Total Pageviews

Sedikit makluman

Assalamualaikum,

Maaf kerana tidak 'update' blog nusanaga ini. Untuk makluman, sebenarnya saya cuba untuk mengakhiri blog ini tapi ianya tidak berhasil seolah-olah masih banyak yang harus di beritahu tapi masalahnya, apakah yang tidak di beritahu itu. Di dalam posting yang bertajuk "Penutup ayat ada laluan seterusnya" mempunyai dua maksud. Salah satunya, kebuntuan saya untuk melanjutkan blog ini dan keduanya, memang dalam artikel itu terdapat 'laluan' seterusnya, kerana ianya adalah 'game'. Dan artikel itu juga merupakan saat di mana ayahanda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah pada 15hb Disember 2010. Ia merupakan ujian besar bagi saya. Tapi walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat saya demi sebuah ketamadunan islam akhir zaman. Mudah-mudahan semanagt ini semakin kuat di hati saya untuk terus berjuang meskipun di alam maya sahaja. Pada hari akhir sebelum ayahanda saya di masukkan ke ICU, beliau sempat menyampaikan satu potongan ayat yang 'di terimanya' dalam mimpi pada pagi itu lalu di beritahu pada kami adik beradik serta ikhwannya. Jadi, saya kongsikan ia dengan anda. Mudah-mudahan ia menjadi azimat untuk perjuangan ini. Insyallah.

"Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”
al-baqarah, ayat 249

Meskipun demikian, saya membuka tirai 2011 dengan sedikit analisa mengenai apa yang bakal berlaku andai korea utara dan selatan memulakan api perang. Tapi, ramai yang menyangkakan itu adalah ramalan. Meskipun demikian, ia adalah analisa masa depan di atas isu semasa dan impaknya pada dunia. Di samping itu juga, saya adun dengan hadis nabi untuk meraka yang dahagakan 'lebih dari itu'.

Insyallah, akan saya update lebih banyak kisah menarik untuk renungan bersama di masa akan datang. Andai kalian ada info, silalah berkongsi dengan kami. E-mailkan ke: nusanaga@gmail.com

Sebelum berpisah, saya tinggalkan kepada anda satu renungan tentang dunia yang kita huni selama ini.


....................................................................................................................................

Di sini juga saya ingin membuat pengumuman:

Derma Bagi Pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Untuk Belia / Rakan Muda Di HQ Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W).
PB2W berusaha membentuk modal insan yang lebih berkualiti. Dengan mengadakan kelas seperti ini, kami berharap belia-belia terutamanya belia bermotor di bawah seliaan kami dapat bimbingan dan didikan agama yang lebih baik. Kami berhasrat melahirkan belia yang mengikut acuan Al-Quran dan Hadis seterusnya melahirkan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Sehubungan dengan itu juga, pembinaan kelas ini juga bertujuan bagi melengkapkan keperluan belia Sukarelawan Angkatan Simpanan (SAS). Semoga dengan pendekatan sebegini pihak PB2W dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing. 


Untuk menderma, sila bank-in kan kepada:-


MOHD SUKRI BIN EMBON
163019494251    
Maybank  


........................................................................................................................

 Sekian, wassalam.
Share this post :

+ comments + 7 comments

Anonymous
January 9, 2011 at 11:07 PM

Saya ucapkan takziah kepada sahabat yang sejalan denganku diatas kematian ayahananda awak.Apa yang awak katakan tentang awaken tu ada juga diceritakan oleh seorang penulis buku yang bernama Muhammmad Nurani Maarif dalam bukunya yang bertajuk 2012 Konspirasi Galaktik...ada menceritakan tentang perang dunia III yang bakal muncul ...bermula dengan ketegangan di semenanjung Korea dan diikuti dengan perang susulan...iskk...

January 10, 2011 at 12:00 AM

nak buat camne Aiz, kita hanya merancang tapi Dia yg tentukan....kalo Dia (tuan) dah tentukan melalui 'gerak' utk sambung balik berblog...nak buat camne.. patik (hamba) menurut perintah jek...hehehe..

Anonymous
January 10, 2011 at 1:38 AM

Ilmu Allah itu luas,
tiada istilah 'hujung' atau 'tutup'.

Anonymous
January 10, 2011 at 5:11 AM

salam ta'ziah.
salam sejahtera serta salam kemenangan untuk sekalian pejuang Allah.
kemenanagn tetap dijanjikan milik kita.

Anonymous
January 10, 2011 at 6:47 AM

banyak yg harus diberitahu, tapi apakah yg tidak diberitahu itu.. perasaan nk diberitahu itu membuak-buak.. bila nk dizahirkan, semuanya bagai terkunci..


mgkin itulah rahsia sebenar rahsia.. hanya Allah sahaja yg patut tahu..

Anonymous
January 12, 2011 at 8:34 PM

Peperangan negara seperti 'tulang tongkeng'...akan berulang semula.Tapi ini lebih hebat sebab melibatkan Nuklear.

Panji kuning,merah,hijau,kelabu dan macam-macam kaler akan terjerumus balik.

Yang tak bestnya,hampir dengan Malaysia.

petai
January 12, 2011 at 8:35 PM

ye lah..

Peta Korea sejibik cam tulang bontot.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger