Total Pageviews

MH370 DAN MH17 SERTA PERANAN MALAYSIA DI AKHIR ZAMAN




Berikut adalah suatu komen yang panjang dari seorang pembaca Nusanaga yang bernama PUSPA WANGI sekitar 26hb julai 2014 yang lepas di artikel 27 POINT PENTING KRISIS DAN DALANG MH17 

Pandangan dari beliau amat menarik dan bagi admin, perlu di 'up vote' untuk ketengahkan suatu pandangan dari isu mh17 dan mh370 yang mungkin sudah sedikit 'sejuk' kini. Biarpun begitu, tahun 2014 ini, nama Malaysia tiba-tiba saja naik asbab isu ini dan juga kerana bantuan Malaysia kepada Gaza/Palestine dalam senyap-senyap. Jadi, kenapa Malaysia sibuk-sibuk dalam kancah perang negara lain? Nak tau? Teruskan membaca


MH370- versi dari sisi berbeza...

Waspada Malaysia dan Seluruh Asia Tenggara....

Ingat lagikah kita setelah berlakunya 9/11 dimana 2 buah pesawat menghentam bangunan WTC New York dan beberapa lagi pesawat menghentam beberapa bangunan penting di US ? Akhirnya peristiwa ini sudah hampir di yakini sebagai satu usaha terancang dan konspirasi dari dalam negara US sendiri untuk menghalalkan perang mereka keatas umat Islam seluruh dunia terutama di Afghanistan. Ini sangat jelas beberapa pengkaji konspirasi membawakan bukti-bukti yang banyak dari kajian mereka dan sangat sukar untuk di nafikan kebenarannya.

Orang yang menjadi Presiden US ketika itu ialah George H W Bush dan pasangan intimnya di Britain ialah Tony Blair yang menjadi Perdana Menteri Britain. Apabila peristiwa MH370 berlaku hakikatnya situasi dan matlamatnya hampir sama. Kalau kita perhatikan dengan teliti menurut Perdana Menteri, Malaysia dan di sokong padu oleh Tony Abbot, Perdana Menteri dari Australia mereka konsisten mengatakan bahawa satu-satunya bukti kukuh ialah dari pusat satelit INMARSAT.

Di pihak INMARSAT pula ada mengatakan mereka hanya membekalkan maklumat dari satelit namun yang membuat keputusan dan kesimpulannya dari pihak kerajaan Malaysia. Selepas dari itu Perdana Menteri Malaysia pula ada mengatakan dalam temuramah dengan CNN bahawa dia sendiri sejujurnya sukar untuk menerima pesawat yang menuju ke Beijing kemudian berakhir di Laut Hindi Selatan.

Siapakah yang menjadi pemilik didalam pusat satelit INMARSAT yang berpusat di London ini? Jawapnya ialah Harbinger Capital, nama baru yang di nisbahkan kepada George H.W. Bush’s yang sebelumnya di panggil pertubuhan Zapata Corporation. Siapa pula yang masih ada di London yang menjadi kepercayaan dalam pengurusan ini? Siapa lagi kemungkinannya kalau bukan Knight Templer Tony Blair serta pasukkannya.

Selalu kita dengar konspirasi keluarga Bush dengan menggunakan CIA dan FBI dalam penyeludupan dadah dan projek kotor "Mind Control & Brain Washing". Subjek yang menjadi tikus kajian makmal dan mangsa kegilaan mereka ialah rakyat US sendiri. Tidak kurang ramai yang menjadi gila dan mati kerana di dera secara melampau.

Berbalik kepada MH370 yang hilang, sungguh pesawat ini sangat malang. Ia juga menjadi subjek dan mangsa keganasan yang sama. Yang hanya dapat membuatkan pesawat itu berpusing lancar secara jarak pendek kekanan dan membuat loop 360 darjah kekiri hanyalah dari sebuah alat kawalan jauh. Jika secara menual, gerakkan memutar jarak pendek ini hanya mampu dilakukan oleh juruterbang jet tempur yang saiznya lebih kecil.

