Total Pageviews

Nirwana, Moksha dan kisah asal muasal solat itu pelepas dari samsara hal keduniaan dan kewujudan



HIKAYAT NIRWANA PELEPAS DARI SAMSARA
Nirwana atau mokhsa adalah suatu tahap perlepasan dari sebarang bentuk kejadian yang di panggil samsara. Dalam bahasa mudahnya, pemahaman ini merujuk kepada manusia cuba untuk berlepas diri dari sengsara alam fana. Tak kisahlah anda berada dalam dimensi mana atau alam mana, ia masih terkandung dalam samsara ini walaupun kita 'dilahirkan semula di alam barzah' atau menjalani proses pembersihan di alam baqa (masih juga samsara) sehingga suatu jiwa itu betul2 akan jadi pure/absolute kembali

Updated 9.11am 30/8/2018 -
HIKAYAT SOLAT DARI ALAM CAHAYA
Kisah isra mikraj adalah mengenai perjalanan horizontal dan vertical ke langit 7. Dan ketika nabi muhammad melepasi garisan langit, jibrail yang tugasnya membawa wahyu, ilham, ilmu bahkan iqra itu tak boleh melangkau ruang yang muhammad rasullullah jejaki itu. Katanya, setapak jibrail melangkah, pasti akan binasa.

Maka muhammad rasullullah pun bersendirian di ruanh itu dan baginda hanua melihat cahaya semata-mata. Dan dzat Allah itu pula disebalik cahaya itu. Lalu terjadilah kisah seperti mana tahiyat dalam solat takkala itu. Maka, di anugerahkan solat sebagai medium peringatan kisah pertemuan cahaya dengan yang empunya cahaya.

Kemudian baginda turun lantas bertemu nabi musa kalamullah. Maka terjadilah bual bicara disitu. Nasihat musa kalamullah agar diperingankan solat dari 50 kepada 5 kali sehari.

Maka, naik turunlah muhammad rasullullah dengan yang emtuan punya cahaya itu.Kemudian, turunlah muhammad rasullullah ke alam dunia dan di hadiahkan solat pada umat muhammad itu.

Nabi muhammad mengajak sahabat dan umatnya bersolat sehingglah terciptanya azan dari suara lunak bilal si hamba.

Updated 9.30 am 30/08/18 -
HIKAYAT TIADA KEPADA ADA
Kisah nirwana adalah keadaan dimana jiwa itu mahu berlepas diri dari samsara yakni mahu berlepas diri dari segala kewujudan dan kembali pada yang empunya dzat.

Kisah isra mikraj pula tentang muhammad rasullullah menerima solat yang mana keadaan solat itu tiada apa-apa. Bercahaya semata-mata. Kemudian terjadilah kalamu kalam. Bual bicara sesama sendiri. Berulang kali. Sehingga turun ke alam dunia, terhasilah pergerakan dan berakhir dgn azan yang mengajak ke arah kejayaan.

Rumusan disini adalah;
Solat itu adalah tiang agama kerana ia adalah suatu keterangan tentang keadaan jiwa asal muasal itu telah mencapai nirwana dan ditugaskan untuk di sampaikan (rasul) pada umat muhammad dengan kalam dan perbuatan (bacaan dan perbuatan dalam solat).

Dan tahukah anda bahawa post ni dibuat secara berkala kerana begitulah asal muasal solat sebelum ianya ia jadi sebagaimana kita praktikkan kini?

Kerana asal muasal nirwana, moksha dan solat itu keadaan yang berlepas diri dari samsara dan duduk yang begitu hampir dengan tuan punya segalanya. Beyond everything yang kau lihat, dengar, setuh, fikir dan kalamkan. Bahkan kosong pun tidak wujud.

Wallahualam

Yang benar
Aixa adli
30 aug 2018

Share this post :

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger