Total Pageviews
1126305
Element / unsur diri anda
TAJUL MULUK NAMA MENGIKUT KRONOLOGI UNSUR-UNSUR
Eja nama anda dalam bahasa jawi/arab dan hitung bilangan huruf yang ada dalam nama anda (nama penuh). Kemudian, kira mengikut susunan (1-tanah, 2-air, 3-api, 4-angin... 5-tanah, 6-air, 7-api, 8-angin... dan seterusnya). Jumlah bilangan nombor huruf jawiyah anda itu mewakili element diri anda dan perangai sebenar anda. Selamat mencuba
Contoh:
Nama: Ahmad Albab (di eja dalam tulisan jawi: Alif, Ha, Mim, Dal... Alif, Lam, Ba, Alif, Ba)
Jumlah huruf semuanya: 9
Jatuh pada element: 9- tanah
SIFAT ELEMENT (ringkasan)
Tanah:
sifat tanah; teguh, berani, sabar, bersikap tak apa, kurang menceriakan
Air:
sifat air yang sentiasa mengalir, tak putus asa, bersifat keperluan (org perlukan dia), sentiasa nak bantu orang, terlalu optimistik, terlalu penting kesempurnaan
Api:
sifat api/cahaya; kasih sayang, sikap mencintai orang, mudah cemburu, mengongkong, panas baran, innovatif
Angin:
sifat angin/udara; sikap sukar di ramal, tenang, suka spiritual, degil, sembang lebat
BENDA NI UNTUK APA?
Ini cumalah mengenai diri anda. Yang pasti, bukan element menguasai anda, tapi andalah yang menguasai element itu.
Perkara ini bagus bila anda berhadapan dgn seseorang. Anda tahu namanya dan kiralah dia jatuh pada apa. Kemudian, tahulah anda element apakah dirinya dan kuasailah element itu.
contoh:
Ahmad Albab element tanah, oleh kerana A.Albab join venture bisnez dgn anda, maka anda tahulah A.albab ni seorang yang teguh dan berani serta sabar. Jadi, yakinlah anda dgn keupayaan A.Albab tadi.
contoh 2:
Anda tengah gaduh dgn A.albab, anda tahu dia element tanah, so sifat tanah akan 'lembik' kena air. so, lawanlah dia dengan 'air' yakni 'belai' dgn kata2 'cair' dan 'lembut' agar sifat tanahnya yang 'ego' akan cair. (dalam hal ni anda kena tahu mengenai keperluan dan versus tiap element)
extra..boleh pakai konsep yg sama, megikut turutan kelahiran adik beradik (termasuk yang meninggal)
anak 1st -tanah
2nd - air
3rd- api
4th- angin
5th- tanah balik dan seterusnya...
SEBENARNYA, INI UNTUK...
sebenarnya, tiap keadah (nama jawi, anak keberapa, tarikh islam dll) ada bahagian masing2. saya tak sure yg mana2, tp yg saya tau, element2 ni sebenarnya cukup lengkap dlm diri kita (tanah air api angin). cuma kita pisah2kan ikut keadah2 je; nak suh nampak :D
Tajul muluk bantu kita mengenali diri sendiri. padahal sebenarnya semua element dah dok ada dalam kita. kita je yang tak perasan (dan tak kuasai element2 tu untuk kebaikan)
Cuba perhati element tanah ni camne. apa kelemahan dia, apa kekuatan dia, apa pulak gandingan dia dan macam2 lagi la.
ilmu ni gak mengajar kita untuk memerhati alam ciptaan ALLAH dan compare dgn diri kita... masuk bab ilmu kenai diri jugak nih.
.................................................................................................................
Semua ini di petik dari wall Facebook saya untuk di kongsi bersama.
p/s: andai facebook idealogi untuk jahanamkan islam, tapi bukankah kita berkuasa untuk mengolah 360 darjah kemusnahan itu menjadi kebaikan dengan mengajar rakan-rakan ke arah yang lebih baik (dan lebih 'fun' dengan perkara yang dia tidak tahu)?!
Wassalam
+ comments + 7 comments
Kebanyakan nabi2 adalah berunsur tanah kerana mereka anak yg pertama dlm keluarga. Ini diketahui oleh firaun yg berusaha membunuh anak lelaki pertama bani Asara Yala. Nabi yg merupakan anak pertama ialah nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak(berlainan ibu), Yusuf(berlainan ibu), Musa, Isa, Yahaya, Mahamada etc.
mohon link / banner
http://wicararumi.blogspot.com/
Salam hassell;
Dlm solat, kronologi susunan 4 unsur gerak tubuh adalah spt berikut:
1) berdiri laksana API nurani >
2) ruku' laksana ANGIN nurani >
3) sujud laksana AIR nurani >
4) dudok laksana TANAH nurani.
So, kesimpulannya unsur tubuh kita base on 0 centre nurani dari tahap density minus ke density plus or vice versa:
API > ANGIN > AIR > *TANAH* < AIR < ANGIN < API
Sejak dari dulu lagi kita memegang pendapat adat mata kasar bahawa dek kerana API itu bisa dilihat dgn jelas, maka ANGIN itu pula automatik dikategorikan sebagai unsur yg paling seni/halus dek kerana ianya tidak dpt dilihat dgn mata kasar kan kan kan? :)
3 unsur yg lain takda masalah rasanya nak diatur...
Saya memegang pendapat kontroversial menongkah arus majoriti/popular mainstream; yakni atas dasar dek kerana begitu seninya unsur API ia wajib memerlukan gabungan combustion of charges dari ketiga-tiga unsur asas yg lain,
= Oksigen + Nitrogen + karbon oksida dll.
> barulah bisa menzahir/menyata/memanifestasikan nilai wujud API itu.
*disclaimer*
Itulah dianya lesson yg saya dapat dari hasil pemerhatian ke atas urutan/kronologi gerak tubuh kita dlm solat :)
tiada maksud saya utk menyanggah ilmu dari kitab tajul muluk tersebut karna berpegang atas dasar mematuhi kod ilmu Allah yg maha pelbagai ragam serta keluasan lautan infinitiNya.
Sekian, harap maklum terima kasih.
Allahua'lam.
mohon copy kat blog saya.. credit saya letak. terima kasih, nice info :)
nice entry...mohon share..;)
Nice
Kenapa ikut nama eh? Bukan ikut susunan adik-beradik ke?