Sangat menghairankan, setelah membelok pesawat yang sudah memasuki ruang udara Thailand kemudian terus ke Selat Melaka dan menuju kelaut Andaman seterusnya berakhir di Selatan Lautan Hindi dapat di cerap laluan penerbangan ini dengan terperinci sekali oleh INMARSAT. Katanya inilah pertama kali dilakukan dalam sejarah. Apakah anda tidak dapat mengagaknya? Pertama kali dilakukankah atau pertama kali di rancang rapi sebegitu rupa?

Kami percaya, Perdana Menteri, Malaysia telah di beri klu dan mungkin terdapat ugutan dalam kes ini. Perdana Menteri seorang yang pengecut, kokok sahaja lebih. Ini sangat jelas dari reaksi beliau sendiri beberapa hari sebelum kejadian tersebut. Didalam satu acara, beliau dengan tegas mengatakan, " Keselamatan seluruh rakyat Malaysia adalah didalam tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, " Apa maknanya itu? Sedangkan kita semua sememangnya tahu tanggungjawab asas sebagai seorang pemimpin negara ialah menjaga keamanan negara dan rakyatnya.

Filem ini berterusan hingga ke Australia. Tony Abbot dengan bahasa badannya pun kita dapat menduga bahawa tidak pandai menipu, kerana banyak persoalan yang terpaksa mengikut skrip-skrip tertentu terpacul dari mulutnya. Aneh sungguh, sudah puluhan tahun dan sudah maju baru hari ini kita kedengaran Australia ingin membina lapangan terbang ke dua pula? Banyak dana? Mana ambil tu ? Tidak heranlah kos pencarian MH370 yang berjuta ringgit itu awalnya hanya percuma sahaja. Cerita badan Abbot yang disokong oleh Agneas (Ketua JCC) hanya penyedap rasa sahaja, walaupun "lemang kuning" (blue fin 21) itu turun naik beberapa kali dari Lautan Hindi namun MH370 yang malang itu tidak dijumpai juga.

Sebenarnya rancangan 9/11 kali ke dua ini nampaknya gagal. Kecanggihan teknologi dan media massa kini membuatkan ceritanya tersebar cepat keseluruh dunia, ia tidak dapat di tampung-tampung lagi. Sifat simpati dan nilai kemanusiaan setiap manusia menzahirkan rasa simpati kepada negara Malaysia yang kecil dan damai ini. Perancang jahat ini tidak menduga Malaysia yang di mangsakan mereka mendapat sokongan ramai manusia di dunia pula. Tidak heranlah mengikut ceritanya inilah operasi mencari dan menyelamat (S & R) pesawat yang paling besar sekali pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Cipta Krisis, Canang Isu dalam media, kemudian Cadangkan Jalan Penyelesaian adalah kaedah kuno dari tradisi keluarga Bush dahulu. Ternyata hari ini ramai yang tidak dapat bersetuju dan menyokong kaedah ini, akhirnya pesawat yang dikatakan terhempas di Lautan Hindi Selatan itu menjadi peluru makan tuan buat perancangnya sendiri. Tanpa di duga banyak pula rahsia ketenteraan US di lautan Hindi terbuka. Pulau Deigo Garcia yang kita ketahui dahulu ialah dibawah kuasa British sama seperti kepulauan Solomon dan Australia, rupa-rupanya hari ini sudah menjadi pangkalan tercanggih US di provinsi selatan. 

Tipulah kalau India, China dan Russia sebagai kuasa besar lain tidak kecut perut. Sudah pasti kuasa besar yang lain akan menggerakkan setalit mereka kesekitar pulau-pulau lain yang masih banyak terdapat Lautan Hindi. Kedengaran China telah mula menambak benting Spratly pula untuk di buat pangkalan tenteranya di Laut China Selatan.

Telah Gagal, kerana Perdana Menteri, Malaysia sebenarnya mendapat sokongan dari belakang yang membantunya mencari jalan keluar dalam krisis MH370 ini. Dengan meletakkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan dan mengatakan bersetuju dengan US dalam "beberapa pekara", maka nampaknya rancangan ini mungkin akan di tutup dan dikunci selama-lamanya oleh perancangnya. Ini sangat jelas dari keyakinan dan reaksi gembira Presiden Obama yang berkunjung ke Malaysia tidak lama selepas itu.

