sebenarnya banyak perkara yang saya ingin utarakan kepada kalian tapi di sebabkan masa yang agak suntuk dan penulisan haruslah tidak mengikut emosi serta beberapa 'law'...jadi, saya menulis sedikit sahaja agar dapatlah kita sama-sama berfikir kearaha zaman keemasan.
Sejak dua menjak ni, saya rasa penulisan saya seakan berubah menjadi ayat 'klasik' atau kelihatannya seperti 'bahasa skema'. Adakah perubahan ini secara kebetulan atau sememangnya saya telah terpegaruh dengan penulisan akedemik?! Apapun, tinggalkan tentang itu dulu.
Kita teruskan perbincangan kita yakni FREE FREEMASONIC...
Hahaha..mungkin ramai akan terkedu bila saya kata sedemikian tapi sebenarnya ada beberapa rahsia besar yang telah di rahsiakan tapi harus di bongkar jua pada saat saat akhir ini.
Apakah rahsia itu?
Sebenarnya, pada zaman dahulu, dunia telah di atur atau di kuasai oleh suatu golongan di raja yang harus bersusur galur kenabian lebih-lebih lagi dari kalangan ULUL AZMI, tapi selepas kewafatan baginda MUHAMMAD, suatu golongan telah merampas kekuasaan itu lalu di abadikan agar dunia yang cerah akan menjadi gelap segelapnya. Apakah kegelapan itu? Kegelapan itu adalah FITNAH DAJJAL.
Tahukah kalian bahawa dulunya dunia ini telah pun di pegang oleh WORLD ODER. Atau bahasa 'stylo'nya adalah OLD WORLD ODER.
Old world oder adalah dunia yang mana di pegang oleh para rasul, nabi dan waliullah. Dari sini mereka akan melantik khalifah yang mana akan menerajui beberapa bangsa. Sebab itu dalam quran ada di sebut bahawa setiap bangsa ada rasul yang memimpinnya.
WORLD ODER adalah bersifat sejagat yang mana ada ketua, bendahara dan lain-lain. Sifatnya sama sahaja dengan sistem kerajaan. Ada badan untuk elementary (tanah, api, air , angin), arah (utara, timur, barat, selatan), bangsa, ciptaan (cahaya, batu, tanah dan lain2).
Walaubagaimanapun, keadaan sebenar sistem ini tidaklah saya ketahui melainkan sedikit sahaja. Sengaja saya 'letup'kan batuan kerahsian ini supaya insan-insan lebih-lebih lagi muslim tidak melihat sistem FREEMASON atau WORLD ODER sebagai sesuatu yang menakutkan.
Apakah saya seorang freemason?
Jawapannya tidak dan saya tidak tahu pun yang telah di lakukan oleh mereka. Tapi, saya 'seakan2' tahu apa yang mereka ingin gapai dan sistem mereka. Bagaimana saya tahu? Jawapannya ialah...
MEREKA MENGUNAKAN SISTEM KEISLAMAN TAUHID SEJATI YANG BERMULA SEJAK ADAM HINGGA KINI.
Hah?! timbul pula terma keislaman tauhid sejati...lagi pening la kalian.
Jangan risau, terma hanya terma. Apa yang kita lihat pada hari ini adalah islam yang nama semata-mata dan hanya ber'tuhan'kan syariat.
Head shoot bukan?!
Ya, umat islam kini bertuhankan syariat kerana mereka lebih suka menghukum sedangkan yang jatuhkan hukum adalah ALLAH semata-mata. Sudah pastinya kalian akan kata sami hindu itu sesat, tapi tahukah kalian, mereka juga kata anda sesat. So, mana satu yang benar?!
Sudah pastilah kita kata kita benar..tapi mereka pula bagaimana.
Jawapannya, "agamamu caramu, agamaku caraku...tapi ALLAH tetap esa"
Renungilah ayat quran itu.
Tahukah kalian, kenapa pada akhir zaman nanti semuanya 'islam'...Islam pada zaman akan datang bukan pada nama tapi ia berrohkan islam sejati.
Ia bukanlah bermaksudkan bahawa hindu itu islam, islam itu islam atau apa-apa seumpamanya. Tapi, pada masa akan datang, mereka yang 'menemui' tuhannya akan meluru masuk ke syurga wajah ALLAH berada yakni pada nurul imani islam.
Walaubagaimanapun, saya tak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana mungkin ianya sensitif bagi mereka yang tidak faham. Maka, apa yang saya boleh katakan tentang itu ialah SYARIAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT harus sekali, umpama JASAD, NYAWA dan ROH..yang tidak sesekali bercerai berai. ITULAH ROH ISLAM...tanpanya muslim itu hampa...bagai buih di lautan tapi tak berguna..HAMPEH~
Baiklah, kita sambung balik pada free freemason.
Bila anda tahu mengenai OLD WORLD ODER, maka barangsiapa yang memasuki sistem kerajaan ini akan mempunyai kekuasaan terhebat. Yalah, kita boleh melakukan apa sahaja dan menguasai pelbagai perkara. Tahukan anda bahawa dewa dewi dalam cerita bangsa-bangsa dunia seperti dunia dewa greek, hindu, china dan lain-lain seakan-akan sama.
Apakah mereka sengaja mereka cerita untuk menghiburkan kanak-kanak semata-mata?!
Sudah tentu tidak. Sesungguhnya kerajaan dewa-dewi seperti itu memang wujud pada waktu dulu dan pernah memeritah dunia dengan aman dan saksama.
Kita akan dapat melihat pada cerita NABI SULAIMAN yang mana menjadi maharaja di atas sekalian maharaja. Jika anda membaca manuskrip merong mahawangsa, anda akan lihat bahawa raja-raja sehingga maharaja china juga datang mengadap SULTAN SULAIMAN untuk mendapat perkenan dalam melakukan sesuatu. Tapi, tidak lah pula kita ketahui di manakan kota atau istana NABI SULAIMAN ini.
Untuk pengetahuan anda, NABI SULAIMAN itulah agung atau raja dalam sistem OLD WORLD ODER pada ketika dulu. Kemudiannya, ia di ambil alih oleh NABI MUHAMMAD (sebenarnya bagindalah raja sebenar raja dan hanya meminjamkan tahtanya kepada 'saudara-saudara'nya buat seketika waktu sahaja).
Bila, kewafatan baginda MUHAMMAD, para rabbi atau golongan yang mengetahui rahsia 'kehebatan kuno' (yang pada ketika itu telah runtuh oleh kehendak baginda MUHAMMAD sendiri..wallahuaklam) cuba untuk menghidupkan kembali kerajaan 'terbesar' ini...tapi bukan lagi di perintah oleh para nabi, tapi para manusia.
Maka, mereka yang mengetahui rahsia-rahsia ini cuba membuka kembali pintu 'langit' tapi tiada berhasil. Maka, mereka melakukan ritual seperti ritual 'sex' (ah...ah....ah), stargate (hu..allah), key of heaven dan sebagainya untuk membenarkan mereka menjadi raja-raja dunia.
Akhirnya, pada zaman kini, mereka berjaya setelah memanipulasi pelbagai perkara yang pada mulanya hak pada diraja berdarah keturunan rasul dan nabi. Keturunan yang haq pula di tidurkan atau di bunuh terus sehinggalah kini menjadi hamba pada diri sendiri.
Mereka yang berjaya itu pula cuba manipulasi dunia agar menjadi hamba pada mereka. Jadi, apakah yang mereka inginkan sebenarnya?
Tidak lain tidak bukan...keILMUanNYA.
Inilah yang mereka berjaya ambil dan menjadikan haq mereka tapi menghalang yang lainnya supaya menyedut air laut ilmuNYA yang rahman yang rahim.
Jadi, makakah yang di maksudkan FREE FREEMASON?
Maksud sebenarnya ialah, ambil kembalilah tahta yang sebenarnya milik para raja berdarah keturunan rasul lagi haq dari mereka yang penipu dan pemusnah itu. Jadi, janganlah lekas fobia pada:-
- angka 13 (rukun solat ni....)
- 666 (6 masa pada 3 relativiti berbeza..jasad, nyawa, roh)
- bintang david/zionis (simbol 2 piramid saling bercantum..signo kerajaan sulaiman)
- ular (kalau saya kata naga..bagaimana?! lagi satu perhatikan hadis nabi mengenai masa depan "bisa ular telah tiada")
- piramid (tool harvest energy yang terbaik...)
- kepala ikan seperti di pakai oleh pope (lambang orang laut..sundaland atau senang kata ex-nusantara dulu2)
- dan sebagainya
Jadi, apakah saya telah sampaikan kepada kamu apa yang harus saya sampaikan?!
Walaubagaimanapun, masih terdapat rahsia di dalam rahsia yang tidak harus di utarakan, tapi cukuplah sekadar saya katakan yang dajjal dan sekutunya baik iblis dan lain-lain adalah ujian besar buat kita sebagai muslim. Apapun, mohon maaf jika apa yang saya katakan itu agak kasar dan tidak bertepatan dengan apa yang telah ketahui. Sekian terima kasih
..................................................................................
