Ketahui jenis naga dan jangan terkeliru |
Signifikasi naga dalam alam melayu ni, saya cuba kaitkan dengan putaran alam, kehidupan dan penjagaan. Dalam kajian simbol, naga ni berkaitan dgn serpent. Jadi, ia bersimbol tentang DNA, Kundalini, putaran galaksi, FIBONACCI, golden ratio dan sebagainya.
Dalam termalogi islam, saya rasa tak ada perihal NAGA. Kecuali atas beberapa peristiwa yang mana masih samar-samar kaitannya dengan naga.
Antaranya perisitwa ADAM HAWA yang di goda iblis, di katakan ia berwajah SERPENT/ular. Kemudian, dalam peristiwa Iskandar Zulkarnain tika ingin melebur tembaga dan besi untuk mengurung yakjuj makjuj. Kerana memerlukan kepanasan api yang boleh mencairkan tembaga dan besi yang beratus kilometer, jadi 'sesuatu' harus yang mampu menjana kepanasan yang kuat dan boleh ubah/bergerak/mobilized harus di guna pakai.
Jadi, kerana itulah di kaitkan dengan naga. Apapun, keshahihannya wallahualam.
Dalam hindu budhaa, naga banyak di guna pakai dalam mitos mereka. Bermula dengan peristiwa SAMUDRA MATHAN / LAUTAN SUSU / GALAKSI MILKY WAY, berlaku pertembungan antara dewa/tenaga baik dan asura/raksasa/tenaga jahat yang mahu meminum air keabadian. Dengan mengikat NAGA pada Gunung Mahameru yang berada di tengah-tengah lautan susu itu, kedua-dua pihak saling tarik menarik antara satu sama lain. Asura berasa di kepala naga dan Dewa pula di ekornya. Tetapi akhirnya Asura kalah kerana terkena bisa naga tersebut. Akibatnya, asura/unsur jahat tidak dapat meminum keabadian.
Untuk selaraskan dengan keadaan semasa, dewa/unsur baik sentiasa berada di belakang pada permulaan peristiwa. Sedikit demi sedikit unsur baik akan menang dengan bantuan NAGA / karma alam / putaran alam/ putaran masa ini. Kerana itulah unsur jahat tak akan mampu bertahan lama walau mereka kuat. Pasti mereka akan kalah dan terhapus jua. Yang kekal adalah kebaikan. Itulah simbolik di sebalik cerita itu.
Selain itu, simbolik seperti Plasma, arus elektrik dan laser juga di kaitkan dengan simbol naga ini. Akan tetapi, tahukah anda jenis-jenis naga ini. Jangan terkeliru, kerana tiap jenis ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Walaupun kita tidak ketahui samada naga ini benar wujud atau tidak, akan tetapi simbol naga banyak di lukis dalam pelbagai ketamadunan.Berikut adalah jenis-jenis naga
WYVERN
Lukisan DINOSOR + bersayap + bertangan, ia adalah di kenali sebagai WYVERN. Seperti gambar di bawah ini. Ia banyak di negara barat. Ia bersimbolkan kekuatan, ketegasan, Hak milik dan diraja. Ia juga di gelar sebagai TWO LEGS DRAGON.
Wyvern adalah Naga yang berkaki dua dan bersayap seperti dinosor |
1st Duke of MarlBoro yang mengunakan Wyvern sebagai lambang kekuatan mereka |
WESTERN DRAGON / THE BEAST
Manakala, lukisan seperti di bawah ini, DINOSOR + BERSAYAP + BERKAKI 2 + BERTANGAN 2, ianya NAGA EROPAH atau juga di kenali sebagai THE BEAST. Ia melambangkan kejahatan kerana mempunyai kelebihan dalam perbuatan sihir seperti boleh menyembur api, kulit kalis pedang dan api, air liur yang beracun, cakaran yang boleh menyebabkan mangsa berhalusinasi dan mati. Kerana itulah, banyak filem barat, kita saksikan mereka cuba membunuh NAGA ini. Barang siapa membunuh naga, seolah-olah telah membunuh satu raja yang tersangat hebat. Tiap sesuatu dari tubuh naga boleh memberi kelebihan pada sang pembunuh itu. Kulit, gigi, kuku, sayap dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang itu kebal dari pedang, api, perbuatan sihir dan magik. Apapun, ianya hanya dalam mitos semata-mata. Yang pasti, tema naga memang punyai niche yang kuat sepanjang zaman. Antaranya seperti DRAGON BALL Z ini atau PENAMPAK NAGA DI KUALA LUMPUR ini?
Pembunuh Naga akan di kenang sebagai Pahlawan yang berani dan legenda |
SERPENT / EASTERN DRAGON
Seterusnya, adalah NAGA ULAR. Yang ini tersangat masyur di kalangan negara timur seperti CHINA, KOREA, JEPUN bahkan MALAYSIA, INDONESIA dan sebagainya.
ULAR + TIDAK BERSAYAP + BERMISAI + BERJANGGUT + PUNYAI 4 KAKI (TANGAN), itulah criteria naga dari timur ini. Naga timur ini milik sifat magikal yang pelbagai bahkan di kelaskan mengikut warna-warna tertentu. Nusanaga pernah mendengar lagenda PANJI SEMERANG yang di katakan membawa attribute Naga mengikut pengelasan color. Warna MERAH bermaksud PAHLAWAN, WARNA PUTIH bermaksud ALIM ULAMA, WARNA HITAM bermaksud PANGLIMA (berkaitan dengan ilmu kebatinan), WARNA HIJAU bermaksud ILMUAN berkaitan dengan alam, WARNA BIRU berkaitan dengan ILMU SAINS/TEKNOLOGI/KAJIAN HIKMAH, WARNA KUNING berkaitan dengan DIRAJA.
Naga timur bercirikan ular(serpent) yang memilik kuasa magikal |
Gerbang Naga di Surabaya Indonesia |
Ada juga di kaitkan dengan tunggangan sang raja dan juga dewa. Sebab itu di kaitkan naga dengan objek astronomi seperti Planet, Bulan, Bintang, Matahari dan sebagainya. Pendek kata, apa yang di kaitkan dengan orbit atau pusing serta putaran alami, pasti berkaitan dengan NAGA ini. Apapun, jangan tersilap 'naga' pula. Kenali, adakah ia NAGA ULAR, NAGA EROPAH (DINOSOR) atau WYVERN. Sekian.