Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda:
“Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Hadis ini telah menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan di antara umat islam. Ada yang mengatakan ianya shahih dan ada yang kata tidak. Bahkan, ada yang sanggup bermasam muka dan menunding jari antara satu sama lain kerana berbeza pendapat.
Saya tidak suka pada perbalahan yang tidak pernah tamat itu. Bahkan, ianya seperti memperlihatkan pada orang ramai bahawa 'aku lebih islam' kepada orang lain. Jadi, saya elakkan diri dari pertikaian seperti itu. Saya lebih suka mencari LOGIK dari kata-kata hadis dan ayat quran.
Jadi, saya bawakan kepada anda, penjelasan tentang Hadis ini. Ia tentang apa dan kenapa. Di harap, ianya dapat membuka mata kita. Insyallah.
Berikut adalah petikan dari saya di facebook mengenai hal ini:-
-------------------------------------------------------
Saya akan cungkilkan 'point-point' dari Hadis ini dan terjemahkan dari pendapat saya. Jika tidak bersetuju, ada baiknya datangkan hujah dan ilmiah dari ketidaksetujuan itu, agar dapat di 'selari'kan.
1- suara keras
Jika melibatkan SUARA makanya ia melibatkan wave. Kalau KERAS, maknanya, GETARANnya adalah tinggi. Jadi, ia bukanlah di kalangan frenkunsi yg NYARING, tp frenkunsi yg TEBAL.
Persoalannya, punca bunyi dari mana? Tak di nyatakan pun dari langit, bumi atau udara.. jadi dari mana. simpan dulu sat yg ni.
2-membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya
Jika nak kaitkan dgn BUNYI KERAS, bunyi apakah yg mampu membangunkan anda ketika dari tidur nyenyak, atau boleh mendudukkan anda yg sedang berdiri?
Jawapanya adalah
SERGAHAN
Try sergah rakan anda tgh tido nyenyak, tgk dpt rider kick atau tidak dari dia.
Ya, sergahan lah yg mampu mendudukan org berdiri, membangkitkan org tidur atau menyebabkan gadis terperanjat beruk
3-malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa
yg ni leh kita check dan kalu tak salah, mmg byk kejadian gempa berlaku sekitar 3-4 tahun ini.
4- masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.
cer fikir, kejadian apakah yg menyebabkan kita perlu dok dalam rumah, selimutkan diri atau tutup telinga kita?
Jawapannya adalah, bila ada sesuatu falling down dari atas ke bawah (langit ke bumi) dan tutup telinga kita kerana SUARA KERAS itu berlaku adalah lama.
5-suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah
SUARA GELEGAR@KERAS, ia bukanlah mengenai suara, tp mengenai kekuatan frenkunsi tu. Ni bermaksud, suara tu adalah SUARA SERGAHAN yg LAMA dan menyebabkan GEGARAN.
SUjud bermaksud, korg tundukkan kepala korang dari aras bunyi/wave tersebut. Ia dapat reducekan bunyi gegaran tu.
Kalu tak caya, tempat yg bising, korang try SUJUD, bunyi secara automatik akan kurang sebab korg duduk di bawah aras frenkunsi bunyi tersebut.
Tuan puan sekalian;
Ini adalah warning tentang LETUPAN GUNUNG BERAPI SUPER yang mana mampu getarkan seantero dunia.
Hadis ni adalah mengenai langkah2 keselamatan korg andai ia berlaku.
Gempa2 yg di katakan dlm hadis tu adalah ASBAB kepada berlakunya Letusan gunung berapi super ni.
Jadi, dlm hadis yg ringkas, di nyatakan secara jelas tentang langkah-langkah keselamatan andai berlaku perkara ni, yakni;
Berlindung di dalam rumah, dalam keadaan sujud@tunduk agar dapat kurangkan bunyi KERAS tu. Lindungi diri dgn tilam atau apa2 andai berada di luar rumah kerana mgkn akan berlaku 'hujan api' dari wasap2 gunung berapi itu.
Bila ia berlaku?
Tengah ramadhan.. bila tengah ramadhan?
Awal ramadhan adalah 1- 9 hari bulan.
Tengah ramadhan adalah 10 - 19 haribulan.
Hujung ramadhan adalah 20 - 29 haribulan.
Adakah benda langkah2 keselamatan ni hanya utk masa ini saja?
Jawapnya; TIDAK.
ia boleh di APPLY di mana-mana tempat yang terdedah kepada bahaya seperti ini.
-------------------------------------------------------
Apapun, moral dari artikel ini adalah; JANGAN TIBA MASA BENCANA SAJA KITA SUJUD PADA ALLAH. Sentiasalah serahkan diri pada ALLAH tiap masa kerana bencana seperti ini bukan berlaku pada masa ini saja, bahkan bila-bila saja.
Biarpun begitu, ulasan ini bukanlah 100% benar kerana, ayat Quran dan hadis punyai billion sudut pandangan dan kefahaman. Manusia mampu melihat suatu ayat quran dan hadis itu mengikut apa yang di rasakannya benar. Maka, tiap sudut pandangan itu haruslah di hormati kerana tiap manusia itu adalah berbeza, dan perbezaan itulah kesempurnaan bila kita selaraskan dengan kefahaman kita.
Ada rakan di Fb saya, punyai pendapat lain tentang hal ini. Dia mengatakan mungkin ia mengenai surah-surah yang harus di baca tika waktu pertengahan ramadhan mengikut point-point dalam hadis berkenaan seperti:-
suara keras = guruh, hingar bingar = Ar Raad, Al Qariah.
jumaat = Al Jumu'ah
membangunkan = kebangkitan = Al Qiamah
subuh = al falaq
sujud = as sajdah
selimuti diri = yg berslimut = Al Muzammil, Al Muddathir
sujud = as sajdah
selimuti diri = yg berslimut = Al Muzammil, Al Muddathir
Jadi, seperti kenyataan di atas, saya mengelak diri dari perbalahan sanad hadis ini samada dhaif, shahih atau sebagainya. Tapi, cukup untuk saya mengkaji apa isi di dalamnya. Meskipun ia dhaif bahkan palsu, jika di kaji, pasti ia akan punyai maksud tersendiri. Ingatlah; Dunia ini tidak di jadikan sia-sia. Bahkan tahi pun boleh di jadikan baja.
Andai ada bantahan, komen, kritik atau pandangan, bolehlah lontarkan di ruang Komen.Wassalam
+ comments + 8 comments
kalau ade kne mengene dgn olimpik sekarang ni cmne? sebab bnyk dga ade konspirasi sket nk letup la ape la kat sane. atau plan b nye musibah adalah dilua england seluruh dunia.bile org dh berkiblatkn olimpik.bencana dunia malah negara masing2 kurang diHIGHLIGHT kan.secare tak seda!
gunong berapi pun bole jadi jgk.
yg pelik hadis tu GADIS PINGITAN KELUA DARI RUMAH! kenape mereka shaja? yg lain? kita yg laki ?? ke ade sesuatu isu lain. ah ntah la.
tp kalau dhaif biakan aje. mase akan penentu segalenye
Dalam mgu lepas pagi khamis aku ada termimpi...aku ada kat satu kwsn kg yg penuh dgn sami2 baca ayat2 sanskrit...pastu dengar ada org berbalah tentang agama yg benar(xpasti dari agama mana tapi ada orang Islam n Buddha).Masing2 cakap agama diorang benar,last skali semua sepakat duduk bertafakur dan kalo something tjadi kat penganut agama tu...agama tersebut mmg benar..semua stuju dan duduk bertafakur...yang Islam aku nampak diorang berzikir,yang buddha aku nampak diorang baca bunyi ayat sanskrit..tiba2 aku nampak orang Islam yang duduk berzikir kena amik nyawa sorang demi sorang...dan semua yg ada kat tempat tu yg duduk tepi jadi penonton tgk kjadian tu bisik2 kata Islam agama yg benar tp still diorang bdiri kaku tgk kjadian tu..ada yang dikalangan yg duduk berzikir tu bangun dan bgtau nama dia dan dia seorang Islam sebelum jatuh mati...last skali ada sorang tu dari kalangan orang Islam yg bzikir td bangun perkenalkan diri sbgai ketua kg(xingat dah nama kg tuh)...dan bgtau nama dia...(aku x ingat sgt dah nama dia...tp ada nama salleh dlm nama dia)dia bgn dan berlalu pergi dari tempat tu...semua yg ada kat situ ingat dia pun akan mati kat tempat lain sbub semua yg sbelom ni bgn perkenalkan nama pastu terus mati...pastu aku terjaga dari tidur sbub kwn aku gerak bgn sahur...
satu kemusykilan aku..mimpi ni mainan tidur atau ada petanda?
rujukla hadis tentang mimpi kalo x pasti
hari ni dah 20 ramadhan, maknanya bukan ramadhan tahun ni la...
bla video de facto mahu keluar episode 5..
salamun 'alaikum...
Bi-ismiiLLAHi, Alhamdu-LILLAH!
Hari Nahr (Raya Korban) tahun 2012 jatuh pada hari Jum'at 26 0kt, menandakan Haji Akbar 10 Dhulhijjah 1433H.
Umat Islam takkan hidup melebihi 1500H. Yaumalqiyamat sepatutnya telah berlaku pada 22 Muharram 1431H, tetapi telah ALLAH lanjutkan sehingga 1477H dengan menghentikan As-Sa'ati pada Jam ALLAH di Akhirah...tetapi saat di bumi masih berdetik. Al-Mahdi telah diislahkan dalam satu malam ALLAH pada malam itu juga, 22 Muharram 1431H dan dibai'at oleh Nabi Isa dan Al-Khaidhr pada sebelum subuhnya. Bai'at Suara dari Langit Ke-7 pada 3 Dhulhijjah 1433, maka setiap anak Adam akan mendengar dan memahami "Asmahu si Polan bin si Polan adalah KhalifatuLLAHi Muhammadun 'AbdALLAHu An-Naas Al-ImamMahdi wa Khatamun Rasulin" maka bersujudlah menyebut SubhanALLAH seberapa banyaknya. Tetapi awas! Pada masa sebelum bai'ah dari Langit Ke-7 akan ada bai'ah palsu dari Langit Pertama yang akan dipancarkan oleh Projek Blue Beam...imej wajah Al-Masikh-ud-Dajj'al yang buta Mata Kanannya akan dipancarkan dengan tubuhnya yg amat besar di Langit Pertama dengan kedua belah tangannya berhias gelang besar berkilat menyentuh kita di bumi seraya akan berkata, "Akulah tuhan, maka sembahlah aku!"...lalu sesatlah sesiapa yg menyembahnya. Seterusnya Al-Mahdi akan dibai'ah oleh para Abdaal dan umat Islam pada 10 Dhulhijjah 1433H, antara Rukn dan Maqam 'Ibraahim.
Tolong sebarkan yaa mukminin wa mukminat..wa salam.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi al Hamd!
What? Nauzubillah minzalik. Tarikh berlakunya kiamat adalah rahsia Allah. Bila2 masa itu kehendak Allah, tiada seorang makhluk ciptaanNya yang tahu. What are you trying to prove sir?