Total Pageviews

Pandangan ibnu rusyd atau averroes tentang ketuhanan yang menyebabkan dia dibuang negara


Sedikit tntg pndgn averroes /ibnu rusyd terhadap ketuhanan:

Ibnu Rusyd (Averroes) atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198). Beliau dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Beliau dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Dan menjadi pengerak kepada kebangkitan dark age di europe kepada era renaisance.

1. Everything is contigous. Segala yg wujud itu berjangkit atau bersebab. Contohnya, anak kena lahir dari emak, emak dari nenek dan seterusnya. Dan ni membawa kepada hadis qudsi tntg kejadian nur muhammad, penyebab adanya alam.

2. God is unique. Segala perkara yg wuju dan ada pada makhluk atau apa2 sahaja yg bersifat abstrak termasuklah ilmu, nama, sifat dan sebagainya adalah terpisah dari keunikan tuhan. Makna kata, segala sesuatu itu adalah kehendakNya dan DIA adalah diluar dari segala sesuatu akan tetapi segala sesuatu itu adalah berasbabkan DIA. Ia sesuai dgn kalimah laisa kamislihi syaiun yakni tiada segala sesuatu melainkanNYA dan syahadah.

3. Universe is eternal. Maksudnya alam ini sentiasa kekal tapi akan berubah-ubah. Hal ni menyebabkan ibnu ruysd di tentang oleh imam al ghazali yg berpendapat dunia tidak kekal. Akan tetapi maksud ibnu rusyd adalah, alam ni wujud asbab kehendak DIA dan wajib ada. Akan tetapi, nature law akan berubah2 atas kesan "contigous/berjangkit" itu.

4. "Flying man". Yg inilah yg paling saya suka. Bayangkan diri sedang terapung diudara akan tetapi segala deria rasa hilang seketika. Pada ketika itu, hanya ada adalah rasa kewujudan anda sahaja. Anda tahu anda sedang terapung di udara. Ok, mungkin ini adalah disebabkan kesedaran anda masih ada. Dan ia berpunca dari aktiviti otak.

Kali ini, cuba semua deria mati dan otak anda pun mati. Yup, anda mati tapi masih terapung diudara dengan jantung masih berdenyut. Pada saat ini, anda mati secara klinikal atau dikenali sbg dead brain tp hakikatnya anda masih hidup.

Dan jika anda sedar kembali dari status brain dead tadi, besar kemungkinan anda lupa apa yg telah anda lalui ketika sedang "mati" tadi. Tapi dalam masa yg sama, anda seakan ingat perasaan "berada diluar alam material".. tp anda tak boleh gambarkan atau ceritakan. Hal ni byk terjadi pada yang mengalami NDE, near death experience.

Kesimpulannya, ibnu rusyd dan beberapa cendikiawan era keemasan islam menyatakan bahawa tuhan sebagai unique. Yakni diluar segala sangkaan manusia. Dan wujud alam ini adalah kehendakNya dan adanya segala sesuatu adalah "berasbab" atau "berjangkit". Ibarat fractal atau geometri golden ratio, ia berkembang tapi tetap mengambil bekas/kesan yang sama.

Ibarat kata sufi nusantara, "kang, salinan merata-rata, tapi hanya satu berkata-kata". Atau kata-kata filosof barat, "as above so below". Keberadaan tuhan itu adalah atas dasar sangkaan hambaNya. Jika hambaNya ingin mengetahui tuhannya dalam sains, ia akan jumpa dalam kajian sainsnya.

Jika dia mahu kenali tuhannya dalam hal ghaib, dia akan kenali dengan hal2 ghaib. Jika dicari dalam bentuk zikir, maka tuhan itu ada dalam hatinya. Jika dicari dalam bentuk fikir, maka DIA akan ada dengan rasa yakinnya. Dan, jika dia tak mahu kenali tuhannya, maka tidak akan "wujud" tuhan itu.

Dan takkala inilah kita kena berhati-hati dengan sangkaan kerana bak kata albert einstein;
"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world."

Ini kerana segala tntg tuhan itu adalah hasil sangkaan hambaNYA. Ia terhasil dari seseorang individu. Setiap individu tidak akan sama sangkaan ketuhananya. Yang boleh seragamkan semua sangkaan ini adalah dengan agama yang melahirkan undang2 atau set of law. Dan set of law ini akan melahirkan pelbagai aspek lain seperti keilmun, undanh2 negara, ketamadunan dan sebagainya.

Dan paling penting, spark atau cetusan ingin bertuhan atau kenali bahkan rapat dengan dzat/essense/oneness itu adalah kehendakNYA jua.

Maka, bersyukurlah andai anda diberi spark itu kerana spark itu adalah suatu rahmat dari tuhanMu.

Sekian
Wassalam
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 1, 2019 at 6:46 PM

Salam sejahtera dan salam hormat..terbaik dan terima kasih tuan tanah....penulisan yang terhasil dari cetusan ilmu yang memberi munafaat bagi mereka mereka yang mahu berfikir.izinkan saya munafaatkan penulisan tuan ini,terima kasih sekali lagi.

August 2, 2020 at 10:05 PM

Imam Ghazali adalah ketua wali di zamannya iaitu wali mujaddid. Dia membetulkan bab tasawuf yang telah dirosakkan oleh golongan yang taksub pemikiran logik akal dan filosof yunani... sbb itu Ibnu Rushdi perlu diperbetulkan dan diasingkan dari masyarakat awam. Kerana org awam akn rosak dlm skala besar contohnya ialah zaman sekarang. Kerana itu zaman ini bukan saja perlu mujaddid tetapi perlukan Imamul mahdi sebagai khalifah penyelamat manusia akhirzaman

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger