Total Pageviews

PersoalanKu




salam...


selamat tahun baru 2010 saya ucapkan yang mana masuknya tahun ini sungguh bertanda sekali. Jatuhnya pada hari jumaat dan peristiwa gerhana bulan pada subuh harinya sungguh memberi petanda bagi mereka yang berfikir. Tapi, tidak semua orang akan melihat perkara itu sebagai petanda daripada ALLAH, bahkan mereka mengatakan itu hanyalah fenomena alam dan ianya tidak memberi tanda sedikit pun. 


Sesungguhnya, setiap kejadian tidak sia-sia. Tapi, tiap perkara itu juga bukanlah untuk di idolkan, atau di agung-agungkan sehingga membawa kepada suatu kepercayaan. Cukuplah sesuatu peristiwa itu hanya sekadar tanda semata-mata supaya kalian berfikir akan kebesaranNYA, kenapa ini terjadi, dan apa akan terjadi...


Jadi, apa yang akan terjadi pada 2010 mengikut pada petanda yang di berikan...maka, itu kalian sendiri fikirkan kerana jika di beritahu ia akan membawa kepada fitnah dan ramalan yang mana di larang keras oleh rasullullah.


Anda fikir dan anda sendiri tentukan, dan diamkanlah rahsia itu bersama anda kerana bila anda berkata-kata kepada yang tidak memahami, maka yang tidak memahami itu akan menjadikan kerahsiaan itu suatu fitnah dan fitnah itu akan memecah belahkan ummat dan seterusnya membinasakan ketamadunan manusia.


Apa yang saya membebel ini?


untuk pengetahuan semua, artikel yang lepas bertajuk 'suatu cerita' dan 'suatu cerita 2' benar-benar membawa perspektif pandangan anda kepada keesaanNYA melalui perbagai dinding pemahaman.


Yang sebenarnya, apa yang saya ceritakan pada artikel itu adalah dari pengalaman, bacaan dan pandangan saya serta beberapa orang yang 'mengembara' jauh dalam lautan ilmuNYA.
Tapi, tidak semua yang mampu berenang. Bila mereka lepas, mereka akan melihat dasar lautan dengan 'kelemasan' itu. Pandangan yang berenang dan yang lemas tidak akan sama. Inikan pula yang tidak pernah terlintas untuk berenang dan menyelam di lautan keilmuanNYA. Bila si perenang dan si penyelam itu memanggil yang duduk berehat di atas daratan jahil, maka yang duduk itu akan menjerit-jerit mengatakan lautan itu cukup bahaya dan terdapat pelbagai perangkap. Maka, bagaimana pula si duduk tadi tahu adanya perangkap dan bahaya di lautan keilmuanNYA sedangkan air laut itu pun dia tidak pernah sentuh?!





Inikan pula yang tinggal di dalam hutan jauh dari lautan keilmuanNYA. Mereka yang tinggal di hutan tak pernah mengenal apa itu lautan. Mereka tahu bahawa merekalah paling hebat kerana mampu hidup di dalam hutan yang tebal itu. Tapi, bila ada utusan yang mengatakan adanya lautan keilmuanNYA yang luas di luar sana, terus mereka membantah dan membunuh utusan itu. Bahkan mereka berdabik dada mengatakan "akulah terhebat...".


Maka, inilah persoalannya...
Kenapa kita memandang pada orang lain untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ilmu kita sedangkan kita tak pernah mengukurnya dengan diri dan hati kita sendiri...


Apapun, inilah persoalan yang saya tinggalkan untuk anda supaya di kaji dan di mengertikan sebelum saya terangkan tentang konsep 'ilmu segala' yang pernah saya utarakan dalam artikel bangsa MIM...


Bila selesai tentang 'ilmu segala', saya akan terangkan pula perihal senjata terhebat yang di gunakan oleh para Dajjal dalam memporak perandakan emosi dan hati manusia. Seterusnya, insyallah, saya akan membentangkan artikel konsep BANI TA MIM beserta kajian dari seberang.


Apapun, doakan saya supaya dapat menerangkannya kepada anda dengan sebaik mungkin. Yang pasti, saya bukanlah nabi, rasul atau tuhan mahupun ketua kumpulan yang mahu recruit prajurit panji hitam atau sebagainya. Saya menulis sekadar membantu untuk membuka hati dan minda bansa MIM termasuklah diri saya ini.


Saya juga seorang pengecut dalam berhadapan dengan orang-orang yang tidak mengerti. Saya juga seorang yang suka bersembunyi kerana saya tidak mahu untuk bertikam lidah hanya kerana nama 'islam' yang tidak pernah di mengertikan oleh bangsa MIM. Jadi, anggaplah tulisan saya adalah 'dari bangsa MIM kepada bangsa MIM'...dan demikianlah anda lakukannya.


