Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog NUSANAGA.
Ampun maaf andai terkhilaf sepanjang pengeluaran artikel di sini.
Moga selamat perjalanan pulang ke kampung halaman dan ceria hendaknya.
Definisi artwork:-
1- Bendang yang siap di tuai bermaksud; masa untuk berehat sebentar selepas berkerja
2- Bendang juga melambangkan KAMPUNG yakni asal kita semua sebelum URBANASI atau mempunyai sifat kebandaran. Balik kampung selari dengan 'kembali kepada fitrah asal kita'
3- Jaluran putih bersilang itu saya ingin melambangkan ketupat dan jalinan persaudaraan yang terikat kembali tika di hari raya
4- Langit melambangkan asalan fitrah kita.
5- Scheme warna pula melambangkan redup dan sayup kerana kita akan meninggalkan ramadhan dan menuju suatu ufuk cahaya yakni Syawal
+ comments + 5 comments
Salam.......
Kembali ke fitrah.........
hidup tidak banyak keperluan.......
hanya kita yang berlebih-lebihan...
pada yang ada hulurkan...
pada yang lebih kongsikan...
pada yang tiada...cukup hanya DIA..
Selamat Hari Raya...
Terima kasih kerana berpeluang membaca nukilan tuan selama ini secara senyap........
nice one
salam syawal
salam kesedihan kepada ramadhan
yang datang akan pergi
yang hilang silih berganti
main mercun bola hilang jari
salam aidilfitri
^_^
salam sejahtera buat semua,
pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak baru,jemput singgah ya...
selamat hari raya! maaf zahir batin...
khas buat tuan rumah dpd saya...:)
mohon tuan rumah keluarkan satu post sempena merdeka jika tak keberatan...kami menanti pandangan2 bernas dari anda...mari sama2 kita bangkit...:)