Obama lebih bersikap sebagai penyokong kesederhanaan mana mungkin akan menerima keganasan dari tradisi keluarga Bush ini. Pada kami Obama adalah Presiden yang telah di kambing hitamkan, lihat sahaja dalam peristiwa beberapa kementeriannya ditutup beberapa minggu dan pekerja awam yang tiada di bayar gaji kerana kekangan kewangan, siapa yang punya angkara? Ini namanya sabotaj rakyat dan negara sendiri.

Dalam kes keganasan US sendiri di Era Keluarga Bush yang atas tiket kononnya menentang pengganas dan menghancurkan sel-sel pengganas di seluruh dunia ternyata mereka telah mengamalkan cara yang lebih ganas lagi dari pengganas. Mereka dengan tentera yang lengkap bersenjata canggih dan berat bukan sekadar menangkap pengganas semborono malah telah membunuh jutaan orang awam, diperkosa, dipenjara dan didera dengan dashyat sekali. Contohnya Doktor Aafia ialah satu-satunya pakar otak wanita didunia tetapi telah di tangkap, di rogol dan di dera sebegitu rupa sekali.

Ingat lagikah kita beberapa kali persidangan Mahkamah & Tribunal Jenayah Perang di Kuala Lumpur, Malaysia yang membicarakan keganasan yang di lakukan oleh pasangan Bush dan Blair? Akhirnya Tribunal Jenayah Perang ini mensabitkan kesalahan kepada kedua Bush dan Blair ini besama dengan pasukkannya yang mana telah melakukan keganasan perang keatas berjuta-juta rakyat awam terutama di Iraq dan Afghan.

" If the American people knew what we have done, they would string us up from the lamp posts." - George H.W. Bush-

Mereka ketawa apabila Saddam Hussin digantung di Hari Raya Haji, tetapi bagaimana pula kedua orang ini boleh terlepas yang telah di sabitkan kesalahanya di Tribunal Jenayah Perang di Kuala Lumpur? Apakah mereka pengecut dan tidak seberani Saddam?

Bush juga pernah mengatakan peperangan menentang keganasan adalah berterusan, bermakna walaupun tidak mengenakan pakaian presiden US dia tetap meneruskan agenda tersebut. Jadi tidak heran jika ejen-ejen dan syarikat dan apa-apa pertubuhan di bawah beliau masih aktif mencipta konspirasi. Mesti di ingat bahawa golongan ini memegang doktrin bahawa manusia selain mereka adalah binatang, dan mereka harus membunuh binatang ini sebelum mereka dan Tuhan mereka memerintah dunia seluruhnya. Kemudian barulah mereka akan diangkat ke syurga atau kelangit, itulah pegangan mereka buat sekian lama. Maka tidak heranlah pegangan ini di terjemahkan kedalam tindak tanduk mereka. Katanya Bush dan Blair ialah Knight Warrior bagi Tuhan tersebut...

Malaysia, Indonesia dan Brunai adalah target seterusnya dengan di bantu pemain wayang latar belakang dan Pak Pacak dari Britain dan Australia.

Dengan kegagalan mereka menyerang Malaysia dalam kes penyangak matawang, gagal mencipta berbagai konspirasi politik dalam Malaysia seterusnya gagal pula dalam krisis MH370. Bertambah parah dan marah Keluarga Ganas Bush ini apatah lagi persidangan Mahkamah & Tribunal Jenayah Perang di Kuala Lumpur, Malaysia mensabitkan mereka bersalah melakukan jenayah perang, hukumannya mandatori mati.

Lebih marah lagi mereka ini apabila Perdana Menteri, Malaysia sudah kembali semula kejantanannya apabila melayan 40 tahun hubungan baik dengan negara China sebaik mungkin. Bayangkanlah sudah pergi ke China, balik Malaysia dan pergi semula ke China dalam masa dua hari, dapat panda dua ekor pula tu. Tindakkan ini sangat tepat, ini satu tamparan hebat buat US dan master mind di belakangnya, jujur kita melihat China tidak ingin berperang ketika ini. Mereka lebih banyak menstrukturkan ekonomi mereka dan mengurangkan kemiskinan yang masih tinggi dikalangan rakyat mereka. Namun provokasi akan membuatkan cina-cina seluruh dunia melatah, maka akhirnya mereka terpaksa memilih untuk berperang. Inilah Master Mind US mahukan.

Jika China dan dibantu Russia menggunakan dan mengeluarkan teknologi canggih mereka untuk mencari MH370 sampai dapat, pasti ekonomi US akan jatuh merudum buat selamanya. Apa-apa yang berlaku kepada US, negara-negara Eropah juga akan sakit kepala.

Jika China dan dibantu Russia menggunakan kuasa vetonya di PBB dan menggesa Bush dan Blair dihukum berdasarkan keputusan persidangan Mahkamah & Tribunal Jenayah Perang di Kuala Lumpur, Malaysia. Pasti kita akan dapat melihat keduanya Bush dan Blair bersama kuncu-kuncunya ketali gantung.

Apakah peranan Malaysia hari ini?
Malaysia hanya akan jadi Pak Turut jika penasihat-penasihat Nyanyuk masih beroperasi di samping pemimpin Malaysia...




Pilu MH 17 ~ Rentettan Rancangan yang Berlangsung Dari Tragedi MH 370

~AWAS!!! : Kami tidak mengatakan semua ulasan pendapat kami benar, hanya sekadar memberi pengkongsian dari komen dan tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Kalau boleh membantu, syukurlah... Kami doakan semuanya berjalan dengan baik dan tenang, berbanyaklah bersabar dengan qada dan qadar dari Allah SWT, segalanya ada takdir perjalannya.~

Hari ini Khamis berlaku lagi peristiwa pesawat terhempas, kira-kira 1.45 petang waktu tempatan Ukraine bersamaan 17 July 2014 (19 Ramadan 1435 H) MH 17 yang melalui laluan udara dari Armsterdam, Belanda menuju Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine bersempadanan Russia. Jarak dari sempadan Russia sejauh 50 KM (pada Longitut 48 darjah Utara dan Altitut 38 darjah Timur).

Laporan awal mengatakan pesawat komersial MAS dengan penumpang awam dan kargo itu telah di bedil dengan peluru berpandu dari bumi ke udara. Keadaan politik Ukraine yang bergolak mengheret sama krisis sosial hingga ke peringkat antarabangsa. Dalam situasi yang sama semua pihak berkrisis menafikan bertanggungjawab dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Pesawat itu di bedil dengan peluru berpandu adalah sangat sahih dari bukti bergambar di mana serpihan pesawat terbakar berguguran dari udara, penduduk yang terdengar dua letupan kuat dan serpihan serta mayat berterabur ke sekitar kawasan perumahan penduduk. Konflik antara kerajaan Ukraine dan golongan pemisah yang Pro Russia sebenarnya adalah perancangan yang datang dari pencatur di belakang peristiwa tersebut. Golongan pemisah yang Pro Russia menuduh tentera udara Ukraine yang melepaskan roket kerana menyangka itu pesawat yang membawa Presiden Russia Si Putin yang baru selesai dalam mesyuarat perundingan pakatan BRICS, sementara kerajaan Ukraine menyalahkan pemisah dan kerajaan Russia dengan memberikan bukti rakaman audio percakapan pihak tentera dari golongan pemisah dan tentera Russia selepas membedil jatuh MH 17 .

Kuasa-kuasa besar seperti US dan Russia adalah pencatur dari sisi luaran dalam siri-siri konflik ini dengan menjadikan Ukraine sebagai medan persaingan dan saling membentuk sekutu dan membentuk blok-blok sempadan geopolitik dan ekonomi. Seterusnya pemain di belakang tabir paling utama dan terbesar sebenarnya ialah Yahudi Zionis dan Yahudi Eropah sendiri. Yahudi dalam apa pun rupa paras mereka sentiasa ada memainkan peranan kerana bangsa inilah selama beberapa ratus tahun menguasai Eropah dalam sektor ekonomi, politik, sebagai tuan tanah malah menjadi bangsawan istana sekelip mata apabila mengahwini Raja-raja Eropah hakikatnya dalam setiap serba serbi ada wajah mereka.