PENGUMUMAN
Ini adalah nama-nama yang telah menempah baju edisi 1 tapi tidak lengkap maklumatnya:-
tak tau alamat, no tel, tapi dah bayar
Mohd Faizal Bin Abdullah
tak tau alamat, no tel, belum bayar
Muhammad Syukri bin Sa'adon
tak tau no tel belum bayar
masrur hadhri bin mohamad amin
tak tau no tel belum bayar
ABDUL RAHMAN BIN IDRIS
tak tau no tel tapi dah bayar
Aishah Umaira Bt. Muhammad
tak tau no tel belum bayar
Kepada nama-nama di atas, sila emailkan maklumat kepada saya di nusanaga@gmail.com
+ comments + 16 comments
salam
perhhhhh jenuh jg nk faham benda2 yg bro sampai kan nie.Apa pun ayat last tu saya pegang "tapi cukuplah sekadar saya katakan yang dajjal dan sekutunya baik iblis dan lain-lain adalah ujian besar buat kita sebagai muslim".
yer terima kaseh saudara kerana sedikit-sebanyak membuka minda yang telah banyak disogokkan dengan kefahaman dunia semasa.
seperti yang saudara katakan,kelak Islam akan hanya tinggal pada namanya sahaja sepertimana sabda Baginda s.a.w ,'Islam pada mulanya asing dan akan kembali terasing dan beruntunglah mereka yang asing'...
wallahualam.
sebagaimana di dalam sabda yang lain pula,'Islam itu nasehah' maka teruskanlah usaha dalam mengingati sesama kita semoga usaha memperingati sesama kita mendapat pandangan dari yang maha Esa.
Dalam bab perjalanan yang saudara katakan itu ada sedikit tertinggal iaitu ttg Syariat,hakikat dan makrifat. Perlulah adanya Tarikat,tanpa tarikat manakan hendak mencapau hakikat dan akibatnya akan tergantunglah segala perjalanan...
wallahualam,mohon maaf seandainya tersilap pena maya ini...
saya suka dan bersetuju dengan penulisan tuan.
setiap simbol itu adalah milik Allah jua , dan setia simbol itu juga punya cerita tersendiri dan ia bukanlah untuk ditakut-takutkan atau mesti "dikaitkan" dengan FREEMASON .
Ada simbol yang mmg mpunyai maksud yang syirik dan ada pula simbol yang telah menjadi "fitnah" disebabkan "mereka" menggunakannya atas tujuan mencapai "matlamat".(contoh seperti yg diulas dlm artkel ini)
salam "chaneling" dari saya.
hanya berkongsi kata-kata mutiara kepada pembaca blog ini, "salam" bukan setakat sampaikan, sebarkannya.
Agak sulit utk dibincangkan, tapi zaman sekarang pun masih ada 4 orang waliyullah yg diamamanahkan mentadbir alam ni..
pak cik ... memang susah nak jumpa dgn waliyullah ni yer dan mereka pun hendak berjumpa dgn kita tinggal lagi kebanyakkan orang yang nak jumpa dorang ni,ada niat yang tak baik, tu kadang tu dia pun tanak jumpa dengan orang ramai...
dalam byk2 post, post ni le yang paling aku sukeeee...ngeh ngeh ngeh!!
Salam aiz,
saya aisyah umaira,pembeli tshirt awak.Saya dah reply kan butiran yang awak nak tp awak ulang bagi email mcm saya belum bayar.
tlg check ye.
well done bro..
memang ada fakta tetapi terlalu ringkas. Bila ada waktu lapang nanti perkemaskanlah biar lebih jelas baharu boleh dikatakan "ilmu". Jika tidak, ia seolah melintas dihadapan mata tak terkesan dihati. Salam kunjungan.
askum...
apa yang anda tau pasal freemason... tolong jelaskan...
setahu saya ada sebuah buku protokol zionis milik freemason yang dah saya baca... skrg saya mmbacanya.
ade beberapa Ilmu yang mungkin kita nampak nampak cam perlu tahu.. tapi sebenarnya adalah pekara yang sia-sia.
Imam selalu membacakan doa itu selepas solat kalu perasan.
maksud sy bukan xleh tahu ttg freemason tp adakah perlu kita tahu "sgt"?
Mereka2 ini adalah diatur oleh "individu" yang ingin menguasai dunia dengan cuba menguasai segala ilmu dari Kitabullah.
Money = Power
Knowledge = Power
then..
Knowledge = Money. (Dengan Izin Allah , Ilmu yang diberi itulah punca rezeki kita ,dan bukan DUIT.)
mane hendak mendapat "Ilmu" ini?
-itula dia "kitabullah" dan "Sunnah Nabi" -
salam.dah banyak yg diceritakan ttg mereka ni.sejak dari zaman para nabi kita.apa yg penting kita kena tahu apa permainan mereka,supaya kita boleh @ sekurang-kurangnya dpt mengatasinya.yg penting usaha kita,selebihnya terletak pd yg Hak.
salam,
segalanya telah diatur, jika tidak bagaimana Allah dan Rasul dapat memberitahu apa yang akan berlaku. begitulah indahnya ilmu Allah, boleh dilihat dari pelbagai arah. dari banyak kepada satu. sebab itu menuntut ilmu itu difardhukan kepada seluruh muslimin. "fardhu" berarti wajib. siapa yang engkar, ..... tempatnya ialah "derita" dunia dan akhirat. wa.
salam..baru2 ini saya pernah menulis komen dalam salah satu entri di blog MistisFiles.. x sangka saudara terlebih dahulu menaip entri dengan bau yang sama, masya Allah..
berikut adalah komen saya tersebut:
"sekadar terfikir....
Sebenarnya idea-idea satu pemerintahan dunia, satu pemerintahan berpusat, segala-gala yang satu tu asalnya islam juga iaitu konsep tauhid. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan atau ditakutkan dengan konsep satu ini dan satu itu. Malah, itu memang antara hasrat kita juga, menegakkan kalimatillah sehingga hanya islam yang mendominasi dunia dengan penegakan sistem khilafah. Yang menjadi masalah ialah apabila konsep ‘satu’ itu digunakan sebagai merujuk kepada penyembahan taghut, dan bukannya Allah yang Maha Esa. Mereka telah menciplak konsep kita untuk menyelewengkan kita, itulah masalahnya.
apa pandangan anda?"
pakcik...
saya dalam 1 yan lepas ni dah jumpa 5 org wali...semuanye tak sengaje..
kali pertama dalam surau..dia solat tepi saya waktu isya.. masa solat tu bahu dia kena bahu kanan saya..saya rasa sakit tgn kanan...lepas zikir dia pegang tgn saya pastu cakap "ni kena pegi bekam ni" lepas tu dia bangun ..terus keluar..saya ikut tgk dia dah hilang..itu la 1st and last jumpa dia..yg tu saya rasa wali kawasan..
then jumpa yg lain2 juga..panjang cerita ..malas nak type..saya citer yg 1 tu je la..bes jumpa wali ni..ada sorang tu..dia selalu ngaku dia bodoh..tapi dalam senyap2 dia bisik2 kat saya ajar sikit2..memula tak paham..lepas 2 3 bulan baru paham apa dia kata ..hehe..ingat dia memain..tapi betul..saya tahu dia benas sbb pernah tidur sebelah dia..memalam dia bangun solat tahjud saya tgk je..kekadang dia nangis..dah tua umur 70..
alhamdullilah..dpt rezeki saya jumpa waliyullah..
anon
mcm mana kau tahu org tu wali...melainkan kau pun wali juga
hanya jauhari mengenal manikam,eh
anon 11:10,
macam mana ambe tahu? hehe tgk le syariat org tua tu... kat rumah ngan masa beramal..ambe rapat ngan dia..naik keta pun bawak dia..syariat tip top..hakikat tip top..makrifat tip top..seme balance..
3 kali depan mata ambe dlm keta doa dia makbul on the spot (semua sebab nak tolong ambe)! siap bagi salam kat Baginda Rasul lagi..pastu 1 kali dia bagitau ambe something in future..(dia kata jgn percaya) tapi betul jadi..1 kali dia tolong ambe tekan dada sebab tersangkut..padahal ambe tak cite pun..dia tahu je.
dia selalu marah org kalau main2 pasal Allah..sampai nangis2 dia marah...
dia pi mekah jumpa Baginda masa tawaf..Baginda pegang tgn dia tawaf sama2..dia kata baginda hensem+wangi..jumpa Nabi khidir bawah tangga kat Baitullah..
jumpa siti hajar masa saie...
dia seronok tapi citer bisik2 kat ambe..
dia merendah diri org nye..selalu ngaku bodoh..dgn isteri lembut gaya Baginda Rasul..waluapun isteri marah2..dah tua2 umur 70++ pun jalan gi kedai dgn mata tak nampak beli beras n barang2 dapur.. dia suka tanam2 pokok..banyak bebrbunga cantik2..jadi dia tu wali..ambe yakin..banyak dia pesan kat ambe..bes..dah 6 bulan tak jumpa..apa la khabo..