Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

MATRIX: ulasan siri 5

hasellusiby · October 02, 2013 · 1 minit bacaan

Ini adalah ulasan terakhir siri Matrix. Tapi, saya telah buat ulasan untuk ketiga-tiga siri trilogi Matrix ini. Jadi, ulasan ini tentang apa pula?

Artikel ini adalah mengenai seluruhan siri trilogi Matrix. Dari matrix pertama sehinggalah Matrix revolution. Matrix adalah kisah Mr.Anderson yang menjadi NEO dan menjadi sang penyelamat dunia Zion dari malapetaka mesin-mesin yang memperhambakan manusia sebagai 'bateri' mereka.


Al-kisah bagaimana dunia matrix ini bermula, anda bolehlah mencarinya dalam siri Animatrix, suatu koleksi animasi yang menceritakan tentang bagaimana dunia matrix itu bermula.

Dalam Animatrix, di kisahkan tentang, manusia telah menemui A.I (artificial intelligent). A.I inilah robot yang mampu melakukan kerja manusia. Saat itu manusia semakin malas dan hanya mahu hidup senang. Sehinggalah A.I itu mulai melawan manusia dan menawan kota-kota besar. Akibat dari itu, dunia telah bersetuju untuk menutup langit dengan mengunakan asap-asap hitam pekat agar A.I ini tidak mampu mendapat kuasa elektrik lagi. Manusia pula lari ke dalam gua dan akhirnya hidup di dalam perut bumi. Tapi, A.I ini terlalu cerdik kerana mereka tahu, manusia mampu menjana tenaga elektrik pasif. Maka, bermulalah siri 'bateri manusia'.


Untuk menawan manusia, maka dunia matrix di bentuk. Manusia yang di senyawakan dalam tiub di sambungkan ke dunia matrix yakni dunia mimpi. Bila mereka mati, mayat mereka akan di cairkan dan di jadikan nutrisi kepada jasad manusia yang lain.

Tapi Manusia tetap manusia. Mereka pasti akan mencari jawapan kepada persoalan berikut:
-siapa mereka
-dimana sebenarnya mereka
-apa tujuan mereka di sini


Persoalan inilah yang menyebabkan manusia mengetahui mereka sebenarnya dalam penjara ilusi. Mereka perlu keluar dari situ. Mereka harus mencari 'cahaya'. Maka, peperangan antara mesin dan manusia bermula. ZION wujud dengan bertujuan sebagai tempat perlindungan manusia dan sebagai penyelamat manusia yang mahu bebas dari penjara matrix.

Maka, di sinilah kisah NEO BERMULA.

Matrix pertama adalah kisah KELAHIRAN NEO.
Matrix reloaded adalah kisah PETUMBUHBESARAN NEO.
Matrix revolution adalah kisah KEMATIAN NEO.

Siri matrix adalah mengenai kehidupan NEO. Matrix bukan kisah Massiah atau sang penyelamat akhir zaman. Matrix adalah kisah kehidupan dan mencapai kefahaman berkehidupan.

Ia adalah kisah bagaimana persediaan untuk meneruskan kewujudan di alam seterusnya. Bagaimana kita merealisasikan amanah kita ketika hidup. Bagaimana kasih sayang mampu menghidupkan kehidupan. Bagaimana kejahatan itu mampu membunuh kehidupan dan menghampiri kiamat akibat telah berlaku 'sia-sia'.


Kehidupan adalah suatu amanah dan hargainya. Suburkanlah dengan kasih sayang (rahman rahim) ke semua perkara. Sentiasa tenang bila mulai faham apa itu kehidupan dan kesedaran. Kerana, di akhirnya pasti ada kejayaan. Dunia ini tempat 'bergurau senda' dan tempat ujian.

"tiap perkara yang punyai permulaan, pasti ada pengakhirannya".
Tidak pernah kekal dan tidak pernah statik.
SEntiasa berkembang, dan sentiasa wujud.
Kehidupan itu sebenarnya adalah penghambaan.
 
Kewujudan tidak pernah hancur dan lupus.
sentiasa kekal ada. 
Dan yang wujud hanya SATU. ESA. SA.
Kewujudan itu sebenarnya adalah ketuhanan.

Wallahualam



Comments

. said…
Kita hanyalah 'bayang-bayangNYA' semata.
hasellusiby said…
Benar itu tuan...

selamanya, abadi, azali, infiniti..
kita di kandung bayang itu... HAMBA
Anonymous said…
ang tengok dak cita holywood yahudi [Now You See Me]?

cita pasai pemuda mim kot