Total Pageviews

PERIHAL ISIS / ISIL ITU AS-SUFYANI ?



Kata tabiin RH,
"Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia'h dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi' dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.
- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)



Ramai yang bertanyakan pada saya mengenai status ISIL/ISIS ini. Mulanya, saya ingatkan mereka bertanya tentang ISIS dewi egypt; ibu kepada dewa HORUS. Ternyata saya silap kerana saya tidak peka kepada isu semasa yang sedang bergolak di timur tengah.

Maafkan saya, sememangnya saya tidak ambil peka perihal konflik timur tengah kerana apa yang berlaku di sana adalah simbol kepada pepecahan antara mereka. Jadi, sedikit sebanyak konflik itu sengaja di bawa kemari dengan memberi pilihan pada masyarkat kita untuk memilih pihak mana yang harus di sokong, sedangkan konflik mereka itu adalah konflik kedegilan mereka. Masing-masing mahu menegakan apa yang mereka rasa betul tapi hakikatnya mereka melampaui batas kemanusiaan. Ini bukan saja bangsa arab yang terlibat dalam kancah ini akan tetapi rejim zionist dan jugak perang agama di India. Tempias itu hadir juga di dalam Malaysia yang mana, ada pelampau agama sengaja mencetuskan perang saraf dan api permusuhan di sini. Tidakkah sudah di terangkan dalam Quran tentang "agama kamu, agama kamu, dan agama ku adalah agama ku". 

Biarpun begitu, perihal ISIS ini mungkin permulaan kepada apa yang di katakan dalam hadis sebagai AS-SUFYANI. ISIL ini kelihatan seperti AL-QAEDA juga akan tetapi ISIL bermatlamatkan KHALIFAH ISLAM. Membawa panji ISLAM kesana kemari, tapi dalam masa sama, membunuh penduduk, wanita dan kanak-kanak, lalu pamerkan di dalam internet akan kekuatan mereka. Tidakkah itu melanggar syarat peperangan islam?


ISIL juga istiharkan mereka membawa pemerintahan khalifah, tapi apa yang admin lihat, hanyalah membawa pemerintahan militari. Khalifah ABU BAKR AL_BAGHDADI merupakan ketuanya.

"BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengisytiharkan pemerintahan khalifah di wilayah milik Iraq dan Syria menerusi rakaman audio yang disiarkan menerusi laman web mereka.

Kelmarin, jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani memaklumkan, Abu Bakr al-Baghdadi dilantik sebagai pemimpin mereka.

"Majlis Syura telah berbincang mengenai perkara itu dan memutuskan untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di kawasan meliputi wilayah Aleppo di utara Syria hingga Diyala di Iraq," katanya. Menurut Press TV, keputusan itu dibuat selepas ISIL menawan Mosul di wilayah Nineveh dan Tikrit terletak 140 kilometer di barat laut Baghdad." SUMBER

Justeru itu, ia mengambarkan islam itu benar-benar agama pedang. Itu ternyata membawa imej yang salah. Ini perangai arab. Bukan islam. Arab suka peperangan dan pedang, tapi masyarakat dunia memandang arab itu islam dan ianya menimbulkan pandangan salah.

Ada yang mengatakan bahawa ISIL ini salah satu lagi projek Amerika Syarikat dan Zionist yang mana, pelbagai kumpulan militan islam dari segenap penjuru dunia termasuklah malaysia, akan berkumpul di tanah arab dan menghapuskan segala kerajaan di sana. Dikhabarkan, ISIS mahu mengepung ISRAEL, tapi ia tidak kelihatan begitu. Arah mereka menuju ke maakah pula. Tidakkah itu kelihatan pelik. Kini, mereka seolah-olah mahu mengepung madinah dan mekah dan melindungi israel tapi dalam masa sama, melaungkan kata-kata khalifah islamiyah.

Dari suatu sudut pandangan lain pula, di katakan ISIS ini mungkin benar pejuang islam akan tetapi media barat mengempar gemburkan bahawa mereka ini pasukan militan. Jadi, dengan itu masyarakat dunia akan melihat ISIS ini suatu yang salah.

Jadi, antara dua pandangan yakni; ISIS itu militan yang mencemarkan nama islam atau ISIS itu pasukan yang sedang bergabung di tanah arab akan tetapi media barat sengaja mencipta nama buruk kepada mereka. Jadi, yang mana satu yang benar?


