Mungkin subjek ini terlalu berat dan terlalu kontroversi untuk di bincangkan. Dan kerana itulah tidak ramai yang mahu bincangkan perkara ini kerana ia meletihkan minda sedangkan di saat kematian kita, kita mencari tuhan untuk memastikan kita selamat di suatu peralihan yang tiada pernah kita bayangkan dan ungkapkan.
Hanya segelintir yang mencari tuhan dalam hidupnya sedangkan banyak orang yang sudah punyai tuhan dengan keturunanannya. Jadi, akibatnya, mereka tiada tahu apa itu ketuhanan dan kebenaran kerana mereka rasa mereka telah tahu kebenaran. Sedangkan kebenaran itu tiada pernah di ketahui oleh seseorang manusia melainkan di saat kematiannya. titik tolak, adakah ia di jalan benar atau tidak.
------------------------------
""What is truth? And what is God?"
"You don't really want an answer to that question."
"Yes, I do. Please."
"If I take a lamp and shine it toward the wall a bright spot will appear on the wall. The lamp is our search for truth, for understanding. Too often we assume that the light on the wall is God. But the light is not the goal of the search. It is the result of the search. The more intense the search, the brighter the light on the wall. The brighter the light on the wall the greater the sense of revelation upon seeing it. Similarly, someone who does not search, who does not bring a lantern with him sees nothing.
What we perceive as God is the byproduct of our search for God. It may simply be an appreciation of the light, pure and unblemished, not understanding that it comes from us. Sometimes we stand in front of the light and assume that we are the center of the universe. God looks astonishingly like we do. Or we turn to look at our shadow and assume that all is darkness. If we allow ourselves to get in the way we defeat the purpose which is to use the light of our search to illuminate the wall in all its beauty and in all its flaws. And in so doing better understand the world around us."
"Yes. But... What is truth? And what is God?
"Truth is... a river."
"And what is God?"
"God is... the mouth of the river."
---------------------------------------------
Sejak berkurun lama, manusia sering mencipta tuhan bila mereka memerlukan sesuatu perlindungan dan restu. Maka, terciptalah pelbagai berhala dan tuhan serta dewa dewi yang refleksi dari alam. Ada dewa angin, tanah air api angin bahkan tuhan kesenian, keilmuan dan kekayaan.
Manusia mencipta sesuatu 'supreme being' dari refleksi alam dan abstrak minda. Manusia mahu sesuatu perkara yang boleh mereka bergantung harap. Jadi, benarlah, sejak fitrah lagi, bahawa manusia itu sudah di isi dengan ketuhanan.
Bahkan ada golongan bertuhankan diri sendiri dan menganggap diri mereka tuhan. Contohnya firaun dan Haman. Persoalannya, kenapa manusia boleh 'mencipta' tuhan sedangkan ciptaan itu adalah kekuasaan ketuhanan?
Adakah manusia itu tuhan? Tidak. Kerana manusia memerlukan tuhan untuk bergantung harap. Persoalan ini berbalik kepada ayat quran bermaksud " “Dan Aku lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,”
Kebenaran itu umpama cahaya yang terpancar dari pelita. Rekleksi cahaya yang tampak di dinding itu sungguh indah dan cantik. Itulah tuhan/bayangan tuhan. Dari situlah manusia mencipta sesuatu yang sama bentuk dengan cahaya tadi, maka terhasillah berhala.
Sedangkan cahaya di dinding itu hanyalah pantulan dari kebenaran yang haq. Empunya cahaya itu adalah sang pelita yang sama sekali tidak sama dengan cahaya dan pantulan cahaya. Lain dari yang lain. Subhanallah. Maha suci ALLAH.
Makhluk pula adalah bayang-bayang hitam yang bersama dengan pantulan cahaya di dinding tadi. Di mana ada pantuan cahaya, di situ ada bayang. Di mana ada tuhan, di situ ada makhluk. Sedangkan dzat yang haq atau kebenaran hakiki itu terpancar dari sumbernya yakni pelita.
Makhluk pula adalah bayangan pada pantulan cahaya itu. Terlihatlah sifat-sifat cahaya tadi. Termuncullah terma dan nama. Ternyatalah kelakuan cahaya tadi melalui bayang-bayang makhluk. [baca: KENALI BUAH OREN]
Di mana ada kebenaran, di situ ada ketuhanan. Di mana ada ketuhanan, di situ tercipta tuhan, dan mana ada tuhan, di situ ada makhluk yang memuju. Dan Subhanallah, ISLAM telah mengajar umatnya untuk AHAD.. AHAD.. AHAD.
Pandang pada cahaya itu, bukan pantulan di dinding.. Walau terang cahaya, tetap yakin, di suatu tempat, ada sumber yang memancar cahaya itu. Yakni SANG PELITA.
[dari perspektif bayang/makhluk] Bayang melihat cahaya tidak mungkin akan bersatu dengan pelita, akan tetapi bayang itu mampu mengubah suai dirinya kerana bayang itu dari cahaya dan cahaya itu menghasilkan bayang. Kerana itulah, bila seseorang mengetahui pengetahui dan kebenaran, mereka di gelar ULAMA' yakni mereka yang berpegetahuan. Sejak purba lagi, mereka yang bijaksana akan mengemudi perahu keagamaan dan ketuhanan. sehinggalah kini, ulama yang sebenar itu adalah pewaris nabi dan terma pewaris nabi itu sendiri punyai maksud yang sungguh mendalam, bukan di beli atau di buat dengan segulung kertas.
Ketahuilah, perkara ini berat di bicarakan akan tetapi inilah yang ramai orang mahu bicarakan di saat bumi kian tua. Wassalam
“Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
+ comments + 3 comments
'dia' berada dirumah bernombor -35-...
Ha ha ha
Hi hi hi
Hu hu hu
Apa yg didalam itulah yg diluarnya..lihat lah dgn mata hati pasti akan mengerti..teruskanlah mencari kalau belum jumpa2 lagi..satu hari nnti pasti akan mengerti..lalu terdiam sendiri..rupanya kau berada sini..sentiasa bersama disi..alangkah bodohnya aku ini..hihihi