Jangan terkejut, Yahudi yang telah lahir bercampur baur dalam berbagai jenis bangsa dan memiliki sel-sel serta pertubuhan di setiap negara mampu melakukan jenayah ini. Tidak mustahil memberikan dan menawarkan ganjaran kepada golongan pemisah yang Pro Russia supaya menembak jatuh pesawat MH 17 tersebut. Mereka yang menguasai semua sistem dalam dunia tidak susah untuk memasuki setiap maklumat penerbangan awam, data-data dan mengetahui dengan terperinci setiap situasi, kecenderungan mereka merancang dan membentuk peristiwa-peristiwa bukan aneh dan misteri lagi malah sering dijadikan filem.

Ini terbukti setelah terdedah peristiwa tentang gerakkan rahsia mereka dalam memainkan peranan di belakang tabir dalam merancang perang dunia pertama (WW1) dan kedua (WW2). Tidak mustahil Yahudi International membekalkan modal kepada pertubuhan Yahudi tempatan dan membayar wang kepada bangsa yang bergolak di Ukraine. Mereka yang diupah untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sengaja tidak di berikan data yang jelas tentang pesawat itu kepada yang dipercayai dari golongan pemisah ini. Tiba masanya roket di sasarkan keudara tanpa golongan yang di bayar wang pendahuluan ini mengambil kira apa yang mereka musnahkan.

Tidak mungkin golongan pemisah yang Pro Russia tidak kenal mana satu pesawat awam dan yang mana satu pesawat tentera. Tidak mungkin golongan ini tidak tahu bahawa mensasarkan pesawat awam dan komersial sebagai satu kesalahan, kerja bodoh dan perbuatan sia-sia dalam peperangan. Apa pun situasi perang menjadikan wang dan ganjaran sangat di perlukan, siapa yang tidak mahu jika ditawarkan ganjaran wang ketika itu. Khabarnya Taliban yang berjuang atas nama Islam pun sanggup menjual drone US yang mereka jatuhkan kepada pihak ketiga.

Pasti akan ada kata-kata yang akan melarang kita supaya jangan bermain rumors dan spekulasi kononnya ini bukan masanya. Janganlah jadi bodoh dan mudah di perbodohkan sehingga kita tidak boleh buat apa-apa. Padahal analisa dari spekulasi itulah kita dapat mengesan jejak-jejak musuh. Falsafah musuh ialah "secret must be remain as a secret forever'- rahsia akan terus dikekalkan sebagai rahsia bagi menutup setiap gerakkan dan kerja-kerja jenayah mereka. Kata-kata yang melarang jangan membuat spekulasi hakikatnya itulah yang di kehendaki oleh musuh supaya tindakkan dan penilaian kita jadi terhad. Peperangan satu tipudaya, musuh mematikan jejak kerana itu untuk membuktikkannya sangat sukar.

MH 17 dan penumpang serta anak kapalnya adalah mangsa yang di mangsakan. Pesawat malang ini adalah korban daripada pemainan kuasa-kuasa besar, ini adalah juga rentettan dan mempunyai hubungan yang berkaitan dengan peristiwa MH 370 yang lalu. Pesawat ini memang di rancang ditembak jatuh bagi melengkapkan siri-siri perancangan oleh para perancangnya. Perhatikan tarikh ini MH 370 pada 7 Mac 2014 dan MH 17 pada 17 July 2014 , walaupun MH 370 di laporkan berlaku 8 Mac dan MH 17 pada 18 July, tetapi di Barat tarikh masih lagi pada hari 7 Mac 2014 dan 17 July 2014 kerana selang waktu yang berbeza. Di Asia sudah siang sedangkan di Eropah masih malam. Keselarian masa dan nombor adalah kod rahsia musuh. Sesungguhnya permainan ini belum tamat lagi.



