salam...
maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Maafkan saya kerana saya terpaksa menyibukkan diri dengan kerja-kerja bisnez terutamanya bisnez portal saya bisneztalk.com. Tahun 2010 adalah tahun yang harus saya memahami apa itu ekonomi dan ada apa dengannya.
Bisnez sungguh luas dan tidak menyangka bahawa, apa yang rasullulah katakan tentang 9 per 10 dari pendapatan hidup adalah dari perniagaan itu benar.
Perniagaan bukanlah hanya termaktub pada jual beli semata-mata. Ia adalah tentang NILAI. Sistem nilaian inilah yang menjadi penyumbang kepada permodenan kita pada hari ini. Tahukah anda bahawa kapitalism yang anda amat benci-benci kan itu telah menjadi sumber untuk memenuhkan isi perut anda. Tapi bila di tanya, bagaimana ingin menghapuskan kapitalism ini? Semuanya mencebik mulut dan terus kata "nanti sistem khalifah akan mengantikannya"....wah~ mudah sungguh ungkapan itu.
Jika kalian tidak memahami apa yang kalian katakan, baik senyap. Anda harus bertanggungjawab dengan apa yang anda keluarkan. Itulah peribadi seorang muslim sejati.
Berbalik pada Kapitalism ini, sistem ini menjalankan aktiviti pertukaran nilai dan di 'label'kan sebagai wang /money. Dari situ pula, nilaian itu di 'cetak' atas kertas dan kertas itulah yang menjadi NILAI bagi kita. Kapitalism berfungsi sebagai "yang miskin makin miskin, yang kaya bertambah kaya". Anda tentu pernah mendengar perihal sistem piramid bukan?! Tahukah anda, sistem piramid yang terbesar sekali terjadi pada alam perkerjaan anda kini. Anda sebagai pekerja, berkerja siang malam hanya dapat amount sedikit berbanding dengan mereka yang di atas, bergaji besar dan yang membezakan anda dan dia adalah pangkat semata-mata.
Sebenarnya, kerja adalah teknik atau method untuk mendapatkan NILAI yang kini di cetak pada kertas-kertas. Sedangkan, kerja di bawah orang bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan NILAIAN Itu. Terdapat banyak cara lagi tapi kebanyakkan kita lebih suka untuk tidak berfikir panjang lantas menumpukan pada satu aspek semata-mata, yakni ALAM PERKERJAAN.
Pada pengkaji teori konspirasi, anda sudah tentu tahu mengenai peranan hidden hand alam sistem kapiltalism dan sistem perekonomian yang lain. Mereka mencetak kertas wang sebanyak mungkin tapi tahukah anda 'hidden hand' tidak memerlukan kertas itu pun. Mereka memerlukan NILAI. Sama jugalah dengan EMAS, PERAK atau GANGSA. Logam-logam ini di beri NILAI untuk menjadi pertukaran sesama manusia.
Anda kata kita MENILAIKAN SEKETUL BATU ITU HARGA RM1.00, KEMUDIAN IANYA DI TERIMA OLEH MASYARAKAT, maka hendak atau tidak, anda harus bertukar-tukar batu-batu itu sesama masyarakat demi memeliki sesuatu nilai yang lain.
Mesti anda tidak faham apa yang saya ngomelkan ini bukan?!
Apa yang saya ingin katakan sebenarnya amatlah mudah. Manusia telah menetapkan NILAI pada sesuatu benda untuk membuat pertukaran dengan Nilaian yang lainnya berteraskan SISTEM AKAD (jualbeli / terimaberi)
Jika di zaman batu dulu, mereka meletakkan NILAI pada cengkerang atau batuan yang cantik untuk membuat pertukaran dengan Nilaian yang lain seperti Ikan, ayam, kambing, lembu atau nilai yang lagi besar.
Kita kenali sistem itu sebagai SISTEM BARTER bukan?!
Hal ini ada di ajar oleh guru di sekolah-sekolah. Jadi, tahukah anda apa itu SISTEM BARTER. Sistem itulah sistem AKAD.
Dek kerana itulah AKAD adalah penting dalam islam. Jika AKAD tidak berlaku, maka itu bukan sistem barter dan ianya seolah-olah merampas dengan tanpa izin. AKAD harus berlaku dengan LAFAZ, PERBUATAN (melihat/mendengar) dan BERI atau TERIMA NILAIAN itu.
Zaman mulai berubah. Manusia telah menemui Logam pula. Emas menjadi Nilaian terbesar sehinggalah kini. Dek kerana itulah EMAS nilainya amat besar kerana qualiti logam itu telah menjadi kegilaan masyarakat.
Cuba bayangkan di masa depan, kita menjumpai satu lagi logam yang lebih cantik dan indah dari emas, maka secara automatik, nilai emas akan turun dan Logam baru itu akan menjadi kegilaan dan NILAIAN kepada seluruh masyarakat.