Sebelum bersurai, saya ingin utarakan beberapa soalan kepada kalian. Jika anda menjawabnya dengan tepat, maka bersenang hatilah bila saya buka tentang 'ilmu segala' itu. Jawapannya tidak perlu anda tulis atau beritahu sesiapa, cukup sekadar untuk diri anda.
Maka, inilah soalannya...


1- ALLAH itu di mana?


2- Rasul mu di mana?


3- Anda hidup untuk apa?


....................


Jadi, inilah soalannya dan kita saksikan apa pula drama selepas ini. Untuk akhirnya, kenapa kita harus melihat orang lain untuk mengukur keimanan kita dan mebanding-bandingkannya...dan itulah persoalan paling besar untuk anda jawab. sekian wassalam


Share this post :

+ comments + 14 comments

Q
January 5, 2010 at 2:48 AM

Saya kagum dengan kamu, saya mungkin antara org yg telah memerhatikan kamu dan kami mendoakan agar bersabarlah dengan kebenaran yang kamu terima , kerana pengikut iblis tidak akan terlena dalam menunggu peluang untuk mencelah perbahasan kamu dan pemikiran kamu.

rashia Allah adalah hak Allah dan hanya Allah yg haq membukanya apabila Allah inginkanNya.

Waallahualam.

*igt, Ahli Zikir adalah orang yang paling KUAT menjaga Syariat Allah, bukan berdiam menyendiri dan sentiasa berfikir dan berfikir ,kerana itu adalah Ahli Fikir bukannya Ahli Zikir. (hanya ingin berkongsi n tiada niat mengecilkan ilmu sesiapa)

January 5, 2010 at 2:20 PM

salam,

saya suka gambar kucing tu. hebat dan penuh arti. pencarian itu tidak pernah selesai dan ia berkisar disekitar diri sendiri. segala rahsia berpusat di dalamnya. semoga berjaya.

Anonymous
January 6, 2010 at 2:11 AM

nak sebut MIM ye.nak bagi cadangan sikit..

MALASIA (mala dan asia)


ditulis dlm jawi ملاسيا

dan bile kite terbalikkan akan menjadi ايسلام

benarkah ia jadi dgn sengaja.


mari kita renungkan ..B-)



B-)

Anonymous
January 6, 2010 at 11:01 PM

Salam. Teringin juga berkongsi pendapat....

Bani Ta Mim.
Ta .. Tanah
Mim .. Melayu

Satu kebetulan lagi..


Nur
Alor Setar

Anonymous
January 7, 2010 at 9:07 AM

Salam Tuan Blog,

Pendapat saya pula..

Bani Ta Mim
Ta Tariqah
Mim Muhammad

Kaum Jalan Muhammad

Kenalkah kita sebenar2 Jalan Muhammad? Pengikut Muhammad? Keluarga Muhammad? Apa yg kita paham dlm bacaan pada tahiyat dlm solat kita? Apakah keluarga Muhammad itu hanya pada keturunan orang Islam yg bergelar Syed/Syarif dan Syarifah sahaja?

Bangsa Arab hanya pada org Arab sahaja? Bahasa Arab hanya pada org Arab sahaja?

Bangsa Arab.. ialah Bangsa

A' Arif
Rab Rabbi

Bangsa yg Mengenal Tuhannya.

Bahasa Arab... Bahasa yg Mengenal akan Tuhannya.

Sudah dapatkah kita menjadi Bangsa A'rab dan memahami Bahasa A'rab?


Zikir mendatangkan Fikir. Fikir mendatangkan Zikir. Zikir dan Fikir sama2 berkait rapat atas jalan Tauhid. Syariat menceritakan yg Hakikat. Hakikat kebenaran bagi Syariat. Syariat tanpa Hakikat adalah hampa. Hakikat tanpa Syariat adalah batal. Maka perlulah syariat yg berhakikat dan hakikat yg bersyariat. Sama2 berkait rapat umpama roh dan jasad sama2 berkumpul menjadi insan bernama manusia.

Saya tertarik juga dgn entry sebelum ini yg ingin sdr tonjolkan pemahaman mengenai siapa Allah yg kita wajib sembah. Sesungguhnya memang di akhir zaman ramai org Islam mengenal Allah sebatas huruf sahaja. Ada pernah saya terbaca hadisnya tetapi saya tak dapat nak cari dan tak ingat drp sumber yg mana.

