Kata tabiin RH,
"Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya
raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang
lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang
dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan
menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia'h dari Abi
Qubail dari Syafa dari Tabi' dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki
memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan
orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan
kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang
lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi
pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.
- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)
Ramai yang bertanyakan pada saya mengenai status ISIL/ISIS ini. Mulanya, saya ingatkan mereka bertanya tentang ISIS dewi egypt; ibu kepada dewa HORUS. Ternyata saya silap kerana saya tidak peka kepada isu semasa yang sedang bergolak di timur tengah.
Maafkan saya, sememangnya saya tidak ambil peka perihal konflik timur tengah kerana apa yang berlaku di sana adalah simbol kepada pepecahan antara mereka. Jadi, sedikit sebanyak konflik itu sengaja di bawa kemari dengan memberi pilihan pada masyarkat kita untuk memilih pihak mana yang harus di sokong, sedangkan konflik mereka itu adalah konflik kedegilan mereka. Masing-masing mahu menegakan apa yang mereka rasa betul tapi hakikatnya mereka melampaui batas kemanusiaan. Ini bukan saja bangsa arab yang terlibat dalam kancah ini akan tetapi rejim zionist dan jugak perang agama di India. Tempias itu hadir juga di dalam Malaysia yang mana, ada pelampau agama sengaja mencetuskan perang saraf dan api permusuhan di sini. Tidakkah sudah di terangkan dalam Quran tentang "agama kamu, agama kamu, dan agama ku adalah agama ku".
Biarpun begitu, perihal ISIS ini mungkin permulaan kepada apa yang di katakan dalam hadis sebagai AS-SUFYANI. ISIL ini kelihatan seperti AL-QAEDA juga akan tetapi ISIL bermatlamatkan KHALIFAH ISLAM. Membawa panji ISLAM kesana kemari, tapi dalam masa sama, membunuh penduduk, wanita dan kanak-kanak, lalu pamerkan di dalam internet akan kekuatan mereka. Tidakkah itu melanggar syarat peperangan islam?
ISIL juga istiharkan mereka membawa pemerintahan khalifah, tapi apa yang admin lihat, hanyalah membawa pemerintahan militari. Khalifah ABU BAKR AL_BAGHDADI merupakan ketuanya.
"BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL)
mengisytiharkan pemerintahan khalifah di wilayah milik Iraq dan Syria
menerusi rakaman audio yang disiarkan menerusi laman web mereka.
Kelmarin, jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani memaklumkan, Abu Bakr al-Baghdadi dilantik sebagai pemimpin mereka.
"Majlis Syura telah berbincang mengenai perkara itu dan memutuskan
untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di kawasan meliputi wilayah
Aleppo di utara Syria hingga Diyala di Iraq," katanya.
Menurut Press TV, keputusan itu dibuat selepas ISIL menawan Mosul di
wilayah Nineveh dan Tikrit terletak 140 kilometer di barat laut Baghdad."
SUMBER
Justeru itu, ia mengambarkan islam itu benar-benar agama pedang. Itu ternyata membawa imej yang salah. Ini perangai arab. Bukan islam. Arab suka peperangan dan pedang, tapi masyarakat dunia memandang arab itu islam dan ianya menimbulkan pandangan salah.
Ada yang mengatakan bahawa ISIL ini salah satu lagi projek Amerika Syarikat dan Zionist yang mana, pelbagai kumpulan militan islam dari segenap penjuru dunia termasuklah malaysia, akan berkumpul di tanah arab dan menghapuskan segala kerajaan di sana. Dikhabarkan, ISIS mahu mengepung ISRAEL, tapi ia tidak kelihatan begitu. Arah mereka menuju ke maakah pula. Tidakkah itu kelihatan pelik. Kini, mereka seolah-olah mahu mengepung madinah dan mekah dan melindungi israel tapi dalam masa sama, melaungkan kata-kata khalifah islamiyah.
Dari suatu sudut pandangan lain pula, di katakan ISIS ini mungkin benar pejuang islam akan tetapi media barat mengempar gemburkan bahawa mereka ini pasukan militan. Jadi, dengan itu masyarakat dunia akan melihat ISIS ini suatu yang salah.
Jadi, antara dua pandangan yakni; ISIS itu militan yang mencemarkan nama islam atau ISIS itu pasukan yang sedang bergabung di tanah arab akan tetapi media barat sengaja mencipta nama buruk kepada mereka. Jadi, yang mana satu yang benar?
Ternyata sukar untuk kita memahami fitnah akhir zaman ini. Hanya diri sendiri yang dapat menyelamatkan diri sendiri. Biarpun begitu, hanya ada beberapa klue saja yang harus kita perhatikan, untuk mengetahui ISIS/ISIL ini benar atau tidak:-
1- Raja Syam akan mati di bunuh [di katakan
Bashar]
2- Raja Mesir di bunuh juga [di katakan presiden
Mohamed Morsi, akan tetapi raja syam yang harus terbunuh dulu, jadi mungkin ianya tidak 'valid;]
3- Akan ada laporan mengenai tenggelamnya suatu pasukan tentera di padang pasir
Apapun, mungkin 3 klue ini akan berlanjutan sehingga 2-3 tahun kerana terdapat hadis mengatakan perang sufyani akan berjalan selama 9 tahun lamanya. Jika benar, ISIL ini
as-sufyani yang akan di bantu oleh
AL-KALB (masih tidak tahu akan tetapi teori mengatakan ianya amerika dan zionist, atau Al-Qaeda), maka kita berbaki 8 tahun lagi untuk 'hidup' dalam fitnah akhri zaman ini.
Amerika juga sedang pertingkatkan tahap keselamatan di seluruh lapangan terbangnya kerana terdapat laporan anggota ISIL akan melancarkan serangan ke seluruh negara. Amaran ini juga di laporkan terjadi di Malaysia kerana ada laporan mengatakan akan berlaku pengeboman di sini.
Di samping dunia melihat isu ISIL ini dengan penuh perhatian, jangan di lupa juga tentang Dajjal yang keluar dengan tubuh fizikalnya. Walaupun ia belum berlaku kerana perang As-sufyani harus berjalan dahulu, akan tetapi sebelum munculnya itu, dunia akan menghadapi 3 tahun musim kemarau paling teruk dalam sejarah.
EL NINO yang bakal melanda itu sedang berjalan dan di katakan paling panas sekali dalam sejarah manusia.
sumber. Jadi, untuk menghadapi krisis yang akan datang, mulailah menyimpan air atau mengali telaga sendiri. Di samping itu, pastikan diri sentiasa bersedia.
TIPS HADAPI EL NINO.
Walauapapun yang bakal terjadi, kita benar-benar di hujung zaman. Sebelum masuki zaman keemasan, banyak fitnah akan melanda sehingga kita tidak tahu siapa benar siapa salah. Daripada itu juga, dalam masa yang sama, ada individu yang berkepentingan mulai membuat duit dari info tentang akhir zaman kepada mereka yang naive tentangnya. Selain itu, perebutan tahta dan 'claim' tahta rancak berjalan. Semuanya atas 'nama' daulah islam.
INGAT, ISIS JUGA MELAUNG KHALIFAH DAULAH ISLAM AKAN TETAPI MEMBAWA BENCANA TERUK PADA UMAT ISLAM. Jangan kita jadi seperti itu. Ingatlah sabda nabi tentang akhir zaman; HANYA DIRI SENDIRI YANG MAMPU SELAMATKAN DIRI SENDIRI.
Comments
1. 3 tahun musim panas sekurang kurangnya telah bermula untuk tahun pertama.
2. As sufyani sedang bangkit dengan dokongan kuat bapa saudaranya kalb, yang sudah semestinya bukan orang asing tetapi dari puaknya juga
3. Panji panji hitam dari timur masih dalam pembentukan, belum cukup korum utk bergerak sehinggalah masa yang sesuai. Kebanyakan mereka tak saling kenal mengenal dan tak pernah tatap muka pun tetapi miliki hati dan jiwa yang satu.
4. Dalam masa yang sama Rum kembali bangkit. Panji2 helang berkepala dua rum berkibar sejauh mata memandang di wilayah wilayah utara dalam keadaan sedia berperang, sedangkan musuh di belakang mereka semakin hari semakin ke belakang
5. dia yang tersembunyi kekal tersembunyi , dgr cerita dia sedang menuju ke Makkah dalam keadaan berjalan kaki.. Ntahla
mohon admin hati2 dgn dua perkara,media barat dan taqyyah syiah...media barat membuat fitnah besar ke atas isis,oeg syiah taqiyyah brcmpur dgn apa2 kebaikan dgn hal2 brkaitan syiah...
untuk makluman admin jgk,org sunni di sana dibunuh dan diseksa dgn kejam oleh org syiah,sbb tu kebangkitan isis ada perlunya..dan mereka tidak mmbunuh wanita dan kanak2,mereka juga tidak mnyeksa tahanan,dan mereka bkn shaja perangi syiah rafidhoh tp jgk komunis dan amerika di sana..mereka menjatuhkan hukum bunuh menembak tanpa sebarang seksaan utk sbhgn mereka yg tidak mahu mnyerah...
mohon admin lebih peka dgn isu2 kebangkitan islam pd ms depan...
sy sertakan rujukan utk pihak admin dan mohon maaf andai tersalah kata terkasar bahasa dan mohon pencerahan andai tersalah jalan tersalah maklumat...
www.shoutussalam.com
dua hadis di atas tue...bukan bicara pasal pemuda bani tamim. sebaliknya pembantunya..pemuda bani hasyim. pemuda ban itamim tidak ada dalam pasukan waktu tue. hal ini boleh dikesan dalam satu hadis yang lain.
sekian.
Amalkn baca surah al kahfi agar kita terpelihara dari fitnah dajjal. Tingkatkn amal ibadah seharian. Moga kita diberi petunjuk dn sentiasa di jln yg benar. InsyaAllah
1. IS tidak pernah menafikan bahawa mereka yang melakukan penyembelihan/kekejaman.
2. Abu Bakar alBaghdadi mengapa bersembunyi kalau bukan takut/pengecut atau seperti Osama yg dicipta CIA ? Bagaimana angkatan tentera IS berjumlah 15,000 orang menerima arahan dari ketua yg bersembunyi ?