Perang dunia pertama dan kedua terjadi kerana sekatan dan kepentingan setiap negara di cabuli. Bahagian barat dan timur saling berantakkan kerana menjaga kepentingan dan merebut hak masing-masing terutama dalam sisi ekonomi dan perdagangan maka peperangan berlaku, perancang dan Master Mind dibelakangnya adalah orang yang sama. Peperangan yang seterusnya juga dari kaedah yang sama, hari ini di bulan Julai, US menambah sekatan keatas Russia kerana campur tangan Russia di wilayah bergolak Ukraine, sekatan itu ialah berkenaan persenjataan dan pengeluaran senjata Russia. Tidak lama selepas itu pesawat komersial Malaysia yang terkandung di dalamnya berbagai jenis bangsa dari berbagai negara yang menjadi penumpang di bedil jatuh. Ini adalah ibarat menyimbah petrol kedalam api, siapakah punya kerja?

Sebelum itu US telah melakukan sekatan dan menjual simpanan komoditi mereka bagi menghadkan dan membekukan ekonomi Russia, tetapi Russia membalas dengan memeterai perdagangan gas dan minyak selama 30 tahun dengan China, menubuhkan bank dan sistem kewangan tersendiri dalam pakatan BRICS serta menjual secara pukal dana dan pelaburan Dollar US. Russia kelihatan mula menyerang nilai Dollar dan mengesampingkan ekonomi US dalam banyak cara terutama penggunaan bahan komoditi fossil. Kelihatan inilah bunga-bunga peperangan dunia seterusnya dimana telah wujud blok-blok baru yang sama seperti mulanya perang dunia pertama dan kedua yang lalu (pakatan komunis VS pakatan kapitalis). Peristiwa MH 17 akhirnya akan memberikan ruang untuk US bertindak lebih keras keatas Russia dan Belanda mungkin akan terlibat sekali.

US yang cuba memancing China baru-baru ini supaya menjadi sebagai sebahagian pakatan mereka dan mematuhi syarat-syarat mereka telah di templak China dimana negara China tidak setuju cara US mencampuri urusan kedaulatan, maruah dan kepentingannya di Laut China Selatan. Ini adalah rentettan peristiwa perebutan kepulauan Spratly, campur tangan US dengan menjadikan Jepun, Filipina dan Vietnam sebagai kawan sekutu, serta meletakkan pangkalan tentera mereka di kawasan terbabit untuk 10 tahun akan datang. Orentasi pergerakkan kuasa dan pembentukkan garis jajahan ini adalah bibit-bibit aktif peperangan.

Peristiwa MH 370 yang mana ramai rakyatnya terkorban adalah sangat di percayai oleh China sebagai didalangi dari kerja-kerja ejen rahsia US, MH 370 juga ada kena mengena dengan kargo rahsia barangan dari US yang ingin di bawa ke China. Ada ura-ura yang menyebut tidak mustahil tragedi pesawat MH 17 pula adalah sebagai 'belon ujian' serta isyarat dari Russia dan China untuk melihat sejauh mana tindakbalas US apabila satu lagi pesawat Boeing buatan mereka di bedil agar terlihat persis yang berlaku dalam tragedi MH 370 dahulu.

Roket BUK ialah peluru berpandu buatan Soviet/Russia yang memiliki 95% ketepatan kearah sasaran. Pelancar roket ini pernah dilihat oleh seorang wartawan di Timur Ukraine pada hari kejadian. BUK peluru berpandu dari bumi ke udara adalah beroperasi secara automatik, apabila suis di tekan bermakna sasaran telah di tetapkan sedari awal lagi, ini bermakna MH 17 adalah memang telah di sasarkan untuk di tembak jatuh.

Eh! Eh! jangan lupa, pemain di belakang tabir paling besar sebenarnya ialah Yahudi Zionis yang hari ini telah di kesan membawa modal dan kekayaan mereka ke negara Asia dan Timur terutama China. Waspadalah wahai Asia, Mustahil mereka tiada kepentingan walau sedikit pun ataupun setidak-tidaknya untuk mengalihkan perhatian dunia dari Palestin yang di ganasi regim penceroboh Israel di bulan Ramadan ini. Tiga jam selepas MH 17 di bedil Israel menggerakkan infantri tentera daratnya ke Gaza.

Terdapat banyak pesawat lain yang melalui laluan yang sama tetapi kenapa MH 17 yang di bedil. Sasaran pesawat Malaysia ialah kerana mereka tahu, sebagai negara Multi-Racial yang harmoni sudah tentu menjadi kepercayaan berbagai bangsa di dunia untuk menggunakan perkhidmatan MAS, yang mana majoriti masyarakat dunia melihat Malaysia sebagai bangsa yang tinggi teloransinya. Ini sangat di senangi banyak pihak, maka musuh mengambil dua pesawat malang ini sebagai sasaran kerana di dalamnya akan terdapat berbagai bangsa dari berbagai negara yang akan di mangsakan serta akan mudah dilibatkan dalam konflik keseluruh dunia seterusnya. Tidak mungkin dengan peralatan canggih dan tahap risikkan cekap hari ini pihak terbabit tidak dapat menentukan mana satu pesawat yang di naiki Si Putin dan mana satu pesawat awam dan komersial, jika ingin membedil pesawat si Putin mestilah dilakukan oleh Ukraien tidak mungkin dilakukan oleh golongan pemisah yang kita tahu mereka pro Russia dan Putin..

Malaysia yang hari ini secara amnya tidak ada kena mengena dengan krisis di Ukraine telah di seret sama, ini jelas dalam beberapa tragedi besar bertahap dunia yang berlaku kebelakangan ini. Apakah ramai pemimpin negara kita yang naik minyak untuk melibatkan diri dalam mencatur dunia hari ini, lumayan juga tu? Atau mereka ini telah mula memilih menjadi mana-mana sekutu pihak-pihak bertelagah secara diam-diam?

Kerana itu negara sudah mula terbuka sebagai sasaran pihak yang tidak pro Malaysia atau telah di anggap sebagai rakan sekutu musuh dan mungkin akan di jadikan pangkalan tentera asing secara sembunyi atau transit jenayah yang lebih meluas. Jika pemimpin negara kita telah mengambil habuan dari sekutu atau sudah sah memilih untuk menjadi sekutu siapa maka bersedialah untuk dikorbankan apa sahaja bermakna kita sudah termasuk didalam program NWO tajaan mereka.

Jangan lupa "Enermy Of My Enermy Is My Friend" dan "Enermy Of My Enermy That I'Kill Last" inilah falsafah musuh dan pencatur. Malaysia telah tersepit di tengah-tengah pegolakkan kuasa besar dunia dan dibuli habis-habisan. Apa yang kita lihat Malaysia yang asalnya sebagai 'neutral' tetapi saling memberi muka kepada dua-dua pihak dan kelihatan kini bermuka-muka pula. Apabila US memulas telinga Malaysia seperti menyindir China dan Russia, sementara apabila Russia dan China memulas telinga Malaysia seperti menyindir US. Sampai bila ingin bermuka-muka, di bodoh dan di sengalkan...

Tidak ada kebetulan dalam setiap kejadian di dunia ini seperti yang selalu dilaungkan oleh penganalisis, mereka ini hanya bertindak sebagai perlindung orang atasan mereka. Soalan rakyat tentang kenapa pesawat komersial negara yang di mangsakan masih tidak dijawap, takkan kebetulan berlaku sampai berulang kali, jangan bodohkan rakyat, perhatikanlah apa yang kami catatkan diatas tentang agenda peranan elemen di belakang tabir .

Dari beberapa point kumpulan pen-"Channeling Spiritual" telah mendapat imbasan imej (Spiritual Visual Image) memang pesawat di tembak, beberapa grafik yang di tontonkan dalam TV tempatan sebenarnya hampir sama dengan imej yang di Channel, cuma kelihatan percikkan letupan lebih besar di udara menjulang tinggi keatas dan menolak beberapa objek dipercayai kerusi penumpang, serpihan pesawat dan sisa bahan 'peletup' sendiri. Dan dalam masa letusan terjadi imej dari Chanelling Spiritual melihat 2 objek seperti objek terbang kecil (mungkin drone, pesawat tempur, pesawat piring taktikal stealth atau jenis AV) yang mengiringi dari jarak belakang pesawat MH 17. Jika channeling ini benar maka tragedi MH 17 memang di rancangkan.

Jatuhnya pesawat MH 17 di kawasan orang Ukraine yang Pro-Russia akhirnya akan menjadi alasan untuk penyiasat antarabangsa memasuki wilayah tersebut, ini bukan semudah yang di sangkakan. Wilayah ini tiada sistem kerajaan sah yang memerintah dan ia di kira sebagai kawasan pihak pemisah yang akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan kawasan mereka dan menghalang sebarang bukti jenayah mereka di ketahui. Katanya kotak hitam MAS MH 17 sudah sampai ke tangan Russia.

Akhirnya, China melihat US membuli, pemeras dan ingin menguasai China agar mengikut terlunjuk mereka. Tindakkan US ini adalah untuk memecahkan peranan China dalam pakatan BRICS. Kita tidak mengetahui apa perundingan ekonomi antara US dan China yang lalu. Yang kita lihat wajah-wajah pemimpin China dan US tidak semanis biasa selepas rundingan tamat.

Kenapa MAS MH 17? Dan kenapa Malaysia? Siapakah enermy That I'Kill Last?
Kerana MAS MH 17 sebagai 'belon ujian' serta isyarat 'war raksaksa' dan Malaysia adalah kata kunci peperangan dunia seterusnya bacalah hadis akhirzaman tentang negara-negara timur. Last enermy mereka adalah orang Islam. Orang yang jadi 'master mind' mengajar Russia menyerang Dollar dan jual beli tabungan petrol USA dengan nilaian emas ialah orang Melayu. Kenapa tak percaya ker??? Satu hari sekitar tahun 2005 kalau tak salah, si Putin buat lawatan rasmi ke Malaysia kemudian 'spend' sepetang minum teh dengan seseorang. Hah! orang tulah yang bagi idea ke Putin.

Orang ni jugalah yang 13 tahun lebih awal mengatakan kelemahan USA ialah dari segi Dollar dan nilai Emas, tidak lama selepas peristiwa itu muncul pula ilmuan Russia, Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia - pada 2013- dan Jim O'Neill - pada 2011- mengeluarkan idea tentang penubuhan BRICS serta membentuk matawang baru dan tidak menggunakan Dollar dalam urusniaga di kalangan pakatan mereka. BRICS belum mampu membungkam USA dengan kaedah sistem matawang konvensional hanya yang dapat melenyapkan kekuasaan USA adalah melalui sistem matawang logam Emas dan Perak, sebab itu China, India, Vanuzela dan beberapa negara lain sibuk membeli emas serta mengumpul emas namun tetap tidak mampu menguasai nilai logam ini dan negara yang mampu kearah itu ialah ***** ******. Sekarang selepas membaca dua tajuk ini anda dah tahu bukan kenapa Malaysia jadi tarikan sekarang.

Ingat !!! Peperangan satu tipudaya. jeng jeng jeng...
Sekian,
 
Share this post :

+ comments + 6 comments

Anonymous
August 3, 2014 at 10:23 AM

Negara yg kaya dgn emas zaman berzaman...yg jadi rebutan sejak dulu lg...

August 3, 2014 at 10:23 PM

blog shahpaskal dh mengutarakan perihal emas sejak 3~4 thun lepas lg...

Anonymous
August 4, 2014 at 2:08 AM

south africa?

.
August 4, 2014 at 3:46 AM

Negara johor laa beb!!!

Anonymous
August 4, 2014 at 9:21 AM

Tanah melayu ->ophir -> survanabhumi -> aurea chernesonese

December 17, 2016 at 12:31 PM

Pak turut X pe, kene pilih jalan yang paling kurang mudarat kepada rakyat Malaysia

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger