Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

Kerana isu roghiya kita tersepit dan saling bergaduh

hasellusiby · September 03, 2017 · 1 minit bacaan
Masalah roghiya ni ada dua paksi,
Satu berkisar pembunuhan di myanmar
Dan satu lagi kisah kepala batu roghiya di sni

Fakta:
Kita dah tolong bangsa ni dengan memberi pelindungan dan bantuan ketenteraan secara halus. Bahkan kita angkut mereka dan benarkan mereka ke sini. Isu pembunuhan dimyanmar itu adalah isu international. Yang harus dipersalahkan adalah kerajaan myanmar, bangladesh dan kaum tu sendiri kerana sukar untuk asimilasi. Jadi, kita dah beri bantuan kepada mereka dengan terdaya kita. Kita tak akan mampu tolong secara keseluruhan sebab kita bukan tempat pembuangan. Kita ada masalah sendiri.

Benar, mereka adalah muslim. Kita dah tolong.. Boleh dikatakan dimana ada masalah muslim, kita yang kedepan dulu untuk membantu. Ya, kita simpati dengan mereka. Kita dah buat yang terbaik. Kita beri bantuan antarabangsa, kita beri perlindungan, kita beri aksais ketenteraan, kita angkut mereka balik rumah. Tapi apa kita dapat? Tekanan dari mereka yang dah senang di sini dan dari rakyat sendiri seolah2 kita tak pernah tolong dan peduli tentang mereka. Nonsense. Kalau rakyat bosnia boleh berterima kasih kepada kita semacam mana kita bantu bangsa roghiya ini, tak bolehkah mereka berterma kasih? Sekurang2nya hormat kedaultan negara ini.

Ya mereka tersepit. Tapi, kita muslim malaysia lagi tersepit bahkan kita dah bergaduh dan jadi dua puak sebab isu ini... Dan diharap, kita henti bergaduh sesama kita akibat orang luar dan percayalah, kita telah,sedang dan akan bantu mereka. Cuma yang kita hendakkan adalah, hormati kedaultan negara dan jadilah penumpang yang berhemah.

Isu ini adalah isu antarabangsa dan kita bukan hero. Kita tak kuat dan kita pun tersepit. Innalillah...

....
Kita bukan tak berhatiperut. Kita suarakan sedikit kebimbangan. Dalam masa sama jugak kita bantu mereka. Dah lama kita bantu mereka.

Apa yang kita nakkan adalah..
Ucapan terima kasih, sila kekalkan keamanan dan bantu rakyat untuk kekal aman.

Agaknya kenapa rakyat tiba2 bangkit bersuara? Sebab viral? Nope tidak, ini adalah opportunity point yg mana suara mereka terbongkar selepas lama terpendam. Kita adalah bangsa paling empathy.. Bangsa paling baik hati, sampai serba salah kalai tak tolong.

Tp kalu bangsa paling empathy tiba2 bersuara...
Agaknya kenapa?
Dah jadi tak berhati perut? Tak.. Psikologinya adalah kerana fear. Sbb tu kita mohon agar yang ada disini untuk behave itu saja. Dan tetap kita bantu bangsa mereka dimyanmmar. Dan kita masih kekal menjadi bangsa yang murah hati. Tapi kali ini, kita sedikit berhati-hati. Bimbang dipijak kepala lagi.

Harap faham.