Ternyata sukar untuk kita memahami fitnah akhir zaman ini. Hanya diri sendiri yang dapat menyelamatkan diri sendiri. Biarpun begitu, hanya ada beberapa klue saja yang harus kita perhatikan, untuk mengetahui ISIS/ISIL ini benar atau tidak:-

1- Raja Syam akan mati di bunuh [di katakan Bashar]
2- Raja Mesir di bunuh juga [di katakan presiden Mohamed Morsi, akan tetapi raja syam yang harus terbunuh dulu, jadi mungkin ianya tidak 'valid;]
3- Akan ada laporan mengenai tenggelamnya suatu pasukan tentera di padang pasir

Apapun, mungkin 3 klue ini akan berlanjutan sehingga 2-3 tahun kerana terdapat hadis mengatakan perang sufyani akan berjalan selama 9 tahun lamanya. Jika benar, ISIL ini as-sufyani yang akan di bantu oleh AL-KALB (masih tidak tahu akan tetapi teori mengatakan ianya amerika dan zionist, atau Al-Qaeda), maka kita berbaki 8 tahun lagi untuk 'hidup' dalam fitnah akhri zaman ini.

Amerika juga sedang pertingkatkan tahap keselamatan di seluruh lapangan terbangnya kerana terdapat laporan anggota ISIL akan melancarkan serangan ke seluruh negara. Amaran ini juga di laporkan terjadi di Malaysia kerana ada laporan mengatakan akan berlaku pengeboman di sini.

Di samping dunia melihat isu ISIL ini dengan penuh perhatian, jangan di lupa juga tentang Dajjal yang keluar dengan tubuh fizikalnya. Walaupun ia belum berlaku kerana perang As-sufyani harus berjalan dahulu, akan tetapi sebelum munculnya itu, dunia akan menghadapi 3 tahun musim kemarau paling teruk dalam sejarah.

EL NINO yang bakal melanda itu sedang berjalan dan di katakan paling panas sekali dalam sejarah manusia. sumber. Jadi, untuk menghadapi krisis yang akan datang, mulailah menyimpan air atau mengali telaga sendiri. Di samping itu, pastikan diri sentiasa bersedia. TIPS HADAPI EL NINO.

Walauapapun yang bakal terjadi, kita benar-benar di hujung zaman. Sebelum masuki zaman keemasan, banyak fitnah akan melanda sehingga kita tidak tahu siapa benar siapa salah. Daripada itu juga, dalam masa yang sama, ada individu yang berkepentingan mulai membuat duit dari info tentang akhir zaman kepada mereka yang naive tentangnya. Selain itu, perebutan tahta dan 'claim' tahta rancak berjalan. Semuanya atas 'nama' daulah islam. INGAT, ISIS JUGA MELAUNG KHALIFAH DAULAH ISLAM AKAN TETAPI MEMBAWA BENCANA TERUK PADA UMAT ISLAM. Jangan kita jadi seperti itu. Ingatlah sabda nabi tentang akhir zaman; HANYA DIRI SENDIRI YANG MAMPU SELAMATKAN DIRI SENDIRI.
Share this post :

+ comments + 10 comments

Anonymous
July 7, 2014 at 4:53 AM

Dengan menganggap hadis2 fitan benar, dan perbandingan dengan fenomena alam, maka

1. 3 tahun musim panas sekurang kurangnya telah bermula untuk tahun pertama.

2. As sufyani sedang bangkit dengan dokongan kuat bapa saudaranya kalb, yang sudah semestinya bukan orang asing tetapi dari puaknya juga

3. Panji panji hitam dari timur masih dalam pembentukan, belum cukup korum utk bergerak sehinggalah masa yang sesuai. Kebanyakan mereka tak saling kenal mengenal dan tak pernah tatap muka pun tetapi miliki hati dan jiwa yang satu.

4. Dalam masa yang sama Rum kembali bangkit. Panji2 helang berkepala dua rum berkibar sejauh mata memandang di wilayah wilayah utara dalam keadaan sedia berperang, sedangkan musuh di belakang mereka semakin hari semakin ke belakang

5. dia yang tersembunyi kekal tersembunyi , dgr cerita dia sedang menuju ke Makkah dalam keadaan berjalan kaki.. Ntahla

Anonymous
July 8, 2014 at 5:33 AM

abu bakar al-baghdadi ni bukan pemuda bani tamim ke?


Anonymous
July 8, 2014 at 4:59 PM

Semua org sibuk cari dan nak tentukan pemuda bani tamin, sibuk mencari al-mahadi, sedangkn yg lebih utama patut dicari adalah keredhaan Allah, kekuatan iman melawan nafsu, benteng amal menghindar fitnah. Kesatuan umat islam sejati dtg dari individu yg memikirkn hubungan dgn Ilahi. Fikirknlah...

