Total Pageviews
Persepsi global membina atau meruntuhkan jaringan sosial
kepercayaan mencipta law n system utk manusia hidup sedangkan law@system itu tidak wujud kerana ianya adalah kepercayaan minda yg jadikannya sesuatu yang nyata. Contoh: seorang lelaki tak boleh teruskan pjalanan kerana di hadapan ada cermin hologram, tapi hakikatnya cermin itu tiada pun.
Social constructionism or the social construction of reality (also socialconcept) is a theory of knowledge in sociology and communication theory that examines the development of jointly constructed understandings of the world.
Apa yang kita faham, lakukan dan buat adalah akibat dari kehendak global terhadap diri kita. Dan apabila kita lakukan sesuatu yang asing dari kehendak itu maka kita akan jadi orang yang dipulaukan.
Apakah ini suatu yang baik? Ya, ianya suatu yang baik kerana sejak wujudnya alam segala perkara adalah berjalan dengan sistem dan perundangannya sendiri. Terpisah dari sistem menyebabkan sesuatu itu jadi terasing dan 'terkeluar dari rahmat'.
Tapi apabila ianya berlegar kepada perihal kemanusiaan, maka ia berlegar kepada BAIK dan BURUK.
Jika suatu sistem ciptaan manusia itu mampu berikan kesan yang baik kepada kemanusiaan, maka secara automatik manusia akan mengikutinya dan mengamalkannya sehingga ia menjadi schemata yakni memori yang tersimpan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Boleh juga ia disebut sebagai adat.
Tapi jika suatu sistem itu mulai memburuk secata automatik manusia akan memberi rangsangan atau stimuli kepada sistem tersebut dan secara berperingkat ia akan menjadikan seseorang itu mahu melepas diri dari sisten buruk itu.
Ibarat network atau suatu jaringan sosial, ia akan berkembang dan terus berkembang sehingga sistem itu tidak lagi di aplikasikan oleh network tersebut dan secara tidak sedar suatu jaringan kepercayaan baru akan terbina dan mencipta suatu sistem baru yang lebih 'mesra' dengan kehendak network itu secara keseluruhannya.
Sekian, wassalam
+ comments + 1 comments
Assalamualaikum saudara muslim ku , ada hal2 yang dibahas mengenai imam Mahdi di bulan boleh kah saya menanyakan hal2 yang menurut saya tidak masuk akal ,tapi memang ada orang seperti sedang duduk diantara 2sujud berjenggot lebat , lafadz Allah menempel ke dada (qolbu)