUK KEHARMONIAN DAN KEADILAN DUNIA. Mulai sekarang, explore kefahaman diri dan keupayaan diri. Gunakan kecerdikan anda itu dan gilapkan ia menjadi lebih utuh. SISTEM LAMA MAHU JADIKAN ANDA SEORANG DUNGU, MAKA BANYAK HALANGAN DI CIPTA.
Jadi, lepasi halangan itu dengan SENJATA RAHSIA anda yakni,
SPIRITUAL, PSIKIK dan KECERDIKAN anda. Ketiga perkara ini akan memunculkan WISH POWER anda sehingga tiada apa yang dapat halang lagi. Tapi, pertama-tama sekali, anda harus betulkan niat dan pemikiran anda.
ANDA PEJUANG KEHARMONIAN, bukan samurai yang membunuh. Tapi, anda tetapi manusia biasa,
bukannya X-MAN
Comments
ini blog muhdalena.... mungkin banyak yg boleh dikongsikan...
Berdoalah di malam hari....
Nescaya doa kalian akan dipandang dan dimakbulkan....
Siapa lagi yang harus berdoa jika bukan kalian....
tanpa kepentingna
tanpa tuntutan
tanpa paksaan
yang penting adalah kebahagian sejagat....
AMIN
Saya mampu membaca semua graf saham naik dan turun market dengan tepat
begitu kurang ajar sekali.
"DUNIA INI AKAN BERUBAH KEPADA KEBAIKAN DAN HAQ. DUNIA YANG SESUAI UNTUK AKU DAN SEMUA. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK... DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK.. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK"
Ini bkn pemikiran wahdatul wujud ke