Anonymous
July 9, 2014 at 1:06 PM

Tak salah kalau nak tahu tentang imam mahdi dan bani tamim kalau ia menjurus ke arah penyucian diri dan pengisian tauhid dpd kita terus leka dgn kehidupan yg menjarakkan diri dari tuhan yg esa. Mintak dibetulkan klu salah

Anonymous
July 11, 2014 at 7:53 PM

Salam admin...maaf sedikit mencelah...saya antara yang mintak pandangan admin tentang DI atau daulah islamiyah skrg...nampaknya admin pn msh br sedar ttg kehadiran isis ni...saya pn bknlah menyokong sepenuhnya isis ni,sy pn ttp sbgvpemerhati...ramai kwn2 sy jga tdk rmai sedar kewujudan isis ni,yg sangkakan pergelutan biasa di san...with my own pure heart indigo charm...isis ni mghmpiri kbgkitan islam di sana..

mohon admin hati2 dgn dua perkara,media barat dan taqyyah syiah...media barat membuat fitnah besar ke atas isis,oeg syiah taqiyyah brcmpur dgn apa2 kebaikan dgn hal2 brkaitan syiah...

untuk makluman admin jgk,org sunni di sana dibunuh dan diseksa dgn kejam oleh org syiah,sbb tu kebangkitan isis ada perlunya..dan mereka tidak mmbunuh wanita dan kanak2,mereka juga tidak mnyeksa tahanan,dan mereka bkn shaja perangi syiah rafidhoh tp jgk komunis dan amerika di sana..mereka menjatuhkan hukum bunuh menembak tanpa sebarang seksaan utk sbhgn mereka yg tidak mahu mnyerah...

mohon admin lebih peka dgn isu2 kebangkitan islam pd ms depan...
sy sertakan rujukan utk pihak admin dan mohon maaf andai tersalah kata terkasar bahasa dan mohon pencerahan andai tersalah jalan tersalah maklumat...
www.shoutussalam.com

Anonymous
July 13, 2014 at 9:06 AM

Kita tidak mempunyai hak mengatakan admin mempunyai salah tafsiran. Dia cuma mengeluarkan pandangan sahaja tapi Allah lebih mengetahui. Dalam dunia yang penuh fitnah ini kita perlu lebih banyak solat istikharah dalam membuat pilihan pihak manakah yang betul. Jgn kita yakin kita dipihak yg betul selagi allah tidak memberi ilham atau hidayatnya. Sebab itulah setiap kali solat kita meminta tunjukkanlah kami kejalan yang lurus.

July 18, 2014 at 9:27 PM

Kalau kemarau, guna la cloudbuster wilhelm reich untuk tarik hujan.

Anonymous
August 26, 2014 at 9:34 PM

salam.
dua hadis di atas tue...bukan bicara pasal pemuda bani tamim. sebaliknya pembantunya..pemuda bani hasyim. pemuda ban itamim tidak ada dalam pasukan waktu tue. hal ini boleh dikesan dalam satu hadis yang lain.

sekian.

September 28, 2014 at 11:31 PM

Jika kita lihat kezaliman yg dikata dilakukan isis boleh jadi ia adalah sabotaj dilakukan oleh tentera kafir utk mburukkan isis. Mereka masuk ke dlm isis dn mbunuh mbuta tuli dn meng'klaim' dlm video ia dilakukan isis. Ini tdk mustahil krn hampir seluruh pasukan komando khas di dunia ada kursus sabotaj. Nabi s.a.w ada menyuruh sekiranya seorg musyrik/munafik menyampaikan berita hendaklah kita siasat dahulu kesahihannya.
Amalkn baca surah al kahfi agar kita terpelihara dari fitnah dajjal. Tingkatkn amal ibadah seharian. Moga kita diberi petunjuk dn sentiasa di jln yg benar. InsyaAllah

mae
November 8, 2014 at 7:07 AM

Dua hal :
1. IS tidak pernah menafikan bahawa mereka yang melakukan penyembelihan/kekejaman.
2. Abu Bakar alBaghdadi mengapa bersembunyi kalau bukan takut/pengecut atau seperti Osama yg dicipta CIA ? Bagaimana angkatan tentera IS berjumlah 15,000 orang menerima arahan dari ketua yg bersembunyi ?

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger