jika tidak kenal ALLAH sebagai tuhan-mu, siapa yang menolong kamu selama ini? |
BAHAYA JIKA TIDAK MENGENAL ALLAH
Penduduk sebuah kampung hendak mengadakan kenduri. Mereka bercadang untuk menyembelih empat ekor kerbau. Masalahnya, kerbau-kerbau itu dilepaskan hidup secara liar di dalam hutan. Beratus ekor tinggal di hutan itu. Pendek kata, masuk-masuk hutan saja akan terus terjumpa kerbau. Mereka bersepakat mengerahkan empat orang pemuda yang diajar menggunakan senapang berpeluru pelali untuk mendapatkan kerbau-kerbau itu. Keempat-empat pemuda ini dberi masa dua puluh empat jam sahaja. Siapa yang paling awal berjaya melalikan kerbau, akan dapat hadiah istimewa.
Pemuda A mengambil senapang lalu terus pergi entah ke mana dalam keadaan dia tidak tahupun binatang apa yang penduduk kampung mahu, di mana lokasinya dan bagaimana sifat-sifatnya serta apa sifat-sifat yang mustahil bagi seekor kerbau. Dapatkah dia membawa pulang kerbau yang dimaksudkan? 99.99% pasti dia tidak akan dapat kerbau kerana dia tidak tahu pun binatang apa yang dimaksudkan oleh penduduk kampung. Setelah sehari semalam berjalan baru dia terperasan, “Eh, orang kampung suruh aku tembak binatang apa ya?”
Ini peringkat tidak tahu dan tidak kenal.
Pemuda B tahu penduduk kampung mahukan seekor binatang bernama kerbau dan dia tahu binatang itu tinggal liar di dalam hutan. Masalahnya, dia tidak pernah melihat, tidak pernah tahu dan tidak pernah belajar bagaimana rupa dan sifat-sifat kerbau. Yang dia tahu, ada binatang bernama kerbau dan binatang itu tinggal di dalam hutan. Itu saja. Ada kemungkinan tak dia akan dapat menembak kerbau? Besar kemungkinan tidak kerana dia tidak pernah tahu kerbau itu bagaimana. Boleh jadi dia akan menembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.
Ini ilmu peringkat TAHU.
Pemuda C pula, walaupun tidak pernah melihat kerbau tetapi ada belajar tentang sifat-sifat kerbau. Diketahuinya kerbau itu berkaki empat, bersuara menguak, mendengar dan bertelinga, bertanduk, biasanya berwarna kelabu, suka berkubang, badannya besar, bentuknya macam lembu, melihat dan matanya besar, ada ekor dan sebagainya. Sifat-sifat mustahil bagi kerbau pun diketahuinya iaitu mustahil rupa kerbau itu seperti kucing, mustahil bersuara seperti manusia, mustahil boleh terbang, mustahil boleh memanjat pokok, mustahil berdiri di atas satu kaki dan sebagainya. Bagaimana? Ada kemungkinan tak Pemuda C akan memperolehi seekor kerbau? Ya, tentu. Kemungkinan besar dia akan menembak kerbau dan bukannya binatang-binatang lain.
Ini ilmu peringkat KENAL.
Pemuda D pula sudah ‘menyaksikan’ kerbau sedari kecil. Dia sendiri membela beberapa ekor kerbau di rumahnya. Setiap hari dia ‘berinteraksi’ dengan kerbau-kerbaunya. Dimandikannya, diberus badan, ditunggangnya di sawah, diubatnya jika ada penyakit ataupun tercedera, dipeluk dan sebagainya. Ariflah dia akan hal ehwal hamba Allah yang bernama kerbau itu. Bagaimana? Ada kemungkinankah dia mendapat seekor kerbau di hutan itu? Pasti! Pasti jika tiada apa-apa aral lain yang melintang. Betul tak?
Ini ilmu peringkat FAHAM ataupun MENYAKSIKAN.
Ringkasnya:
Pemuda A pasti tidak dapat kerbau.
Pemuda B kemungkinan besar tidak dapat kerbau.
Pemuda C kemungkinan besar dapat kerbau.
Pemuda D pasti dapat kerbau.
Contoh ini kita hendak gunakan untuk memahami betapa pentingnya tahu Allah, kenal Allah dan faham Allah.
Pemuda yg tidak tahu apa itu ‘Tuhan’, tidak tahupun Tuhan itu memang wujud. Adakah dia menyembah Tuhan selama hari ini?
+ comments + 5 comments
baru saya faham nilai mempelajari sifat-sifatNYA...
Itu lah pentingnya berilmu. Nabi datang untuk hapuskan jahiliah hati walau pada tika itu tamadun arab sedang meningkat naik.
mendengar...telinga namaku.
bersuara...lidah namaku.
berfikir...akal namaku.
segala rupa,sifat,gerak,suasana, kejadian, aku jualah adanya.
tiada ada dan tiada melainkan aku.
hanyalah aku sebenar aku.
maha benar aku..maka hanya yang benar aku firmankan.
salam..kata ini kupetik dari manusia mulia yg sudah merasa, "Tuhan itu dekat tidak bersentuhan dan jauhnye die tidak berjarak ".. hmmm.. byk yg perlu difikirkan. semakin ku fikir semakin tak kufaham..Pengalaman mengajarku dan kini ku semakin faham jalannya adalah melalui "rasa".. rasa2 dan terus rasakan kehadiranNya, kedekatanNya dalam diri kita.. hidupnya kita,mengetahui, mendengar, melihat ,berkuasa ,berkehendak , dan berkata2 semua kurniaanNya kepada yg bernama Manusia..maka apa itu sebenarnya manusia, bukankah sebagai penyata bagi diriNya yg Maha berkuasa.. hmmm mungkin itulah maknanya yg dinamakan Khalifah, berkuasa kerana diberi kuasa,wakil Allah dimuka bumi.. maaf ya ini menurut ku saja.. mana tersalah tegur2 la yer..
LOST
tak apa..
semua ada pendapat masing-masing :D