Jadi, berbalik pada kapitalism, bagaimanakah hidden hand membuat manipulasi pada sistem NILAI ini sehinggakan manusia terpaksa tergila-gilakan kertas dan kini pada plastik pula?!
Setakat pemerhatian saya, mereka di balik tabir ini melakukan teknik 'sekat dan lepas'. Apa itu 'sekat dan lepas'...
Teknik itulah, mereka harus mengumpul logam emas (zaman sebelum manusia gilakan kertas bercetak yang di gelar duit/money). Kemudiannya, mereka membina satu institusi keewangan takkala di sesuatu tempat itu sedang mengalami kemerosotan NILAIAN yang amat dasyat (sumber makanan sukar di cari yang mungkin berpunca dari perang yang sengaja di reka-reka).
Ketika itu, Institusi ini cuba membuat kebajikan dengan memberi bantuan NILAI (emas - pada ketika itu), lantas mereka 'membeli' pemimpin agar mengikut telunjuk mereka. Pemimpin terpaksa akur demi survivor diri, keluarga dan masyarakatnya.
Jadi, selepas pemimpin itu 'di beli', maka dengan segera institusi 'hidden hand' ini membina 'wang kertas' untuk di agih-agihkan kepada masyarakat agar ekonomi setempat boleh meningkat naik. Takkala ini, institusi ini mengumpul kembali nilai EMAS daripada pemimpin itu (mungkin dari hasil negara pemimpin itu) dan dengan segera, institusi 'hidden hand' meninggalkan negara itu bersama kertas-kertas yang di cetak nilai.
Masyarakat pula akan harus BELAJAR, BERKERJA untuk mendapatkan kertas-kertas ini. Jika mereka tidak membuat begitu, mereka akan di kategorikan sebagai MISKIN kerana tidak mampu untuk memiliki NILAI yang telah di tetapkan oleh masyarakat.
Masa kian berlalu, maka masyarakat kian bertambah 'kaya' tapi percayalah sistem NILAIAN ini akan terus di upgrade oleh Institusi 'hidden hand' ini agar mereka boleh terus memanipulasikan sistem NILAIAN.
Jadi, apakah sistem yang telah di reka oleh Institusi ini?!
Sistem terbaru yang akan mengantikan Nilaian pada kertas ini adalah WANG DIGITAL. Sistem ini bersifat abstrak tapi tetap juga mempunyai NILAI.
Percayalah, pada suatu masa nanti, kertas-kertas tidak lagi akan di gunakan. Akan tetapi mungkin akan di gantikan dengan plastik atau sesuatu yang membolehkan masyarakat saling bertukar NILAIAN sebagaimana sistem kewangan kini.
BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MENGHAPUSKAN SISTEM SEBEGINI?!
Jawapan ikhlas dari saya ialah;
TIDAK PERNAH BOLEH MENGHAPUSKANNYA.
Ini kerana sistem kapitalism adalah hanya salah satu nama dalam pelbagai nama sistem permainan nilaian. Sistem nilai tidak pernah boleh di hapuskan kerana SELAGI MANUSIA BERKEHENDAK DENGAN KEHIDUPAN, maka sistem nilaian akan terus berfungsi.
Tapi, kita boleh upgrade dan mengubah suai sistem yang sedia ada. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mengupgradekan versi ini?!
Perkara yang harus anda telitikan ialah:-
- sistem AKAD (give/take)
- NILAI
- Penerimaan majoriti masyarakat kepada NILAIAN
- Pemimpin harus menjadi PENILAI untuk menetapkan cara sistem itu berfungsi
Jadi, untuk upgradekan sistem kapiltalism agar bersuaian dengan kedatangan kekhalifahan ialah;
- sistem ikhwan (give take without profitable) (seperti Opensource)
- sistem 1:2 (kerja 1 : menikmati hidup 2 dari pada keseleruhan waktu seharian)
- teknologi harus terus di upgrade tapi tidak akan menjejaskan kehidupan kerana kemodenan yang menjejaskan kehidupan adalah kemodenan yang menipu
Apapun, ini hanyalah pemikiran dan tinjauan dari saya. Jika ada salah silap harap maafkan. Saya bukanlah expert ekonomi tapi saya cuba selarikan perihal ekonomi, keewangan, kemasyarakatan bersama dengan future phenomenon secara serentak.
Jika anda tidak faham apa yang saya nukilkan ini, saya mohon ampun maaf. Akhir sekali, di harap kita dapat berfikir tentang setiap aspek kehidupan kita agar kita boleh 'upgrading' kehidupan dengan keredhaan sang pencipta.
wassalam
+ comments + 9 comments
Sistem kewangan kapitalis pada HAKIKATnya ialah satu jenis dan serupa dgn sistem piramid.sama juga dengan sistem yg lain seperti komunis,sosialis dan sebagainya.
siapa yg duduk kat puncak piramid dialah lebih kaya-raya tak kiralah dari segi nilai atau material.Yang duduk kat belah bawah itulah kuli,pencacai dan balaci serta pekerja tambahan.Macam aku jugalah kerja makan gaji.
Sistem kapitalis adalah sistem yang diciptakan bermakna sebelum ini tidak pernah wujud lagi sistem tu.Benda baru tentu bolih di musnahkan.Caranya dengan meninggalkan sepenuhnya dan menghilangkan para penyokongnya.Dalam erti kata lain pulau habis2an.umur kapitalis baru 100 tahun jagung jer...
Sistem kapitalis tak mungkin mampu melawan sistem Kesempurnaan Insan.
Ku Cari Damai Abadi:
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004
Sjak ini sebenarnya sangat dalam erti dan maknanya.
Wasalam.
Sistem kewangan akan sentiasa pincang selagi "wang" tu juga masih diniagakan. Wang dalam pelbagai bentuk tak kira emas(logam), plastik(kad) atau kertas(komersial sekarang) so, berhenti kan manipulasi wang itu sendiri.
DIA mengcukupi:
memang benarlah tuan kata...kapitalis adalah virus dalam sistem NILAI kita, tapi bagaimanakah harus kita membentuk masyarakt yang tidak bergantung pada sistem Kapitalis sedangkan ia dah beranak beribu dalam jasad insan?!
DAK WAN:
sokong penyataan tuan, tapi bagaimanakan kita hendak memberhentikan manipulasi wang itu? siapakah HERO yang mampu memberhentikan manipulasi dan akan membawa kebebasan kepada WANG dan NILAI itu sendiri?!
antara cara menyuburkan sistem nilai berdasarkan sunnah adalah dengan peniaga meletakkan keuntungan perniagaan sekitar 20-30% sahaja tidak lebih dari itu berbanding sekarang di mana keuntungan didasarkan kepada kehendak pasaran dan ini ketara dalam sektor real estate.
Aku lebih setuju Sistem Ihsan dalam perniagaan atau apa2 yg melibatkan hal2 ekonomi.
Sistem Ihsan :"berniaga dengan Allah swt",sistem yg lain tu utk dunia saja atau tertakluk pada hukum/hakam dunia.
Tetapi Sistem ini dalam proses di upgrade kan,sebab ini terkait rapat dengan bidang2 yg lain seperti politik,aqidah,muamalah dsbnya.
Siapa yg mampu menaikkan sistem ini dialah Mujaddid dan Pemimpin Akhir Zaman.Sistem ini tak sama dengan sistem yg ada di dunia ini.
wallahualam.
Dulu ada orang yang dah buat sistem ihsan ni...tapi aku lihat hasilnya tak membanggakan langsung mungkin agaknya dia bukan orang yang di janjikan tu.
lepas tu sistem Team Work dia tak nampak untuk mengihsankan diri dalam beragama.Hidup di selimuti kekayaan yang melimpah ruah.Diri setiap group/team tak terbangun pun akhirnya berebut-rebut keuntungan yang sedikit,bergaduh dan saling salah menyalahkan.Hancurrrr...
tu lah akibatnya tak faham ihsan yang tulen yang bagaimana.Aku setuju dengan DeeN,mungkin masa depan kita akan lihat figure yang akan menjalankan sistem ini dengan cantik,pintar dan cekap sekali.
sebab ihsan ni bukan hal ekonomi saje meliputi berbagai bidang lain.Sistem kapitalis yang menjadi pelopornya ialah si Pemodal,siapa yang ulukkk banyak modal dialah yang kaya-raya,dan pelanggan dilihat sebagai pemberi pulangan dan keuntungan....sedangkan dalam ihsan Allah SWT sendiri yang beri modal dan Dia sendiri yang memberi keuntungan bukannya pelanggan seperti pemahaman salah sesetengah orang.
Bebaskan diri dari mana-mana sistem bikinan manusia maka kita akan dapat membangunkan sistem yang lebih canggih dalam redho Allah.Sabar,Allah SWT pasti akan tunjukkan jalan.Tapi kalau hati berbalik-balik ,masih percaya degan idea kapitalis...tak de harapan lah...pusing kot jugak jadinya nanti.
salam...
Salam bile nak update blog..???
-astr09-
boleh ajar saya kerja dari rumah hanya pakai komputer? Kat sini susah dapat pas kerja. Tak nak flout immigration law.
keling
Dinar dan dirham lebih stabil dari pada uang kertas, lengkapnya silakan bacar di http://www.wakalanusantara.com/detilurl/Stabilitas.harga.dalam.Dinar.Dirham/73
jika dirham mau di-convert ke dalam bentuk digital, maka seseorang bisa melakukannya dengan cara men-deposit-kannya ke bank syariah, 1 dinar asli = 1 dinar digital, dan dinar digital tidak bisa dimanipulasi karena berdasarkan nilai asli yang ada di bank. Artinya penggunaaan dinar dan dirham ini tetap bisa mengikuti kemajuan jaman.