Semua dalil2 Quran yg sdr paparkan dlm nak mengenal Allah dlm entri2 sebelumnya itu memang tepat sekali. Secara kesimpulannya mengenal Allah itu sudah tersimpul dlm 4 konsep tauhid sptmana yg diolahkan oleh ulamak yg benar iaitu Tauhidul Zat, Tauhidul Sifat, Tauhidul Asma' dan Tauhidul Afaal. Secara pemahamannya ialah Mengesakan Zat Allah, Mengesakan Sifat Allah, Mengesakan Asma'(Nama2) Allah dan Mengesakan Afaal(Perbuatan) Allah. Dlm mengesakan Allah perlukan mengenal diri. Kenal diri ialah kenal makhluk. Kenal makhluk ialah kenal Hamba. Kenal sekenal2 hamba dan makhluk keseluruhannya. Hamba tetap menjadi Hamba. Allah tetaplah Allah. Mengenal Allah perlulah dapat membezakan antara Hamba dgn Allah atau Makhluk dgn Allah. Bila tahu barulah dapt mentauhidkan Allah Yg Maha Esa dgn sebenar2nya.

Kenallah diri kamu rata2 barulah mengenal akan Allah itu dgn nyata. Apabila kenal maka binasa.


Ikhlas drp saya,

Hamba yg mencariNya

January 7, 2010 at 6:35 PM

Menarik...banyak yang kebetulan atau mmg bukan kebetulan cuma ramai yang tak dapat memahami.....

Zul -X
January 8, 2010 at 8:02 PM

Satu lagi GERHANA yang mendatang...

15 Januari 2010 akan berlaku gerhana matahari cincin,salah satu gerhana cincin yang jarang2 berlaku.

Pada gerhana ini bulan berkedudukan sedikit berjarak dengan bayangangnya. Sehingga di matahari terlihat bayanganan bulan yang tidak memenuhi keseluruhan permukaan matahari.Pertindihan bayangan itu menampakan bentuk cincin pada permukaan matahari itu.

adiosss!!!

January 11, 2010 at 7:54 PM

Salam, tertarik sungguh saya tgk gambar kucing itu. penuh makna.

izinkan saya curi kucing kamu ye . :)

terima kasih.

Anonymous
January 13, 2010 at 1:04 AM

Kalau Mahdi tak datang camna?

Anonymous
January 13, 2010 at 1:40 AM

kalau Mahdi tak datang.. maksudnya semua hadis Rasulullah mengenai Mahdi palsu.. Nauzubillah.. inilah yang 'mereka' mahu kita fikir..

Anonymous
January 13, 2010 at 2:25 AM

kalu "Mahdi" tidak hadir tetapi "Mahdi" tetap berlaku juga. :D

jgn risau.

"mereka" pun x mampu pikir tetang nih. InsyaAllah.

tazkirah comel
January 15, 2010 at 7:06 PM

kalau M tak datang kita tido lagi lah dalam gua.cuma M dapat membangunkan dan membuka kunci-kunci aura yg mengunci kita.

aaaa...cer lihat berapa ramai yg mengaku ulama dan mujadid tapi tetap tak mampu membangunkan seluruh umat itu.sebab apa?

sebab mereka tak de kunci itu.so,hati2 dengan org yg mengaku membawa tajdid atau klaim dirinya sebagai mujadid.

kurun ke 15 bukan zaman mujaddid lagi tapi zaman kekhalifahan al Mahdiyin.kalau tak caya ikut korang lah.bukan salah ibu beranak kan ko.

jangan ikut org yg kununnya bawa tajdid tapi tak jadi pula tajdidnya,apatah lagi siap promosi diri sendiri.populariti kunun.

Kan menyusahkan....lihat aje beberapa lama dulu siap ada berjubah berserban.pengikut dan rakyat juga yg susah dan huru hara negara jadinya.

Mahdi sendiri tak tahu dia Al Mahdi.
wasalam.

Anonymous
January 22, 2010 at 8:38 AM

Assalamualaikum...
Terima Kasih kerana banyak mengeluarkan artikel ttg ketuhanan dan kemanusiaan. Di sini sy juga dapat mengetahui masih ramai lagi org2 yg seiring dgn perjalanan saya. Cuma agak kecewa kerana mereka tdk meninggalkan nama atau e-mail utk dihubungi. Mungkin kita boleh bercerita dan lebih memahami pencarian kita selain merapatkan ukhwah kita. Syabas buat saudara dan teruskan usaha yang murni selama ini. Wassalam

February 3, 2010 at 10:57 PM

Aku adalah mengikut persangkaan hamba-hambaKu

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger